Artikel Menarik

20 March 2010

Petua Hilangkan LoveBite!

Tentunya anda tidak mahu “love bite” menjadi bahan gurauan teman di pejabat dengan pelbagai gelaran, membuatkan anda seolah-olah fobia setiap kali pasangan anda mahu mencium anda terutama di leher. Takut digigit…! Ini ada cara dan petua untuk menghilangkan gigitan love bite.

1) Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yg mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dgn air seperti biasa.

2) Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (eyeMo) di bahagian tersebut. Biarkan utk seketika.

3) Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang.

4) Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. kemudian gosokkan perlahan-lahan pd bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.

p/s : kepada yang berkahwin sahaja boleh buat tetapi aku lihat yang tak kahwin pon banyak buat.. jadi ini petuanya! haha!

Sumber daripada RANCAK.ORG
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

19 March 2010

Tips Lupakan Si Dia

Cinta semuanya indah, sehingga teringatkan si Dia tidak kira malam, pagi mahupun petang. Tambahan pula waktu makan, waktu main, waktu tidur sehingga ada yang sampai termimpi-mimpi. Boleh di katakan semua hal mesti ada si Dia yang menemani.

Tapi masalahnya apabila sudah putus cinta pun masih teringatkan si Dia sampai susah melakukan apa-apa kerja. Maknanya jodoh anda dengan si Dia tiada lagi. Janganlah susah hati. Jadi di sini ada beberapa tips yang bagus untuk panduan semua.

Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu.

Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

06 March 2010

Hot FM Big Jam @ Padang Kota Lama Pulau Pinang

Kedengaran kawan-kawan ku mengajak untuk pergi ke Hot FM Big Jam yang akan di langsungkan di negeri aku iaitu Pulau Pinang pada hari ini dan ajakkan itu sudah lama kedengaran cuma sekarang baru hendak di beritahu.

Aku tengok dia punya poster pun banyak hangat serta rancak sahaja, tetapi aku tidak pergi lagi kerana kawan-kawan aku mengajak selepas asar dan kemalasan melanda untuk pergi lebih awal daripada itu. Biasalah, kalau pergi awal-awal tiada apa sangat.

Ada sesetengah orang mengatakan Hot FM Big Jam ni lebih kurang macam Sure Heboh sahaja yang di anjurkan oleh TV3 Media Prima tetapi aku pun kurang pasti sebab aku baru minggu lepas tahu tentang Hot FM Big Jam ini, jikalau kawan-kawan tidak mengajak. SUMPAH! aku haram tak tahu apa. Hahahahah!~

Artis yang aku lihat di laman web Hot FM sendiri iaitu di bigjam2010 berkumpulan ialah seperti bunkface, hujan, modread, meet uncle hussein, axl, photograft dan artis solo ialah seperti misha omar, stacy, mila, akim, nubhan, mawi serta ramai lagi yang bakal mengegarkan Padang Kota Lama Pulau Pinang!

Jangan yang mana dok dekat itu, jom kita pi usha dan datang ramai-ramai ke Hot FM Big Jam 2010! Jangan dok umah ja, buat apa. Mai sini kita wat ramai! hahaha!~
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!