Artikel Menarik

23 March 2011

Jualan Bergerak Yang Sukar Dilihat

Jualan bergerak ini dahulu kala memang famous dan popular sekali di semua tempat sehinggakan kita tidak perlu untuk pergi ke kedai dan berjalan jauh untuk membeli jualan tersebut kerana ia akan pergi ke kita. Cuma perlu mengeluarkan duit sahaja, tetapi sejak-semenjak nih jualan bergerak amat sukar dilihat. Apakah jualan bergerak tersebut? Mari baca di bawah ini....

KELAPA/PISANG
Kalau dulu selalu nampak orang jual kelapa atau pisang sambik naik basikal keliling kampung atau kawasan perumah. sekarang susah betul nak nampak.

SATE

Tidak kiralah sate ikan, sate ayam, sate kambing, sate kajang dan bermacam-macam sate lagilah. Tak tahulah dekat tempat lain tapi dekat kawasan membangun atau moden, memang dah pupus terus perkhidmatan jual sate secara bergerak ini.

MAKANAN RINGAN
Pagi-pagi dia datang dengan kenderaan sambil bawak peti besar berisi makanan ringan ataupun roti pelbagai jenis. Mungkin masih ada di sesetengah tempat tapi jarang nampak.

ALATAN RUMAH
Alatan rumah seperti tilam, tikar, karpet, penyapu lidi. Yang ini setahun sekali pun susah nak nampak. Kadang-kadang ikut musim World Cup, empat tahun sekali baru muncul. Agaknya sebab tak lakulah tu.

AIS KEPAL
Ini kompen hilang khabar berita. Ada jual pun dekat sesetengah kawasan je. Itupun setempat macam kedai atau kantin.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

22 March 2011

Waktu Sekolah, Waktu Dewasa

Bila diingat-ingat balik, waktu sekolah dulu memang seronok. Bila dewasa, kurang sikit seronoknya sebab dibebankan dengan tanggungjawab, banyak beza waktu sekolah dengan waktu kita dah dewasa sebenarnya... diantaranya ialah sepperti berikut...

Waktu Sekolah... kita belajar Alif, Ba, Ta dengan ABC.
Waktu Dewasa... kita ajar anak-anak menari untuk menang realiti TV.

Waktu Sekolah... kita bercinta monyet.
Waktu Dewasa... kita berzina mengalahkan monyet!

Waktu Sekolah... kita takut dengan cikgu yang suka merotan.
Waktu Dewasa... kita takut-takutkan cikgu dengan surat saman.

Waktu Sekolah...
kita dapat pinjaman buku teks.
Waktu Dewasa... kita kemaruk video seks dan buku cerita seks.

Waktu Sekolah... kita selalu disuruh rajin belajar.
Waktu Dewasa... kita suka tunjuk contoh kurang hajar.

Ada banyak lagi perkara sebenarnya, kepada sesetengah pihak yang berperangai dan kelakuan sebegini, cuba korang fikir dan fikir... dan ingatlah zaman sekolah dan zaman dewasa anda adakah perangai sama? Ya! tidak sama... setiap manusia sebegitu rupa tapi bila dah dewasa korang sendiri menilai yang mana baik dan yang mana buruk.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

21 March 2011

Di Sebalik MATI

Bila disebut pasal mati... ada yang bergerun. Pada yang jenis kuat mengelamun, ingat umur akan panjang bertahun-tahun sebab tuh buat dosa bertimbun-timbun.

1) Mati akal, jalan mati dan ikat mati walaupun ada perkataan mati tapi kita tidak takut kerana ia memang tidak ada kena mengena dengan kematian atau urusan pengebumian.

2) Tiadanya gelaran Datuk Seri, Datuk Paduka, Datin, PJK, AMN, KWL, ABC dan pelbagai anugerah lain disebut semasa talkin dibaca. Hanyalah gelaran arwah yang kekal bersama korang.

3) Bukan BMW, Ferrari, Waja, Viva, atau bergagai jenis kereta lagi yang membawa korang ke kubur tapi hanyalah van mayat yang jauh bezanya dengan kereta kesayangan semasa korang hidup.

4) Takkan adanya alunan muzik rock, punk, hip hop, balada atau tradisional yang selalu didengar semasa hidup yang mengiringi korang ke lubang kubur kecuali irama tangisan atau ayat-ayat suci.

5) Tiada lagi jeans, skirt, t-shirt atau bermacam fesyen pakaian yang sering dipakai semasa hidup kecuali kain kafan berwarna putih sahaja yang akan dipakaikan tanpa mengira orang miskin atau kaya.

6) Bukan bersemadi di rumah teres, aprtment atau banglo berkolan renang yang slealu dibanggakan semasa hayat tetapi hanya tubuh terbujur kaku sendirian di liang lahad berukuran lebih kurang semuat korang.

Beringatlah kawanku, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit hidup sebelum mati...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

20 March 2011

Cinta Dulu-Dulu

Walaupun zaman berubah tapi cinta semasa manusia takkan boleh berubah sama sekali (walaupun ada juga yang ubah selera cinta kepada "KAUM SEJENIS, HISSHHH!!). Cinta sekarang memang lain dengan cinta zaman dulu. Nak tahu apa bezanya? Alihkan mata korang ke bawah sekarang...

1) Tulis surat nak ajak berkenalan. Siap tulis biodata sekali supaya orang itu boleh tahu tentang diri korang sebab apa? Dulu mana ada SMS, MMS dan apa-apa "S" lagilah.

2) Pelawa jadi adik angkat ataupun abang angkat / kakak angkat semata-mata sebab nak kenal dengan lebih rapat.

3)
Bila terserempak dekat mana-mana, cuma mampu senyum tersipu-sipu sambil jeling-jeling kalau bersuara pun cuma beri salam je.

4) Jarang sekali dapat jumpa apatah lagi nak dating. Takut mak bapak tahu dan takut jiran-jiran ambil tahu.

5) Cukup handal bersajak, pusi atau pantun mengalah sasterawan negara. Tak macam sekarang, cuma perlu tayang kunci keretanya atau rumah je.

Memang cukup banyak perbezaan cinta dulu-dulu dan cinta sekarang! Cuba korang perhatikan betul-betul, tambah-tambah lagi dunia teknologi sudah maju, bermacam-macam rangkaian sosial sudah wujud terutamanya yang paling popular ialah Facebook, Myspace, Tagged dan lain-lain lagi.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

19 March 2011

Alasan Untuk Awek

Menjaga seorang awek ibarat membeli minyak petrol yang semakin naik harga. Mahal dan semakin banyak guna, makin cepat kering. Lepas tuh korang pandai-pandai pergi jaga lebih dari seorang awek. Bila dah terkantoi, tergagap-gagap nak jawab! Meh sini aku nak ajar sikit macam mana nak jawab dengan awek. Bukan jawab dengan Ahmad Nawab!

MINYAK WANGI PEREMPUAN
Baru lepas keluar dengan awek yang ini, keluar pulak dengan awek yang itu. Lepas itu awek tuh erbau minyak wangi perempuan yang bukan sedang dia pakai pulak tuh. Cakap je korang terpakai minyak wangi mak korang. Senang bukan?

DATING DENGAN AWEK LAIN
Si dia ternampak korang tengah syok berdating dengan awek lain. Susah apa? Cakap je awek yang dia nampak tuh sebenarnya baru lepas kena ragut dan korang tengah ambil keterangan dia untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa.

RESIT BELIAN
Awek korang terjumpa resit korang beli baju untuk awek lain. Jangan gundah-gulana! Cakap je korang beli baju untuk membantu mangsa banjir dan disebab korang tak banyak duit, korang cuma mampu beli sepasang je. Habis cerita!

KESAN GINCU

Ada kesan gincu di baju dan korang cuma perasan setelah awek korang perasan terlebih dahulu. Yang ini lagi senang! Cakap je korang lukis sendiri kesan gincu tuh sebab nak tahu sejauh mana cemburu awek korang. Cemburu itu kan tanda sayang?

NOMBOR TELEFON
Awek korang bertanyakan tentang nombor dengan nama perempuan dalam telefon korang. Aaa.. errr.. ermm.. Entah! Pandai-pandailah korang jawab sendiri! Bukannya awek aku pon! HAHA!

Pandai jawab, pandai jaga hati! Jadi, jangan terlepas cakap... nanti kantoi sapa yang susah.. HAhA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

18 March 2011

Kegunaan Lain Botol

Botol bersepah-sepah dimana-mana. Dibuang setelah habis isinya. Apakata korang tukar cara lama tu dan buat sesuatu supaya alam kita tidak tercemar. Sama-samalah kita menjaga alam sekitar kita. Ewwwaaah! Macam iklan atau kempen la pulak!

1) Boleh dibuat kraf tangan yang cantik. Buatlah bentuk lampu ke, tanglung ke, piring terbang ke, orang mengendap ke, ape-ape je la... ikut kreativiti korang.

2) Nak buang air atau kencing, tapi korang kat lebuh raya dan R&R pulak jauh lagi? Gunakan botol tanpa was-was.

3) Selain dari air. Korang boleh simpan air nira ataupun madu lebah. Madu untuk bini korang. Tak boleh la!

4) Ikatkan pada badan banyak-banyak dan ia akan jadi pelampung DiY (do it yourself). Kena banyak! Kalau tak dengan korang dan botol itu jadi tukun ikan karang.

5) Isi pasir dan ianya akan bertukar menjadi pemberat untuk kegunaan senaman harian. Tak payah beli yang mahal-mahal. Yang murah lagi free ada!

Bermacam-macam lagi korang boleh buat dengan botol itu! Cuma perlu kreatif sahaja! Dimana ada kemahuan disitu ada highway! iaitu jalan la!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

17 March 2011

Tanda-Tanda Kena Klepet

Apa perasaan korang kena kena klepet? Tentu marah giler kan? Rasa menyirap darah ni.. nak lempang pun ada tapi kalau kena lempang balik tak pasal-pasal pipi sendiri yang lebam... untuk mengetahui tanda-tanda korang kena klepet, ini ada salah satunya...

1) Bukan main kawan korang suruh tepati janji tunggu pukul 10 pagi tapi tunggu punya tunggu sampai sejam... dia tak muncul-muncul.

2) Semalam kawan korang kata nak bayar hutang hari ini, tup-tup hari ini dia kata besok dan besok, besok lagi dan esok lagi.

3) Tadi kawan korang kata dia akan call dalam masa sejam. Ni dah masuk dua jam takde call, bila korang call ada bunyi tapi tak terangkat. Call lagi masuk voice mail, lepas tuh call lagi terus takde bunyi apa-apa.

4) Bila tanya pasal bonus hujung tahun memanjang cakap kompeni rugi tapi baru tadi datang dengan kereta sport baru yang paling mahal pulak tuh!

5) Cakap nombor telefon menjadi nombor bertuah dan memenangi hadiah berupa wang tunai, tapi bila mintak hadiah duit tuh dia kata kita kena berbelanja di pasar raya sebanyak yang disebut.

6) Suami korang cakap dia kena pergi out station selama seminggu tapi bila fikir suami korang tuh kerja despatch je. Out station apanya, mana ada despatch out station.

Kena klepet ini semua orang biasa rasa dan kena termausklah aku sendiri. Jadi jaga-jaga dan hati-hati supaya anda tidak kena klepet dengan sesuka hati! HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

16 March 2011

Perkara Pelik di Mesin ATM

Disini ada beberapa perangai dan perkara pelik yang berlaku di mesin ATM di seluruh dunia... korang lihatlah sendiri... malas aku nak cerita panjang... HAHA!

tingginya mesin ATM tuh... agak-agak korang macam mana nak cucuk duit?

memang dasyat ah! superman baru lepas habis tewaskan musuh nak keluarkan duit.. hehe

keluarkan kertas resit kosong.. sapa nak ambil? jadi biarkan begitu sahaja!

batman nak cucuk duit jugak, dapat gaji bulanan.. ingat semua kerja free ke?


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

15 March 2011

Cara Melajukan Melayari Facebook

Disini ada beberapa tutorial serta tips yang amat berguna untuk semua orang yang mempunyai akaun Facebook dan mengalami masalah internet yang agak lembab.

AMARAN : Hanya untuk pengguna Windows sahaja step ini ditunjukkan...

Di bawah ini merupakan beberapa step / langkah yang amat berguna untuk anda untuk lajukan Facebook korang...

1) Pergi ke C:\Windows\System32\drivers\etc\

2) Buka hosts file dengan menggunakan Notepad

3) Kemudian korang tambah nombor ni kat bawah sekali
203.106.85.66 www.facebook.com

Bagi pengguna Windows 7 anda perlu menjadi access sebagai Administrator dahulu sebelum boleh mengEDIT file tersebut. Bagi pengguna Windows XP macam biasa seperti syarat-syarat di atas itu.

Aku sudah guna dan iannya berjaya... tak 100% laju tapi bila di capai tahap kelajuan itu UniFi pon kalah BEB! HAHA! tapi untuk website Facebook sahaja lah... website lain macam biasa jerk kelajuan dia.

Sebarang masalah bolehlah ditanya melalui komen ini. Terima kasih...

Semoga berjaya macam aku...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Cara-Cara Awek Marah

Aku bukan nak kata atau mengata hal perempuan yang berstatus awek atau makwe tapi ini adalah fakta dan berlaku pada sorang bergelar makwe ketika melepaskan perasaan marah diorang mengikut lokasi.. jom kita baca dan lihat...

TAMAN BUNGA

Kalau di taman bunga, biasanya sorang makwe akan petik bunga termasuk daunnya sekali sampai nak botak pokok bunga tuh. Nasib baik tak dicabutnya pokok itu sekali.

DALAM KERETA
Bila dalam kereta diorang akan padang cermin luar sebalah kiri sambil mengetatkan muka dan mulut muncung. Kalau ada kereta kat sebelah yang bawak budak-budak kecik, diorang akan takutkan budak tuh sampai buat memek muka yang agak menakutkan dan menyeramkan.

DI PUSAT MEMBELI BELAH
Kalau di pusat membeli belah ini diorang akan jalan lebih laju daripada pakwenya sambil toleh-toleh sikit tengok sama ada pakwe diorang follow atau tidak. Dah sampai jauh sikit dia berenti dan merungut-rungut... sebenarnya minta dipujuk tuh!

ATAS MOTOR
Masih sempat untuk bergaduh. Si makwe akan duduk jauh sikit ke belakang sambil peluk tubuh sendiri. Kalau si pakwe brek, diorang tak cakap apa pun... cuma akan kawal dirinya daripada tersentuh.

KEDAI MAKAN
Kat kedai makan pun sempat jugak nak bergaduh. Si makwe banyak kuis-kuis makanan, lebih banyak minum air. Makan tak luak dan perut tu rasa kenyang je... marah punya pasal.

LAIN-LAIN LOKASI
Di lain-lain lokasi ni... mungkin stesen bas, panggung wayang. Yang pasti kalau ada perempuan lain cuba mengorat atau merampas pakwenya tau pulak cemburu. Diorang sanggup memberi warning, menyerang waima bergaduh tarik-tarik rambut.

Jadi, kepada jejaka atau pakwe korang mesti paham akan keadaan awek atau makwe korang marah itu! Cuba kaji dan kaji! Jangan marah-marah balik plak! Nanti awek atau makwe korang tuh lari! Siapa susah... apa punn tak dapat... yang dapat mengulit kenangan! HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

14 March 2011

Perkara Yang Berlaku Bila Menginap Di Hotel

Perbuatan ini mungkin jarang dibuat orang yang biasa menginap di hotel tapi sering kali dibuat oleh orang yang tak biasa menginap di hotel, antaranya ialah...

1) Perkara pertama bila masuk bilik akan check segala barang-barang dalam bilik, dari dalam almari sampai la kat dalam mangkuk jamban.

2) Akan terus baring di tilam dan akan melompat-lompat di atas katil bagi menguji tahap keempukan katil tersebut.

3) Akan duduk berjam dalam bilik air yang ada bath tub dan water heater bagi menikmati kemudahan yang memang takde kat rumah.

4) Tidak sesekali menghampakan kehendak perut bila sampai waktu malam di kafeteria yang menyediakan buffet dan akan makan segala benda yang ada.

5) Bila keluar dari bilik jarang sekali akan menutup TV, air-cond dan lampu serta suka memakai selipar hingga ke katil dengan asalan kat rumah tak berani nak buat.

6) Akan sedaya upaya untuk menyepahkan bilik dan menyusahkan pekerja hotel mengemas bilik.

7) Sebelum check out akan mengambil paket gula, serbuk minuman 3 in 1, sabun, tuala, selipar dan kalau boleh nak ambik sekali bantal, tilam, TV, peti ais dengan alasan... dah bayar.

Benda ini kira dah macam adat menginap di hotel dah! Mesti je perkara di atas berlaku! Apa boleh buat... hehe!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

13 March 2011

Kenapa Cerita Ini Gagal Untuk Mendapatkan Anugerah?

Hal ini kerana disebabkan perkara di bawah ini...





Tajuk filem begitu hebat sekali tetapi mesti ada salah silap di dalam sebuah... 
cuma ada perasan ataupun tidak...

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Kenapa Tidur Lebih Baik?

Pernah tak korang terfikir kenapa tidur lebih baik daripada buat perkara-perkara yang lain? Kenapa? Mesti ada sesetengah sudah mempunyai jawapan dan ada sesetengah masih blur dan ragu-ragu.... Korang nak tahu? Meyh sini aku nak cerita sedikit kat korang kenapa tidur lebih baik daripada benda lain...

1) Tak perlu buat temujanji.

2) Tak perlu keluar duit untuk tidur.

3) Boleh tidur di mana-mana sahaja.

4) Takdak orang nak komplain cam mana posisi tidur.

5) Takdaenya orang nak buat gosip pasal korang tidur melainkan kalau tidur yang itu yerp!

6) Tidur peluk bear bukan satu jenayah walaupun korang tuh lelaki.

Kesimpulannya, memang tidur adalah yang lebih baik daripada semua aktiviti-aktiviti yang lain dan tidur itu nikmat yang tak terhingga sehingga ada yang mengalirkan air liur sehingga menjadi basi! HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

12 March 2011

Tsunami Melanda Jepun 2011

Dunia semakin lama semakin uzur dan macam-macam perkara yang tidak diingini berlaku sekelip mata tanpa di duga akan kehadirannya...

Yang terbaru ini pada tarikh 11 March 2011 kita telah di gemparkan bahawa tsunami telah melanda Jepun. Gegaran gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter diikuti tsunami besar mengakibatkan kemusnahan teruk dan ratusan terkorban di timur Jepun. Ia merupakan gempa bumi terburuk dalam tempoh 140 tahun yang pernah berlaku.

Bencana ini diikuti oleh tsunami setinggi 6 meter hingga 10 meter yang melanda di Jepun.

Macam-macam perkara berlaku di dalam dunia ini... jadi kita kenalah perlu banyak berdoa akan dijauhi daripada segala bencana yang tidak diingini dan begitu teruk sekali.

Semoga Malaysia tidak terkena biasan daripada Gempa Bumi tersebut... amin...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Karya TOP Tagline

Ada selebriti dan artis yang boleh korang kenali melalui TAGLINE diorang, korang pun mungkin ada TAGLINE korang sendiri, cuma bezanya korang tak popular dan tagline korang mungkin diketahui oleh orang terdekat sahaja. Kat sini disenarikan beberapa contoh tagline selebriti tempatan dari dulu hingga kini. Ianya mungkin kekal diingati atau mungkin kian dilupai... siapa tahu?

AMY SEARCH
"Feewittt!"

BANDI AMUK
"Yeii yearghhh!"

FARAH AF
"Breep breep!"

IMUDA
"Piiirah!"

MILA AF
"Wazzap, wazzap?!"

AMIR RAJA LAWAK
"I'm sorry..."

UPIN & IPIN
"Betul, betul, betul..."

DAVID ARUMUGAM (Alleycats)
"tima kaseey" (terima kasih)

MAWI
"World!"

NABIL RAJA LAWAK
"Lu fikirlah sendiri.."

AZWAN ALI
"Ada aku kisah?"

PROFESSOR IZI HAJI ALI (motivator)
"Renung-renungkan dan selamat beramal!"

AZEAN IRDAWEATY
"Lihatlah dunia!"

IRBAHIM PENDEK
"Mari kita lihat siapa yang kena!"

Itulah tagline yang aku rasa popular buat masa kini. Kalau tak popular pon takpe! Sebab ada aku kisah? haha!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

11 March 2011

Perlukah Tempeleng Anak Kerana

Rasanya tak perlu lsa sampai nak tempeleng, mula-mula bagi nasihat, lepas tuh nasihat lagi, lepas tuh pun nasihat lagi sampai la berpuluh kali nasihat. Bila tak makan saman jugak... Haa, lantak korang la nak buat apa pun, anak korang, tanggungjawab korang la mencorakkannya sama ada baik atau buruk.

1) Baru je lepas basuh kereta anak korang datang dan terus menempek tapak tangannya yang penuh ais krim kat cermin kereta korang tuh.

2) Anak korang mintak seringgit nak beli ais krim sedangkan dia baru je lepas makan tiga batang ais krim.

3) Korang baru je lepas kalah tiga round game bola dengan anak korang. Lepas tuh dia dah malas nak main sebab nak tido... hari dah lewat malam.

4) Korang baru je duduk depan TV nak tengok rancangan kegemaran tetiba anak korang datang terus tukar channel kartun kegemarannya sambil sorokan remote.

5) Korang tengah beratur panjang nak beli fast food, anak korang nak terkencing dan suruh dia tahan... tapi kerana tak tahan dia kencing kat situ jugak.

6) Anak korang kotorkan baju dan dah lima helai dia salin walaupun yang basuh baju tuh bukan mesin korang.

7) Mak dan ayah sorang budak tuh datang komplain anak korang tumbuk anaknya sampai lebam tanpa siasat anak orang tuh atau anak korang yang bersalah.

Korang kenaa fikir dulu sebelum belasah, tumbuk, tampar, heret, tendang, terajang anak korang dulu dan siasat dulu! Jangan main hentam je! Budak-budak biasalah lah, macam-macam masalah dia buat... kalau tak! bukan nama budak-budak! betul tak?
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

10 March 2011

Tanda Lelaki Menolak Cinta Korang

Korang dah suka kat mamat nih pastu tak segan silunya nak ajak beliau keluar dating tapi kalau dia bagi jawapan macam kat bawah ini, sah la yang beliau tak berminat dengan korang, lepas itu bagi bermacam-macam alasan yang korang pasti sering dengar, jangan pulak kecik hati ayam yer... sila cuba lagi..

1) Saya lebih suka habiskan masa dengan tidur

2) Jadual dah penuh, takde masa untuk awak.

3) Saya nak buat reban ayam.

4) Saya nak ajar arnab adik saya bercakap.

5) Saya nak cuci gigi kucing kat rumah.

6) Saya nak tengok citer kartun dengan adik-adik saya.

7) Saya malas gosok gigi.

Bermacam-macam alasan pelik yang diterbitkan dari mulutnya sendiri itu. Jadi kalau macam itu, baik korang tinggalkan sahaja dia tuh! pilih yang lain.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

09 March 2011

Di Sebalik Pisang

Bila bercakap perihal pisang pasti ada yang tergelak hanya dek kerana nama pisang itu sendiri yang tiada langsung lambang kegagahan dan kemewahan di dalamnya, tapi setelah diselidik pisang adalah buah yang hebat kerana...

1) Ia akan menjadi juadahan pencuci mulut utama dan ruji pada majlis-majlis kenduri serta menjadi tumpuan umum di masjid pada hari Jumaat, tidak kepada buah yang lain.

2) Walaupun pisang mempunyai banyak nama sampingan seperti abu, awak, tanduk, emas tapi percayalah bahawa pisang itu sendiri tidak memiliki kad pengenalan original mahupun fotostat.

3) satu-satunya buah yang boleh dimasak, digoreng, disalai, dibuat inti, dikekkan, dibuburkan dan dijadikan pelbagai jenis kuih. Sekali gus tanpa syak wasangka lagi... belum ada lagi tembikai goreng mahupun pengat langsat.

4) walaupun pisang tidak pernah didewasakan akan tetapi untuk mendewasakan kana-kanak lelaki, maka batang pisanglah yang akan menjadi saksi utama kejadian tersebut.

5) Korang tak akan mendengar penyakit jantung berlubang, jantung tersumbat, lemah jantung kepada pokok pisang walaupun jantung pisang terjulut keluar di khalayak ramai tanpa ragu-ragu.

6) Sedar atau tidak sedar bahawa kulit pisang adalah pelokn popular di dalam mahupun di luar negara. Lihat sahaja adegan orang jatuh terpijak kulit buah... buah apa? Ya! sudah tentu kulit pisang!

Jadi, pelbagai guna dan sejarah yang boleh didapati oleh pisang ini, cuma korang perlu selidik banyak lagi supaya pisang itu boleh dijadikan pelbagai guna tanpa ragu-ragu!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

07 March 2011

Romeo dan Juliet

Begitu hebat percinta mereka sehinggakan sanggup beli baju pasangan (couple) yang membukti kasih sayang di antara mereka begitu kuat sekali!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Perubahan Masa

Perubahan masa begitu cepat berlaku dan berlaku tanpa kita sedari pelbagai perkara telah berubah, tidak sama seperti dahulu dan sekarang. Salah satunya seperti yang di atas ini. Dulu guna lighter jikalau nak nyalakan lampu apabila berada di konsert ataupun mana-mana parti. Sekarang semua itu tidak perlu! Handphone ada apa guna! Tak payah nak membazirkan gas!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Kereta Kuasa Kuda

Kereta kuasa kuda ini amat laju dan amat menjimatkan minyak tetapi perlu mengeluarkan sedikit wang / duit untuk menampung pemeliharaan kuda tersebut! Selepas ini kereta anda boleh mengalah kereta lembu dengan pantas sekali malahan kereta yang terlaju di dalam dunia juga seperti Ferrari, Lamborghini, BMW dan seterusnya.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

04 March 2011

Kenapa Tak Perlu Kuruskan Badan?

Sekarang ini terdapat beraneka macam produk dan ubat untuk menguruskan badan di pasaran tapi ada yang rasa semua itu tidak perlu, apasal? Mari kita lihat apa sebabnya! Mesti korang terfikir bukan?

1) Awek atau pakwe korang pun gemuk jugak. Jadi nak kisah apa..?

2) Faktor genetik, keturunan korang dah memang gemuk-gemuk belaka. Tak boleh buat apa dah, cuma buat macam biasa.

3) Korang takde penyakit! Walaupun montel dan gebu tapi sihat aje.

4) Korang sangat suka hati sebab kengkawan kata korang kiut macam teddy bear, jadi buat apa nak kurus? Buang masa je!

5) Awek atau pakwe tak kisah pasal ketembaman abdan itu malah diusik-usik manja pulak.

6) Pasal badan dah memang kurus cekeing, nak kurus buat apa lagi? HAH?

Itulah perkara di atas yang menjadi tanda tanya kenapa tak perlu kuruskan badan!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!