Artikel Menarik

10 June 2010

5G Dalam Hidup Lelaki

5 "G" Yang Perempuan Tak Kisah Tentang Lelaki
GEBU - kulit yang gebu dan lembut macam apam, pasti best didampingi.
GENDUT - bentuk fizikal yang kebanyakan di miliki oleh lelaki, maka ianya adalah perkara biasa asalah poketnya gendut ngan duit.
GAYAT - kurang memiliki oleh lelaki tapi boleh diterima jika dibandingkan dengan yang suka gayut.
GEMURUH - dikejutkan selalu terperanjat tapi boleh kontrol tak gigil, ciri-ciri penyayang tu.
GEMUK - lebih kurang sama macam gendut cuma fizikal lebih berisi dan pasti lebih disukai bila poketnya sentiasa berisi.

5 "G" Yang Perempuan Tidak Suka Tentang Lelaki
GANAS - silat yang akan menyakitkan kaum yang lemah
GARANG - perangai yang selalu marah-marah dan kurang senyum pasti menakutkan bukan saja perempuan malah semua orang.
GEMENTAR - pantang terkejut sikit dan gentar, abis tu macam mana nak jadi pelindung kaum perempuan.
GELOJOH - sifat tak menyempat-nyempat baik soal makan atau apa saja aktiviti bakal mewujudkan suasana kelam-kabut.
GATAL - yang paling tak disukai oleh perempuan apatah lagi time berdating pun sempat mengorat awek lain.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

09 June 2010

Peribahasa Sasau


Peribahasa ini digubah oleh orang yang tinggi idea dan akalnya sehingga merapu di sana sini tetapi kita baca ada jugak betulnya.. kan kan? mari kita lihat di bawah ini.

- Air dicincang takkan putuas tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri.
- Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan.
- Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.
- Takkan lari gunung dikerja tapi kalau tak kerja pun gunung itu takkan lari jugak.
- Patah tumbuh, hilang report polis.
- Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.
- Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak mausk Sukan Olimpik jugak.
- Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.
- Kalau ada sumur di ladang, boleh hamba menumpang makalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari...(nak tak?)
- Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang hamba makan sate Kajang. Lagi best...
- Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang lebih panjang sikit.

Amacam? ada jugak betulnya walaupun di gubah sehingga tidak masuk akal.. haha

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!