Artikel Menarik

31 July 2009

Adakah migrain atau sakit kepala?

Aku baru pagi tadi buat kali ke-2 aku serang sakit kepala yang melampau.. masa mula-mula tu aku dok rasa macam pening-pening.. aku ingatkan sakit kepala biasa sahaja.. tiba-tiba malam tuh.. kepala sebelah kanan ja dok berdenyut punya lah kuat.. aku tak tahu itu ialah migrain..

Jadi aku pon pergi lah klinik untuk buat rawatan lanjut.. aku tanya doktor sebab apa.. dia check-check dia kata aku tekanan darah rendah.. aku pon dengan pening-pening menjawab.. "BTOL KA?".. doktor itu pon menjawab ya.. jadi dia bagi aku MC 2 hari.. dapat gak berehat.. tetapi dalam rehat 2 hari tuh.. kepala sakit.. nak rehat apa benda.. doktor tuh bagi ubat gak.. tak sihat-sihat pon.. lepas tuh aku buat la cara macam-macam nak bagi hilang pening ni.. akhirnya hilang juga..

Lepas 2 minggu aku ingatkan tidak ada apa-apa dah.. baru pagi tadi.. tiba-tiba kepala ku berdenyut lagi.. aku ingat tidak lama.. selepas itu.. aku buat tak tahu ja la.. tiba-tiba lagi dia mari kembali iaitu denyutan yang begitu menyakitkan di sebelah kanan otak aku ini.. aku letak minyak angin cap kapak.. sekejap sahaja dia sihat dalam 1 minit.. lepas itu berdenyut balik..

Aku pon pergi ke GH iaitu General Hospital.. alaaa.. hospital besar la.. aku dekat sana laju jugak depa layan aku.. aku dengan pening-pening ni.. lepas daftar kat wad kecemasan.. terus masuk.. aku pon masuk.. doktor tanya aku jawab.. selepas itu.. dok ambik darah dan cucuk ubat tahan sakit dekat punggung.. memang tak sakit pon.. keke..

Duduk relax sekejap dekat tempat tunggu uji darah.. lepas tuh kepala aku beransur pulih.. kemungkinan sebab ubat tahan sakit itu kot.. aku pon dah tak pening.. tunggu punya tunggu dengan penuh kebosanan.. aku nampak doktor panggil aku.. dia kata aku ada tanda-tanda awal nak menghidap migrain.. aku kata ALAMAK!.. doktor bagi slip suruh ambik ubah dah rehat banyak-banyak..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

29 July 2009

Bila mau siap da?

Lama juga menunggu motor aku iaitu Yamaha 135LC siap.. tetapi tidak siap-siap repair lagi oleh kedai yang claim insurance ne.. dah seminggu dah.. tapi nasib baik dia kata paling lama pon 2 minggu.. maknanya ada lagi seminggu.. tak ape.. aku cuma menunggu sahaja..

Tokey kedai tu kata wakil insurance dari Kuala Lumpur tidak mai lagi nak tangkap gambar.. haiiyaa! eksiden pon mahu tangkap gambar ka? isk isk isk.. apala malang nasibku.. aku nak guna motor tetapi takdak pula..

Aku harap tokey kedai tuh beri tempoh selama 2 minggu.. tidak lah lebih dari 2 minggu.. kalau lebih.. maknanya lambat lagi lah guna motor.. menyeksa la jugak tunggu motor aku ini.. sebab benda ini nak guna seharian.. bukan kadang-kadang sahaja macam kereta..

Apa-apa pon aku hanya mampu berdoa akan dipercepatkan proses membaiki motor aku itu.. sebab tak tahan dah ne nak guna sangat motor.. asyik-asyik pinjam motor ayah aku sahaja.. sampai dia pon tak tahan dan kadang-kadang aku pula kena marah..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Belajar untuk hidup atau sebaliknya?

Baru tadi aku sembang dengan kawan-kawan aku.. ada yang sudah bekerja ada yang masih mencari kerja.. macam-macam aku mendengar mereka bersembang dah memberi pendapat.. aku yang masih lagi belajar ini dengar sahaja dan memberi sedikit pandangan tentang pembelajaran..

Mereka dahulu ada yang sudah menyesal kerana tidak belajar di waktu persekolahan dan ingin belajar lagi selepas tamatnya SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).. ada seorang kawan aku ini tidak mendapat keputsan yang baik di dalam SPM.. jadi dia ingat sambung belajar.. tetapi tidak boleh.. malah bapanya juga kadang-kadang macam kutuk sahaja anaknya sendiri iaitu kawan aku yang bapanya bagitahu dia hanya patut kerja bengkel sahaja.. tidak patut kerja tinggi-tinggi sebab keputusan pelajaran begitu teruk sekali..

Aku start dari situ terfikir.. apalah terjadi kepada kehidupan ku ini.. aku harap-harap semuanya apabila hendak dewasa atau dikenali sebagai masa depan aku cerah benderang.. jadi aku leh la dapat kerja yang bagus.. tapi apa-apa pon aku kena study dulu..

Perkara yang aku sembang tadi sungguh menginsafkan aku untuk belajar lebih tekun lagi untuk menghadapi masa hadapan yang cerah.. Semoga apa yang aku tulis ini menjadi semangat baru buatku!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

27 July 2009

Kenapalah dengan diriku ini?

Setiap hari ada ja masalah.. hari yang tiada masalah tidak ada ka? aku pon naik pening dah nie.. sekejap ini.. sekejap itu.. rasa tension je!! Aiyya!

Macam mana nak bagi tension ini hilang hah? rasa macam berdegung pon kadang-kadang dok ade.. HMM!! pening-pening..

Aku pon tak dak idea dah nie nak tulis ape.. otak dok keras beku macam dalam freezer peti ais!! bukan high coolant punya..

Dah la pagi tadi ada kereta sialan.. sikit lagi nak bagi divider jalan.. tiba-tiba break mengejut.. bagi la isyarat apa ka dulu..

Oklah.. tak tahu nak ceta apa dah ni.. sambung nanti!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

26 July 2009

Rahsia Bulan Mengikut Dr. Fadhilah Kamsah

Rahsia bulan anda dilahirkan mengikut bulan

(BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN Dr. FADHILAH KAMSAH)

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka
mengkritik
rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
bersifat sensitif , berfikiran mendalam
pandai mengambil hati org lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
bersikap romantik tetapi tidak pandai
mempamirkannya
cukup sayang pd kanak-kanak
suka duduk rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
berfikiran abstrak
sukakan benda yang reality dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpesonality yg mudah berubah
mudah menawan org lain
agak pendiam.
Pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pd segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yg lasak
emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka benda yg remeh-temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan
ada harapan utk merealisasikan impiannya
pemerhatian yg tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yg bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada
luaran
berkecenderungan pd benda yg tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan
mudah didampingi
sgt pemalu dan pemendam rasa
sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan
mudah simpati
sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam
persekitaran
suka pada kedamaian
sgt peka kepada orang lain
sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org
lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan tahu kenang budi
pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sgt manja dan suka diberi yg sangat
tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dgn hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalam bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan
baik
jgn terlalu moody.

APRIL
sgt aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat
menyesal
sgt menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yg sangat kuat
suka diberi
sgt diplomatik (pandai memujuk )
pandai berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
org
sgt berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan
santun dan pemurah
emosi cepat terusik
try control the emotion
kecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yg sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan
org lain
berpenyakit disekitar kepala dan dada
sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI
keras hati & degil
kuat semangat & bermotivasi tinggi
pemikiran yg tajam
mudah marah apabila tidak dikawal
pandai menarik hati org lain & menarik
perasaan yg amat mendalam
cantik dr segi mental & fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh
org lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik (otak kiri)
suka berangan
kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di
hati org lain tanpa diberitahu
bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yg tinggi
permikiran yg tajam
pandai berdebat
fizikal yg baik
kelemahan sistem pernafasan
suka sastera,seni & muzik serta melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

JUN
berfikiran jauh & berwawasan
mudah ditawan krn sikap baik
berperangai yg lemah lembut
mudah berubah sikap,perangai, idea, mood
idea yg terlalu banyak dikepala
bersikap sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dgn segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
cepat marah &cepat sejuk
suka bercakap & berdebat
suka buat lawak & bergurau
otaknya cerdas berangan-angan
mudah berkawan & pandai berkawan
orangnya sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selsema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih & cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat nak sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yg tidak terkawal
bersikap 'sesiapa yg memuji saya adalah musuh
saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan'

JULAI
Sangat seronok didampingi
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya
lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah
apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan tapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh-temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan yg serupa dgn semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yg tajam
suka menilai org lain dgn pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
suka mendiamkan diri
suka duduk dirumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
mudah gemuk kalau tak kawal diet
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja

OGOS
suka melawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun dan caring terhadap org lain
berani dan tidak tahu takut
orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
pandai pujuk org lain
terlalu pemurah & bersikap ego
nilai harga diri yg sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yg luar biasa
cepat marah & mudah mengamuk
mudah marah apabila cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya pemerhatian yg tajam & teliti
cepat berfikir
fikiran yg berdikari
suka memimpin & dipimpin
sifat suka berangan
berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
cepat apabila ditimpa penyakit
belajar utk relax
sikap kelam kabut
romantik ,pengasih,penyayang
suka mencari kawan

SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansur
sangat cermat,teliti & teratur
suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
pendiam tapi pandai bercakap
sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
sangat prihatin & terperinci,amanah, setia &
jujur
kerja yg dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif yg tidak diketahui
org yg banyak berfikir
daya pentaakulan yg baik
otak bijak & mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami org lain (daya firasat yg tinggi)
krn banyak simpan rahsia
suka sukan,hiburan & melancong
kurang menunjukan perasaannya
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yg luas
bersistematik

OKTOBER
suka sembang
suka org yg sayang padanya
suka ambil jln tengah
sangat menawan & sopan santun
kecantikan luar & dalam
tidak pandai berbohong & berpura-pura
mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong org kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka terima pandangan orglain
emosi yg mudah terusik
suka berangan & pandai bercakap
emosi yg kelam kabut
daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
suka melancong,bidang sastera & seni
pengasih ,penyayang & lemah lembut
romantik dlm percintaan
mudah terusik hati & cemburu
ambil berat tentang org lain
suka kegiatan luar
org yg adil
boros & mudah dipengaruhi oleh persekitaran
mudah patah semangat

NOVEMBER
banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijak
penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamik
sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari
rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani, pemurah setia dan byk kesabaran
terlalu degil dan keras hati apabila hendak,
akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hun kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dgn org
Suka dipuji, diberi dan suka dibelai
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yg berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

P/s : nampak macam betul jugak kan? tapi itu semua hanya ramalan.. jangan diikutkan sangat 100% nanti anda juga akan menyesal.. hanya untuk berseronok sahaja.. bulan aku ialah bulan DISEMBER.. kira ada lah gak sikit-sikit.. banyak pon persamaan juga.. anda pula bagaimana? mungkin tidak ada persamaan dan mungkin juga ada! jangan taksub pula..! tapi ini hanya kajian semata-mata oleh orang yang suka berfikir..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Kebosanan yang melanda diriku

Kebosanan yang makin kuat telah melanda dijiwaku.. ku terasa semacam sahaja dari mula hingga akhir.. aku bangun pon tadi sudah terlewat iaitu pada pukul 11 pagi.. lebih kurang macam waktu itu.. aku bangun lalu terus mandi.. selepas aku aku terus pergi makan.. sekarang ni aku tidak tahu hendak buat apa.. bahang kebosanan sungguh kuat melanda diriku..

Aku hendak keluar tiada transport pula kerana motor ku dalam masa 2 minggu baru siap.. PERGH! 2 minggu!!?? lama tuh.. kalau benda ini terjadi kepada anda? bagaimanakah rasa? kalau saya mungkin nak kata sedih tuh tak la sangat.. tapi sungguh bosan la.. satu kenderaan pon tidak ada.. kecuali motorsikal sahaja..

Petang ini sungguh membosankan.. ada tak rancangan aktiviti-aktiviti yang menarik sedikit? bagi menghilangkan bosan aku.. kalau tidor aku tidak mahu.. tak larat aku hendak tidur lagi.. asyik-asyik tido je.. sungguh bosan.. kekeke!

Sampai di sini sahaja.. aku pon tidak tahu hendak menulis apa lagi.. jikalau ada aktiviti-aktiviti yang best.. bagi tahulah noh!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

25 July 2009

135LC dalam services

Sungguh terasa kesunyian tanpa motor aku iaitu 135LC.. dialah motor pertama aku dan register atas nama aku.. sekarang ni dia ada kat bengkel iaitu mengalami kerosakan yang teruk di hadapan selepas terlanggar apek tua yang cilaka..

Ceritanya begini.. aku sedang khusyuk membawa motor 135LC untuk pulang ke rumah selepas balik sekolah.. selepas itu aku ternampak betul-betul depan aku iaitu apek cina yang sedang membawa motor Honda Ex5 masuk ke simpang itu dengan selambernye.. lalu aku tidak sempat hendak membuat brek kecemasan lalu terciumlah motor apek itu.. nasib baik aku sempat lompat kalau tidak sekali ngan aku-aku cium apek tuh.. aku tahu benda ini kelakar.. tetapi motor aku tuh rosak teruk..

Apek tuh ketar habis selepas aku buat macam marah.. padahal aku tak marah pon.. dah benda nak jadi.. nak buat macam mana.. tapi apek itu juga tetap aku di persalahkan.. di sebabkan dialah macam-macam masalah jadi.. pehtu aku terus gi buat report.. nasib baek apek tuh buat report juga.. kalau tak waran tangkap menanti dia.. haha! kejamnya aku!!!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Perlbagai masalah yang harus dilalui

Setelah lama menyepikan diri.. kini ku kembali dengan adegan baru dan cara yang baru.. banyak dah aku pelajari tentang kehidupan di dunia ini dan bermacam-macam juga perkara yang telah menimpa diriku dari dahulu sampai sekarang.. perkara yang aku tidak boleh nak lalui juga bermacam-macam sampai nak pecah otak aku memikirkannya.. tetapi apakan daya.. aku cuma insan yang lemah serta tidak bermaya..

Aku harap semua perkara yang telah dilalui oleh aku.. tidak akan berulang lagi sampai bila-bila.. biarlah ianya sekali di dalam kehidupanku ini.. semoga perkara buruk yang telah ku lalui pergi begitu sahaja tanpa berita..

Motor aku sekarang ini telah mengalami eksiden yang teruk.. diriku tidak jadi apa-apa.. cumakan motorku sahaja.. disebabkan eksiden langgar apek yang tidak reti masuk simpang dengan betul.. lalu motorku iaitu 135LC mencium apek itu sehingga dua-dua tergolek.. tapi ALHAMDULLILAH diriku tidak mengalami kecederaan yang serius.. cuma calar dan luka sedikit sahaja.. tetapi motorku mengambil masa 2 minggu itu siap direpair dengan duit insurance cover..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!