Artikel Menarik

31 August 2011

Kepenatan Berhari Raya

Hari sungguh memenatkan walaupun Raya ke-2 dan meletihan buat diriku ini kerana aku telah pergi beraya di semua rumah rakan-rakan seperjuanganku masa Sekolah Menengah.

Hari Raya Pertama bersama keluarga dan Hari Raya ke-2 bersama dengan rakan-rakan..

Daripada pagi hingga lah ke petang dan langit pun kelihatan gelap sedikit dan kemungkinannya nak malam iaitu waktu senja, aku merayau-rayau bersama rakan ku.

Satu rumah ke satu rumah kami terjah dan amat menyeronokkan walaupun kepenatan melanda kerana pada Hari Raya ini kita perlu beraya dengan bersungguh-sungguh dan jumpa balik rakan-rakan lama yang mana terpisah lama. Memang! sungguh! teramat seronok! HAHA!

Tapi yang tak bestnya, tak dapat duit raya pun. Ha la... dah besar dah nak duit raya apa lagi tetapi aku masih tidak bekerja. HUHU!

Itu semua aku tak kisah janji dapat jumpa rakan seperjuangan yang lama-lama dulu yang lebih kurang 2-3 tahun tak jumpa...

Aku harap raya anda tahun ini pun sebegitu rupa... walaupun penat dan letih beraya tetapi dapat manfaat yang bagus dan berguna. HEHE!

Itu sahaja untuk hari ini... semoga kita berjumpa lagi.. (macam ayat nak pergi lama pulak! HAMPEH!)
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

30 August 2011

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-54

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-54 MALAYSIA buat semua pembaca-pembaca yang saya hormati sekalian...

Sempena Hari Kemerdekaan ini, sama-samalah kita menyerapkan nilai-nilai murni yang berguna pada diri kita supaya kita semua akan mengenang kisah silam sejarah yang penuh dengan kepahitan yang dihadapi oleh orang dulu-dulu.

Kita sekarang sudah bersenang-lenang kerana semuanya ada didepan mata dan segala teknologi yang terkini amat canggih daripada teknologi yang dulu.

Dengan itu kita haruslah bersyukur dan jangan cuba memecah belahkan balik rakyat dengan idea-idea yang tidak berfaedah yang hanya pentingkan diri sendiri daripada orang lain kerana idea itulah akan memusnahkan negara yang tercinta ini tanpa kita ketahui dan juga ketahui.

Aku pun takmau berucap panjang-panjang kerana Hari Kemerdekaan ini pada Hari Raya ke-2, jadi tahun ini memang best sebab sambut 2 sekali gus dan amat menyeronokkan dapat berkumpul beramai-ramai disamping keluarga tersayang...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

29 August 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri! 
Saya ucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia ini dan yang khasnya kepada keluarga dan rakan seperjuangan saya.

Disini saya ingin memohon maaf jikalau terkasar bahasa, tersilap kata, tertinggi suara dan segala macam-macam kesalahan yang saya lakukan kepada anda semua yang pernah kenali diri ini dan yang tidak pernah kenali diri ini, saya juga ingin memohon maaf atas kesalahan yang akan datang (kemungkinan) kerana setiap manusia akan melakukan kesilapan tanpa diduga oleh sesiapa pun.

Sempena Hari Raya yang mulia ini, ramai orang bergembira kerana telah hadapi bulan puasa semasa sebulan dan masa inilah kita menyambut sebagai kemenangan kita berpuasa selama sebulan.

Esok tak perlu puasa dah tetapi jangan lupa juga, ada puasa enam pada bulan syawal ini...

Apa-apa pun selamat bergembira!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Sehari Lagi Berpuasa

Hari ini kemungkinan hari terakhir berpuasa pada Bulan Ramadhan tahun ini... adakah anda semua puasa penuh? Jika penuh, BAGUSLAH!

Bermacam-macam perkara telah berlaku pada Bulan Ramadhan ini buat diriku kerana tahun ini tahun ke-2 aku berpuasa di rantauan iaitu bukan dekat dengan keluargalah... bukan kat luar negara... HEHE!

 Ditambah pulak dengan hujan lebat dan kerap-kerap apabila akhir Bulan Ramadhan ini dan membuatkan aku sejuk seketika.

Sesungguhnya Ramadhan merupakan hari yang bertuah bagi kita kerana pelbagai-bagai benda kebaikan boleh dilakukan untuk menambahlan amalan kita.

Ramadhan juga sudah sampai di penghujungnya dan kemungkinan ada yang merasa sedih dan ada juga yang merasa gembira kerana nak Raya.

Apa-apa pun semoga kita semua dirahmati Allah S.W.T pada bulan yang mulia ini... amin...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Hujan Yang Berpanjangan

Sejak beberapa hari ini hujan begitu lebat sekali, nasib baik tak banjir. Kemungkinan masuk musim tengkujuh kot.

Hujan membuatkan aku tidur lena dan malas nak buat apa-apa aktiviti walaupun diriku ini mempunyai banyak aktiviti kerana sejuk! ya... teramat sejuk dan sejuk sekali membuatku rasa keletihan dan kemalasan tambahan pula bulan puasa ini. HUHU!

Nasib baik cuti raya seminggu dan waktu hujan pulak. Kalau tidak nak pergi kelas basah dan nak balik kelas pun basah. Biasalah kereta takdak lagi, naik motor jer yang membuatkan keluar rumah kering dan balik basah...

Tetapi nasib baik bukan 24 jam hujan lebat. Sekejap berhenti, sekejap lebat, sekejap rintik-rintik dan sekejap mendung. Macam-macam lah, sampai panas jarang sekali kelihatan menyebabkan baju aku terpaksa sidai bawah kipas untuk kering.

Apa-apa pun bila hujan aku dapat tidur lena! Oh! syahdunya bila tidur begitu lena tambahan pula menarik selimut hingga menutup seluruh badanku ini. Kalau korang pun memang best kan? HEHE :P

Puasa nak habis dah nih dan hujan makin lebat. Minta-mintalah diwaktu raya tidak hujan lebat, kalau hujan lebat mood raya aku kuranglah sikit kerana duit raya kurang terkumpul. HEHE! (apalah aku nih)

Jadi raya nak dekat dah oit! Walaupun lebat masih ramai shopping sana sini. Sakan sungguh! Aku je shopping sikit je. Tapi tidak mengapa aku bersyukur mana yang ada dan mana yang takdak. Tahun depan aku cuba lagi...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

28 August 2011

Hari Raya Puasa Makin Hampir

Hari Raya Puasa makin hampir dan Ramadhan akan berlalu pergi! Sekejap sahaja waktu berlalu tanpa disedari nak raya dah. Lagi beberapa hari sahaja lagi.

Sibuk sana sini dengan pelbagai kerja buat kita rasa sekejap jer. Kalau betul hayati mungkin rasa lamakan tetapi apakan daya kerja terlalu banyak (kerja terlalu banyak ke? atau buat-buat banyak kerja nih?) HUHU!

 Apa-apa pun mungkin ramai sekarang sibuk Shopping Raya dan buat Kuih Raya! macam aku jugak lah. Semua manusia sama je, kena sambut dengan meriah raya nih. HEHE!

Yang mana duduk jauh tuh kalau korang tidak sempat beli tiket bas tuh dan tak dapat Balik Raya, cuba cari alternative lain. Tuh la, orang suruh beli tiket bas awal-awal takmau! HEHE! Jangan bersedih kerana mungkin itu dugaan yang paling besar tak dapat raya kat kampung. Sabar jer erk!

Ada  juga hari raya orang bekerja dan jangan sedih-sedih sebab kerja dan tak dapat beraya dengan sanak keluarga. Fikir nak dapat rezeki bukan senang sebab itu kena bekerja tetapi sebelum itu beraya la awal sikit (maksud aku minta maaf kat ayah dan bonda) kerana raya ni tak dapat bersama kerana sibuk bekerja.

Habislah Puasa dulu lepas itu baru Raya! HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

27 August 2011

Lama Tak Update Blog

Lama gila aku tak update blog aku yang usang dan huduh ini disebabkan aku malas! dan kesibukan itu bukanlah satu penghalang bagi seorang blogger yang terkenal macam aku ini (ayat nak skema jer padahal tidak pun).

Apa-apa pun aku akan update entri aku ini daripada semasa ke semasa untuk aku puaskan diri aku sendiri kerana ini blog aku dan cerita aku! Jadi aku kisah apa? kecuali aku tidak melanggar undang-undang dan segala peraturan.

Dekat sebulan jugaklah aku bersembunyi.dan menyendiri (yang ini tak kot) daripada tulis sepatah ayat dalam blog aku ini.

Apa-apa pun sekarang aku tengah sibuk dengan study jugak dan aku telah wujudkan sebuah website komuniti paling best punya! komuniti bukan untuk share-share illegal thing seperti movies, lagu, software dan lain-lain lagi tetapi berkongsi tentang ilmu yang korang ada dan orang lain takdak.

Jadi tunggu apa lagi, disamping aku buat entri ini aku nak promote sikit. HAHA! Jom masuk Sentap Network!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!