Artikel Menarik

29 April 2010

Apa Yang Korang Patut Buat Kalau...

Sekiranya korang adalah seorang yang yakin boleh, berani mengambik risiko, jiwa kacau, bersedia dan segalanyalah yang memenuhi tuntutan mental dan fizikal adalah di sarankan untuk mencuba tips kat sini. Semoga selamat.

Kalau Bini Mengamuk Dan Membaling Pinggan Mangkuk
Jangan tepis atau elak... apa barang. Sebaliknya cubalah sedaya upaya sambut dan tangkap, inilah pun masanya korang nak tunjukkan bakat terpendam korang tu.

Kalau Bini Korang Menangis Sambil Membebel Pasal Sikap Korang Yang Menyakitkan Hatinya

Tarik nafas, lepas... tarik nafas, lepas... ulang lapan kali lagi. Kemudian mula ketawa, buktikan yang korang bersedia untuk membuatnya gembira tika saatnya berduka nestapa.

Kalau Bini Korang Mengemas Kain Bajunya Bubuh Dalam Beg Dan Nak Blah
Jangan dok rayu-rayu, kawan tu dah nekad campur tension sekali tambah pula dengan hati panas, jadi tolong ler mana yang patut. Yakni tolong ambik dah bubuh kain baju dalam begnya.

Kalau Bini Korang Membebel Tak Berhenti
Kalau korang pekak boleh dikecualikanlah. Jangan dokmembatu kayukan diri tu... cubalah menjadi kreatif sedikit, korang boleh buat bunyi muzik latar apa.

Kalau Bini Korang Bersiap Lama Sangat
Jangan dok memebel dan membebel dan membebel, sebaliknya cubalah hidupkan enjin kereta dan tekan pedal minyak kuat-kuat sampai habis. Seminit, dua miniat, tiga minit pastu blah aje kalau masih tak keluar-keluar.

Jadi buatlah untuk membantu supaya tidak menyakitkan hati mereka... hahaha
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

28 April 2010

Tanda-Tanda Korang Takut Bini

Kepapa yang sudah berkahwin atau ingin berkahwin korang mesti awasi perkara sebegini supaya tidak melarat kelak takut bini kerana bini di ibaratkan ganas seperti harimau jadian. Sekiranya korang mempunyai salah satu atau kesemua gejala seperti yang tertera kat sini maka tak syak lagi korang mengalami sindrom takut bini.

1) Memaklumkan sebarang aktiviti yang bakal dibuat, kadang tu siap buat laporan lengkap bertulis lagi.

2) Tak payah suruh, memang dah jadi rutin untuk korang membasuh, memasak, mengemas, menyeterika baju dan bancuh susu anak memalam.

3) Sentiasa menundukkan muka dan tak berani nak bertentang mata (kemungkinan lain muka bini korang tu dan tak berkenan di hati).

4) Nak meninggikan suara sesekali pun memang tak berpeluang hatta masa menyanyi karoeke lagu yang memerlukan korang menyanyi dalam nada tinggi.

5) Kaler pink merupakan feveret kaler bini dan secara tak langsung korang jugak di wajib untuk turut bersetongkol menyukai kaler tersebut.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

27 April 2010

Misteri Pocong

Dengar nama je dah meremang bulu roma kambing. Semua akan masuk kandang serta merta, kalau terjumpa gerenti berterabur lari. So kalau kambing dah berterabur lari lintang pukang. Manusia pulak macam mana agaknya yer. Aku nak ajak korang mengenal hantu pocong ini... dah kenal baru cinta.. tak gitu...

Mengapa Pocong Tak Pernah Tunjukkan Muka?
Sebab sampai sekrang ini dia masih malu lagi nak tunjukkan muka dia yang cantik tu.

Kenapa Pocong Keluar Waktu Malam Je?
Eh, mana ada. Pocong ada juga keluar la waktu siang untuk takutkan manusia, tapi orang Malaysia ini siang hari sibuk kerja, so takde masa nak layan pocong atau hantu lain. Diorang lagi takut bos diorang daripada pocong.

Kenapa Pocong Tak Berjalan Tapi Meloncat-Loncat?
Oooo.. sebenarnya pocong ini adalah pemegang rekod meloncat-loncat terbanyak. Sepatutnya dah masuk dalam Book of Record tapi fakta tu sengaja di sembunyikan. Teruk tau manusia nih!

Apakah Muzik Kegemaran Pocong?
Pocong gemar muzik dangdut, dangdut 360 darjah pun pocong boleh buat tau.

Benarkah Pocong Ni Kaki Cong?
Uik, sapa cakap? Tak baik tuduh-tuduh tau, berdosa.

Minum Kegemaran Pocong Susu Kan?
Tak la, pocong punya febret ialah air mata kucing.

Kalau korang nak ketahui lagi silalah berkenalan dengan si pocong ini.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

26 April 2010

Ciri-Ciri Kawan Tak Boleh Pakai

Dalam dunia ini kita akan mempunyai ramai kawan dan kawan-kawan ini pulak bermacam-macam perangai dan ragamnya. So, apa yang aku nak ceritakan ialah ciri-ciri kawan yang tak boleh pakai. Korang ceritakan jugak la.. tentu korang pun ada kawan-kawan yang jenis macam ini kan..

Kawan Yang Suka Makan Kawan
Boleh jadi kawan makan kawan ni ialah kawan lama korang yang makan sepinggan, tidur sebantal yang korang dah berikan kepercayaan sepenuhnya. Mungkin kerana seorang perempuan yang korang berdua sangat suka tetapi perempuan tersebut milih kawan korang. Tu korang tak puas hati dan korang burukkannya di belakang kawan korang tu.

Kawan Yang Macam Kawan Tapi Tak Boleh Dibuat Kawan
Boleh jadi kawan macma ini dia berbaik-baik dengan korang sebab pada satu masa nanti diorang boleh gunakan korang. Dia boleh menjadi kawan rapat, bila susah dia cari korang tapi bila senang dia akan hilang buat sementara.

Kawan Yang Tak Reti Bahasa
Kawan yang tak reti bahasa ini sebenenarnya dia faham apa yang korang cakap tapi dia buat bengap atau bodoh seperti tak paham. Contohnya, harta kita dia buat macam harta dia sendiri atau dah la tumpang almari baju lepas tu ngan baju-baju kita dia sarung sekali.

Kawan Yang Kedekut
Kawan yang kedekut taik hidung masin. Apa sahaja pun berkira walaupun duduk serumah. Lima sen pun nak berkira payah la. Jangan harap la korangan nak merasa dia belanja makan.

Kawan Yang Klepet Kawan
Kawan yang suka memintam barang-barang korang dan kata nak pulangkan tapi bila dah pinjam dia tak reti langsung nak pulangkan. Bila korang mintak pun dia buat muka tak bersalah aje.

Kawan Yang Suka Tipu Kawan
Dia bercerita seperti dia tidak bersalah langsung tapi rupanya cerita tu cuma nak meraih simpati korang agar ada orang percayakannya, padahal yang bersalah adalah dia.

Kawan Mengata Kawan
Kawan yang korang percaya sangat dengan dia tap idepan korang dia sokong je apa korang buat (yang baik la) tapi rupanya bila korang takde dia mengata dan mengutuk korang yang macam-macam, serupa talam dua muka.

Nak cari kawan biarlah kawan yang baik.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

24 April 2010

Kenali Sifat Awek Korang Melalui Tempat Dating

Biasanya lelaki yang ajak dating tapi destinasi lokasinya awek yang tentukan, antaranya...

SHOPPING COMPLEX
Sah, minat ni kuat joli. Tak boleh kata apa dah eh.

KEDAI MAMAK
Dia perasan yang korang macam agak sengkek dan tak sampai hati nak ajak makan kat restoran elit. Baginya kedai mamak ini pon dah nampak elit... haha

PANGGUNG WAYANG
Kemungkinan dia nak testing tahap kegatalan korang. Kalau macma melampau maka hai-hai... bye-bye... le korang.

TAMAN TASIK
Dia memang benar-benar berharap yang perhubungan korang berkahir dengan perkahwinan, beranak-pink, bercucu-cicit ataupun mungkin terpengaruh dengan drama filem tahun 80an.

AIR TERJUN
Haik, biasanya orang jantan yang suka tempat-tempat sejuk camni. Baik korang hati-hati mungkin beliau adalah alien yang terdesak.

BUS STOP KAT DEPAN RUMAH DIA
Kemungkinan besar adalah perdatingan terakhir. Dia nak mintak putus tapi dengan cara bersemuka.. berani dan berkeyakinan. Alaaa... tak payah nak frust lebih-lebih.

Jadi sila perhatian di mana aweks anda nak ajak di dating tuh ye..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

23 April 2010

Tanda Rakan Sebilik Anda Adalah Alien

Cuba korang renung dan tenung gerak laku kawan serumah atau sebilik korang tu. Mana nak tahu beliau itu alien di sebabkan beberapa perkara ini.

1) Dia selalu merunung bintang sambil berkata... "Ohh, rindunya aku kat kampung halaman yang jauh di sana." sambil tangannya menunjuk ke langit.

2) Biasanya menatang ni kan ada "sense", jadik dia memang sangatlah tak selesa bila berdepan dengan kucing yang selalunya akan tenung di semacam saja.

3) TErsangat-sangat tak puas hati dengan filem pasal alien yang selalu di gambarkan sebagai makhluk berfigura pelik dan jahat.

4) Korang rasa macam ada benda yang korang ingat-ingat lupa. Kemungkinan mata korang dah di laser le tu.. ala macma dalam citer MIB tuh.

5) Dia kuat komplen... tak tahan panas, tak tahan sejuk, tak tahan lapar, tak tahan kenyang, tak tahan segala macma yang sangat janggal berlaku pada seorang manusia tulen serta asli.

6) Korang macma perasaan yang dia boleh mengawal cuara. Tengah hujan lebat dengan kilat sabung-menyabung tapi bile je dia cakap "berhenti" tak sampai sepuluh minit dah terang. Korang macam bermimpi aje yang sebelum tadi hujan macam nak giler.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

22 April 2010

Orang Tak Buat Semasa Pergi Kenduri

Bila dijemput makan kenduri gerenti kena pergi tetapi korang takkan buat perkara-perkara seperti yang akan ditulis kat sini. Kalau buat jugak bermakna korang sememangnya tak tahu menghormati majlis orang.

1)
Bertuala mandi atau bersinglet atau pakai kot kat majlis doa selamat di kampung.

2)
Order makan macam kat kedai makan. Siap marah lagi kalau order lambat sampai.

3) Pak imam tengah baca doa selamat tapi korang selamba je makan di sebelah pak imam.

4)
Sibuk bercerita dan ketawa berdekah-dekah semasa hadirin lain baca doa selamat.

5)
Hidangan tak kasi orang lain tumpang makan sama... sengsorang je melahap sampai tak ingat dunia.

6)
Bertepuk tangan sesudah pak imam habis baca doa selamat.

7) Membayar harga makanan setelah habis makan kenduri.. siap bagi tip dengan duit bagi lagi tu.

8)
Mintak bungkuskan nasi dan lauk buat bagi ayam atau itik makan kat umah tuh.

Kalau ada salah satu perkara anda buat mungkin anda kurang menghormati majlis orang.. hahaha..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

21 April 2010

Cara Mengatasi Masalah Keguguran Rambut

Sering mengalami keguguran rambut? Kat sini ada beberapa tips yang kitaorang nak bagi supaya rambut korang sihat dan kuat!

1) Gunakan gam cap gajah untuk menggamkan balik rambut korang yang gugur tu. Gam dari tepung ubi tidak di galakkan kerana ia tak tahan kena air.

2) Semburkan rambut korang dengan racun makhluk perosak. Ianya penting bagi menjamin rambut korang dari diserang makhluk perosak seperti kutu babi.

3) Lumurkan rambut korang dengan baja asli atau organik seperti taik ayam atau taik lembu. Kalau taik kucing lagi bagus. Hasilnya rambut korang akan tumbuh dengan subur.

4) Buang atau cantas rambut-rambut yang bercabang. Ianya amat perlu supaya rambut-rambut yang lain tidak tutur dijangkiti penyakit rambut bercabang-cabang.

5) Jangan membebeankan kepala hotak dengan banyak berfikir kerana ianya akan menyebabkan akar-akar rambut menjadi lemah. Sila berfikir menggunakan kepala lutut korang tuh.

6) Sekiranya semua di atas gagal dilakukan korang boleh ambik bulu ketiak atau bulu dara mahupun mana-mana bulu dan tampal atas kepala korang supaya masalah ini di atasi dengan pantas sekali.

Jadi jangan risau selepas ini pasti rambut anda sihat sejahtera di samping kulit kepala yang tersayang, ibarat rambut dengan kulit kepala.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

20 April 2010

Tanda Obsesi Dengan Program Realiti TV

Sekarang ini kan makin melambak-lambak program realiti TV yang biasanya memerlukan kredit SMS penonton dalam menjayakannya. Kat sini pulak sindrom orang yang terlalu fanatik yang keterlaluan terhadap peserta yang menjadi idola dalam sesuatu program itu. Agak-agak ada tak salah satunya kena kat batang idung korang? Renung-renungkanlah..

1) Separuh dari duit gaji dihabiskan untuk mengundi feveret korang.

2) Sanggup buat website fanclub ataupun menulis blog yang takde lain ceritanya pasal peserta feveret tu.

3) Suruh mak ayah kat kampung menlanggan siaran TV berbayar itu supaya kalau balik kampung setiap hujung minggu takdelah miss tengok.

4) Kawan-kawan terdekat dan anggota keluarga jugak secara tidak langsung turut di desak untuk mengSMS favourite korang sekali.

5) Majalah yang mengandungi gosip, gimik dan segala hal yang tak penting si feveret korang tu menjadi bahan bacaan wajib yang patut di beli.

6) Jugak menjadi peguambela tak bertauliah kalau ada kengkawan yang sengaja mengondem feveret korang itu.

7)
Kat bilik kompem penuh dengan segala macam poster si feveret. Beleum masuk lagi album gambar yang berpeti-peti dan jugak buku scrap.

Salah satu daripada perkara di atas mesti ada punya bagi yang meminati program realiti TV ini. Jadi jangan selindung lagi. Kami sudah tahu.. haha
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

19 April 2010

Kenapa Super Hero Pakai Spender Kat Luar?

Korang perasaan tak, kebanyakkan superhero terutamanya superhero omputih.. biasanya pakai spender kat luar.. kira cam dah jadi "TRADEMARK" mereka dah.. tak boleh nak kata apa.. nak tau sebab apa? Mungkin di sebabkan perkara sebegini kot..

1) Masa sarung itu terlupa nak pakai kat dalam, nak tanggal balik jadik eja pulak. Tu yang sarung saja kemudian saje..

2) Terdapat kesan koyak yang perlu ditutup, takkan nak tampal pulak.. buat gelak dek orang sahaja. Fikir punya fikir dapatlah idea untuk cover pakai spender kat luar tuh.. sapa pun tak tau punya..

3) Fesyen stereotaip bagi menggambarkan identiti sebagai superhero. Sekurangnya takdelah melampau sangat dari pakai spender sahaja, geli-geleman rasanya.

4) Untuk menunjukkan superhero adalah makhluk luar biasa dan berkeyakinan diri yang tinggi.. orang gila pun belum tentu sanggup pakai sebegitu..

5) Bayangkan kalau pakai seluar Hawaii (seluar tauke lombong) mesti tak macho. Kalau berlenggeng tanpa spender dah macam penari ballet la pulak.

6) Masa salin pakaian tu tersilap sarung dan terus pakai sampai ke lani.. sudahnya dah terbiasa, lantaklah orang nak kata apa..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

17 April 2010

Panduan Makanan Bayi

Kepada pasangan yang baru bergelar ibu bapa yang masih muda dan masih tidak bebapa pro dalam mengendalikan bayi, sila-silalah ambik perhatian dengan penyataan di bawah ini.

1) Walaupun makanan itu bercop halal tapi tak semestinya sesuai untuk bayi, Gigi hape pon takde lagi korang main suap biskut kering kepada bayi tersebut, apakehelnya!

2) Jangan samakan kuasa makan bayi dengan diri korang. Jadik tak perlulah sediakan sepinggan puri kentang, karot, pisang dan sebagainya.

3) Tak perlu meneyediakan dua tiga macam menu hidangan sebab kemampuan bayu untuk makan adalah terhad.... tak terlantaknya bayi itu weh..

4) Tak perlu bubuh serbuk perasa, garam, belacan dan sebagainya. Memadai dengan rasa asli makanan yang sebenar itu. Jadik jangan nak salah bayi itu pulak kalau dia reject..

5) Mulai memberi makanan pada umurnya enam bulan, bukan lepas lahir terus nak suapkan nasik lembik ke hape. Masa tu bayi hanya perlu minum susu je dan seeloknya disusukan ibunya sendiri. Eeeceh, cam kempen la pulak.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

16 April 2010

Petua Moden

petua moden
Petua ini sungguh berguna kepada anda yang mengalami sakit-sakit seperti yang di paparkan. Jadi mari kita ambik serta sedikit info untuk membasmi penyakit ini dengan laju, pantas dan cepat.

Amaran : Sebarang risiko atas penggunaan pakai petua berikut adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Harap maklum.

Perut Masuk Angin
Ambik jarum dan cucuk-cucukkan pada bahagian perut yang sakit. Dengan itu anginnya akan keluar dengan segera.

Kencing Manis
Makan semut banyak-banyak supaya semut-semut itu akan mengerjakan gula yang berlebihan dalam badan.

Kurang Darah
Tangkap nyamuk yang kembung darah banyak-banyak pastu telan, pasti kuantiti darah akan kembali menjadi normal dengan pantasnya.

Kurang Darah Merah (LEUKEMIA)
Bancuh sesenduk cat merah dengan air dan minum. Amalkan selama yang larat untuk di telan, mudah-mudahan darah akan kembali stabil seperti sedia kala.

Hilangkan Jerawat
Ambik pen hitam dan titik-titikkan tempat yang ada jerawat. Kan dah jadik macam taik lalat.

P/s : Selamat beramal.. gerenti lepas ini sakit menjadi lebih teruk.. hehe
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

15 April 2010

Bila Besar Nak Jadi Apa?

Setiap kali bila pak saudara atau datuk nenek mahupun jiran bertemu dengan adik-adik pasti soalan ini akan ditanya.. "Dah besar nanti nak jadi apa?" Lima cita-cita dan sebab yang biasa jawab oleh adik-adik ini ialah

Pertama
Cikgu - Dah besar nanti saya nak jadi cikgu sebab cikgu boleh marah-marah dan rotan murid.

Kedua

Doktor - Cita-cita saya nak jadi doktor nanti bila dah besar sebab boleh rawat ayah dan mak yang selalu cakap pening kepala apabila hujung bulan tiba.

Ketiga

Polis - Nak jadi polis sebab nak jaga keamanan negara.. tangkap orang jahat dan pendatang asing yang datang untuk buat kacau.

Keempat
Pekerja Bank - Nanti kalau dah kerja bank boleh bawa balik duit yang banyak dan bagi kat mak dan ayah.

Kelima

Jurutera - Nak reka benda yang boleh main selalu dan tidak menjemukan serta tidak boleh rosak.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

14 April 2010

Menu Baru KFC ( 18SX )

Menu baru KFC yang paling sedap sekali daripada biasa hingga menjilat jari. Sudah makan pasti nak lagi. Kalau order double mesti dapat free dua.

Ini dia menu terbaru. Namanya ialah KFC Black Drumstick....


Sempoi tak? Terasa ayamnya! haha

P/s : Gambar ini sedikit seksi dan aku tidak tahu jantina dalam gambar ini. Mungkin lagi mungkin wanita tetapi gambar ini tidak seteruk gambar lucah dan sex.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!