Artikel Menarik

12 May 2011

Di Sebalik Masa

Demi masa... sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Terjemahan satu surah yang selalu kita dengar tentang masa yang tak pernah menunggu atau berundur. Di sebalik masa ada sesuatu yang korang renung dan menung. Nak tahu apa dia? Jom kita baca di bawah ini...

1) Walaupun peribahasa ada menyebut masa itu emas tapi ianya tiada terjual di mana-mana kedai emas, dipajak di kedai pajak dan diragut oleh peragut serta masa jugak tidak pernah dijadikan untuk hantaran perkahwinan.

2) Adakala masa akan ditunggu-tunggu iaitu pada hari-hari tertentu. Selalunya masa akan terbuang bila menunggu awek bersiap tapi tak pula akan membuang awek itu.

3) Korang juga selalu mengejar masa sebelum disusuli dengan pekikan bos dan diselang-seli dengan acara balingan fail, sedangkan masa tidak pernah masuk mana-mana acara larian.

4) Walaupun masa dekat dengan korang yakni dipakai sebagai jam tangan atau digantung di dinding tapi korang sering kali lambat dan pura-pura lupa pada masa yang dijanjikan.

5) Masa dan kawan-kawan tak dapat dipisahkan cuma ia berubah mengikut keadaan. Masa korang senang, ramailah kawan dan masa korang susah, susah juga untuk kawan-kawan nak berkawan.

6) Masa yang diberikan olehNYA ada 24jam sehari tapi korang hanya meluangkan masa kepadaNYA tidak sampai 20 minit dan korang sering menrungut tak cukup masa 24 jam sehari semalam.

Jadi, masa itu sungguh berharga dan jangan membazir begitu sahaja! Hargailah masa selagi ada! HAHA! Ingat tuh!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

10 May 2011

Di Sebalik Hantu

Asal sebut hantu semua yang buruk-buruk akan keluar. Tak kisah la dari segi rupa mahupun perangai tapi antara manusia dan hantu ini tak banyak beza, contohnya...

POCONG akan melompat ke mana sahaja tempat yang ia nak pergi akibat daripada diikat pada kaki.
MANUSIA akan melompat di sana sini apabila mendengar muzik di kelab-kelab malam

LANGSUIR memang gemar terbang dan mengganggu manusia dengan ilai tawanya yang seram.
MANUSIA pula gemar naik motor di tengah malam dan bunyi ekzos motor yang bising memang menganggu orang lain.

TOYOL cukup sinonim dengan kerja-kerja mencuri. Kelebihan toyol ialah tidak pernah sama sekali menuduh manusia yang mencuri.
MANUSIA yang pencuri akan bersusah payah menuduh toyol yang mencuri.

Untuk menyeramkan lagi diri HANTU maka diorang akan menyimpan kuku, rambut dan taring yang panjang.
MANUSIA yang berperangai seperti hantu juga akan berbuat perkara yang serupa dan perangai diorang mungkin lebih erhantu dari hantu yang sebenar.

Korang banyak disajikan dengan cerita-cerita HANTU
MANUSIA akan berlakon menjadi hantu tetap; hantu itu sendiri tidak pernah menerima royalti dan mendapat apa-apa anugerah.

Tahukan korang?
HANTU RAYA tidak pernah membuat kuih raya.
PELESIT tak pernah memiliki kenderaan.
HANTU GALAH tak pernah bermain permainan galah panjang.

Kalau diikutkan manusia dan hantu ini jugak makhluk yang dicipta dan kenapa nak takut dan jadi hantu???
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

08 May 2011

Ayat Popular Tok Bomoh

Biasa jumpa bomoh? Kalau biasa gunakan perkhidmatan bomoh pasti korang selalu dengarn ayat-ayat yang dilafazkan oleh tok bomoh.... kira ayat popular la. Bagi yang tak biasa atau tak pernah tuh... baca la untuk menambahkan pengetahuan am korang.

1) Cucu tak payah cakap. tok dah tau tujuan cucu ke sini.

2) Ambik air yang tok jampi ni, kemudia basuh muka dengan air ni sebelum masuk tidur.

3) Habiskan air yang tok bagi ni, kalau tak baik datang balik.

4) Atuk tak boleh mengubat hari ini pasal atuk dalam pantang lagi.

5) Cukup tujuh hari datang balik, atuk nak mandikan dengan air tujuh bunga.

6) Sila bawak limau jantan tujuh bijik dengan air zam-zam sebotol.

7) Awak kena buatan orang nih.

Ada macam-macam lagi! tetapi aku terlupa kerana banyak sangat ayat yang sama aku perati tengok! apa-apa pun kalau korang pergi cuba lihat apa yang tok bomoh itu nak sampaikan...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

04 May 2011

Alasan Elak Pergi Kenduri

Korang datang jemputan nak pergi kenduri, dalam masa yang sama korang ada jugak hal yang lain seperti dating. Cua korang guna alasan yang tak munasabahan ini untuk mengelak daripada pergi kenduri itu!

1) Korang boleh cakap yang diari korang hilang. Segala kerja dan perjalanan kehidupan korang bergantung dekat diari tuh.

2) Korang pun boleh cakap yang korang tak tau rumah yang buat kenduri itu dan akan cepat panik bila sesat tapi pastikan alasan ini tidak diguna pakai kalau jiran sebelah rumah korang yang buat kenduri.

3) Korang juga boleh cakap yang korang akan berada di luar negara ketika tarikh kenduri itu dan akan balik tiga bulan akan datang. Alasan ini jugak tak boleh diguna pakai bila dapat jemputan dari bos korang sendiri.

4) Korang boleh cuba cakap rumah korang banjir, terakar atau runtuh. Itupun kalau korang tak percaya kepada balasan orang yang berbohong.

5) Apa kata korang cakap yang korang tak datang ada musuh yang paling korang benci berada kat kenduri itu jugak.

6) Korang boleh jugak cakap yang korang buat kenduri pada hari dan masa yang sama.

7) Korang cakap je yang korang tengah diet, kat kenduri mesti ada makan-makan kan?

Itulah alasan yang perlu korang beritahu kepada yang mengajak korang pergi kenduri itu kerana korang nak elak sebab ada hal lain tetapi korang berilah tahu hal lain supaya orang yang mengajak korang pergi kenduri itu tidak kecik hati.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

02 May 2011

Lambat Kahwin Pun Susah

Jodoh adalah ketentuan-Nya, tetapi bagi yang lambat sampai jodoh tuh, mungkin ia akan menyusahkan hidup korang. Ya ka? Mungkin jugak bila...

1) Orang terus akan bertanya bila nak kahwin,  bukan saja pada korang malah ibu bapa korang.

2) Orang akan buat fitnah yang macam-macam dengan mengada-adakan cerita rekaan diorang sendiri.

3) Korang belum ada zuriat untuk menyambung keturunan korang tuh!

4) Umur korang tuh dah makin meningkat waktu tu nak khawin pun mungkin makin susah nak ketemu jodoh.

5) Makin tua takdak sapa nak jaga korang semua, takdak sapa nak rawat masa sakit, takdak sapa-sapa yang nak jengah korang.

6) Nanti korang semua sendiri akan termalu, kerana takdak keluarga sendiri.

7) Nanti blog ShakRoil Entertainment yang korang dok baca ini takdak sapa nak mewarisinya!

Itulah sedikit sebanyak yang menyatakan bahawa kahwin lambat memang susah! Jadi carilah jodoh awal-awal! Jangan buat maksiat sudah seperti adegan 18SX dan macam-macam lagi!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!