Artikel Menarik

28 September 2009

Overdose something!

Hoho.. aku kepeningan malam nie disebabkan overdose sesuatu benda? apakah benda itu!! biarlah rahsia.. haha.. rasa macam nak pengsan pon ada.. badan dok panas ja nie.. tapi ku tetap berdiri megah dan berani..

Jangan korang fikir bukan-bukan... aku tidak mengambil sebarang drug mahupun apa-apa benda yang menyebabkan kepala anda bergoncang.. haha..!!

Hari ini pon sudah malam.. aku pon dah naik ngantuk dah nie.. apa lagi masa untuk tidur.. esok ada banyak benda lagi nak kena settle dan kena buat ini..

Apa-apa pon aku sebenarnya tidak ada topik yang hendak dibukak jadi sahaja aku merapu di malam hari sambil memeningkan kepala yang sekian lama tidak pening ini..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

27 September 2009

Banyak rumah dikunjungi

Hari ini banyak rumah terbuka aku pi.. maksud aku bukan rumah terbuka pon aku pi.. ya lah.. nak beraya rumah kawan-kawan lama mahupun yang baru...

Nak mengeratkan silaturahim bukannya senang.. kenalah kunjung-mengunjungi barulah senang nak mengeratkan silaturahim.. kalau setakat terperap dekat rumah itu.. apa lah sangat ibarat katak di bawah tempurung la nampaknya.. tapi kita bukan katak.. kita manusia.. ingat itu.. hehe...

Apalah aku dok merapu malam-malam macam gini..

Aku sebenarnya tertekan / tension ataupun tekanan yang melampau pon ada juga ni.. tidak tahu mengapa buat hari ini.. rasa macam nak cepuk je seseorang.. tapi apakan daya.. tidak baik buat sebegitu bukan? jadi janganlah!.. hehe.. aku cuma rasa sahaja.. bukan nak buat pon..

Dekat 5 buah rumah jugalah aku pi beraya buat hari ini.. rasa macam nak gila pon ada.. pi sana.. pi sana.. macam pi mai pi mai tang tu juga hang dok ada.. tak lari mana pon.. kekeke!!

Oklah otak aku pon naik gila malam ni.. bolehlah aku menggilakan diri aku sebentar pada malam ni..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

26 September 2009

Tembamnye anak sepupu aku

Masa hari raya aku balik ke kampung tengok banyak sepupu aku yang dah kahwin dan dah dapat anak.. aku bila lagi ek? hahaha.. jangan dok berangan..

Ada sorang nie anak sepupu aku.. punya la comei dan gebu malah tembam.. geram je tengok dia.. macam nak cubit.. budak paling comei dan gebu!!!!! dalam ahli keluarga sebelah keluarga ayahku..

Macam nak cubit ja sampai merah.. mungkin dia ikut bapanya kot.. sebab banyaknya pon berisi.. hahaha! (kerja dok kutuk ja)

Dah la putih.. tengok tangan dan paha tembam-tembam je.. korang tengok pon pasti geram.. rasa macam nak gomoi-gomoi je gamaknya.. hahahahah!

Aku tengok lama-lama gambar ni jadi geram sungguh meh! Klik gambar untuk tengok dengan lebih jelas..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

24 September 2009

Selepas raya

Lepas raya ni kena mulakan aktiviti macam biasa.. enjoy raya pon sudah habis.. nampaknya terpaksa ulang balik perkara yang sama setiap hari.. agak membosankan.. tetapi tidak mengapa lalui sahaja dengan penuh kesabaran..

Kepada yang tidak bekerja lagi.. banyakkah dapat duit raya? banyak mana tu? boleh kongsi sedikit? mesti beratus-ratus ataupon beribu-ribu (penipu)..

Macam aku ni tidak kerja lagi dapat la gak dalam bapa puluh ja.. tidak banyak pon.. bolehlah gak raya-raya ni dapat duit tambahan daripada tidak dapat apa-apa.. apa pendapat anda?

Tahun ni aku raya tidak semeriah dahulu.. banyak sanak saudara tidak balik ke kampung.. kemungkinan sibuk bekerja.. biasalah.. hidup di bandar lain.. macam-macam tugasan kena buat sampai tidak mempunyai masa..

Buat masa sekarang ni aku masih belajar lagi.. dan mungkin aku mempunyai masa.. mana tahu suatu hari nanti.. tapi aku tetap gak nak ambil cuti nak balik beraya walaupon apa pon terjadi.. best kan raya di kampung dari dibandar..

Tapi apa-apa pon puasa hari tuh penuh ke? baik ganti! kekeke!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

19 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009 masihi 1430 hijrah buat semua pembaca blogger dan serta semua umat islam dimana yang kaki blogger ataupun tidak.. Maaf zahir untuk semua dan batin tuh aku tidak tahu lagi ngan korang cam mana.. hahaah!

Semoga hari raya tahun ini disambut dengan meriah dengan suasana seisi keluarga yang bermacam-macam ragam dapat ditemui.

Kuih raya mesti bertambun, jikalau tidak beli, mesti buat sendiri dan jangan lupa disini sebab aku minat sungguh dengan kuih raya.. HahaHahahahah!

Yang mana tidak balik raya mungkin sibuk kot? ataupun bekerja.. maklumlah boss tidak bagi cuti sebab tugas banyak yang nak di selesaikan.. tidak mengapa.. mungkin kalau ada kesempatan itu cepat-cepat la balik ek...

Kepada para pengumpul duit raya.. tahun inilah peluang bagi anda untuk mengumpul SEJUTA... wakakakak!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

16 September 2009

Komputer ku kembali beroperasi

Setelah lama tidak online dan mengupdate blog ini. Kini ku mampu updatenya.. huhu.. ayat syahdu je..

Apa ke malangnya nasib ku ini.. Lain rancang lain plak jadi.. tapi tidak mengapa.. asalkan boleh update blog gitu.. Betul kan?

Abang aku balik kampung dia la tolong repairkan komputer aku ini. Kalau tidak sepatah haram aku tidak tahu nak buat apa.. Hahahahaha..

Lepas ini bolehlah kembali online.. ahaks!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

13 September 2009

Persediaan Raya

Apakah persedian raya anda? adakah sudah sedia? bagi yang merantau nun jauh disana.. adakah anda akan beraya bersama keluarga tercinta? Jikalau ya.. Alhamdullilah dan jikalau tidak janganlah sedih-sedih.. mungkin tahun ni anda terlalu sibuk ataupun tidak dapat pelepasan untuk raya ni..

Balik raya dah ada tiket bas belum? kalau tidak ada tuh.. ada lagi ke buat masa sekarang? aku pon tidak tahu.. pandai-pandai andalah.. hahaha..

Baju raya cam mana? kaler ape tahun ini.. mesti colour menarik bukan? macam-macam kaler ada kot.. maksud aku warna pelangi.. haha.. meriah gitu.. ahaks.. benda-benda lain seperti baju or anything sudah beli? jadi hujung minggu nie shopping la apa yang patut.. ada sesetengah orang kata gunalah yang lama baru jimat.. bagi aku hari raya ini setahun sekali.. apa salahnya bukan?

Kuih raya beli ke tahun ini? ataupon buat sendiri? haha.. kebanyakkannya orang yang sibuk bekerja ni akan beli kuih raya.. maklumlah dah banyak sangat duit dan penat untuk membuatnya.. jadi belilah caranya untuk dapatkan kuih raya dengan cara senang ataupon tidak tahu buat ape? hahaha.. tidak adalah.. melawak sahaja.

Jadi, aku sekarang mungkin barang persiapan telah siap persiapannya kot.. aku pon tidak pasti.. apa-apa pon bergembiralah anda walaupon raya seminggu lagi..! huhuhu..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

05 September 2009

Selamat Menyambut Hari Nuzul Quran

Selamat Menyambut Hari Nuzul Quran kepada pembaca blogger khususnya seluruh umat Islam. Mari kita beramal sempena di dalam bulan ramadhan ini dan memperbanyakankan amalan sunat, itu yang utama.

P/s : Aku double post hari ini kerana aku ingat aku jarang online.. jadi tidak mengapa noh! hahaha.. aku tengah dok cari laptop murah nie tapi bagus dan kualiti sempoi.. mana bleh dapat hah? aku dok area Penang.. apa-apa hal bagitahu aku.. ok.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Komputer ku rosak teruk

Perkara ini sudah terjadi beberapa hari lepas tetapi masih dikenang oleh aku. Mana tidak bara aku ingin online tiba-tiba sajaha komputer tidak mahu masuk ke sistem window malah walaupun sudah suisnya di ON tetapi tidak menyala.

Aku hendak terang pon tidak tahu, apa-apa pon aku ingin membeli laptop baru supaya senang aku membuat kerja. Tentang komputer lama itu, aku dah kareta dan buat freekick sampai hancur, aku rasa komputer tuh pon sudah nazak.

Buat masa sekarang aku akan online di Cyber Cafe. Jadi dalam beberapa hari sekali aku akan online tidak macam dahulu, tiap-tiap ari gitu..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!