Artikel Menarik

18 December 2010

Kerja Yang Sesuai

Nak hidup, mesti kena kerja. Namun bukan semua orang bertuah dapat kerja yang diidam-idamkan. Kadang-kadang tu tak sesuai tapi terpaksa kerja sebab nak cari duit. Macam mana nak tahu sesuai ke tidak? Di bawah ini diberikan contoh...

DETEKTIF
Orang yang suka menyiasat hal ehwal luar dan dalam seseorang.

PENGAWAS PEPERIKSAAN
Orang yang suka meneliti sama ada orang lain buat kerja ataupun tidak.


BROKER SAHAM
Orang yang suka makan hasil duit bini atau hasil titik peluh orang lain.

AHLI SILAP MATA
Orang yang suka meminjam itu ini dan selepas itu menghilangkan diri sekelip mata.

KARTUNIS

Orang yang suka menconteng sambil buat kelajar dengan diri sendiri.

Jadi, perkara di atas ini memang sesuai dilakukan oleh orang yang mempunyai perangai sebijik dengan penerangan di atas itu.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

17 December 2010

Fakta Menarik

Di bawah ini terdapat sedikit fakta-fakta yang agak menarik dan sedikit lucu untuk dibaca oleh semua pembaca! Dan fakta-fakta ini bukanlah rekaan semata-mata tetapi adalah benar daripada hasil-hasil dan sumber-sumber lain.

1) Bau buah limau gedang boleh membuatkan wanita-wanita di pertengahan usia akan kelihatan muda 6 tahun daripada usia sebenar di persepsi pihak lelaki. Namun tiada apa-apa kesen bau buah tersebut boleh terjadi kepada lelaki.

2) Semakin sejuk kita tidur dalam sesebuah bilik maka kemungkinan untuk kita mendapat mimpi yang buruk adalah semakin tinggi.

3) Kawasan badan yang paling sering digigit oleh serangga ialah di bahagian kaki.

4) Orang-orang yang mempunyai jumlah tahi lalat yang lebih banyak di tubuh mereka dikatakan mempunyai jangkahayat yang lebih panjang berbanding orang-orang yang mempunyai kurang jumlah tahi lalat.

5) Secara puratanya, setiap pengguna komputer akan mengejipkan matanya sebanyak 7 kali bagi setiap minit atau kurang separuh daripada keadaan normal mata yang mengejip iaitu 20 kali bagi setiap minit.


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

13 December 2010

Suhaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Atimet - Kalau Berpacaran

Aku amat suka akan lagu ini iaitu di nyanyikan oleh Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan juga Atimet yang bertajuk Kalau Berpacaran.

Kenapa lagu ini best? Sebab rentaknya yang amat rancak dan lirik lagunya yang amat sesuai untuk remaja sekarang ini. Iaitu suka berfoya-foya dan bercinta dengan melakukan benda yang haram sehingga tak takut akan masa hadapannya.

Apa-apa pon lagu ini memang terbaik dari ladang dan di bawah ini terdapat lirik lagu dan lagu untuk di download dalam bentuk MP3 kepada anda semua jikalau ingin mendengar!

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

08 December 2010

Profile Baru Facebook

Aku melayari facebook seperti biasa dan setiap hari aku melakukan aktiviti aku dengan surfing ataupun melayari website di merata-rata tempat untuk mendapat info-info terkini yang menarik. Dengan itu aku bertemu dengan satu info yang mengatakan facebook telah menukar profile baru yang agak canggih dan nampak rancak sekali.

Di dalam profile facebook baru ini, nampak lain sekali daripada profile facebook yang lama iaitu profile yang lama nampak kosong sahaja dan profile yang baru nampak penuh di dalam profile korang itu.

Mungkin ada sesetengah orang yang tidak tahu perkara ini. Penukaran profile facebook ini telah di langsungkan beberapa hari yang lepas tetapi aku baru tahu dan ianya amat menarik daripada yang biasa.

Jadi, tunggu apa lagi? mari kita tukarkan profile facebook korang yang lama kepada yang baru. Macam mana? Senang sahaja itu! Korang masuk di dalam facebook kawan korang yang telah mengunakan profile baru ataupun dengan masuk di sini. Korang baca selanjutnya disitu.

Tahniah! Profile facebook korang telah bertukar kepada wajah yang baru!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

07 December 2010

Kemalasan Di Musim Cuti Sekolah

Musim cuti sekolah muncul kembali, Di cuti sekolah ini ada beberapa jenis kemalasan yang wujud pada diri seseorang pelajar, Siapa itu? Korang la yang masih bersekolah... siapa lagi. Mungkin korang tak perasan, tapi lepas korang baca ini baru korang akan perasaan.

MALAS MENGAJI
Korang malas mengaji dengan memberi alasan kepada mak bapak korang bahawasanya mengaji jugak termasuk dalam cuti sekolah.

MALAS MENDENGAR KATA
Kat sekolah dulu dah la korang malas mendengar kata guru, musim cuti sekolah pulak korang malas mendengar kata orang tua yang memberi nasihat untuk kebaikan.

MALAS MENOLONG
Bila mak, ayah korang mintak tolong buat kerja sedikit, korang dengan pantas menjawab malas dan menuruh pulak adik-beradik lain buat.

MALAS MANDI
Dari pagi bawak ke petang sampai la kena bebel dengan orang tua pun masih malas nak mandi. Badan dan bau macam kambing tak masuk kandang.

MALAS MEMBACA

Buku-buku bacaan, majalah atau surat khabar yang dibeli tak berubah tempat langsung. Macammana baru beli dari kedai, macam tu la buku-buku (buku belajar) tu tak terusik.

MALAS DUDUK RUMAH
Rumah punya la besar gedabak tapi tak lekat walaupun seminat dekat rumah. Rumah macam tempat mandi, makan dan tido je. Kalau keluar bila orang lain dah tido baru balik... macam pencuri pulak tu.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

06 December 2010

Perkara Mustahil Berlaku Pada Cuti Sekolah

Tora datang lagi... eh, silap. Cuti sekolah datang lagi. Mesti korang seronok, bila dah seronok macam-macam la benda korang buat tapi ada perkara yang mustahil berlaku di masa cuti sekolah ini. Nak tahu apadia? Mari kita baca di bawah ini.

1) Semua shopping clompex lengang dari kelibat budak sekolah tapi perpustakaan, tempat-tempat yang berfaedah dan berilmu penuh sesak dengan para pelajar.

2) Korang lebih gemar duduk di rumah dan menelaah buku teks dari duduk di kafe siber dan berusaha menghabiskan segala game yang ada.

3) Tiadanya perang iklan rancangan yang berunsurkan cuti sekolah dimana-mana stesen TV sama ada yang berbayar atau tida. Serta tiada permosi-promosi percutian sempena cuti sekolah di tempat percutian.

4) Kanak-kanak yang belum merasai keperitan untuk dewasa dengan selamba bergurau senda dengan tok mudin.

5) Korang bangun awal pagi yakni lebih awal dari biasa untuk ke masjid dan menolong ibu bapa korang tanpa perlu disuruh atau dibebel.

6) Korang tak dapat apa-apa jemputan kenduri kendara dan macam-macam jenis jemputan lagi.

7) Korang tak nak bercuti dan memaksa cikgu-cikgu datang ke sekolah untuk meneruskan sesi pembelajaraan.

Sebegitulah perkara yang mustahil dan tidak akan berlaku pada cuti sekolah yang selalu adanya tiap-tiap tahun dan dilalui oleh setiap orang di muka bumi ini.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

05 December 2010

Sekolah Sahaja Yang Cuti Sebulan?

Korang perasan tak, kenapa sekolah sahaja yang dibenarkan cuti sebulan terus? Kenapa zaman kerja ni takde yang cuti sebulan? nak mintak cuti sehari pun susah dan payah. macam jeles je buat semua orang yang sedang bekerja ni. Jadi mari kita lihat di bawah ini.

1) Budak-budak sekolah hanya ada cuti yang diberi sahaja. Diorang takde tahunan, cuti separuh hari atau cuti tanpa gaji.

2) Diorang juga tidak disediakan klinik panel untuk mengambil cuti sakit sama ada melalui cara yang sah ataupun tidak.

3) Jika para pekerja turut diberi cuti sebulan terus maka segala urusan hidup tergendala. Contohnya surat menyurat, kebakaran atau rawatan akan bermasalah kerana posmen, bomba dan doktor turut bercuti lama.

4) Statistik kemalanga jalan raya turut naik mendadak kerana ramai akan berlumba-lumba pergi bercuti atau balik kampung. Yang pasti tauke resort, tol atau pusat hiburan tersenyum riang dan gembira.

5) Acara wajib bila cuti sekolah menjelma ialah mendewasakan bebudak lelaki. Bagi yang memang dah dewasa turut sama bercuti panjang buat apa?

6) Bagi golongan dewasa di cuti sekolah ramai yang berkhawin atau terima jemputan khawin. Bayangkan jika orang yang dah bekerja turut bercuti panjang? Gerenti dalam semeinggu sibuk pergi kenduri khawin sahaja!

Sebab itulah sekolah sahaja yang hanya cuti sebulan dan para perkerja jarang yang nampak cuti sebulan kecuali dibuang kerja. Bukan cuti sebulan tetapi cuti selama-lamanya terus.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

04 December 2010

Di Sebalik Cuti Sekolah

Cuti sekolah adalah hari yang paling ditunggu oleh bebudak sekolah, cikgu, kerani sekoah serta tukang kebun kerana diorang akan bercuti tapi ada juga perkara yang berlaku di sebalik cuti sekolah.

1) Datuk dan nenek di kampung akan mula dilanda kerasahan takut-takut mendapat panggilan telefon daripada anak untuk menghantar cucu-cucunya ke kampung dengan alasan untuk melepas rindu.

2) Para suri rumah tangga akan melompat girang dan mula membelek-belek majalah yang berkaitan dengan tempat-tempat pelancongan serta mula bertanya beberapa hari cuti tahunan yang tinggal kepada suami tercinta.

3) Ibu bapa mula berebut-rebut menempah khemah, kompang dan pelamin untuk mengkhawinkan anak diorang pada cuti sekolah walaupun anak diorang bukan budak sekolah.

4) Kesesakan jalan raya berkurangan disebabkan ramai yang beranggapan bahawa budak sekolah yang menjadi punca utama jalan sesak sedangkan budak sekolah takdak lesen memandu.

5) Terdapat banyak rancangan yang berunsurkan kartun di kaca televisyen yakni sama banyak dengan kerja sekolah yang diberi oleh cikgu yang selalunya diorang buat-buat tak tahu.

6) Sekolah memandu, kelas menjahir dan kelas masak tidak terlibat langsung dengan cuti sekolah walaupun adanya cikgu, murid dan kelas.

Begitulah disebalik cuti sekolah ini, bermacam-macam perkara yang berlaku sehingga bermacam-macam benda pelik dan ajaib terjadi. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

03 December 2010

Foto Paling Laju Ditangkap

Mari korang lihat foto paling laju biasa ditangkap oleh jurugambar. Agak-agak korang kalau nak tangkap gambar macam dekat bawah ini pasti susah, cuma tahu bagaimana cara dan kepantasan itu penting jikalau ingin menjadi seorang jurugambar yang cekap bukan?

Kebanyakannya nak tahu korang tangkap sesuatu gambar itu laju atau tidak dengan menggunakan hasil daripada kesan pecah ataupun air serta lain-lain lagi yang sama seperti yang aku terangkan tadi. Jadi tunggu apa lagi! Mari kita lihat foto-foto yang agak terpegun jugaklah kalau korang melihatnya.



Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

02 December 2010

Papan Tanda Tandas Yang Pelik

Di bawah ini ada beberapa papan tandas tandas yang selalu dipaparkan di tandas atas di muka pintu depan. Ada bermacam-macam tanda tandas yang boleh dijumpai di dalam dunia ini termasuk yang pelik dan aneh sekali dan ada juga yang mempunyai unsur-unsur 18sx yang agak keterlaluan. HEHE! Jadi mari kita lihat gambar-gambar di bawah ini yerp!





Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

01 December 2010

Kenapa Pelajar Tak Suka Cuti Sekolah?

Sebelum ini mengisahkan kenapa pelajar suka cuti sekolah dan sekarang kita lihat pula kenapa pelajar tak suka cuti sekolah plak.

Majoriti bebudak sekolah memang suka bila ditanya pasal cuti. Minoriti yang tak suka mesti bersebab... antara sebab-munasabab yang paling popular ialah

1) Sebab kena jaga adik. Selagi adik tak tidur terpaksa la kena tengok-tengokkan tingkah laku adik.

2) Mak asyik suruh kemas rumah. Pantang bersepah sikit mesti kena kemas.

3) Kena tolong bapak pergi menoreh. Bukan setakat itu je... berkebun, hias halaman rumah, basuh kereta atau memacam lagi kerja lelaki.

4)
Kena duduk dalam rumah je, tak boleh pergi mana-mana pasal kalau keluar takut kena culik.

5) Tak boleh jumpa pakwe dan makwe. Kalau mak bapak tau gerenti kena marah.

6) Tak dapat duit belanja sekolah sebab cuti sekolah bermakna belanja harian jugak cuti.

7) Tak dapat jumpa geng-geng kamcing sebab ramai geng yang ada kampung halaman atau korang sendiri dihantar balik kampung.

8) Kepada yang belum akil baligh dah tentu takut kena sunat.

Ada sesetengah yang suka kepada cuti sekolah dan ada yang sesetengah yang tidak suka. Itu ikut kehendak masing-masing, sebab perangai dan watak budak sekolah lain-lain.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!