Artikel Menarik

29 June 2011

Bila Masa Kontrol Suara

Aku memang tau suara aku lunak dan merdu. Disebab suara aku yang best itulah ramai member aku jelous dengan aku waktu time aku berkaraoke tetapi itu memang suara semula jadi dan memang tak boleh dinafikan dan yang ini bukan semula jadi... tiba-tiba je suara jadi lain..

BILA BARU BERKAHWIN
Baru kahwin takkan nak tunjuk belang, kena la kontrol suara depan dengan nada manja depan pasangan memasing.

BILA BARU BERCINTA
Depan kapel kena la bersuara lembut. Ketrampilan berkomunikasi mesti dijaga agar perhubungan berpanjangan.

BILA BERSAMA KELUARGA BAKAL MERTUA
Jangan kata nak kontrol suara, nak dengar suara pun susah. Ye la, mana boleh cakap banyak nanti mertua tak suka pulak.

BILA MENGUMPAT
Ingat... orang yang kuat mengumpat la orang yang paling suka kontrol suara. Kalau cakap kuat-kuat tuh dah kira bukan mengumpat tapi yang main bisik-bisik citer hal orang, mengumpat la tuh.

BILA DENGAR CERAMAH
Bila menegur anak buat bising atau nak bercakap dengan orang sebelah mesti cakap slow-slow. Ye la, kot cakap kuat-kuat nanti semua orang pandang.

BILA SEDAR SUARA TAK SEDAP
Tak lain kes nyanyi la. Kalau dah tahap orang gelakkan nyanyi korang yang seumbang itu baik berhenti. Takpun nyanyi aje la masa takde orang atau nyanyi dalam bilik air.

BILA KENA MARAH
Kena marah pasal pasang suara TV atau radio kuat-kuat sampai naik bingit bagai nak pecah gegendang telinga... baru la nak kontrol volumenya bagi perlahan.

Korang perasaan tak? mesti korang tak perasan bukan? sebab korang lakukan benda sebegini termasuk dengan aku sekali la... tetapi aku selalu dengar member aku buat lepas itu aku terfikir dan sama! tiada perbezaan pun! HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

26 June 2011

Cara Menaikkan Semangat Orang Yang Patah Semangat

Alaa... jangan la mudah sangat patah semangat. Terlalu awal mengalah ni la punca kegagalan, jadi bila rasa semangat tuh dah patah sama ada diri sendiri atau sesiapa sahaja kena la tolong naikkan balik semangatnya.

IBU
"Da la tuh Farid Kamil, jangan termenung pasal masih tak dapat kerja. Dah kena panggil interview tuh pun kira kamu antara yang terbagus. Cuma belum ada rezeki, kamu kena terus berusaha untuk cari kerja lain. Ibu percaya kamu pasti akan dapat kerja."

KAWAN
"Lisa Surihani, jom keluar... kita pergi tengok wayang, jalan-jalan, aku belanja. Tak guna ko berkurung macam ni pasal pakwe ko tuh. Jom kita sakitkan hati dia pulak, ko kena bangkit. Dia mesti seronok tengok ko susah hati, ko kena buktikan yang ko pun boleh hidup tanpa dia."

PELAJAR
"Sapa cakap kau miskin, sapa cakap orang miskin tak boleh belajar. Cakap kat aku sapa yang berani cakap kau macam tuh? Bawak ku jumpa dia Hazama, selagi aku ada orang pandai macam ko kena terus belajar."

BOS
"Okey, cukup bulan saya naikkan semua gaji pekerja mengikut basic masing-masing. Bulan depan pulak kita adakan family day kompeni. Korang boleh bawak anak bini, dan satu lagi sapa yang saya tengok komitmen sangat bagus terhadap kerja akan diberikan bonus."

DOKTOR
"Encik Shaheizy Sam, walaupun penyakit encik dalam ketegori bahaya tapi jika encik sentiasa bersemangat melawannya dengan bersikap positif mesti boleh diubati. Perkara ini pernah berlaku kepada beberapa orang pesakit saya."

SHAKROIL EWANT
"Aku tahu korang malas baca blog aku sampai habis, yang baca ini pun aku tahu beberapa orang sahaja yang baca entri ini sampai habis dan yang lain-lain ada yang komen terus... tetapi tidak mengapa, janji korang ingat blog aku sudah dan aku amat menghargainya itu."

Korang jikalau ada kawan-kawan, family atau sesiapa sahaja yang di dalam keadaan patah semangat memang tahap kritikal, jangan lupa kondem mereka. Sebaliknya, beri kata-kata yang semangat dan memberi mereka keyakinan yang tinggi supaya tidak putus asa dan patah semangat. INGAT ITU!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

25 June 2011

Rasa Nak Melempang Bila Tiba Hujung Bulan

Bila tiba hujung bulan mula la tapak tangan rasa gatal-gatal. Kata orang nak dapat duit... tapi ada gak sebagai tanda nak melempang orang. Apa taknya, gaji tak dapat lagi... dengan kata lain tengah sengkek waktu itu.

1) Orang sibuk bancuh kopi nak cecah ngan biskut, dia sibuk mengajak pergi makan steamboat kat restoran lapan bintang.

2) Orang sibuk fikir kat sapa boleh mintak kredit, dia pulak ajak pergi shopping.

3) Orang sibuk nak jimat prepaid, dia pulak sibuk miss call tanda suruh telefon balik.

4) Orang sibuk nak berjimat dengan lepak kat rumah, dia pulak sibuk ajak pergi nonton wayang.

5) Orang sibuk fikir nak selesaikan masalah duit, dia pulak tambah masalah dengan sibuk bertanya.

6) Orang sibuk pecah tabung, dia pulak menyibuk pecah masuk rumah.

7) Orang sibuk duduk rumah tak berjalan pasal takde duit, dia pulak sibuk bertandang kat rumah orang.

Kalau gayanya macam gini, bukan rasa nak melempang jer! rasa macam nak sepak terajang sekali... mana taknya... orang tengah sengkek di kacau pulak... memang naya la macam gini...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

24 June 2011

Perkara Yang Dilakukan Di Kedai Mamak

Korang selalu lepak di kedai mamak, bukan kedai jual surat khabar tuh tapi kedai makan. Ada kategori yang wajib korang lakukan tapi ianya hanya terjadi bila di kedai mamak sahaja. Tak tau? Haa, korang wajib kena tau... mai baca disini...

1) Akan memilih duduk di luar kedai dengan alasan senang nak tengok TV subsidi yang selalu dipasang dengan layar besar.

2) Jika kengkawan ramai korang akan suka-suka buat meja itu macam rumah sendiri dengan menyambung-yambungkan meja makan seperti permainan lego.

3) Menyuruh pelayan mengelap meja dengan harapan meja yang korang duduk tuh sama bersihnya seperti meja yang baru dibayar deposit.

4) Gemar bertanya menu kepada pelayan sedangkan korang dah tau ia tiada beza dengan kedai-kedai mamak yang lain dan korang memang dah diiktiraf sebagai pelanggan tetap oleh tauke kedai tersebut.

5) Suka melihat gelagat pelayan dengan menyuruh diorang masuk acara lari berganti-ganti, bermula dengan pesanan makanan, mintak sudu, kemudian garfu, lepas tuh tisu dan diakhiri dengan air kosong. Mintak sekali harung tak boleh ke?

6) Sesaja menguji kebolehan kira-kira yang dimiliki oleh mamak tersebut dengan menyuruh diorang mengira bil berkali-kali tapi akhirnya korang jugak yang akan merana kerana harga yanng dikira makin naik dan bukan makin menurun.

Bermacam-macam yang akan berlaku di kedai mamak, sehingga ada yang menyakat mamak tersebut dengan menanyakan western food ada tak sehinga mamak itu pun kepeningan lalat. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

23 June 2011

PSP Komuniti Blogger

PSP bermaksud Politeknik Seberang Perai dimana tempat aku belajar sekarang. Walaupun belajar di Politeknik aku amat berbangga kerana disitulah aku boleh belajar teori dan juga pratikal tetapi bukan aku nak cerita aku berbangga ataupun sejarah tentang aku disana. Itu semua tidak penting bagi anda...

Disini aku hendak memberitahu bahawa Politeknik Seberang Perai (PSP) telah mewujudkan sebuah Komuniti Blogger dimana diwujudkan oleh pelajar politeknik itu sendiri.

Kepada pelajar mahupun kakitangan PSP!!!
Mari sini! aku nak beritahu korang...
Jom kita sertai komuniti ini supaya kita dapat berkumpul dan bergabung sambil berkongsi idea-idea yang bernas di sana...

Sila klik di SINI untuk menyertai PSP Komuniti Blogger ini.

Pssst : Khas untuk sesiapa yang pernah berkhidmat dan belajar di PSP sahaja tau!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Susah Sungguh Jadi Artis

Zaman sekarang ini ramai anak muda nak jadi artis, Apa yang dinampak jadi artis itu semuanya indah belaka, banyak duit, pergi mana-mana orang kenal tapi tahukah korang bahawa jadi artis ada juga susahnya bila...

1) Pakaian selalu kena dijaga. Walaupun nak pergi buang sampah kat depan rumah tetap kena bersiap mengalahkan nak pergi kenduri kahwin. Bukan apa... takut orang kata buta fesyen dan paparazi tunggu dekat luar.

2) Fikir lapan kali kalau ada member ajak lepak minum di gerai-gerai. Takut diserbu peminat yang nak mintak tandatangan atau kononnya jatuh standart walaupun baru menang undian SMS yang diundi sendiri.

3) Walaupun dapat jemputan menghadiri majlis doa selamat dan kenduri arwah akan tetapi terpaksa ditolak kerana perlu menghadiri majlis anugerah popular walaupun dah memang tak akan menang.

4) Segala percakapan harus dijaga. Walaupun ingin berkata jujur tapi harus akur dengan permainan dunia hiburan. Salah cakap saman, keluar berita dan menghiasi kulit depan majalah.

5) Baru tanya nama dah digosip bercinta, baru tak keluar makan sekali dah dituduh bercerai-berai, baru senyum sikit dah dituduh menggatal. Lepas itu jenuh nak buat sidang akhbar macam dalam dunia ini dah takde cite lain.

Bukan tak boleh jadi artis, cuma artis ini terlalu sibuk pun ada, terlalu relax pun ada (takdak kontract). Jadi, memang susah jadi artis ini... nampak je senang... dalaman sapa tahu!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

22 June 2011

Bukti Kawan Pakai Barang Tiruan

Ada kawan yang mengaku bahawa segala barang yang dia ppakai semuanya asli, tulen dan mahal. Korang percaya kerana kurang arif tentang bagaimana ingin membezakan mana yang asli atau tiruan. Nak tau...?? Tengok saja bukti-bukti di bawah ini.

CERMIN MATA
Akan dibiarkan begitu sahaja di dalam kereta dan tak kisah kalau terduduk, tercalar dan tercurik oleh orang.

JAM TANGAN
Sebulan sekali tukar bateri, tukar tali yang cepat reput dan akan menyelam bak ikan kelemasan bila direndam di dalam air.

BAJU
Bila beli saiz L, dan basuh jadi saiz S atau bila beli kaler hijau, dah basuh jadi putih. Yang ketara bila baru beli kerap dipakai tapi bila dah lama jadi lap kaki kat lantai jerk!

KASUT
Beli semalam hari ini dah mula jahit sana sini, kasut sepasang tapi bawak pergi pasar, pergi kebun dan pergi karaoke. Lagi selamber akan pakai kasut itu jugak untuk pergi masjid pada hari Jumaat.

MEMBER KORANG SENDIRI
Bila cakap suara mula tukar, bila jalan lenggang pun dah lain, pakai fesyen baju semakin pelik, pergi jamban awam pun tak masuk sekali dengan korang sedangkan sejantina. Kompom member korang pun tak tulen!

Senang bukan nak pastikan yang kawan anda pakai itu tulen ataupun tidak, jikalau tulen ia akan jaga dengan berhati-hati dan tidak melempar sana sini dengan selamber ROCKS jerk!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Di Sebalik Hero

Ramai dikalangan kita yang bercita-cita nak jadi hero, tak kira yang kecik atau yang besar, asal tengok filem je semua berangan nak jadi sehebat hero, apa bestnya jadi hero ni ek? Dan apa juga yang ada di sebalik hero ini?

1) Perkara yang paling penting untuk menjadi seorang hero ialah perlu memiliki wajah yang tampan dan badan yang sasa. Tidak perlu lulus matematik walaupun kena berlakon jadi guru matematik.

2) Pandai serba serbi, boleh hidupkan kereta tanpa kunci, buka pintu atau gari tanpa kunci walau sukar menjawab soalan yang tidak diberi kata kunci ataupun pembayang.

3) Di dalam filem kerap kali dilihat hero mendapat gandingan heroin yang sama padan dengannya tapi sayang itu haya di dalam filem. Jarang sekali berita tentang hero akhirnya berkahwin dengan heroin di luar filem.

4) Hero juga perlu tahu menggunakan segala senjata yang ada, pandai mengelak peluru, mengelak dari ditangkap dan pandai berlawan tapi sayangnya pihak keselamatan memang tiada niat langsung untuk mengambil diorang menjadi sebahagian dari anggotanya.

5) Tak perlu takut kerana sepanjang filem hero pasti takkan mati. Paling tragis pun cedera teruk walau dibom, ditembak berkali-kali dan jarang sekali dilihat babak di mana hero dimasukkan ke hosital kerana cedera.

6) Walaupun nampak kaya di dalam filem, banyak kereta mewah, dapat makan di hotel mewah dan dapat gelaran hebat tapi sampai sekarang masih belum terdapat lagi mana-mana hero yang namanya tersenarai dalam senarai orang kaya di dunia.

Haha! Jadi tak semestinya jadi hero, korang ingin perfect dan tiada cacat celanya. Banyak lagi masalah yang di alaminya yang korang sendiri pun tak paham apatah aku lagi! Lagi aku tak paham! HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

20 June 2011

Di Sebalik Senyum

"Senyum seindah suria, yang membawa cahaya..."
"Senyum, tak perlu kata apa-apa, senyum..."
Antara lirik lagu yang ada kena mengena dengan senyum, bukan susah pun nak senyum tapi kita tetap payah nak senyum. Dan ada apa pula di sebalik senyum itu yer?

1) Bila hanya senyum dengan orang tertentu sahaja, kalau dengan bos lagi-lagi cepatlah dia. Memang nampak sangat senyumannya itu senyuman bermakna... senyum ampu namanya.

2) Bila senyum hanya di depan kamera, itu pun pasal nak bagi laku album dia. Kalau tak jangan harap apa-apa dari dia, bila dah popular muka kita tak dipandangnya... itu senyuman tak ikhlas namanya.

3) Bila senyum ada masa, yakni bila muka dia ada kat poster. Ditampal penuh di jalan raya, mengharap undi memihak pada dia. Segala janji dia akan kota, bila berjaya jangan janji dilupa ya... senyum politik pula namanya.

4) Bila senyum hanya dengan si dara, licin dahinya, putih gebu kulitnya. Walaupun anak dah berderet keliling dia, tutur kata manis bicara... itulah senyum gatal namanya.

5) Bila senyum hanya dengan si kaya, makin kaya makin lebar senyumnya. Idamkan projek berjuta-juta harganya, tidak dipandang pada si miskin hina. Senyuman itu kompom senyum ada makna.

6) Bila senyum itu terbit setelah ditegur, selalunya terjadi depan mertua. Lagi teruk kalau tak dapat balik kampung dia, mulalah muka masam mencuka, terus digelar senyum paksa.

Senyumlah untuk senaman muka dan mudah sahaja untuk senyum kepada sesiapa tanpa dipaksa. Jangan kerana tidak senyum, pergaduhan bersengketa di merata-rata. Ingat itu!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

19 June 2011

Aktiviti Budak Sekolah Suka Buat

Aku masih ingat lagi zaman sekolah aku kat kampung. Huh, memang best... macam-macam aktiviti aku buat. Korang pun tentu ada aktiviti yang best macam aku kan? Kat bawah ni ada beberapa aktiviti yang budak sekolah suka buat.

MERENTAS DESA
Budak-budak sekolah memang suka kalau bab berjalan atau berbasikal merentas desa, pasal diorang boleh mencilok ikut jalan short cut. Dalam masa yang sama jugak diorang boleh tibai buah-buahan yang sedang masak ranum di pokok-pokok.

ACARA LARI JARAK JAUH
Masa hari sukan diorang suka masuk acara balapan yang lariannya jauh. Bila dah rasa penat, diorang akan buat-buat pengsan pasal pasukan Bulan Sabut Merah gerenti akan datang untuk bagi rawatan kecemasan... yang mana kebanyakan ahlinya perempuan.

MASUK PERTANDINGAN
Bila ada pertandingan seperti pantun, pidato atau syarahan diorang akan masuk. Kena pulak lawan kat sekolah lain, memang diorang suka pasal dapat keluar melawat sekolah lain.

MAIN BOLA
Kebanyakan padang sekolah ni tak rata dan berlopak-lopak. Bila musim hujan kompom keadaan padang jadi best untuk bermain sambil berkubang. Kalau main sesaja gerenti kena marah ngan mak bapak tapi kalau beralasan cikgu suruh training sure selamat.

PERKHEMAHAN
Tak kisah la walauapun aktiviti perkhemahan itu hanya kat padang sekolah tapi keseronokannya memang tak boleh nak cerita. Selain boleh belajar berdikari, dapat pulak melepak lebih lama ngan kawan-kawan sekolah.

Aktiviti di zaman sekolah teramat best dan itu semua hanya kenangan yang terindah yang tidak dapat dilupakan walaupun ada jua keadaan. Macam-macam perasaan kita dapat alami semasa melakukan aktiviti tersebut.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

18 June 2011

Perkara Mustahil Tetapi Boleh Berlaku

Mesti korang merasakan hairan dengan tajuk kali ini kerana ada perkara di dalam dunia ini yang mustahil tetapi boleh berlaku. Korang agak-agak apa dia perkara tersebut? Jom kita baca dan lihat perkara kat bawah ini.

1) Kekukuhan sebeuah institusi keluarga yang macam isi dengan kuku boleh bergolak hanya kerana merebut harta pusaka.

2) Perjalanan balik dari opis yang biasa 10 minit boleeh menjadi sejam atau lebih disebabkan kesesakan lalu lintas atau kemalangan.

3) Korang diisytiharkan memenangi RM 10 ribu, padahal tak pernah pun memasuki apa-apa pertandingan.

4) Atuk korang yang kubur kata mari, rumah kata pergi khawin lagi... dengan anak dara pulak tuh.

5) Baru satu hari nikah dah mintak cerai, walhal bercintan-cintun bertahun-tahun.

6) Semua orang pergi kerja naik basikal. Malas dah naik kereta pasal makin besar jalan, kereta makin banyak dan kesesakan bertambah teruk.

7) Walaupun dah tampal nota, dah kunci alarm jam tapi lupa jugak nak ucapkan selamat ulang tahun kepada orang tua sendiri... pasangan ingat pulak.

8) Seorang yang tidak kuat berlari tiba-tiba secara automatik memecut lari dengan laju macam tak cukup tanah apabila dikejar dengan anjing atau ternampak hantu.

Pada pendapat korang apakah dia perkara-perkara mustahil yang tidak mustahil boleh berlaku? Jika ada jangan segan silu nak kongsikan bersama.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

17 June 2011

Perbezaan Staff Baru Dan Lama

Kali ini korang bukan akan dihidangan dengan kambing panggang tapi tentang bagaimana nak membezakan staff baru dan staff lama. Kalau korang seorang staff lama... cuba korang kenang balik masa mula-mula korang jadi staff baru.

STAFF BARU
Pintu office tak bukak lagi korang dah tercongok kat luar menunggu pintu dibuka. Bimbang terlewat dan tercalar reputasi.
STAFF LAMA
Pintu utama opis dah nak tutup baru korang sampai kononnya beralasan nanti korang akan balik lewat...eleh, hampeh!


STAFF BARU
Muka sentiasa manis menyambut pelanggan yang berurusan dengan korang.
STAFF LAMA
Muka kelat masam mencuka kerana mencampurkan masalah peribadi hingga urusan dengan pelanggan pun menjadi pahit dah menambah tension.

STAFF BARU
Ke tempat kerja naik kenderaan awam, pinjam kereta keluarga atau rayu ihsan bapak hantarkan.
STAFF LAMA
Pergi kerja naik kenderaan sendiri, kalau member nak tumpang disuruh isikan minyak... nak save budjet katanya.

STAFF BARU
Task banyak bercakap, apa saja yang diarah pasti akan dilaksanakan... senang cakap bagi apa kerja pun dia akan buat.
STAFF LAMA
Suruh siapkan kerja, bertangguh... pandai menjawab pulak tuh. Kalau buat pun muka ketat dan sendat... buat kerja asal siap jer.

STAFF BARU
Bila bertegur sapa sentiasa dengan hormat dan bersabar bila ditegur pasal kerja.
STAFF LAMA
Bila dah lama dah mesra makin kurang ajar dan hilang sopan santun. Perasaan dah senior la tuh.

Itulah beza diantara staff baru dan staff lama, begitu banyak perbezaan kalau nak diperhatikan kerana ingat apa? ingat orang lama, ilmu banyak! kerek la tuh! tetapi kena ingat juga... perasaan hormat kepada orang itu mesti ada... tidak kiralah pangkat apa sekalipun kerana itulah ketentuan untuk hidup di dunia ini.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

16 June 2011

Alasan Yang Dibalas Dengan Penampar

Memberi alasan kepada guru, bos, kengkawan atau pasangan haruslah logik, yang relevan dengan keadaan semasa supaya tidak akan dibalas dengan sekeping, sebuah atau sekuntum penampar seperti insiden di bawah ini.

1) Bila datang lewat ke sekolah atau pejabat dengan memberi alasan korang sangat sedih bila menonton ending cerita cinta sehingga terganggu tidur.

2) Buat muak tension bila dating dengan beralasan Ultraman kalah dalam pertarungan dengan raksasa lalat.

3) Tidak semena-mena beremosi di tempat kerja hanya kerana tak dapat main kutu bersama adik beradik.

4) Menangis teresak-esak kerana "post" korang di Facebook tidak dilayan sama sekali.

5) Mengamuk bagai nak rak dengan anak bini hanya kerana tak dapat makan nasi beriani yang habis dijual.

6) Gembira terkinja-kinja dan bila ditanya, rupanya berjaya masak air.

7) Sanggup bunuh diri semata-matahanya tidak dijemput makan di kenduri khawin jiran korang yang dibuat di kampung halaman.

Jangan jadikan perkara-perkara yang dianggap bengap sebagai alasan menyebabkan ramai yang ringan tangan untuk menamparkan anda sehingga koma.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

15 June 2011

Di Sebalik Rambut

Rambut diibaratkan mahkota bagi seseorang. Ada yang lurus, yang kerinting, yang panjang, yang pendek dan ada juga yang takdak langsung rambut. Berbagai fesyen dan warna, pendek kata, di sebalik rambut pula ada...

1) Walaupun dari segi zahirnya rambut orang Asia ini kebanyakannya berwarna hitam, akan tetapi akibat ingin membaratkan diri maka diorang sanggup mewarnakan rambut.

2) Untuk membentuk sahsiah diri yang lebih cemerlang ia memakan masa dan tekad yang kuat, tapi untuk membentuk rambut dengan pelbagai bentuk hanya perlu menggunakan minyak atau jelly rambut.

3) Ramai yang terpengaruh dengan iklan pencuci rambut bukan disebabkan kualiti produk yang dijual, akan tetapi modelnya. Adakala membeli syampu berdasarkan model syarikat mana yang paling menawan.

4) Salah satu bahagian aurat wanita adalah rambut dan tak patut dipertontonkan. Akan tetapi ramai orang lelaki yang lebih gembar menyorokkan rambut kerana takut disalah anggap akan status jantina diorang.

5) Terdapat berbagai-bagai jenis rambut, antaranya rambut ikal mayang dan rambut gatal. Bukan hanya penari sahaja mempunyai rambut ikal mayang dan bila pasangan korang curang jangan sesekali menyalahkan rambut gatal, salahkan pasangan korang yang memang gatal.

6) Rambut beruban itu bukan penyakit, jadi tak perlu risaulah jika rambut korang memutih. Itu hanya petanda bahawa korang makin tua dan bersyukurlah kerana korang sempat beruban daripada tak beruban.

Dengan rambut ini, macam-macam cerita dan perkara yang berlaku... Cuma ada yang tidak mengerti dan ada yang kurang memahami... Lantaklah fesyen macam mana pun rambut janji korang bahagia dan tiada berlaku kacau bilau... hehe!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Kebanggaan Awek Terhadap Pakwenya

Bila berkata pasal kapel memang cukup luas topiknya. Salah satu topik tersebut, bila bertanya pada seorang awek tentang apa yang menjadi kebanggaan beliau terhadap pakwenya. Kebanyakan awek berpendapat....

1) Setiap kali keluar shopping walaupun pakwenya sengkek tapi dia sanggup bayarkan barang-barang yang dibeli.

2) Walaupun pekerjaan pakwe hanya seorang despatch tapi dia mampu membeli kereta dan rumah sendiri.

3) Tau aweknya tak pandai masak dan tak sedap tetapi pakwe langsung tak pernah komplen.

4) Setiap pagi, tengah hari, petang dan malam dia akan call ucap good morning, dah luch ker, dah minum petang dan say good night sebelum tidur.

5) Walau awek demam sikit-sikit je tapi pakwe risau lebih-lebih. Dia beli macam-macam ubat bagi lekas sembuh.

6) Ada pakwe malu-malu nak kenalkan awek pada kengkawannya tapi kalau pakwe yang selamba kenalkan dan dapat join ngan kengkawannya itu memang membanggakan bagi seorang awek.

7) Walau awek banyak kali buat salah, dia tak pernah nak marah atau ungkit hal tersebut.

8) Bila pakwe nak beli sesuatu barang, dia mesti nak ajak awek temankan dan cari sesama. Buah fikiran dan pandangan awek yang diutamakan dahulu.

Begitulah sebab kenapa awek menjadi bangga terhadap pakwenya itu! Semua benda yang diorang buat itu pakwenya restui dan tidak marah-marah menyebabkan awek itu lagi sayang terhadap pakwenya!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

14 June 2011

Cinta Itu Buta

Banyak ungkapan untuk sebuah perkataan cinta... Antaranya "cinta itu buta". Diistilahkan ia buta, orang tak nampak kesucian cinta yang sebenar. Kat sini dinyatakan akibat bila orang bercinta tak tau menilai sebuah cinta.

CINTA ITU BUTA bila korang dikaburi dengan perangai baik si dia. Tengah hangat bercinta segala apa yang datang daripadanya elok belaka, bila hati dah terluka barulah terasa nak bagi kaki kat muka dia.

CINTA ITU BUTA bila segala harta dikongsi bersama, masa senang segalanya berdua. Bila salah sorang dah jatuh papa kedana, masa itu lah korang merana sorang-sorang tanpa ditemani seseorang.

CINTA ITU BUTA bila jiwa dan raga semurah harga seekor ikan laga, nafsu bergelora! mulalah buat benda yang jatuhkan air muka keluarga. Bila mahkota diri boleh dijual beli, pergi tengok dalam longkang mesti ada bayi.

CINTA ITU BUTA bila ada yang sanggup lari dari keluarga nak mengejar cinta sejati la kononnya sehingga lupa yang bersusah payah membesarkannya. Bila sedar itu semua mainan cinta baru, sibuk nak cari saudara mara.

CINTA ITU BUTA bila agama dah jatuh nombor dua. Segala lafaz yang keluar dari mulut pasangannya benar belaka hingga sanggup membelakangkan penciptaNYA. Bila dapat bala baru terbuka mata... bersegeralah bertaubat sementara pintunya masih terbuka untuk sesiapa yang terasa sahaja.

Begitulah cinta, ada cinta sejati ada cinta nak main hati dan juga cinta geli-geli. Semua itu hanya sekejap sahaja, kerana cinta yang Maha Esa itulah cinta yang kekal abadi setiap masa.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

07 June 2011

Sebab-Sebab Awek Merajuk

Ish, ish... Apa nak jadi dengan pakwe-pakwe sekarang ini, kebanyakkannya semua tak boleh pakai. Bukan main lagi nak ada awek, bila dah ada tak reti pulak nak jaga elok-elok. Hati perempuan mudah tersentuh dan terasa, jangan la buat diorang merajuk. Antara sebab diorang merajuk adalah kerana...

1) Masa awal berkapel dulu awek tak sempat ajak keluar korang dan pelawa dulu tapi sekarang bila awek ajak keluar macam-macam alasan korang bagi. Kalau kawan yang ajak keluar, tak sempat dia habis cakap korang dah setuju.

2) Awal berkapel dulu bukan main lagi bertanya tarikh lahir siap set dalam henpon. Bila dah lama, tarikh lahir awek tiba-tiba buat-buat tak ingat. Tarikh game bola tu habis kalender diconteng takut miss.

3) Asyik bawak ke tempat makan yang sama. Dah naik muak makan menu yang sama. Cuba la sekali kasi surprise bawak makan kat tempat yang lain pulak. Cuba kawan-kawan dia ajak pi makan kat tempat baru, dari KL turun Melaka pun sanggup.

4) Bila bagi hadiah hari jadi, tak best langsung ala kadar dan asal ada aje. Ntah apa-apa ntah, kalau tiap tahun asyik bagi bunga ingat romantik sangat la tuh. Ntah-ntah petik bunga majlis perbandaran yang melambak kat tepi jalan, ambik je mana ndak.

5) Kalau awek dah planning nak pergi ke satu tempat ngan kengkawannya dan mintak hantar atau jemput mesti beralasan yang bukan-bukan dan seboleh-boleh tak nak.

6) Bila awek bercerita korang buat dengar tak dengar je, macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Cuba korang plak bercerita dan dia buat tak dengar, buat donno je.. tau pulak korang marah.

Diatas ini, diantara sebab-sebab awek korang merajuk. Jadi korang kenal pasti segala perlakuan dan tingkahlaku korang itu korang rasakan betul, walhal tidak pun.. jangan terlalu bangga walaupun korang buat itu nampak betul padahal tidak sekali-kali...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!