Artikel Menarik

29 October 2010

Cara Menangani Stress Semasa Hendak Peperiksaan

Kepada pelajar-pelajar, peperiksaan sudah semakin hampir. Pasti ada sesetengah pelajar kemungkinan tension ataupun stress semasa hendak membaca buku ataupun memikirkan bagaimana keadaan dia di dalam dewan peperiksaan. Nie aku nak bagi sedikit cara-cara yang paling best dan syok untuk menanganinya!

1) Selepas baca buku, cuba korang buka lagu kuat-kuat dan nyanyi sampai terkeluar anak tengkak korang itu. Dengan ini, korang akan beralih rasa stress ke anak tengkak pula.

2) Cuba cari kawan yang panas baran dan tampar kepalanya dengan kuat sekali. Selepas itu, pasti dia akan ligan korang dan korang akan berpeluh. Badan sihat otak cergas!

3) Jikalau korang sedang study, cuba korang lihat kiri ke kanan. Lihat ada orang di sekeliling atau tidak ada. Kalau tak ada, gigit sahaja apa benda yang ada di sekeliling supaya sakit kepala berubah kepada sakit gigi.

4) Sediakan air di sebelah korang supaya korang pasti akan mengantok apabila sedang belajar. Apa lagi, ambik air itu dan minum sepuas-puasnya. Yang selebihnya, korang ambik jerus diri sendiri untuk mengembalikan kesegarannya.

5) Kawan sebilik apa guna kalau korang tinggal di asrama. Beritahu dia bahawa korang dah bijak dan pandai. Jikalau dia kata korang penipu, pukul dia sehingga puas hati supaya stress itu akan hilang.

Begitu banyak lagi cara sebenarnya, cuba korang fikir sendiri jikalau korang tidak mahu membuat seperti di atas.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

03 October 2010

Cara Menghilangkan Bosan

Kebosanan di dalam diri memang kadang-kadang setiap orang akan melaluinya tetapi ada juga orang yang tidak tahu bagaimana hendak menghilangkan bosan di dalam diri mereka. Di sini ada beberapa tips untuk anda menghindari daripada bosan itu atau lebih di kenali sebagai boring lah!

1)
Sentiasa sibuk kan diri dengan aktiviti yang anda minat. Jikalau takdak itu, minatkan diri sahaja dengan aktiviti kawan tuh.

2) Jangan memikirkan tentang bosan jikalau anda sedang di dalam kebosanan. Sentiasa memikirkan anda seronok walaupun tidak membuat apa-apa.

3) Jikalau anda tinggal di asrama mahupun kampus pasti kadang-kadang bosan. Cuba anda tampar kepala kawan roomate anda mahupun bilik sebelah.

4) Cuba cari aktiviti walaupun tidak ada aktiviti. Contohnya, menari-nari tanpa rasa segan di sekeliling tempat anda.

5) Kalau ada lagu yang menarik dan anda minat. Cuba mengasah bakat anda di kala bosan dengan menyanyi kuat-kuat. Biar orang lain nak kata apa pon.

6) Sentiasa berfikiran kreatif dengan membuat sesuatu yang orang lain tak buat jikalau bosan terlampau. Salah satunya ialah mengambil barang berharga dan hempaskannya. Selepas tu bolehlah anda bermain puzzle dengan benda tersebut.

7) Semua perkara di atas tidak dapat mampu anda lakukan. Tidur sahaja sampai orang kejutkan.

Selepas ini gerenti anda tidak akan bosan dan booooring lagi. Jadi amalkannya jikalau anda terlalu bosan tau. Jangan selubungi hidup anda dengan kebosanan yang melampau.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!