Artikel Menarik

29 July 2011

Adab Makan Di Rumah Orang Kahwin

Aku nak kongsi sikit tentang adab makan di rumah orang kahwin ini... Berikut adalah tatasusila semasa menghadiri majlis jemputan ke kenduri orang kahwin... sila baca betul-betul sebelum melakukan dan jangan sesekali tidak beradab ketika makan di rumah orang kahwin tau! supaya anda tidak disalah anggap dan bermacam-macam lagi!

1) Jangan komplen secara terbuka kat tuan rumah cakap menu lauk-pauk tak sedap, air tak cukup manis ke, tak sejuklah.

2) Dah habis makan tuh, sila blah. Orang lain pun nak duduk makan jugak. Nak hisap-hisap rokok, borak-borak, sila bawak bangku sendiri dari rumah.

3) Makan kat tempat duduk yang dikhaskan untuk tetamu, bukan kat tempat hidangan pengantin ataupun masuk rumah tuan rumah sambil on TV.

4) Makan dengan gelojoh, sampai orang sebelah-menyebelah rasa menyampah lalu menempeleng korang patblas kali das.

5) Bawak kengkawan dalam seploh atau doploh orang yang tak diajak pun oleh tuan rumah. Melainkan korang memandai-mandai sendiri, konon nak bertemanlah.

Jadi beradablah ketika makan di rumah orang kahwin dan jangan pulak terlalu tamak dan gelojoh mengakibatkan ramai mata yang memandang walaupun korang rasa diri korang tidak diperhatikan... padahal ramai yang meliha...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Tanda Anak-Anak Sudah Besar

Kiranya kata orang, masa berbulan madu balik sudah tiba bila anak-anak dah besar panjang dan mungkin ada yang telah mempunyai kehidupan sendiri jadi korang tak perlu buat dah perkara-perkara yang selalu korang buat kepada anak korang sebelum ini...

1) Tak perlu nak bangun awal pagi untuk siapkan anak-anak ke sekolah.

2) Boleh pergi bercuti tanpa gangguan anak-anak.

3) Tak berebut dengan anak-anak tengok siaran TV.

4) Anak-anak dah boleh diharap untuk melakukan kerja rumah.

5) Rumah sunyi sepi, korang pandang mula laki / bini... laki / bini pulak pandang muka korang.

Dan lain-lain lagi... kiranya semua ini sudah tinggal dalam kenangan! kenangan yang begitu indah sekali yang tidak dapat dilupakan oleh semua ibu bapa kerana menjaga anak-anak mereka sehingga berjaya dan berdikari sendiri.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

17 July 2011

Perkara Biasa Dan Luar Biasa

Setiap perkara mesti ada perkara biasa dan perkara yang luar biasa... Perkara biasa ialah perkara yang selalu dilakukan orang semua orang.. kira macam rutin harian la semua manusia... yang perkara luar biasa inilah yang nampak pelik jikalau dilakukan kerana jarang dilakukan tiba-tiba berlaku... mana orang tak tengok pelik... apa dia tuh erk? jom kita baca di bawah ini..

PERKARA BIASA
Lulus atau tak lulus dalam peperiksaan
PERKARA LUAR BIASA
Lulus peperiksaan walau tak pergi pun ambik peperiksaan

PERKARA BIASA
Lihat ada orang yang pandu kereta dengan perlahan mahupun laju
PERKARA LUAR BIASA
Lihat orang pandu perlahan apabila cuba memotong di lorong memotong.

PERKARA BIASA
Korang dengar ayat, "Mintak tolong sikit."
PERKARA LUAR BIASA
Korang lafazkan ayat. "Mintak tolong banyak..."

PERKARA BIASA
Bila tengok berita orang menderma puluh ribu ringgit
PERKARA LUAR BIASA
Orang menderma ratusan ribu ringgit tapi tak diketahui dari siapa.

PERKARA BIASA
Korang tengok lembu berak bersepah-sepah kat tengah jalan.
PERKARA LUAR BIASA
Bila ada orang bertindak macam lembu berak bersepah-sepah jugak

PERKARA BIASA
Kalau makan kat kedai lauk-pauknya tak sedap.
PERKARA LUAR BIASA
Kalau korang tak komplen masakan kat kedai... wajib komplen kerana itu hak seorang pengguna.

Memang banyak lagi perkara biasa dan perkara luar biasa yang berlaku kat dunia ini.. cuba ada yang nampak secara tetang-terangan dan ada yang nampak sikit je... kalau nampak sikit tuh baik la.. orang tak gelak dan tengok pelik... dan kalau banyak tuh... mesti malu sampai nak masuk bawah meja dan kerusi dan sewaktu dengannya.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

16 July 2011

Gelagat Kucing

Pernah ke korang tengok gelagat kucing? Kucing memang tak boleh cakap tapi kucing akan mengintreprasikan perasaan dengan gaya dan gelagatnya untuk memberitahu korang apa yang korang patut buat atau bagaimana sebenarnya korang ini.

Kucing tompok kelabu dan oren menggesel kaki orang yang datang makan di sebuah warung.
Kucing ini sebenarnya bukannya lapar dan minta makanan tapi dia bergesel pada kaki orang tuh sebab dia tahu orang tuh memang kaki ampu bos.

Kucing keseleruhannya warna putih tapi putihnya dah tak seputih salju.
Kalau kucing ini mendekati korang kena tahu sebenarnya kucing tuh nak beritahu warna putihnya yang dah tak seputih sikap korang yang pengotor dan tak tahu jaga kebersihan.

Kucing warna kelabu nak kehitam-hitaman, ekornya panjang melentik.
Kucing ini memang cantik dipandang dengan cara jalan catwalknya, sebenarnya dia nak beritahu pada korang yang korang itu sebenarnya suka mendabik dada dan sombong.

Kucing warna orennya dan corak bulunya seperti harimau dtang mengiau manja pada anda.
Kalau kucing seperti ini mahu mendekati korang bermakna dia ingin memberitahu yang sebenarnya korang berlagak je berani macam harimau tapi dalam hati ada taman.

Kucing tompok-tompok datang menggeliat depan korang dan matanya tajam memandang korang.
Korang kena faham maksud kucing itu, sebenarnya dia nak beritahu pada korang yang korang perlu bersenam untuk kesihatan korang.

Korang kena perhatikan betul-betul gelagat kucing itu supaya tidak disalah tafsir... ada gelagat yang jenis mengutuk, kritikan, pujian dan serta lain-lain lagi... cuma perlu fahaminya sahaja kucing anda itu! HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

15 July 2011

Bestnya Tinggal Di Kampung


Ooo... balik la kampung, ooo... balik kampung... antara lirik lagu yang menunjukkan betapa bestnya duduk di kampung. Belum ada lagi terdengar lagu balik bandar. Kenapa syoknye balik kampung? Ini jawapannya...

1) Boleh baring di tengah jalan waktu tengah malam sebab tak banyak kenderaan. Cuba kat bandar korang buat camtuh, kalau tak masuk surat khabar gerenti kena tutup ngan surat khabar.

2) Pemandangan yang indah, pohon menghijau, sungai dingin, bukit-bukau semua menyejukkan mata dan menenangkan fikiran. Di bandar ada jugak yang menyegarkan mata...cheap sales bagi wanita dan salesgirl bagi lelaki.

3) dapat tengok haiwan berkeliaran kat kampung. Kalau kat bandar nak tengok lembu dengan ayam pun kena bayar.

4) Di kiri kanan penuh dengan dusun dan buah-buahan, kalau kenal dengan tuannya boleh petik dan makan je tapi cuba buat kalau kat bandar mau tak tegur sesiapa sebulan pasal rebut rambutan sebijik.

5) Masih lagi terdapat kuih-muih tradisonal yang enak dan murah. Kalau kat bandar dah la tak sedap, mahal pulak tuh.

6) Mengekalkan semangat kejiranan yang tinggi. Kalau buat kenduri tak payah susah-susah, jiran akan tolong. Kalau di bandar, jiran sebelah pun tak kenal siapa dia.

7) Boleh bersantai kat tepi pantai menikmati tiupan angin yang mendamaikan dan desiran ombak nan syahdu. Kat bandar tak sunyi ngan deruman ekzos chamber kenderaan atau konsert... kalau suara sedap okey la jugak.

8) Bila raya atau cuti panjang tak payah sibuk bersesak nak balik kampung.

Apabila tinggal di kampung memang teramat best kerana disana tenang je sentiasa dan di bandar sibuk dan boleh membuatkan anda sakit kepala buat setika mahupun selamanya...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Kahwin Pun Susah

Ye ke? Ada yang kata ye, ada yang kata tidak. Takpe laa... ye atau tidak kahwin tetap kena kahwin tapi nak tau jugak kenapa ada sesetengah pihak kata kahwin pun susah.. jom kita bawah dekat bawah ini yer!

1) Kad jemputan kahwin habis dihantar kat kengkawan, saudara mara tapi yang datang tak ramai pun.

2) Bila dahkahwin dua tiga tahun, orang pulak sibuk bertanya bila nak dapat anak.

3) Makin nak kahwin makin duit tak cukup, nak beli barang buat hantaran la, itu la, ini la... sampai kena berhutang dengan bank dan senyap-senyap dengan ceti mahupun along(yang ini bahaya)

4) Bila dah ada anak macam-macam nak kena fikir. Nak kena ada rumah sendiri, belanja anak, kereta nak kena tukar besar sikit pasal tak muat dah.

5) Laki buat hal la pulak. Dibiarkan balik lambat, dia pasang spare part. Pening kepala nak fikir pasal lelaki, kena fikir perangai anak dan terfikir-fikir hal spare part laki sekali.

6) Suka nak bersikap terlalu adil pada keluarga mak bapak, keluarga mentua dan keluarga sendiri. Tak dengar kata suami dikata derhaka tapi bila mak bapak atau mentua merajuk pun rasa bersalah tetapi mesti taat kepada suami... itu yang penting..

7) Bila dah kahwin, nak berblogging lama-lama sangat pun dikata orang dah tak sesuai. Padahal tak sesuainya pada masa bukan usia... maklumlah banyak masa untuk menguruskan rumah tangga tapi berblogginglah di waktu terluang. Kan boleh!

Itu semua terpulang dan terletak kepada korang sendiri dan korang yang patut memikirkan setiap masalah dan perlu diselesaikan dengan sendiri jikalau mampu. Kalau tak mampu mintak nasihat daripada pihak-pihak yang tertentu.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

11 July 2011

Sentap Network

Aku disini nak invite korang semua masuk website Sentap Network yang baru di buat ini.
Sentap Network ini merupakan sebuah Komuniti Teknologi Paling Tersentap yang akan jadi suatu hari nanti tanpa halangan dan rintangan serta masalah yang melanda.
Disini aku nak mintak para blogger untuk menyertai Komuniti Sentap Network supaya kita dapat berkongsi ilmu, memberi pendapat, berbincang serta bersembang di dalam Sentap Network.

Komuniti ini merupakan sebuah forum di mana anda boleh berkongsi melalui post yang korang buat melalui thread yang telah di buat dan bakal dibuat oleh anda.

Tidak paham atas terangan di atas? Tidak mengapa...
Pengalaman merupakan sesuatu yang sangat berharga...
Jadi tunggu apa lagi, mari sertai kami...
Kami sangat mengalu-galukan kedatangan anda kerana andalah orang yang kami cari!!!

Mintak maaf jugak disebabkan kekurangan komuniti ini kerana masih baru dan tidak mempunyai banyak posting di dalamnya.

Untuk menyertainya iaitu senang sahaja! Iaitu sila KLIK SINI untuk masuk ataupun melalui link www.sentap.net

Semoga kita dapat berkongsi ilmu di sana ya!
Sekian terima kasih kepada korang sangat-sangat!!!
Tanpa anda siapalah kami... (ayat sedih pulak) hehe
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

07 July 2011

Cara-Cara Nak Berjimat

Sekarang barang dah mahal, belanja makin meningkat tapi pendapaptan belum tentu naik. Kat sini aku bagi tip-tip pada korang semua cammana nak berjimat. Lelebih lagi pada yang bercita-cita nak mendirikan rumah tangga, menambah rumah tangga atau menambah isi rumah tangga.

1) Sekiranya rutin korang hari-hari gosok gigi tiga kali sehari sekarang korang gosok sekali sehari je. Kalau seminggu sekali lagi bagus, jimat ubat gigi.

2) Syampu jugak boleh dijimatkan sekiranya korang hanya bersyampu sebulan sekali atau guna syampu kereta. Mintak sikit kat tukang cuci kereta itu, mesti dia kasi punya.

3) Sekiranya makan tiga kali sehari, korang tetap boleh makan tiga kali sehari jugak dengan cara... nasik sepinggan itu dibahagi tiga bahagian untuk pagi, petang dan malam.

4) Guna elektrik bila perlu je untuk mengurangkan bil. Hidup ala tahun 60an ke 70an.... jangan guna alat letrik, segala aktiviti rumah dilaksanakan di waktu siang je, malam tidur.

5) Sekiranya korang suka bershopping, korang tetap jugak boleh bershopping dengan cara window shopping atau shopping time tengah bulan.

6) Korang basuh baju sebulan sekali dengan mesin basuh atau basuh guna berus tangan. Takpun lepas pakai gantung cantik-cantik balik dalam almari dan pastikan baju yang digantung itu tidak busuk atau hapak.

7) Sekiranya sebelum ini hari-hari pergi kerja naik kereta, korang tukar naik motor. Nak jimat lagi naik basikal atau jalan kaki je, gerenti tak keluar duit.

8) Sekiranya runtin harian mandi tiga kali sehari dengan doploh gayung, korang try mandi sekali sehari dengan lapan gayung je. Bergelen air korang boleh jimat.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

03 July 2011

Tanda-Tanda Semakin Tua

Ramai orang yang usia dah meningkat dah nak menjelang senja pun masih mengaku muda. Kalau umur dah tua tuh tetap tua, boleh diorang cakap umur je banyak tapi hati masih muda. Meh lihat tanda-tanda korang tuh dah semakin tua.

1) Yang jelas, rambut korang yang dahulu sama hitam hati lain-lain, sekarnag dah bertukar menjadi rambut dah ada uban tapi perangai yang tak berubah.

2) Korang terpaksa makan kolagen untuk mengelakkan nampak sebarang kedutan, walaupun sikit korang dah risau.

3) Rasa macam semalam je buat parti birthday, tapi tahun ini hari birthday itu datang lagi.

4) "Siapa pakcik kau, bila masa aku jadi pak sedara kau?" Dulu orang panggil abang sekarang ramai pulak yang panggil pakcik.

5) Kawan-kawan seangkatan dan sebaya korang bila tanya lepak kat mana malam ni, kebanyakkannya lepak kat masjid. Korang je masih lepak kat pusat karaoke.

6) Selera makan daging selalu hilang sebab ada gigi yang dah rompong, itu pun masih mengaku muda belia lagi.

7) Bila doktor dah sahkan korang itu ada penyakit tiga serangkai, makan kena pantang, tidur kena jaga, ubat kena ambil ikut jadual.

Itulah tanda korang dah semakin tua, tapi ada sesetengah buat-buat muda padahal dah tualah...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

02 July 2011

Di Sebalik Gila

Kita sering tergelak bila melihat gelagat orang gila sama ada dari segi percakapan atau perbuatannya. Sedarkah bahawa korang juga sama saja dengan orang gila tapi caranya saja yang berbeza.

1) Orang gila suka bercakap merapu meraban, korang juga suka bercakap benda-benda yang mengarut, diselang-seli dengan mencarut, mengumpat, menipu, memfitnah dan macam-macam lagi hingga adakala orang gila pun tak mampu buat.

2) Pakaian orang gila yang compang-camping. Jika dilihat pada fesyen pakaian sekarang sama je dengan orang gila... koyak sana sini, yang tak koyak pun dikoyaknya, pakai baju sendat atau singkat yang boleh bagai tak cukup kain.

3) Makanan dan minuman orang gila ini pada dasarnya memang la kotor tapi korang yang normal pun sama jugak nampak bersih tapi natijah atau cara yang kotor, minum arak dah macam minum teh ais, makan nasik tapi dari hasil judi, takpun rasuah.

4) Tempat tinggal orang gila yang tinggal merata, korang juga gemar meninggalkan anak-anak yang taktau apa kat merata-rata. Tinggalkan tanggungjawab, adakala membuat kerja terkutuk pun kat mana-mana ikut suka je.

5) Kelakuan orang gila yang tak peduli apa orang kata sebab tak siuman tapi korang yang normal orang dah tegur pun tapi buat jugak... melalak, menari terkinja-kinja, kan orang dah kata itu salah tapi buat juga.

6) Kerja orang gila memang gila, tapi korang suka kerjakan orang sampai gila. Menindas orang susah, merompak, hisap dadah. Segila-gila orang gila pun tak buat kerja gila yang gila macam korang.

Jangan gelakkan kepada orang gila kerana mereka tidak tahu apa-apa... yang korang ada otak dan akal fikiran yang sempurna boleh berfikir tertawakan orang gila dan ada juga yang menjadi orang gila walhal orang taknya masih waras tetapi sahaja memasukkan tekanan di dalam akal fikiran menyebabkan GILA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!