Artikel Menarik

30 April 2011

Di Sebalik Kereta

Selain dari bebanan hutang bulanan yang ditanggung, apa lagi kelebihan kereta? Korang mesti tertanya-tanya bukan? Ada perkara lain di sealik kereta korang, cuma korang tak tahu je! Mari sini, sila baca di bawah ini dan korang akan tahu... antaranya...

1) Menjadi salah satu jentera pembunuh yang misteri dan kejam. Ia jugak banyak membantu dalam peningkatan statistik kematian di dunia.

2) Menjadikan pemiliknya papa kedana kerana selalu rosak tak kira masa dan memalukan agai nak gila bila minyak habis di jalan raya.

3) Selalu dijadikan bahan untuk menaikkan sikap berlagak dan bongkak pemiliknya bila mana kereta itu lebih hebat dari yang lain.

4) Selalu juga jadikan stor sementara untuk menyimpan lebihan kasut dan pakaian dan ini sekali gus dapat memezakan pemiliknya lelaki atau perempuan.

5) Boleh menyebabkan pergaduhan laki bini hanya kerana si isteri berkongsi kasih dengan kereta bagaikan bermadu.

6) Juga selalu disalahgunakan oleh golongan bernafsu setan yang menjadikan kereta tempat melakukan adegan yang tidak diingini iaitu adegan "ringan-ringan" atau "geli-geli" dan nasib baik tidak terjerumus di dalam 18SX dan unsur lucah yang melampau. Siapa tahu....

Memang banyak sungguh makna dan di sebalik kereta ini, cuma korang perlu guna dengan baik atau tidak! Jadi, jangan disebabkan kereta korang merana dan disebabkan kereta ada jugak boleh kaya! disebabkan pelbagai perkara.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

28 April 2011

Kenapa Bawak Laju?

Selalunya bawak kenderaan perlahan, tapi tetiba bawak laju. Nak tau kenapa bawak laju? mesti korang berasa hairan dan pelik, tetapi korang mesti nak tau sebab apa kan? jom baca ayat di bawah ini untuk mengetahui apakah punca-punca yang sering didengar sebab bawak laju...

1) Sebab tak tahan nak buang air kecik. Dah la baru baik dari penyakit batu karang.

2) Sebab dah lambat nak pergi kerja. Ada meeting pulak tuh, masuk ni dah lapan belas kali lambat.

3) Sebab minyak dah nak habis, tuh yang kena bawak laju nak carik stesen minyak. Ada nampak tak?

4) Sebab kerja despatch, banyak surat tak hantar lagi. Nak kerja keja part time lagi... sebagai despatch makanan segera.

5) Sebab nak tengok cerita best kat TV. Takde siaran ulangan pulak tuh.

6) Sebab nak pergi kenduri, takut terlewat makan kenduri... perut tengah lapar.

7) Sebab dah lambat nak ambik awek balik kerja. Tak tahan dengar dia membebel.

Walau apapun jangan bawak laju sangat kerana laju-laju berbahaya! Mana nak tau kot-kot ada apa-apa berlaku! Naya taw!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

27 April 2011

Kenapa Lelaki Selalu Gembira

Korang mesti terfikir bukan? Kenapa lelaki selalu gembira dan suka berfoya-foya dan selalu orang sebut iaitu suka enjoy sana sini tanpa memikirkan baik atau buruk. Dianggap semua sama sahaja? Korang mesti rasa pelik kan? Disini aku nak beritahu korang sebab apa menjadi begini...

1) Tak perlu mengandung atau beranak.

2) Boleh kencing merata-rata dan berdiri plak tuh.

3) Kerjanya sama tapi gajinya lebih.

4) Kedut dan boroi lambang kejantanan.

5) Orang tak pandang ke dada bila bercakap dengan lelaki.

6) Berbual di telefon 30 saat sahaja kerana tak perlu cakap lama-lama.

7) Boleh pakai baju dan seluar semasa cuti untuk 5 hari tanpa basuh.

8) Dipuji sebab berjaya mengeluarkan idea yang ciput.

9) Boleh pakai seluar dalam berharga RM9.90 sekotak (ada tiga helai).

10) Boleh pakai baju yang berkedut.

11) Apa yang ada dimuka semuanya original.

12) Stail rambut sama sahaja, mungkin bertahun-tahun atau berdekad.

13) Boleh pakai sepasang kasut dan stokin sampai koyak.

14) Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki macam ....!!!

15) Misai berserabut?? tiada masalah la!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

26 April 2011

Kesan Radioaktif Pada Buah

Selepas Jepun dilanda tsunami beberapa bulan yang lalu, pencemaran radioaktif kian merebak di sebabkan reaktor nuklear meletup dan pecah akibat gegeran gempabumi didasar laut yang dikenali sebagai tsunami.

Perubahan itu memberi pencemaran dan kesan yang sangat merbahaya dan menyebabkan orang/manusia dan haiwan mengalami kecacatan akibat kesan itu.

Tidak lupa juga, tumbuhan juga akan mengalami proses itu... anda tak percaya? sila lihat di bawah ini...

pisang meniduri pisang yang lain!

strawberi mencium jenis yang lain

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Sebelum dan Selepas Ada Kereta Baru

Aku tak pakai kereta sebab aku guna helikopter. Aku tau situasi yang dialami oleh orang yang ada kereta. Perezaannya aku boleh nampak dari sebelum dan selepeas diorang berkereta.

SEBELUM : Makan nasi lauk ayam, ada sayur, sotong, minum pulak air fresh orange.
SELEPAS : Makan nasik takde lauk, cuma ikan masin. Minum pulak air suam aje.

SEBELUM : Pakai seluar jean berjenama, original lagi.
SELEPAS : Pakai seluar jean bundle.

SEBELUM : Makan nasi tiga kali sehari.
SELEPAS : Makan nasi sehari sekali.

SEBELUM : Bila tumpang kereta orang, siap boleh tidur.
SELEPAS : Bila orang naik kereta korang dan tidur, korang bengkek je!

SEBELUM : Lambat pergi keja pun takpe sebab tak pikir pasal parking.
SELEPAS : Sentiasa pergi awal, kalau lambat takde parking... leceh dibuatnya.

SEBELUM : Kalau nampak duit syiling tak heran langsung.
SELEPAS : Jumpa seposen pun terus masuk dalam poket pasal nanti senang nak bayar parking.

SEBELUM : Kalau tak setiap bulan pun, satu atau dua bulan ada jugak duit lebih.
SELEPAS : Setiap bulan takdak duit lebih, siap kena buat kerja lebih untuk mendapatkan duit lebih.

Korang akan dapat banyangkan sebelum dan selepas beli kereta, mana lebih senang? semestinya sebelum beli keretakan? tapi kalau gaji tak berapa nak banyak, tak payah la berlagak nak ada kereta...

Itulah dulu ibu apa suruh mengaji pandai-pandai, pergi main-main! Sekarang siapa susah?
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

25 April 2011

Berdalih Dengan Alasan

Berdalih memang mudah. Berbagai alasan boleh dicipta untuk mengelak sesuatu atau tak mahu mengaku salah. SAma ada alasan secara spotan atau telah direka seawalnya... itu bukan alasan untuk menutup kesalahan sendirii kerana dengan alasan dan dalih itu kemungkinan orang lain menanggung kesusahan. Kat sini aku berikan beberapa contoh alasan yang selalu diucapkan orang...

1) Sebenarnya saya bukannya tak mahu buat kerja berat tuh, tapi badan saya ni haa... selalu sakit-sakit.

2) Ni semua kerana kau, kalau kau hasut aku keluar malam tadi dan balik awal pagi dan tentu aku tak lambat pergi kerja hari ini.

3) Camne nak selesai kerja tuh, cikgu tak nak ajar. Cikgu pun tak tahu agaknya.

4) Bukannya saya tak nak jemput awak ke majlis kenduri itu tapi kad jemputan kahwin dah habis, pasal tuh la.

5) Sebenarnya ada duit lebih minggu lepas dan boleh la nak jelaskan hutang awak tapi saya terlupa yang saya ada hutang ngan awak.

6) Kau punya pasal la aku kena saman polis tak pakai helmet tadi. Kalau kau tak habiskan kicap aku, dah tentu aku tak pergi kedai.

Berdalih ini sering didengari tapi tidak paham apa maksudnya buat setengah pihak, tetapi ada jugak yang cepat tangkap ayat yang dilontarkan kepadanya dan membuat orang yang berdalih dengan alasan itu kantoi!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

24 April 2011

Sebab Kedai Makan Ditutup

Di sini aku nak keluarkan notis pada mana-mana pengusaha makanan apabila terpaksa gulung tikar, jangan tinggalkan tanda tanya pada orang di sekeliling kawasan tersebut. Sila keluarkan notis atau buat announcement yang korang akan tutup kedai pasal aku malas nak dengar atau jawab semua soalan pelanggan korang tuh.

1) Sewa premis mahal kerana dinaikkan pemilik.

2) Masakan tak sedap, tak pelbagai dan orang takdak choice nak makan apa.

3) Harga makanan terlalu mahal macam kat restoran eksklusif, baik pergi makan kat sana jer.

4) Ambik order lambat, masak pun lambat, hantar order pun salah.

5) Takda kebersihan... tempat cuci tangan takde sabun, sudu berkarat, cawan sumbing...

6) Dah pukul 12.00 tengah malam, esok pukul 6.00 pagi kitorang kena bangun untuk bukak kedai balik. Kitorang pun nak tido, dah pegi balik, balik... esok makan sembang lagi kat kedai makan ni.

Diatas inilah sebab dan punca utama kenapa kedai makan terpaksa ditutup, nak berniaga buat cara nak berniaga! Pelanggan first... jangan ingat nak untung tapi kedekut!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

23 April 2011

Geng Blogger Politeknik 1Malaysia

Hari ini sungguh bermakna kerana aku ada keinginan untuk menulis tentang Geng Blogger Politeknik 1Malaysia yang merupakan gabungan blogger seluruh politeknik di malaysia ini untuk menubuhkan semua komuniti yang paling terhebat di dalam sejarah! HAHA!

Geng Blogger - semua para dan kaki blogger yang tegar dan heavy!
Politeknik - yang dimana beliau bekas pelajar, pelajar, kakitangan/staff, pensyarah dan lain-lain lagi yang pernah menjejaki ataupun belajar di politeknik
1Malaysia - menunjukkan semua kaum yang ada di malaysia

Tujuan utama Geng Blogger Politeknik 1Malaysia ini ditubuhkan kerana :-
1) Mengeratkan hubungan sesama blogger Politeknik di Malaysia
2) Memupuk semangat untuk berkongsi ilmu
3) Menambahkan bilangan pengikut blog korang.
4) Menyokong blogger-blogger yang masih baru seperti aku! haha!
5) Menyokong semangat 1Malaysia (rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan)
6) Menjadikan Geng Blogger Politeknik 1Malaysia popular di seluruh Malaysia
7) Menambahkan duit saku korang yang memaparkan iklan di blog seperti nuffnang, adverlets, innity, adsense dan lain-lain.

Pergh! Banyak betul tujuannya sampai aku tak larat nak taip! HAHA!

Apa-apa pun aku dari pelajar Politeknik Seberang Perai ingin mengajak semua para blogger daripada politeknik untuk menyertai penubuhan ini kerana kemungkinan besar kita akan bersatu dan menjadi satu komuniti yang kuat dan berilmu...


Disini juga kepada sesiapa yang mempunyai akaun Facebook anda boleh melayari group ini dengan klik/masuk disini.

Terima kasih Geng Blogger Politeknik 1Malaysia kerana mengumpulkan semua para blogger politeknik !
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Perubahan Yang Tak Wajar Berlaku

Perubahan-perubahan yang dimaksudkan ialah seperti di bawah. Sebenarnya memang tak wajar tapi ada masa kita akan fikir wajar jugak, sebabnya korang boleh fikir sendiri pasal sekarang ini aku bincang soal tak wajar.

1) Seorang isteri berjaya mengubah berat badan suami dari 65 kilogram kepada 85 kilogram.

2) Seorang murid sekolah berjaya mengubah keputusan peperiksaannya daripada nombor satu kepada nombor satu dari belakang.

3) Seorang bos berjaya mengubah gaji stafnya yang rata-rata empat angka kepada tiga angka.

4) Seorang doktor berjaya mengubah kerjaya dari seorang doktor bedah kepada doktor suntik diri sendiri.

5) Penyewa rumah berjaya mengubah hutang sewa rumahnya daripada dua bulan ke tiga bulan.

6) Seorang pemandu bas berjaya mengubah penumpangnya yang sepatutnya 40 orang dengan menyumbatkan dalam satu bas 80 orang penumpang.

7) Orang kaya mengubah status diorang menjadi orang miskin.

8) Pembaca blog ShakRoil Entertainment berjaya mengubah tabiat baca entri sampai habis.

Disitulah perubahan yang tak wajar berlaku dimana-mana sahaja! tetapi kadang-kadang je!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

22 April 2011

Di Sebalik Makan

Bila sebut pasal makan, semua orang tahu sebab ia satu perlakuan wajib tapi ada juga perkara yang terselindung di sebalik perkataan makan itu sendiri. Apadia? Jom baca di bawah ini!

1) Korang selalu lewat pergi kerja, lewat keluar dating dan lewat sepanjang waktu tapi bila masa makan korang selalunya tak akan terlewat dan tak nak lewat.

2) Makan akan jadi lebih sedap dan menarik bila makan di mana-mana kenduri kerana korang tidak peru keluar sesen pun duit korang tuh!

3) Makan yang paling tak sedap pula ialah makan penampar, penyepak, penendang dan macam-macam pe... lagi kerana korang pasti tidak akan rasa kenyang.

4) Makan hati dengan pasangan, kawan atau bos adaah salah satu contoh makanan yang amat memedihkan. Bukan korang makan hati diorang tapi tension a.k.a bengang dengan diorang.

5) Makan rasuah dan makan duit anak yatim adalah amalan pemakanan sumber haram walaupun ia tidak tergolong dalam najis mughallazah.

6) Walaupun permainan dam haji, chess dan permainan yang sewaktu dengannya menggunakan perkataan makan tapi kita tidak pernah sesekali boleh memasak permainan itu untuk dimakan di waktu petang, siang atau malam.

Banyak sungguh erti makna makan ini jikalau hendak dikaji, cuma ada yang baik dan ada yang buruk. Yang pasti membuatkan kita kenyang dan yang buruk membuatkan kita tidak ada mood dan sesetengah lagi menambahkan mood!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

21 April 2011

Kegunaan Lain Surat Khabar

Bila bangun pagi apa yang korang akan capai dulu untuk dibaca? Surat khabar! Ya betul... tapi tahukah korang surat khabar itu mempunyai banyak kegunaan selain untuk dibaca. Antaranya ialah...

1) Selalu dijadikan sebagai bahan bungkusan untuk nasi lemak, kacang rebus atau putu piring.

2) Boleh juga digunakan sebagai alas ketika dating di atas tempat yang basah dan menjadi pelindung bila hujan.

3) Menjadi satu bahan mainan yang boleh dibentuk menjadi kapal, songkok dan berbagai lagi mengikut kretiviti seseorang.

4) Akan digunakan sebagai pelindung muka bagi mereka yang baru lepas kena tangkap basah atau ketika dibicarakan kat makhamah.

5) Menjadi salah satu faktor menyebabkan orang menjadi marah atau gembira setelah menyelak muka surat belakang yang tidak mempunyai berita tetapi hanya bernombor sahaja.

6) Bila dah banyak bertimbun, ianya amat berharga di waktu sengkeka kerana boleh dijual.

Bermacam-macam lagi kegunaan surat khabar ni kalau difikirkan tetapi nak tulis semua memang tak larat nak listkan! Ada otak, ada akal, lu fikirlah sendiri...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

20 April 2011

Orang Marah Selalu Rugi

Aku memang agree 100 percent dan setuju sangat dengan tajuk artikel ini... chewah, speaking london pulak aku. Takpe la sekali sekala je, jangan marah aaa... nanti rugi tau!

SUAMI ISTERI BERGADUH
Asal je bergaduh diorang ni suka sangat baling-baling barang terutamanya yang paling dekat dicapai seperti pasu bunga, pinggan atau mangkuk. Akibatnya barangan pecah dan rugi, pastu kena bersihkan pulak barang yang berselerak.

MOTOSIKAL PANCIT
Bia motor pancit kat jalan korang naik marah dan tendang pulak motor tuh, tak pasal-pasal pecah nombor plat. Seain kena keluar duit tampal tayar, plat nombor pun, kena ganti jugak.

KAPEL BERTENGKAR
Pakwe atau makwe ini pulak bila marah suka tuntut barang-barang yang dah diberi. Kononnya dah tak nak dikenang maka barang tu dicampak kat mana-mana ntah terus hilang, kan rugi namanya tuh!

TENGOK TV
Kalau fanatik sangat tengok bola jangan la sampao TV pulak jadi mangsa kalau pasukan yang disokong kalah. Bila TV dah rosak dah gerenti punya korang yang rugi pasa nak kena menrepairnya atau beli baru.

KECEWA KERJAYA
Kalau ye pun bos tak naikkan gaji walaupun dah berkurun kerja, tak usah la marah depan bos dengan memaki hamun dia. Tak pasal-pasal bos marah korang balik langsung korang dipecat, kan rugi bila takdak kerja.

PUTUS CINTA
Bila kapel buat silap sikit nak marah, terus mintak putus kononnya senang dapat pengganti. Malangnya takde sorang pun terpikat kat korang. Dah rupa tak seberapa, harta lagi la takdak... kan dah rugi tuh!

MASALAH KELUARGA
Bila mak ayah marah pasal nak betulkan tingkahlaku korang tapi baru nak jentik telinga sikit dah merajuk. Bawa diri lari dari rumah... bila terjebak ngan masalah, tragedi atau kemalangan baru la nak ingat mak bapak balik.

Begitulah, jadi jangan marah-marah kerana mendatang kerugian disebabkan fikiran kita dirangsang dengan benda-benda yang tidak masuk akal. Jadi, kepada sesiapa nak marah itu, sebaik-baiknya bersabar lah  banyak-banyak...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

19 April 2011

Sebab Seseorang Menjadi Pucat

Hoho! Aku suka tengok orang pucat. Lebih-lebih lagi pucat sebab terkejut kena sergah dengan aku... tapi pucat ini banyak jenis... macam yang aku tulis kat bawah ini la... hoho...

TAK CUKUP MAKAN
Ya laa... nak makan duit takde jadi terpaksa la meneguk air sejuk ya! Hoho!

SAKIT
Ni bukan sebab takdak duit tapi duit banyak pun takdak guna kalau dah sakit tak boleh makan.

TAKUT
Selalunya pucat macam ni sebab masa balik tengah malam berasa takut dekat dalam hati tu. Takut dekat hantu la katakan.

HISAP DADAH
Pucat yang sengaja ditempah. Ye la... dah tahu dadah tuh bahaya, nak jugak dilahapnya.

BUAT SALAH
Selalunya orang yang buat salah secara automatik akan pucat mukanya bila kesalahan tersebut disebut walaupun bukan ditujukan kepadanya.

DAH JADI MAYAT
Ni aku tak boleh nak kata apa lani la. Ye laa.. dah jadi mayat dah tentulah pucat

PACAT
Sejenis binatang yang suka menghisap darah dan... laa, apa aku merepak pasal pacat plak ni. Hadoiii...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

18 April 2011

Kenapa Tak Bagi Orang Pinjam Kereta

Kereta merupakan satu kenderaan yang sering digunakan oleh semua, tidak kiralah negara apapun, pastinya setiap keluarga pasti mempunyai sebiji kereta tetapi bila kita sudah mempunyai kereta pasti ada sesetengah kawan yang nak pinjam atas alasan macam-macam. Jadi pasti aku tak bagi pinjam kereta kalau aku sudah mempunyai kereta kerana apa? Jom lihat di bawah ini!!!

1) Bila ada yang pinjam kereta habis die mirror, stering, cermin pandang beakang, siaran radio diubah. Time aku nak bawak balik aku kena betulkan semuanya... tuh yang aku malas nak bagi pinjam.

2) Aku dah beritahu jangan hisap rokok dalam kereta tapi diorang hisap jugak. Tuh yang aku malas nak bagi orang pinjam lagi.

3) Kata pinjam kereta sekekejap je tapi dah berjam aku tunggu tak balik-balik lagi. Telefon pun tak berjawab, yang ini pun salah satu puncanya.

4) Dah bagi pinjam tuh buat a cara meminjam. Isi la minyak balik seperti asalnya waaupun tak sepenuh tangki, ni minyak pun tak reti nak isi... dibiarkan kering-kontang.

5) dah tau kereta orang, bawak la perlahan-lahan dan cermat. Ni tidak, dibelasahnya bawak laju-laju. Tak pasal-pasal kena speed trap, pastu surat saman sampai atas nama aku. Dah kereta aku yang punya maka aku a kena bayar, dia buat tak tau jerk.

6) Dah tau pinjam kereta orang jangan la bawak orang lain reramai pulak. Ni bawak make la, famili dia la. Kata je la kat famili atau makwe yang korang takde kereta. Nak kereta sangat cari kereta sewa, ni nak jimat kos pinjam kereta aku. Akhirnya, kepala lutut aku yang pening.

Begitulah! Selalunya ada sesetengah berperangai sebegini, kerja nak pinjam sahaja... suruh beli kata tak dak duit. Padahal keluar dengan awek, makan kat luar, beli benda pelik-pelik ada pulak duit. Hairan sungguh!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

17 April 2011

Tanda-Tanda Pasangan Pokai

Kadang-kadang pasangan korang tu tengah sesak tapi atas dasar kasih sayang diorang tak tunjuk kat korang. Walaubagaimana pun korang boleh tahu pasangan korang tu dah pokai bila...

1) Cukup payah nak ajak keluar dating, ada saja alasan yang dia bagi tapi kalau ajak pergi kenduri laju pulak dia.

2) Dia takkan order makanan walaupun dah ada kat kedai makan dengan alasan takde selera ataupun diet tapi akan mintak air kosong dengan pinggan kosong je.

3) Akan mengghaibkan diri atau buat-buat tak perasaan bila shopping bersama dan benda ini terjadi bila samapi turn nak bayar,

4) Cukup alergi dengan perkataa-perkataan seperti "sale", "harga runtuh" dan perkataan "belanja".

5) Dari kereta ke motor, dari motor ke bas, dari bas sampai basikal dan dari basikal hingga la jalan kaki, nak balik kampung dia pun jalan kaki.

6) Tidak akan menelefon korang dalam jangka waktu yang panjang. Kalau telefon pun guna public phone sahaja.

8) Sangat teruja dengan iklan-iklan tawaran berkaitan dengan pinjaman peribadi, pinajaman tanpa penjamin dan pinjaman bagi yang dah blacklist.

9) Akan pengsan dan menyamar menjadi orang gila bila korang mula bercerita bab khawin.

Disitulah korang boleh peransaan dan janganlah minta lebih-lebih kat pasangan kroang itu, kasihan juga dekat dia. Jadi, bila tahu dia pokai... jangan minta lebih-lebih sebaiknya korang pulak juga belanja dia!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

16 April 2011

Korang Memang Seorang Wanita

Daripada tajuk ini nak menunjukan korang itu memang seorang wanita dan sememangnya la aku lelaki tapi selalu jugak tengok perangai perempuan yang sikit sebanyak mesti ada perangai ini, antaranya ialah...

1) Sangat suka bercakap, tak tau la membebel ke mengumpat sebab sama saja nadanya.

2) ada chemistry dengan mana-mana shopping complex dan akan cepat jauh cinta pada barang-barang di dalamnya.

3) Sangat teliti sehinggakan warna tudung pun akan disama padankan dengan setitik pada warna baju.

4) Tinggi daya prihatin kerana kurang gemar dengan tempat yang bersepah tapi kebanyakan mereka juga yang buat sepah.

5) Mempunyai hobi yang statik iaitu gemar mengumpul barang yang sama, walaupun dah memang banyak tapi dia akan tetap mengumpulnya.

6) Berhemat dalam memandu, lagi tiga kilometer nak masuk simpang akan siap-siap bagi isyarat dan akan dipersalahkan oleh pemandu lain walau seinci pun kesalahan mereka dengan berdialog, "Perempuan kalau bawak kereta memang macam itu!".

7) Berjiwa sentimental dan sangat sensitif. Walaupun semut mati dipijak, mudah air mata mengalir dan berjiwa peramah sehingga mampu memarahi sesiapa sahaja kalau dalam keadaan "bulan" penuh.

Kepada wanita yang membaca ayat-ayat di atas! Adakah itu semua betul! Pasti ada yang mengatakan tidak kerana tidak semuanya begitu, etapi majoritinya begitu dan minoritinya tidak begitu.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

15 April 2011

Cinta dan Air Mata

Cinta dan Air Mta tidak dapat dipisahkan. Makin lama bercinta maka makin banyak air mata bercucuran di pipi korang. Kurang percaya? Mari kita lihat di bawah ini, sila baca betul-betul...

1) Bila cinta korang hanya bersandarkan duit semata-mata maka air matalah penghujungnya.

2) Bila cinta korang terputus di tengah jalan tanpa sebab yang kukuh maka air mata jugalah penemannya.

3) Bila cinta korang dibahagi atau didagangkan maka air mata pasti akan berlinangan.

4) Bila cinta korang diselang-seli dengan kaki dan tangan maka air mata membasihi kenangann.

5) Bila cinta korang mendapat tentangan maka air mata pengubatan kedukaan.

6) Bila cinta korang hanya sampai di dunia sahaja maka air mata mengiringi pemergiannya.

Beegitulah sebab kenapa dan mengapa air mata akan berlinangan disebabkan cinta! Cinta tak mengenal erti dan usia. Siapa sahaja boleh merasainya pada bila-bila masa tanpa mengikut cuaca san masa. Begitulah keadaan air mata berlinangan pasti ada kenangan.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

14 April 2011

Bila Tersilap Tegur Orang

Memang cukup malu bila tersilap sapa orang disangka korang kenal. Untuk menutup kemaluan tersebut di sini aku ada beberapa tips untuk menebalkan balik muka korang yang sudah tipis itu disebabkan korang tersalah tegur orang.

1) Korang terus buat-buat kenal dengan menyebut beberapa tempat yang korang pernah pergi walaupun kawan itu tadi cakap dia tak pernah pun pergi ke tempat tersebut.

2) Korang buat-buat la ada hutang dekat kawan tu... dan memberinya duit. Berkorban la duit itu sikit, mesti kawan itu mengaku dia pun kenal korang.

3) Buat la diri korang macam kurang siuman sikit, pasal nanti kawan yang akan takut dan terus mengelak dari korang.

4) Kalau sapaan korang itu berbentuk panggilan dan kawan tu pun dan padang dan bila korang sedar tersilap orang maka korang cecepat terus berjalan ke arahnya tapi jalan terus lagi kononya ada orang lain lagi yang korang sapa.

5) Kalau kawan itu cakap dia tak kenal, korang kata la dia berlagak... itu la, ini la. Biar dia rasa bersalah walaupun dia tak bersalah. Yang penting korang selamatkan diri yang dah termalu itu.

Perkara di atas ini, banyak sudah orang terkena dan cover balik daripada malu dan terus malu sehingga menyebabkan kemerahan di muka.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Kesibukan Menghadapi Peperiksaan

Sekarang ini, aku mintak maaf sebab jarang update disebabkan idea semakin lama semakin tipis kerana memikirkan tentang final exam!

Semakin lama semakin susah pulak subjek ini sehinggakan aku menjadi separa gila dan tidak tenang buat ketika ini.

Aku mintak semester ini semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat pointer yang hebat untuk masa depanku!

Aku mengharap juga korang tolong doakan kejayaan aku ini supaya tiada masalah yang berlaku apabila menjawab peperiksaan yang hampir tiba ini.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Jadi, kepada bebudak IPT yang mengambil final exam untuk semester ini semoga berjaya! dan harap mendapat pointer gred yang cemerlang dan gemilang!!!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

11 April 2011

Pelajar Masalah

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelaja-pelajar di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah… Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

09 April 2011

Bahasa Internet

Dalam zaman internet yang serba canggih sekarang, semua perkara diringkaskan untuk manusia bergerak pantas. Dari hubungan persabahatan yang dibawa ke laman-laman sosial, sehinggalah kepada bahasa dan perbualan yang kita gunakan di laman tersebut. Nak terima atau tidak, terpulang pada individu itu sendiri. Tapi tak kiralah bagi seorang aktivis bahasa sekali pun, harus untuk kita tahu sekurang-kurangnya untuk mengelakkan dari diketawa atau dituduh kolot. Nah, di bawah ini disenaraikan beberapa istilah internet atau singkatan perkataan yang biasa diguna pakai dalam laman sosial dan chatroom. Pakai kalau suka, kalau tak suka tak payah. Tak ada orang paksa pun.

121 One-to-One / Satu-dengan-Satu

AFK Away from keyboard / Jauh dari keyboard

AKA Also known as / Juga dikenali sebagai

ASAP As soon as possible / Secepat mungkin

A/S/L Age/sex/location / Umur/jantina/tempat

BBL Be back later / Kembali selepas ini

BTW By the way / Bagaimanapun

FAQ Frequently asked questions/ Soalan sama berulang

FYI For your information / Untuk pengetahuan anda

IDK I don't know / Tak tau!

J/K Just kidding / Gurau je!

L8R Later / Lepas ni

LOL Laugh out load / Ketawa kuat

PM Private message / Mesej perseorangan

ROFL Rollong on the floor laughing / Gelak guling-guling!

SYL See you later / Jumpa lagi

Banyak lagi ayat ringkasan ini kalau korang nak tahu sebenarnya, cuma malas nak listkan panjang-panjang. Ayat ringkasan ini jugak bukan sahaja di gunakan di laman sosial sahaja seperti Facebook, Myspace, Tagged dan lain-lain lagi. Ianya juga di gunakan di dalam SMS dan lain-lain lagi! Dunia suka maju dengan teknologi jadi nak kisah apa kalau guna ayat ringkasan / short term?
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!