Artikel Menarik

24 January 2011

Di Sebalik Rahsia Buta

Buta biasanya disabitkan dengan kehilangan fungsi salah satu pancaindera iaitu mata. Walaupun begitu kepada yang celik mata tapi tak tahu menilai apa yang dilihat menggunakan mata hati pun tak guna jugak dan ianya di panggil buta jugak tetapi bukan buta mata tetapi buta hati.

1) Buta dari melihat kebenaran akibat penglihatan hanya memfokuskan melihat harta dunia dan kejahilan.

2) Buta mencari jalan ke majlis-majlis ilmu tapi lebih gemar menyusuri lorong-lorong mungkar.

3) Buta mengejar kejayaan dan pangkat tetapi meninggalkan amalan untuk bekalan akhirat yang kekal.

4) Buta apabila hanya memandang pada paras rupa seseorang itu tanpa mengambil kira akhlak dan hati budinya.

5) Buta dari melihat kebesaran Tuhan yang Maha Pencipta tapi lebih gemar menonton hiburan yang melalaikan.

6) Buta dari melalui jalan yang lurus dan telah ditetapkan ladasannya kerana asyik melalui jalan yang bersimpang siur menuju kemaksiatan.

Daripada pengajaran di atas, seseorang walaupun ianya buta mata tetapi jikalau hatinya tidak buta hati, dia lagi mulia daripada orang yang baik pancarainderanya iaitu mata tetapi hatinya terlalu buta hati. Ibarat buta mata hati.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

23 January 2011

Jenis-Jenis Cemburu

Cemburu ini biasanya dikaitkan dengan orang perempuan sahaja tetapi bukan maknanya lelaki tak cemburu malah mungkin lebih melampau lagi gamaknya. Apa pun ketahuilah kategori cemburu bagi yang masih belum mengetahuinya lagi!

CEMBURU SELALU
Dua puluh empat jam sentiasa beperasaan syak wasangka memikirkan pergerakan couple korang tuh. Malahan pergerakan couple korang sentiasa dipantau oleh korang ataupun agen-agen yang korang lantik.

CEMBURU BERBULU

Yang ini pulak perasaan pantang tengok orang lain lebih sikit, mulalah rasa jaki bercampur dengki merasuk jiwa. Nak kata sebagai sakit mental pun boleh jugaklah!

CEMBURU MELULU
Boleh jugak disamakan dengan cemburu buta, yakni tanpa usul periksa terus pergi belasah couple yang dirasa telah melakukan onar di belakang korang dengan best sekali!

CEMBURU BERLALU
Faktor yang menyebabkan hilangnya rasa cemburu seratus peratus... disebabkan couple korang itu dah meninggal dunia!

Bermacam-macam jenis cemburu yang ada di dalam dunia ini termasuklah cemburu yang di atas ini. Manusia kadang-kadang ada juga perasaan cemburu! Tipulah kalau takdak langsung perasaan cemburu walaupun setitis zarah pun!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

22 January 2011

Mana Boleh Sabar Kalau...

Ada beberapa situasi yang bila berlaku kat korang pasti akan menguji kesabaran korang dengan tahap melampau dasyatnya, tetapi mana boleh sabar kalau...

1) Sedang korang merilekskan diri berbaris panjang untuk membayar tol sambil meneka-neka jantina juru tol korang masih mampu tersenyum bila mendengar lagu-lagu yang diputarkan di radio. Bila nak sampai sahaja giliran korang tiba-tiba ada kereta lain tanpa segan silu terus memotong barisan. Mana boleh sabar...

2) Kalau mengikut kalendar genaplah putaran tarikh gaji bulnan dan korang pun dengan riang rianya pergi ke ATM dan mencucuk gaji. Alangkan terperanjat bila duit dalam bank hanya cukup untuk membeli sebungkus biskut cap lutut. Bila disiasat rupanya bos korang lupa nak sain cek sebab pergi holiday dengan sekreteri baru. Mana boleh sabar...

3) Jam menunjukkan tepat jam lapan malam maka korang pun balik ke rumah selepas over time dengan membekalkan perut yang lapar sambil memikirkan menu yang isteri korang masak. Sampai di rumah korang hanya melihat beras bukannya nasi dan hanya mampu mengalirkan air mata bila bini korang hanya melayan Mukabuku atau Facebook dari pagi sampai malam. Mana boleh sabar...

4)
Korang ada sorang awek cun yang seopis tapi sejak kebelakangan ini asal korang ajak dating je alasan yang tak masuk dek akal yang korang dapat. Kehadiran korang hanya akan diperlukan bila duit poket awek korang itu habis dan bila di spot check rupanya awek tuh telah menduakan tigakan korang dengan orang lain... lebih tragis dengan member opis jugak. Mana boleh sabar...

5) Untuk menampung kehidupan kroang kena bekerja lebih masa demi menjamin masa depan yang cemerlang. Tiap hari korang pergi kerja dan buat kerja tapi korang sorang je yang bertungkus lumus buat kerja, member yang lain hanya memberikan sokokongan moral kepada korang... tapi bila dicheck rupanya gaji korang lebih kurang je dengan gaji pendatang asing di tempat kerja korang. Mana boleh sabar...

Kalau aku pon aku tak boleh sabar, mana taknye! perkara di atas jadi kat aku memang aku cepuk sampai pengsan! HAHA! tapi sabar itu separuh daripada iman. Mungkin sahaja nak menguji tahap level manakah sabar kita itu!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

21 January 2011

Potong Stim Betul La...

AMARAN : Tajuk ini tak bermakna isi kandungan di dalamnya mengandungi unsur lucah habis, seksi teramat, 18SX sahaja, gadis seksi, dara terlanjur, video 3gp ataupun perkara-perkara yang kurang sihat untuk tuntutan umum! Jadi mari kita sambung cerita tajuk ini.

Pernah tak korang tengah syok layan baik punya buat sesuatu tiba-tiba tergendala dek gangguan tak diundang, gerenti... POTONG STIM BETUL LA...

1) Tengah berselera makan separa gelojoh tetiba tergigit lidah atau terkunyah buah pelaga ataupun bunga lawang. Memang best tak ingat la time tuh!

2) Ketika tengok live bola sepak dan di saat-saat nak menjaringkan gol ada pulak gangguan siaran. Rasa macam nak hempuk je TV.

3) Setelah beratur panjang kat mesin ATM dan tatkala tiba gilaran korang mesin itu kehabisan duit maksudnya OUT OF SERVICES!

4) Ghairah nak ngorat awek staf baru kat opis ataupun di mana-mana tempat kerja tetapi bila ditanya nama dia terus jawab yang dia baru khawin semalam sebelum lapor diri bekerja.

5) Tengah dok syok layan cuti bersama keluarga di pusat peranginan bos panggil bekerja kerana kes-kes emergency!

6) Kompeni baru umumkan bonus enam bulan hujung tahun, bini pulak tipon ngadu peti ais, mesin basuh danperabot dah tahap boleh dilupuskan. Maknanya suruh beli baru la tuh!

7) Tengah rilek menonton wayang dan dah setengah jalan tayangan baru sedar takde sari kata.

8) Baru nak ajak awek berdating, tetiba maknya call nak datang dari kampung.

9)
Tengah syok layan awek cun kat Facebook bos sergah dari belakang! Terlompat korang dibuatnya!

10) Beli baju berjenama yang mahal tetiba berselisih ngan pendatang asing... eh, sama pulak baju dia ngan aku.

Jadi, kalau perkara ini berlaku kat korang! Memang korang akan feedup buat seketika dan tension teramat. Ada sesetengah sampai terguling-guling terkejut dan tekanan! HAHA! Jadi sebelum buat kerja yang korang rasa amat penting! Cover line dulu tau! HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

19 January 2011

Muka Korang Memang Muka Pecah Pintu Bila

Muka pecah pintu lebih kurang muka yang tak cantik, hodoh dan menggerunkan. Bukan sebab sejak azali macam tu tapi ia merubah mengikut situasi masa dan perasaan diri sendiri akibat tekanan dan apa-apa lagi la...

1) Budak-budak atau anak-anak kecil tengok je muka korang terus menangis tanpa henti iaitu macam nampak hantu.

2) Korang pakai punya la smart macammana pun, sembur minyak wangi berbotol-botol tapi bila awek pandang takdak seorang pun terpikat cinta pandang pertama kat korang.

3) Korang mempunyai sijil, diploma, ijazah tapi bila korang pergi interview kerja kat mana-mana pun tetap kena reject.

4) Bila korang lalu kat kawasan yang banyak anjing, anjing pulak menyelinap lari bila terserempak dengan korang.

5) Korang layak kerja kerani mahupun penolong pengarah tapi mana-mana syarikat korang temuduga asyik tawarkan kerja sebagai bodyguard atau pengawal keselamatan kat korang.

6) Orang akan tetap tuduh korang mencuri walaupun bukan korang yang mencuri atau jadi pencuri.

7) Tak tau nak sorokkan muka kat mana bila ada orang tegur korang mengatakan zip seluar korang terbuka.

8) Keluar dari pintu rumah pasal mintak RM1.00 tak dapat tapi yang dapat ialah penampar dari ayah korang.

Jadi, reaksi muka akan berubah-berubah. Kadang-kadang akan menjadi muncung dan amat buruk sekali. Jadi kita perlulah sentiasa senyum tapi jangan melampaui batas pulak.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

18 January 2011

Di Sebalik Rahsia Duit

Zaman sekarang ini semuanya nak kena guna duit. Contohnya, nak beli barang, nak buang air, semuanya kena guna duit... tapi ada juga benda di sebalik rahsia duit itu sendiri. Nak tahu apadia? Jom kita baca..

1) Walaupun duit diperbuat dari kertas tapi korang tidak boleh beli barang menggunakan surat khabar yang mempunyai unsur yang sama iaitu kertas yang terpakai atau pun baru beli.

2) Walaupun duit itu korang punya tapi korang tidak boleh sesuka hati menukar gambar dan tanda tangan yang sedia ada pada duit itu dengan gambar dan tanda tangan korang tau.

3) Dengan adanya duit, perasaan korang boleh berubah mengikut keadaan. Contohnya, menjadi riyak dan berlagak bila duit banyak dan menjadi segan bila tiada duit.

4) Walaupun duit tidak boleh berkata-kata tapi duit boleh buat korang menjadi hambanya, bergaduh kerananya dan berpecah belah juga kerananya.

5) Duit tidak mempunyai perasaan tapi manusia yang akan perasan bila banyak duit dan terus merasakan tidak cukup dengan apa yang ada.

6) Serapat mana pun korang dengan duit, bila mati duit itu sama sekali tidak ikut korang ke dalam kubur, membaca doa untuk korang atau menziarahi kubur korang di Hari Raya.

Jadi, janganlah terlalu tamak akan duit kerana ianya akan berpecah sesama sendiri dan jangan pula jadikan hamba kepada duit. Ingat itu!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

17 January 2011

Panduan Membeli Kereta

Berikut adalah merupakan panduan berguna yang boleh diikuti jika berhajat memiliki ataupun membeli sebuah kereta tapi kalau tak sudi pun tak heran.. tak kecik hati pun..

1) Mempunyai baki gaji yang mencukupi untuk membayat ansuran kereta setiap bulan. Bukan sekadar cukup makan, yakni tinggal belen cukup-cukup untuk makan mi segera.

2) Dah tentulah korang perlu ada lesen memandu yang masih sah tempoh, pasal kalau ada lesen tapi dah expired pun tak guna jugak. Betul tak?

3) Pun masih tak guna kalau ada lesen mamandu yang selain daripada kenderaan berjenis motokar. Jadi, pergi ambik lesen kenderaan kelas D dulu yerp.

4) Kalau boleh kumpul duit deposit sendiri bukannya pinjaman ah long. Pinjam dari awek pun jangan, wat malu jerk.

5) Tujuan utama kereta adalah untuk melindungi diri daripada beranas terik atau hujan ribut tapi kalau tercalar-balar sikit pun dah resah eloklah tak payah ada kereta.

Panduan ini amat berguna kepada korang kerana jikalau panduan sesenang ini pun tak mampu ikut, baik naik motor sahajalah! HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

16 January 2011

Perkara Yang Tak Boleh Buat Pada Bos

Dah namanya pun BOS, jangan la nak buat bukan-bukan kepadanya. Nanti tak tentu pasal kena pecat pulak. Dah nasib badan kerana korang itu kena fikir korang itu bukan bos dan perlu ikut syarat-syarat yang di tetapkan diorang tu. Jadi, jom kita lihat apakah perkara yang korang tak boleh buat kepada bos korang itu...

1) Telefon bos korang untuk menyatakan korang menyampah sungguh dengannya dan dah la tak hensem.

2) Melepak di tempat duduknya dan menyuruh bos duduk di tempat korang dengan muka tak bersalah.

3) On the way bos nak masuk office, korang telefon pesan teh tarik dan roti canai hantar teruk ke opis korang bekerja tuh.

4) Suruh dia sain cek gaji dan bagi kat despatch untuk bank inkan.

5) Menujukkan penumbuk kepada bos lepas kena marah dan memaki dia sekuat hati.

6) Marah bos sebab datang lambat, lepas tuh siap bagi warning letter kepadanya.

7) Suruh bos jemput ke opis dan hantar balik rumah korang. Lepas tuh suruh singgah situ sini.. macam dreber pulak korang buat kat beliau.

Perkara di atas ini jarang berlaku, tetapi ada juga yang berlaku kerana korang tersangatlah geram sehingga sampai tahap yang kemuncak. Korang juga perlu beringat, korang itu pekerja kepada bos korang je. Jadi, ikut sahaja!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

15 January 2011

Sebab-Sebab Gagal Mengorat Awek

Korang masih tidak ada awek? Ataupun korang mungkin tak suka akan awek? OH! TIDAK! ataupun korang malas? Jadi jom kita lihat kerana berkemungkinan perkara di bawah ini adalah sebab musabab korang kegagalan untuk "BERAWEK"

1) Tidak bercermin, tak sehensem mana pun tapi terhegeh-hegeh meng"ayat" awek stok hot habis dan ramai admire.

2) Terlalu konfiden, selamba je kentut depan awek tuh lalu mengorat lalu di tampar oleh awek tersebut.

3) Malas mandi sebaliknya bau badan cuba dikaburi dengan minyak wangi. Bau pun dan bercampur jadi bau hangit dan beruk sikit-sikit.

4) Menggunakan orang tengah, korang gigit jari sebab kawan itu pulak yang kebas awek yang korang nak kerana awek tuh akan katakan korang memang tak berani dan tak ikhlas!

5) Terlebih lawak yakni melawak melebihi norma-norma tata kesusilaan yang sepatutnya sehingga menimbulkan rasa marah dan mendalam.

6) Sangat pemalu, hanya berupaya berimaginasi untuk mendapat awek yang korang nak. Sampai bila wei!

Perkara di atas kalau korang buat memang gamaknya kena terajang dan juga akan di sepak macam Safee Sali melakukan rimbatan membuat gol di antara Malaysia dan Indonesia. HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

14 January 2011

Tanda-Tanda Boyfriend Korang Seorang Kedekut

Lumrah dunia hidup berpasangan. Kalau lelaki digelar boyfriend, perempuan pulak di panggil girlfriend. Ada berbagai sifat seorang boyfriend... antaranya kedekut dan tanda-tandanya yang korang akan dapat melihat ialah...

1) Gajinya cecah ribuan ringgit tapi pergi kerja naik bas. Paling koman pun naik motor kapcai secondhand.

2) Setiap kali nak bercakap dalam handphone dia akan bagi missed call. Maknanya dia suruh telefon balik la tu, takut kredit dia habis telefon korang.

3) Seratus kali keluar makan dengan dia, cuma sekali je yang dia bayar... tu pun karipap sebijik.

4)
Hadiah hari jadi cuma sebentuk cincin suasa yang dibeli kat pasar malam sahaja.

5) Buat-buat tertidur dalam teksi semasa dah nak sampai ke destinasi. Nak mengelak daripada bayar tambang la tuh.

6) Sanggup tinggal kat rumah setinggan yang macam reban ayam sedangkan rumah sendiri disewakan.

Kalau korang dapat boyfriend macam ini, memang naya seluruh jiwa dan raga dan poket sekali menjadi rabak kerana perlu berbelanjakan si dia.. haha!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

12 January 2011

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Tolong Ingatkan Aku merupakan satu tajuk lagu yang di nyanyikan oleh Ana Raffali iaitu seorang artis, komposer dan penulis lirik yang agak berjaya dan menarik. Lagu-lagu yang dia nyanyikan semuanya sedap belaka dan menarik kerana liriknya terlampau puitis sehingga kadang-kadang aku sendiri pun tak paham yang di maksudkan dalam liriknya. Apa-apa pon lagu ini amatlah tersangatlah sedap. Aku layan gila lagu ini. Anda pula bagaimana? Jom kita lihat!

Lirik Lagu Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Tahun Baru Yang Agak Sibuk

Tahun baru sudah masuk dan aku mengalami kesibukan yang amat sangat sehingga menjadi letih dan mengantok juga buat seketika tetapi aku tidak mahu untuk tidur petang. Kerana? Sebab salah satu azam aku kurangkan tidur petang dan mempercepatkan tidur awal pada waktu malam dan tidak mahu tidur lewat.

Seharian, bermacam-macam perkara akan aku lakukan sehingga jarang untuk membuka blog aku sendiri dan update benda-benda yang agak baru untuk tatapan rakan-rakan blogger aku.

Bukan saja-saja tak mahu update tetapi idea aku juga kekurangan sehingga kepala aku menjadi ringan dan kadangkala berat sehingga tak mampu untuk mengangkat.

Jadi, tunggu aku update benda-benda yang baru untuk blog ini jikalau idea datang dan ada benda yang menarik untuk tatapan semua! Kalau tak ada, maknanya tak ada lah tuh! HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

05 January 2011

Apakah Azam Tahun Baru?

Setiap insan mesti memastikan ada azam tahun baru untuk mencapai masa depan yang cemerlang. Kiranya seperti "TARGET" untuk mencapai sesuatu yang lebih bermakna kepada diri sendiri dan pastinya setiap orang mempunyai azam yang begitu tinggi sekali serta berkualiti sehingga yang dikata tinggi hingga mencecah awan!

Tetapi adakah azam tahun baru kita itu dilakukan sempurna seperti tahun-tahun lepas? Ataupun azam tahun lepas masih tidak tercapai lagi? Sehingga bermacam-macam perkara perlu kita tempuhi dengan pelbagai ragam sekeliling? Itu semua perkara biasalah kerana setiap azam kadang-kadang kita minta tidaklah kita dapat tapi kita tetap usaha. Contohnya, kita ingin membeli kereta baru tetapi duit kita belum cukup untuk membeli kereta tersebut. Tapi kita jangan terlalu cepat mudah kalah.

Jadi, mari kita buatkan satu azam baru yang lebih bermakna. Ada sesetengah orang azamnya sungguh bagus sehingga tidak tercapai? Buat apa? Lebih baik kita target dan kita boleh mencapainya dan tidaklah hangat-hangat tahi ayam.

Aku tahu! Kepada pelajar mesti ingin menjadi yang terbaik dan mendapat pointer tinggi serta cerah masa hadapan! Mesti semua orang ingin menjadi yang terbaik di kalang setiap insan pada tahun ini daripada tahun lepas! Jadi apakah azam tahun baru ada? Jom cuba cerita sikit!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Nasib Korang Malang Bila

Walaupun korang selalu ditimpa nasib malang usah la bersedih seab aku tak akan ikut sama bersedih. Aku cuma nak beri tau korang supaya korang bangkit semula, bukan bangkit dari tido tapi bersemangat baru untuk meneruskan hidup. YEAH! Jadi, jom kita lihat apa yang nasib malang itu???

1) Punya la cantik atau hensem diri korang tapi masih takdak sapa pun yang sudi nak ngorat.

2) Walaupun dah berbelas tahun kerja tak pernah sekali pun diberikan kenaikan gaji, apatalah lagi bonus.

3) Masa tengah sakit kat hospital takdak sorang pun saudara mara atau kawan-kawan yang datang melawat.

4) Asyik korang je kena samun atau ragut. asal berduit sikit ada je penyejanayah yang minat... tak pun kehilangan sama ada tercicirr atau lupa letak.

5) Bila berjalan depan awek mesti nak terjatuh, tergelincir atau kadang-kadang jatuh sungguh.

6) Bila ada kes kecurian, korang yang pertama kena tuduh walaupun korang takdak di masa kejadian tuh berlaku.

7) Pancing mahal dan terkini tapi sekali pun tak pernah dapat ikan walaupun di kolan terkenan ikan.

8) Bila ada polis uat rondaan atau sekatan jalan raya, korang mesti kena tahan dan diperiksa bagai penjenayah.

Korang tak perlu mandi bunga untuk menghindari nasib malang itu, cuma perlukan hidup baru dan semangat baru yang sempurna untuk mengatasi malang tersebut!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

02 January 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat Tinggal Tahun 2010, tahun 2010 banyak sangat perkara yang bermakna bagi kita sehingga ada sesetengah benda ataupun perkara yang kita tidak boleh lupakan dan sukar untuk diterima tetapi itu semua perkara yang sudah berlalu. Biarkan ia berlalu bergitu sahaja kerana banyak perkara yang patut dirempuhi untuk masa depan yang lebih mencabar daripada sebelum-sebelum ini.

Tahun 2010 juga menutup tirai juga dengan kejayaan Skuad Bola Sepak Malaysia menang dengan menjadi juara pada perlawanan Piala Suzuki AFF pada akhir Disember 2010 sehingga pada tahun 31 Disember 2010 perdana menteri kita Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan cuti pada hari tersebut kerana untuk menraikan kemenangan bola sepak negara dan juga memberi peluang menyambut tahun baru buat semua penduduk malaysia bersama-sama pada tahun baru.

Sudah banyak aku melalut dan ni.

Tapi sebelum aku terlambat dan agak lambat juga aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 buat semua para blogger serta rakan-rakan dan tidak lupa kepada keluarga terdekat! Semoga azam tahun ini lebih baik daripada azam tahun lepas kerana dengan azam yang cekal itulah kita boleh berjaya kelak.

Jadi, apa-apapon semoga tahun ini kita semua akan berjaya menuju kejayaan!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!