Artikel Menarik

24 December 2011

Ada apa dengan malas?

Hari ini hari paling malas bagi aku kerana kepenatan yang melanda dan aku merasakan aku malas nak buat apa-apa tetapi apabila tidak membuat apa-apa aku merasakan kebosanan pula...

Aku nak menaip sebenarnya bukan ada idea sangat disambung pula dengan kemasalan yang melanda. Oleh itu, entri yang dibuat ini sungguh membosankan dan tidak ada faedah bagi anda termasuk aku juga! HAHA!

Nak buat apa pon tak boleh, terasa terganggu disebabkan malas. Betul orang kata, apabila kita malas... nak buat apa pun tak jadi disebabkan malas dan erti lainnya ialah balogh liat.. HAHA!

Sebelum habiskan entri ini mari kita dengarkan lagu daripada Bruno Mars - The Lazy Song sempena kemalasan aku ini... HUHU!



Dibawah ini lirik lagu untuk Bruno Mars - The Lazy Song... mari kita layan sebelum anda tidur... HAHA!

Today I don’t feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don’t feel like picking up my phone
So leave a message at the tone
Cus today I swear I’m not doing anything

I’m gonna kick my feet up and stare at the fan
Turn the TV on
Throw my hand in my pants
Nobodys gon’ tell me I can’t

I’ll be lying on the couch just chillin in my snuggie
Click to MTV so they can teach me how to dougie
Cus in my castle I’m the freakin man
Oh Oh

Yes I said it
I said it
I said it cus I can

Today I don’t feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don’t feel like picking up my phone
So leave a message at the tone
Cus today I swear I’m not doing anything

Nothing at all
Woohoo ooh
Woohoo ooh hooh ooh ooh
Nothing at all

Woohoo ooh
Woohoo ooh hooh ooh ooh

Tomorrow I’ll wake up do some P90X
Meet a really nice girl have some really nice sex
And she’s gonna sream out ‘this is great’ (Oh my god, this is great)
Yeaaah

I might mess around and get my college degree
I bet my old mam would be so proud of me
But sorry paps you’ll just have to wait
Oh Oh

Yes I said it
I said it
I said it cus I can

Today I don’t feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don’t feel like picking up my phone
So leave a message at the tone
Cus today I swear I’m not doing anything

No I ain’t gonna comb my hair
Cus I ain’t going anywhere
No No No No No No No No No
Oh

I’ll just strut in my birthday suit
And let everything hang loose
YeahYeahYeahYeahYeah…
Ohh ohh

Today I don’t feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don’t feel like picking up my phone
So leave a message at the tone
Cus today I swear I’m not doing anything

Nothing at all
Woohoo ooh
Woohoo ooh hooh ooh ooh
Nothing at all

Woohoo ooh
Woohoo ooh hooh ooh ooh
Nothing at all

Amacam? Entri ini kemungkinan tidak disusun dengan rapi bak kata orang berceramok dan anda tidak perlu baca dan jikalau anda sudah baca terima kasih banyak-banyak... Jangan lupa komen sekali...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Latihan Industri Politeknik

Latihan industri merupakan satu subjeks wajib yang perlu di ambil orang semua pelajar politeknik untuk melepaskan diri untuk mendapat sijil atau diploma pada semester 4... Latihan industri dan praktikal tiada bezanya dari segi maksudnya (kemungkinan dan malas nak kaji) dan ejaan sahaja lain... HEHE!

Sejak latihan industri aku bermula, kepenatan teramat sangat dan menyebabkan aku rasakan satu hari tidak cukup masa untuk tidur padahal aku sudah tidur awal dan kadang-kadang terlambat juga. Ikut kepada keadaan di dalam tempat latihan industri atau praktikal aku bekerja di bahagian mana. Jikalau berat dan susah, nampaknya aku perlukan rehat yang banyak dan jikalau kerja tidak terlalu banyak atau sikit sahaja, kemungkinan aku dapat merasakan ketenangan lagi... HEHE!

Apa-apa pun latihan industri memang best kerana kita dapat menimba pengalaman dan ilmu yang kita tidak pernah diajar di Politeknik dan juga kemungkinan apa yang diajar lari sikit daripada jurusan kita dan oleh itu kita dapat mempelajari selain daripada apa yang kita belajar... Ilmu itu luas, kita tidak perlu fokus kepada satu sahaja selamanya dan kita perlu memperbanyakkan cabang dan apa yang kita semoga kita memiliki ilmu yang lebih daripada biasa...

Latihan industri ini sungguh memenatkan bagi aku dan kadang-kadang seronok juga dapat mempelajari sesuatu yang baru. Tambahan pula aku tidak pernah bekerja di kilang sebelum ini dan ingin merupakan satu cabaran yang besar buat diri untuk memiliki Diploma Politeknik. Semoga latihan industri aku berjaya dengan jayanya... Amin...

Pssst
: Buku laporan harian latihan industri aku tidak tulis apa-apa lagi dan aku merasakan aku perlu menuliskannya sekarang kerana minggu depan aku perlu hantarkan untuk dicop oleh HR (Human Resources) kilang aku yang aku lakukan...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

18 December 2011

Pesta Pulau Pinang

Hari ini hari ahad jadi kebanyakkan orang bangun lambat termasuklah aku dan selepas aku bangun mak aku mengatakan kepada aku bahawa malam ini ayah aku nak bawa satu keluarga pergi pesta dan mak aku menanyakan sesuatu kepadaku bahawa adakah hendak ikut? aku terus menjawab ya...

Lama rasanya aku tidak pergi ke Pesta Pulau Pinang di dalam 2 atau 3 tahun iaitu aku terlepas 2 atau 3 kali pergi Pesta Pulau Pinang.

Kenapa ShakRoil tidak pergi Pesta Pulau Pinang walaupun rumahnya di Pulau Pinang?
Sebab tiada siapa ajak! Kalau nak pergi sorang-sorang nampak sangat takkan pergi punya...

Rasa seronok pula sebab lama tidak pergi ke Pesta Pulau Pinang dan hari ini akan ku jejaki di sana dan akan ku membeli bermacam-macam apa yang aku ingatkan (tamak) HAHA!

Kepada yang belum pergi lagi, ayuh! malam ini kita jumpa dan disana dan memeriahkan suasana di Pesta Pulau Pinang bak orang Pulau Pinang kata "jom kita pakat pi bwuat gramai...".

Jumpa di sana malam sekejap lagi!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Tukar Header Blog

Hari ini aku rasakan header aku yang lama tidak seberapa cantik dah bagi aku dan aku perlukan header yang baru dan lebih kemas dan cantik. Bermacam-macam idea aku fikirkan dan yang paling penting inginkan header yang lawa tetapi malas betul nak edit-edit ni disebabkan kemunginan idea kreativi kurang kot... Berikut ditepi ini adalah header lama...

Sebelum ini header aku sizenya kecil sedikit dan untuk header baru ini aku tukarkan sizenya besar sedikit sahaja seperti di dalam 50pixel lebih. Aku tidak tahu nak edit macam mana header yang baru ini sebab aku tidak sekreatif anda yang mempunyai pelbagai-bagai idea yang menarik untuk dibuat pada header.

Seperti anda lihat di atas ini aku sudah memaparkan header yang baru yang bercorakkan retak yang bermaksud walaupun retak itu berlaku tetapi ia dapat ditampal oleh perkataan ShakRoil eWant yang bererti walaupun kita di dalam kesusahan, kita mesti mencari jalan untuk menyelesaikannya. Kiranya seperti jikalau anda luka dan mesti anda mencari ubat ataupun plaster untuk menampal luka anda itu bukan? HAHA!

Yang paling penting aku perlukan sedikit komen daripada anda mengenai header yang agak huduh ini supaya aku dapat memperbaiki diri aku ini yang tidak seberapa kreatif kerana ilmu itu perlu dikutip dimana-mana sahaja tanpa perlu rasa segan-silu...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

16 December 2011

Usia Sudah Meningkat

Semakin lama semakin usia kita meningkat, sama seperti aku iaitu hari ini genapnya tahun hari kelahiran aku ** tahun dan aku merasakan diri aku semakin tua dan semakin meningkat usia.

Aku bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana memanjangkan hayat hidupku kerana aku masih terus bernyawa di bumi yang fana ini untuk belajar erti kehidupan yang sebenar dan pelbagai-bagai perkara aku lalui. Kadang-kadang aku terjatuh dan kadang-kadang aku bangun terus berlari tanpa henti.

Terima kasih juga kepada rakan sebaya serta kawan-kawan yang setia memberikan kata ucapan kepadaku dengan messages tanpa merisaukan kredit dipotong oleh syarikat telekomunisi walaupun hanya beberapa sens sahaja dan juga di alam maya tanpa sepadan ini seperti memgucapkan hari jadi di dalam Facebook.

Selagi lagi aku ucapkan terima kasih...

Yang paling penting sekali kepada keluargaku kerana malam ini berbagai-bagai resepi menarik yang terhidang terhadapku seperti apa? Itu tidak boleh ku beritahu kerana kemungkinan besar anda nak sikit... HEHE!

Dan kepada manusia lain selain daripada aku mempunyai tarikh hari lahir yang sama aku ucapkan Selamat Hari Lahir buat anda!!! Siapakah itu? Semua orang yang mempunyai tarikh lahir pada 16 Disember 2011 dan ada seorang rakan aku yang belajar di tempat yang sama dan duduk di dalam kelas yang sama juga iaitu digelar Rafi.

Apa-apa pun, doakan aku dipanjangkan hayat supaya dapat terus berbakti... amin...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

15 December 2011

Cara Selesaikan Masalah Error bX-l4u1mh

Sejak belakang ini asyik terjadi sahaja masalah untuk edit Pages Elements (bagi Blogger interface yang lama) dan Layout (bagi Blogger interface yang baru). Masalah ini juga turut berlaku terhadap blog aku ini.

Jangan risau! ini masalah daripada Blogger dan bukannya daripada sistem komputer anda!
Kemungkinan besar mungkin masalah cookies yang berlaku untuk edit widgets.
Malas untuk bercerita panjang nanti anda semua akan bosan dengan aku ini jadi kita teruskan cara untuk selesaikan masalah error code bX-l4u1mh yang berlaku di dalam pages elements / layout.

Anda selalu menggunakan browser apa? Disini ada berkait dengan cookies di dalam browser anda kerana anda perlukan clear cookies anda untuk mengembalikan semua seperti biasa.

Bagaimana untuk clear cookies browser aku guna ini? Aku tak tahu...
Tidak mengapa! di bawah ini aku akan ajar kepada anda semua yang tidak tahu bagaimana hendak clear cookies browser anda. Pastikan browser anda dahulu sebelum memulakan cara untuk menyelesaikan masalah error ini seperti Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer dan lain-lain lagi.

Cara untuk clearkan cookies dan cache ialah dengan menekan CTRL + SHIFT + DEL dan pilih semua box jikalau anda dan tekan OK ataupun Clear Now dan lain-lain lagi mengikut browser anda gunakan.

Kemudian anda dikehendaki login balik kerana cache dan cookies anda sudah hilang.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Cara Mengaktifkan Microsoft Office 2010

Anda menggunakan Microsoft Office 2010 tetapi masih tidak aktif kerana anda tidak mempunyai license key yang sempurna atau kehilangan license key dan license key yang anda cari tidak jumpa padahal Microsoft Office 2010 menyuruh anda supaya aktifkan license key anda???

Jangan risau! disini aku nak ajar sedikit bagaimana hendak aktifkan Microsoft Office 2010 dengan menggunakan software Activator Office 2010 dengan cepat dan mudah tanpa sebarang masalah.

Pastikan Anti-Virus Anda di OFFkan terlebih dahulu supaya proses cracked dapat dilakukan tanpa sebarang masalah...
1) Download file Office 2010 Activator.rar
2) Unrar atau extract files di mana anda suka dengan passwordnya ialah shakroil.blogspot.com
3) Klik Baca Dahulu!!!.txt dan baca arahan selanjutnya di sana supaya proses ini akan berjalan dengan lancar semasa pengaktifan...
4) Klik OPP14_Activator.exe untuk melancarkan pengaktifan ini dan tunggu...
5) Microsoft Office 2010 anda sudah menjadi original! tahniah!

Untuk memastikan Microsoft Office 2010 anda menjadi original dengan melihat di File -> Help dan menulis Product Active seperti gambar di tepi ini atau lihat file gambar Microsoft Word 2010.PNG di dalam folder.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Proses Kemaskini Templates Bermula

Templates yang agak usang patut ditukar dan diubah suai supaya nampak cantik di pandagan semua pihak dan blog ini merupakah salah satu templates yang agak usang dan tidak menarik langsung dan harus diberi perubahan yang mantap supaya kelihatan segak dan bergaya (macam iklan pulak).

Oleh itu, proses kemaskini templates akan bermula buat hari ini dan kemungkinan kepada sesiapa yang masuk ke dalam blog ShakRoil eWanT ini, tiba-tiba menghadapi sesuatu yang sukar iaitu tidak membaca posting yang disukai. Aku mintak maaf disebabkan kemungkinan terdapat beberapa error.

Jikalau tidak berlaku apa-apa masalah, itu memang terbaik daripada ladang kerana proses kemaskini templates aku yang agak usang ini berjalan dengan lancarnya.

Yang paling terbaru aku tambah di dalam templates aku ini ialah Facebook Comments dalam Postings dan Tingkatkan Seo Blog. Kemungkinan sesuatu hari nanti aku akan kongsikan cara ataupun tutorials kepada semua pengunjung supaya kita dapat berkongsi ilmu ini dengan sebaik-baiknya.

Anda juga digalakkan untuk memberi komen serta pendapat terhadap blog ini seperti apa yang peru ditambah dan apa yang perlu dibuang dan macam-macam lagi tetapi pendapat anda itu mestilah membina dan tidaklah menjatuhkan aku seperti nangka yang busuk. HAHA!

Nantikan kemunculannya....
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

14 December 2011

Boleh Kembali Edit Layout

Berhubung dengan entri sebelum ini yang aku tulis mengenai Tidak Boleh Edit Layout. Kini sudah kembali kepada sediakala dan semuanya boleh di edit seperti biasa tanpa sebarang masalah.

Kemungkinan yang aku rasakan ialah pihak Google sedang update layout Blogger ini dan disebabkan itu keluar error yang menunjukkan error code bX-l4u1mh. Untuk maklumat lebih lanjut baca entri sebelum ini.

Dan sekarang barulah aku boleh edit layout aku ini dan terima kasih kepada Google kerana mempercepatkan proses menyelesaikan masalah ini dan sungguh prihatin jikalau error sebegini keluar dengan menyelesaikan dengan pantas sekali.

Apa lagi? Mari kita ubah layout / templates kita sehingga habis cun dan tidak dapat ditandingi oleh orang lain. HAHAHA!

Statement di atas memang tak boleh blah... betul tak?
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Tidak Boleh Edit Layout

Hari ini aku telah mencuba beberapa kali untuk edit layout ataupun templates blog aku ini tetapi tidak boleh kerana keluar error yang memaparkan code bX-l4u1mh...

Ada apa disebalik code bX-l4u1mh?
Tidak tahulah.. bila di check balik disini iaitu merupakan Search Support Google untuk blogger punya.. keluar bermacam-macam pertanyaan di sana.. dan aku merasakan kemungkinan ramai blogger yang terjadi sebegini..

Apa-apa pun jikalau anda tahu bagaimana hendak menyelesaikannya boleh berkongsi dengan aku dan aku amat mengharapkan harapan daripada anda semua!

Dan aku akan cuba juga untuk melihat apakah masalah sebenar dan jikalau sudah selesai akan aku kongsikan dengan anda semua!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Menjadi Personal Blog

Kepada semua pengunjung yang pernah berkunjung di blog ShakRoil eWanT, mesti sebelum ini anda lihat blog ini tiada motif dan berceritakan mengenai pelbagai-bagaikan?

Kali ini blog ini akan menjadi Personal Blog dan merupakah blog khas yang akan menceritakan kisah tentang diriku ini dan tidak kira dimana aku berada kerana pengalaman merupakan sesuatu perkara keemasan yang perlu dikongsikan kepada semua tetapi ada batas-batasnya...

Untuk kali ini, nantikan cerita mengenai pelbagai kisah mengenai ShakRoil eWanT disini..

Apa-apa pun terima kasih kepada semua pengunjung blog ini kerana setia membaca posting / artikel yang terkini dan yang paling penting pasti ada komen yang menunggu dan membina daripada anda!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Keputusan Semester 3

12/12/2011 merupakah tarikh keluarkan keputusan semester 3 bagi diriku ini dan keputusan itu alhamdullilah memuaskan dengan tiada gagal dan itu yang aku harapkan...

Pointer bagi keputusan tersebut tidaklah sehebat anda yang pointernya berjaya untuk mendapat anugerah..

Apa-apa pun aku bersyukur atas keputusan yang disemak tadi di dalam website Politeknik Seberang Perai (tempat aku belajar)..

Kepada pelajar politeknik lain, amacam result anda? Adakah terbaik? dan yang mana tidak terbaik dan terpaksa carry module itu, sila jangan bersedih kerana pengalaman mengajar erti kehidupan..

Jadi, kita perlu berusaha segali mana yang mampu kita lakukan walaupun jatuh rebah dan tidak bermaya...

Apa-apa pun, selamat bertemu di semester hadapan.. tetapi semester depan aku praktikal... HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

10 December 2011

Aplikasi Laptop Rosak

Sejak beberapa hari ini aku rasa macam tak puas hati sahaja dengan laptop aku ini disebabkan ada beberapa masalah dengan bluetooth dan beberapa aplikasi tak boleh buka. Bermacam-macam driver aplikasi aku download tidak boleh jugak dan lepas tuh downlaod balik software aplikasi yang rosak pun tidak menjadi apa-apa jugak. Bertambah geram la gamaknya!

Jadi aku mengambil keputusan untuk restore atau recovery balik yang rosak-rosak tuh tetapi recovery ini lebih kurang macam format la. Habis semua files aku hilang! HAMPEH! dah kosong balik. Kena geledah balik barang-barang yang penting dalam laptop aku ini.

Terpaksa aku cari balik software-software yang berguna untuk laptop aku ini. Dah serupa macam mula-mula beli dulu. HEHE!

Sesi proses download dimulakan! dimulakan dengan software-software penting dan driver dan lain-lain lagi lah.
Yang mana ada idea untuk aplikasi best kat laptop ini bagitahulah! Supaya aku boleh letak dalam lappy aku ini...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

06 December 2011

Beberapa Hari Tidak Online

3 hari aku tak online bagaikan 30 hari tidak online dan membuatkan aku menjadi tidak menentu. Mana tidaknya, selalu mengadap komputer dan online tetapi dalam masa 3 hari ini aku mengadap komputer aku nih jugak tetapi bukan online tetapi cuma main games yang agak bosan dan lepas tuh aku geledah folder dan files yang dah jadi macam sarang dan kawasan hutan belantara yang teramat semak.

Sebabnya kenapa ShakRoil tak online?

Disebabkan disini tiada wifi untuk aku nak mintak password dengan cara berbeza daripada yang lain (faham-faham je le) disebabkan perumahan yang aku duduk ini agak baru dan tiada sesiapa yang menggunakan wifi disini.

Lepas itu ShakRoil buat apa?

Aku berjalan satu rumah untuk cari line wifi apa yang ada sekeliling dan aku terjumpa sesuatu tetapi passwordnya begitu protected sangat menyebabkan terpaksa aku cari yang lain dan aku telah terjumpa satu dan aku rasakan line wifi dia terlalu jauh jugak dengan aku! lalu aku angkat sikit laptop aku ini dan dapat jugak. Jenuh jugaklah nak mintak password dengan sejam lebih baru dapat.

Akhir sekali ShakRoil dapat online tak?

Mestilah dapat, kalau tidak kenapa aku boleh tulis blog ini. HAHA! Apa-apa pun aku dah tahu port lokasi bila aku balik rumah aku ini. Jadi, senang sikit tak perlu cari port lain dan melainkan si wifi yang aku mintak password itu tutup wifi dia. HAHA! Keras aku buat sekali lagi macam itu.

Apa-apa pun itulah cerita seorang manusia yang ada berukband tetapi tersangatlah lambat berukband tersebut jadi dia potong berukband tersebut dan akhir sekali mengambil jalan mudah dengan memintak password wifi dengan orang lain dan menyebabkan hal tersebut dia ini balik kampung dan tiba-tiba line wifi disekeliling dia tak kuat. Jadi dengan itu dia tak online beberapa hari sehingga dia ketemukan line wifi di sudut-sudut ruang rumah dia. HAHA!

Apa-apa pun aku dah boleh online sampai aku balik ke tempat asal yang dipenuhi dengan wifi yang begitu laju seperti Unifi dan lain-lain lagi. HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!