Artikel Menarik

28 April 2012

Kenapa Pistol Diharamkan

Ramai yang mesti tertanya-tanya kenapakah negara kita mengharamkan pemilikan senjata api atau dalam bahasa mudahnya pistol? Adakah pistol itu merupakan satu keselamatan jikalau kita di dalam bahaya? Tetapi mesti ada kesan sampingan bukan jikalau dibenarkan setiap orang kebenaran untuk memiliki senjata api atau pistol. Mari kita bincankan dan di bawah ini disenaraikan sebab-sebab yang tidak termaktub di dalam perundangan cuma daripada pemikiran sahaja...

1) Supaya pihak berkuasa tak pening kepala cari jalan macam mana nak banteras jenayah bersenjata setiap masa.

2) Supaya suami isteri yang sedang bergaduh tak cuba seesaikan masalah dengan cara mafia iaitu menembak dengan suka-suka hati sahaja.

3) Supaya permainan perang-perang budak kecil kekal sebagai permainan yang berseronok dan bukannya bertukar menjadi perang betul-betul yang mampu mengorbankan nyawa.

4) Supaya lastik tak hilang ditelan arus kemodenan akibat budak-budak sekarnag tembak burung teruk pakai Glock takpun Revolver.

5) Supaya bos-bos tak terkencing dalam seluar bila para pekerja tak lagi buat bantahan tuntutan bonus secara berpiket sebaliknya guna cara ugut pakai pistol.

6) Supaya tiada orang pergi ke kedai runcit mahupun pasaraya untuk membeli barang dengan mengunakan pistol sebagai ganti kepada duit.

7) Supaya tidak perlu lagi tok bomoh untuk menyantau ataupun mematikan pihak yang tidak disukainya sebaliknya tembak sahaja mampu menghabiskan segalanya.

Oleh itu negara kita tidak perlu setiap orang memiliki senjata api mahupun pistol kerana dapat memudaratkan diri sendiri ataupun orang yang terdekat dengan kita.

Selain daripada itu, walaupun benda itu besi dan kecil sehaja tetapi sekali tekan mampu membuatkan berjuta-juta cerita yang betul mahupun dongeng.


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Mengelak Disaman Parkir

Masalah utama warga kota yang bekerjaya antaranya ialah parkir / tempat letak kenderaan. Kalau rajin bayar memang tak jadi masalah tapi yang tak rajin bayar ini yang susah. Ini dia cara / tips berkesan untuk anda untuk mengelak daripada disaman kalau tak bayar parkir. Jikalau di kawasan kampung tidak mengapa kerana kurang pihak berkuasa ada di situ ataupu tiada langsung. Di bawah ini, aku nak bagi sedikit cara untuk mengelak di saman semasa ingin parkir / meletakkan kenderaan.

1) Parkir kereta anda dekat dalam longkang. Dah tentu takkan kena saman sebab dalam longkang tak ada garisan kuning.

2) Parkir kereta anda dekat atas pokok. Pihak berkuasa mesti takkan nampak kereta ada dekat situ punya.

3) Parkir kereta anda atas kereta lain yang sedang diparkir. Pasti diorang ingat itu adalah kereta double-decker.

4) Parkir kereta anda dalam pejabat. Itupun kalau bos anda memiliki kesabaran yang melebihi manusia biasa.

5) Parkir kereta anda dekat rumah, lepas itu naik bas pergi kerja. Dijamin 100% takkan kena saman dengan majlis penbandaran.

Anda perlu cuba cara di atas ini untuk melihat kebersanan cara / tips di atas ini adakah berjaya atau pun tidak. Jikalau anda berjaya dengan jayanya anda perlu komen disini balik dan jikalau tidak berjaya anda juga perlu komen disini balik disebabkan kita perlukan perbincangan yang lebih mendalam tentang ini supaya semua warga kota dapat parking dengan lebih selamat dari segala saman yang diberikan oleh pihak berkuasa...

Psst : Sebarang risiko daripada cara di atas adalah tanggungjawab sendiri dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab! HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Latihan Industri Politeknik

Aku merupakan seorang pelajar Politeknik Seberang Perai dan mengikuti kurus Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk aku menamatkan latihan industri ataupun dikenali sebagai praktikal aku untuk semester 4 ini di TSG MICRO TECHNOLOGY SDN. BHD. tetapi aku bekerja di TOWA-M iaitu merupakan sub-contrators disitu daripada TSG MICRO TECHNOLOGY SDN. BHD.

Hari berlalu dengan pelbagai aktiviti yang menarik ataupun tidak menarik kita lakukan sepanjang hidup kita. Termasuklah aku di dalam kilang dengan melakukan kerja-kerja di dalam kilang. Kadang-kadang teramat bosan sekali dan kadang-kadang teramat seronok sekali apabila melalui pengalaman bekerja ini.

Pengalaman bekerja melalui masa latihan industri ataupun praktikal ini teramatlah dipenuhi pelbagai-bagai perasaan kerana disitulah kita dapat belajar sesuatu tentang pengalaman bekerja dan disitu jugaklah kita dapat mengenali dengan orang pelbagai usia dengan pelbagai pengalaman yang belum aku pernah tempuhi sepanjang hidup aku ini iatu bergaul dengan orang yang terlebih tua daripada aku sehinggakan ada yang sudah kahwin.

Biasalah, namapun bekerja jadi di dalam sesebuah organisasi tersebut mesti ada pelbagai-bagai umur dan yang paling penting semua orang di tempat bahagian aku kerja itu selalu membantu aku melancarkan latihan industri ataupun praktikal ini apabila sepanjang aku berada disitu dan mereka tidak pernah mengecewakan aku dan sedia menghulurkan bantuan tanpa menunjukkan muka yang bengis ataupun tidak suka terhadap aku.

Aku mengharapkan semoga latihan industri / praktikal yang aku jalani ini disudahi dengan selamat tanpa sebarang masalah yang timbul dan aku sentiasa mendoakan supaya semuanya berjalan dengan lancar... amin...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Mengisi Masa Lapang

Sempena hujung minggu ini, mari kita merehatkan diri dan minda kita daripada segala masalah yang hadir sebelum ini dan cuba untuk mencari jalan penyelesaian yang telah melanda diri kita supaya fikiran dan minda kita tentang dan tidak serabut yang mampu membuatkan kita menjadi gila sebentar.

Apakah tujuan aku membuat entri ini? Tidak ada kena mengena dengan sesiapapun mahupun BERSIH 3.0 yang sedang berlaku pada hari ini iaitu bersamaan dengan 28/4/2012 atuapun 28 April 2012 iaitu jatuh pada hari sabtu ini dan sekarang ini bukan aku inginkan cerita mengenai BERSIH 3.0 ini ok.

Kita berbalik pada tajuk kita pada hari ini, hari ini ataupun esok iaitu hari ahad merupakan hujung minggu teramat sesuai anda mengisi masa lapang anda itu keluarga serta membuat isi aktiviti yang menyeronokkan untuk bersama dengan keluarga sahaja supaya dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga.

Kemungkinan ada yang balik kampung pada hujung minggu ini dan untuk para pekerja yang ingin balik kampung dimana kampung halamannnya begitu jauh. Mesti meminta cuti pada hari Isnin ini kerana pada hari Selasa bersamaan degan 1/5/2012 ataupun 1 Mei 2012 merupakan hari cuti iaitu Hari Pekerja. Jadi mereka boleh meneruskan cuti tersebut sehingga pada Hari Pekerja tersebut.

Selain daripada itu, pada hari minggu ini pula. Kita boleh melakukan pelbagai aktiviti lain iaitu seperti membersihkan dan mengemas rumah atau kawasan-kawasan di sekeliling rumah supaya nampak balik seri rumah tersebut setelah sibuk bekerja dan tiada masa untuk membersihkan rumah.

Jadi, jangan membuatkan masa dengan pelbagai aktiviti yang tidak berfaedah dan jikalau anda mempunyai masa lapang. Luangkan bersama keluarga tersayang dan juga rehatkan diri anda secukupnya supaya pada hari-hari berikutnya anda mampu pergi ke mana-mana sahaja dengan rasa segar dan tenang daripada segala masalah...

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

26 April 2012

Ketandusan Idea

Aku ingin meminta maaf kepada semua pembaca yang sudi hadir ke dalam blog ini setiap hari kadang-kadang. Sejak dua menjak ini idea di dalam kepala otak aku semakin berkurangan disebabkan tiada idea yang muncul ketika ingin menulis posting / entri baru untuk menarik anda semua masuk ke dalam blog ini secara ingin tahu dan bukan secara paksa. HEHE!

Kemungkinan ada kesenyapan seketika untuk menaip posting / entri baru yang terbaik untuk anda baca serta komen di dalamnya.

Apa-apa pun aku akan cuba yang berbaik untuk anda semua untuk membuat posting baharu supaya setiap kali anda masuk ke dalam blog ShakRoil eWanT ini dan aku juga akan pastikan kualiti posting / entri yang baru itu tersangatlah hebat! HAHA!

Jikalau anda masuk ke dalam blog aku ini, janganlah lihat sahaja posting / entri yang baharu sahaja. Cuba anda lihat yang lama sekali dengan mencari di dalam kotak ruangan carian ataupun patah balik ke posting / entri yang lama supaya ada benda yang anda tidak mahu membaca tetapi anda pasti akan tertarik dengan tajuk yang ditulis itu.

Semoga ketandusan idea aku ini tidak berlaku lagi untuk menulis serta menaip posting / entri baru ini kerana kadang-kadang aku perlu berfikir diluar kotak untuk menaip sesuatu yang baharu supaya kadang-kadang fakta yang dikeluarkan adalah merapu dan boleh menyesatkan orang dan kebanyakkannya hanyalah gurauan semata-mata dan tiada niat pun nak menyesatkan seseorang itu dengan menulis benda-benda yang merapu! HUHU!

Akhir sekali, ketandusan idea tidak bermakna aku kalah dan aku akan terus berusaha sedikit demi sedikit untuk mencebuk idea yang baru supaya posting / entri menjadi lebeih menarik dan kemas serta sedap dibaca oleh semua peringkat umur yang masuk ke dalam blog aku ini...



Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

22 April 2012

Kepelbagaian Kegunaan Ayam

Dikatakan pokok kepala merupakan pokok pelbagai guna, cuba tukar kat ayam pulak. Rasanya ayam pun tak kurang jugak kegunaannya. Betul ke tak? Disebabkan ayam ini pelbagai gunalah sehinggakan dimana-mana sahaja pasti adanya ayam seperti di kampung, bandar dan dimana-mana sahaja kedai ataupun kawasan yang anda rasa tiada pun, pastinya akan ada kelak...

Dibawah ini aku nak ceritakan sedikit mengenai perkara yang boleh dibuat dengan ayam nih. Sebenarnya ayam ini pelbagai guna kita boleh lakuya terhadap ayam ini iaitu dengan cara yang masuk akal ataupu tidak.

Apa-apa pun mari baca di bawah ini sehingga selesai...

1) Sembelih ayam buat ayam golek boleh, kari ayam pun orait, kurma ayam, ayam masak lemak atau rendang... pendek kata masak segala macamlah dengan ayam ini sampai muak makan ayam.

2) Dijadikan baka, bila ayam itu bertelur, selepas itu jadi anak ayam. Selepas itu bertelur lagi... jadi banyak-banyak ayam tapi pastikan ia bukannya ayam jantan kerana ayam jantan sampai bila pun tak bertelur. Cuma dia memiliki telur.

3) Jadikan ayam itu sebagai binatang peliharaan (pet), nanti anda ajar lah dia menyanyi ala miming. Pastu boleh menghubungi surat khabar ataupun media masa yang paling terkenal kerana orang Melayu memang suka baca dan mendengar cerita pelik-pelik.

4) Manfaatkan ayam itu sebagai jam, biasanya ayam akan berkokok setiap jam. Jimat duit beli bateri. Kalau sesak hujung-hujung bulan, boleh sembelih ayam tersebut buat lauk.

5) Cabut bulunya, ambil buat penyapu habuk bulu ayam... kan sudah jimat tuh....

Pelbagai lagi kegunaan ayam ini sebenarnya, cuma kita nampak ataupun tidak itu terpulang pada hak masing-masing kerana ia memerlukan kemahiran jikalau digunakan untuk memasak dengan menggunakan ayam malahan untuk membela juga. Jikalau pandai membela, pasti akan mendapat baka yang cantik dan gebu gitu ala artis yang comel. HAHA!


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

15 April 2012

Tanda Anda Tidak Dipedulikan

Sama ada anda terasa atau perasan, ada beberapa tanda lingkah laku yang mengkiaskan sebagai ada dah tidak diperlukan lagi. Tak kira la dalam apa saja organisasi atau komuniti yang anda sertai, anda peru peka sebelum mereka berterus-terang kepada anda.

PEMIMPIN
Ramai dah hilang undi walhal sebelum ini anda mendapat sokongan seratus peratus. Selepas itu ada pulak calon baru yang dinamik dan berkaliber menampilkan diri duduk disebelah.

CIKGU
Murid buat selamba atau buat kerja sendiri je. Kerja rumah endah pun tiada, buku kerja hanya kosong semata. Anda masuk keuar kelas tidak ada sesiapa pun yang menyapa anda.

PEKERJA
Kerja makin berkurang atau langsung tak diberi oleh pihak atasan untuk anda menanggungjawab sesuatu tugasan. Jeling-jeling kawan sebelah kerja bertimbun, siap buat overtime lagi menyiapkan tugas.

BOS
Pekerja buat hal masing-masing yang bukan termaktub dalam bidang tugas mereka. Sesuka hati sahaja nak datang pejabat pukul berapa, kadang-kadang sampai tak datang langsung tapi bila gaji lambat nak memberontak sahaja.

JURUJUAL
Dalam sehati tidak ada satu pun yang mampu mereka jual walaupun dah kehabisan air liur. Semua tempat dan setiap orang dah mereka jumpa tapi habuk pun tidak dapat.

PEMANDU KENDERAAN AWAM
Makin ramai orang beli kenderaan sendiri dan menggunakannya untuk aktiviti harian. Yang berbasikal pun sanggup berkayuh jauh semata-mata malas menunggu.

YANG BERCOUPLE

Selalu beralasan mengelak bila ajak dating ataupun berjumpa. Pasal perkara kecil pun nak melenting, cakap pun menengking-nengking macam itik Peking.

BLOG SHAKROIL EWANT
Bila statistik blog ini kurang pengunjung ataupun pelawat mahupun pembaca malahan pengomen, maknanya tiada sesiapa yang sudi melawat dan melepak disini lama-ama dan tanpa anda siapalah blog ini di dalam dunia maya ini. Terima kasih...

Begitulah tanda anda tidak diperlukan lagi untuk sesuatu benda, dengan pelbagai cara yang akan dilakukan oleh seseorang jikalau tidak menyukai ataupun tidak mahukan anda. Jadi, korang terpaksa melakukan sesuatu untuk menarik balik perhatian anda itu supaya orang disekeliling anda mempedulikan anda kembali...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Saat Gembira Bagi Seorang Pengemis

Setiap orang sangat memerlukan saat gembira, tidak kiralah apa pun benda yang boleh membuatkan seseorang itu gembira tetapi jangan lupa pengemis juga mempunyai saat gembiranya tersendiri dan pengemis sangat menghargai saat gembira tersebut. Anda nak tahu apakah saat gembira bagi seorang pengemis? Mari baca di bawah ini...

1) Bila dapat makan nasi beriani gam lauk kambing. Kena pulak dengan air bandung soda bercincau.

2) Tetiba ada awek yang kenyit mata sambil tersenyum melirik. Pastu ajak temankan dia pergi tengok wayang dan shopping.

3) Ada pemuda atau pemudi yang nak jadikan bapak angkat. Jadi teman melepak di waktu yang lapang.

4)
Malam tak diganggu penguatkuasa malah disediakan tilam, bantak kat perhentian bas atau kaki lima untuk tidur.

5) Ditemubual oleh wartawan mengenai topik ekonomi atau politik negara. Kalau siaran langsung lagi best.

6) Mandi kat kolam renang awam bersama dengan awek-awek berbikini atau berendah di dalam kolan air pancut berjam-jam lamanya.

7) Mendapat laptop dan internet percuma seperti broadband untuk melayari blog ShakRoil eWanT dan membaca semua entri di dalamya serta komen pada setiap entri tanpa segan silu.

Kemungkinan di atas ini merupakan saat gembira bagi seorang pengemis yang memerlukan wang untuk terus hidup di atas muka bumi ini. Jadi selalulah bersedekah kepada mereka yang memerlukan supaya mereka dapat menghargai setiap benda yang anda berikan kepada mereka untuk menjadikan hidup mereka dengan lebih sempurna dan merasakan tanpa kekurangan pada diri mereka. HEHE!


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

11 April 2012

Anda Perasan Menarik

Menarik... Semua orang nak dikatakan menarik dan membuat tertarik bila dipandang. Tak kira lelaki atau perempuan, yang penting perasan menarik pasti ada dalam perasaan, baru la ada keyakinan pada diri. Korang akan terperasan menarik bila...

1) Ada mata yang tengah perhati atau memandang anda dua tiga kali imbas ataupun kerap sambil tersenyum-senyum gatai.

2) Diorang pepandang anda kemudian berbisik sambil jeling-jeling kat anda. Mesti tengah mengata anda itu menarik tak terhingga.

3) Anda sanggup perhabis duit beli mekap segala, pakaian baru serta berbagai aksesori kecantikan.

4) Nak ke kedai yang jauhnya tujuh lapan langkah pun nak berpakaian serba lengkap macam nak buat catwalk di atas pentas.

5) Tak pernah lekang membawa mekap walau ke mana jua. Paling lekeh pun kemana sahaja sikat mesti ada di sisi.

6) Pantang nampak cermin atau dinding cermin gelap, pasti berhenti sekejap untuk mengemaskan rambut yang sudah sedia kemas itu.

7) Asyik tidak puas hati nak berpakaian atau mekap. Asyik mengetest lapan sembilan kai tukar baju, mahu dua tiga jam nak bersiap jugak la gamaknya.

8) Tersipu-sipu sambil mengembangkan lubang hidung bila orang puji bernada perli mengatakan anda menarik. Nak mengaku nanti dikatakan bangga diri, kaau diamkan diri terasa rugi la pulak.

Jikalau anda mempunyai ciri-ciri di atas, memag sah anda memang perasan menarik dan jikalau anda sememangnya menarik pasti anda akan mempunyai sedikit ciri-ciri atau perkara di atas bukan? Jikalau tidak semua, pasti ada salah satu yang melekat untuk anda. Betul ke tidak? Anda yang tahu. HAHA!


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

7 Perkara Tentang Kawan Sejati Yang Perlu Anda Tahu

Bagaimana anda perlu tahu tentang kawan sejati? Adakah hanya ketika anda dalam kesusahan atau ketika anda perlu seseorang untuk mendengar masalah anda? Hanya untuk itukah nilai kawan sejati bagi anda? Jom kita lihat perkara kawan sejati yang perlu korang tahu...

KAUNTER ADUAN
Dia boleh menjadi tempat anda mencurahkan segala-galanya. Ketika anda meluahkan isi hati di tengah malam pun dia tidak akan menrungut walaupun dia terpaksa menahan telinga mendengar anda membebel marahkan boyfriend atau girlfriend anda. Dia tetap setia mendengar walaupun dengan mata yang separuh pejam.

BURUNG HANTU
Tetap segar dan cergas untuk berbual dengan anda walaupun gangang telefon dah terasa panas di telinga. Jam telah menunjukkan pukul satu pagi tetapi dia masih mempunyai cerita untuk dikongsikan bersama anda.

PETI KESELAMATAN
Mulutnya seakan-akan dikunci rapat walaupun telah seribu satu malam rahsia telah anda curahkan kepadanya. Kamu boleh percaya 101% yang rahsia korang selamat dengannya. Biarlah macam mana kamu bergaduh dengan dia pun, rahsia anda tetap selamat.

TUKANG KEPOH
Bukan kepoh macamana pun! Tetapi setiap kali hari jadi anda mesti dia orang pertama yang akan merancang sambutan, mengingatkan akwan-kawan yang lain dan yang paling penting akan menjadi orang pertama yang mengucapkan selamat ulang tahun kepada anda.

INFORMASI TERKINI
Wah! Ini adalah salah satu sebab kenapa anda suka mempunyai kawan sejati sebab anda boleh lepak di kedai kopi sambil berborak dan bergossip cerita-cerita terkini tentang artis, kolej, awek atau balak yang baru berpindah di rumah sebelah. Malah sentiasa terasa diri korang up to date dengan ada aje informasi terkini yang disampaikan oleh kawan sejati anda.

PENGKRITIK HEBAT
Dia memang ayak jadi juri! Dia selamber je kritik cara anda berfesyen kalau orang lain tentu dah tergak-agak nak mengkritik anda. Dan yang peiknya teguran dia langsung tak menyebabkan darah korang naik 180.

JADI DIRI SENDIRI
Anda boleh menjadi diri sendiri tanpa perlu berpura-pura menjadi orang lain. Walau sesiapapun anda, walaupun tengah pokai tetapi dia tetap menganggap andalah kawan terbaik yang pernah dia jumpa. YES! Ini adalah buktinya yang dia memang kawan sejati anda.

Kawan sejati ini akan sentiasa anda untuk anda di mana jua anda berada dan takkan biarkan anda sudah begitu sahaja. Dia akan menolong anda sebaik mungkin yang dirinya mampu lakukan untuk anda seperti adik beradik yang sentiasa menolong adik beradiknya jikalau di dalam kesusahan dan tidak mengambil kisah langsung tentang apa yang anda lakukan dan jikalau benda itu salah dia akan tegur dengan cara yang baik dan jikalau jikalau benda yang anda lakukan itu baik dia akan memuji anda kerana membuat kebaikkan sehingga berterusan tanpa meminta-minta balasan yang setimpal.

Jikalau anda perasaan tentang kawan anda sebegitu, itulah KAWAN SEJATI ANDA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

07 April 2012

Facebook Messenger

Selain daripada Yahoo! Messenger, Windows Live Messenger, Skype ataupun yang lain-lain. Kini Facebook telah mengeluarkan Messengernya sendiri kepada kepada umum yang dimana sebelum ini di dalam keadaan percubaan (BETA) iaitu dinamakan Facebook Messenger dan kini sekarang Facebook cuma untuk mempromosi Facebook Messenger ini jikalau anda online pada Facebook Chat di dalam website.

Setakat ini fungsinya begitu sedikit sahaja dan kemungkinan untuk tidak mahu memberatkan software tersebut kerana setiap pengguna lain-lain kelajuaan komputernya.

Nak tahu apa fungsinya? Rasanya seperti biasa iatu kita boleh chat bersama dengan rakan-rakan Facebook yang sudah di Add As Friend dan kita dapat melihat Notifications yang baru-baru daripada Facebook untuk kita dan jikalau kita klik Notifications tersebut ia di hantar kepada Browser anda dan bukak seperti biasa pada Browser dan bukannya pada Facebook Messenger. Kiranya anda tidak boleh komen di dalam Facebook Messenger ini.

Itu semua tidak penting dan ia teramat penting jikalau anda ialah kaki chat di dalam Facebook Chat ini kerana jikalau anda tidak membuka Facebook melalui Browser anda boleh online terus kepada Facebook Messenger ini dengan cepat dan pantas gitu!

Yang lebih tepat lagi untuk Facebook Messenger ini ialah ia mempercepatkan anda untuk berchatting dan bermesej kepada rakan-rakan Facebook anda di dalam Facebook dan juga mengetahui update status terkini rakan-rakan anda di dalam Facebook!

Jadi tunggu apa lagi? Mari kita cuba Facebook Messenger ini. Size software ini kecil sahaja dan jikalau anda mempunyai internet laju, pasti sekejap sahaja habis untuk download dan jikalau mempunyai internet yang ada kurang kelajuan juga mampu menggunakan benda ini kerana software ini teramat ringan dan senang digunakan!

Sebelum itu, Facebook Messenger ini hanya untuk Windows sahaja dan jikalau anda menggunakan selain daripada windows seperti Linux, Ubuntu dan lain-lain rasanya anda perlu masuk ke dalam website Facebook menggunakan Browser seperti biasa.

Pssst : Aku bukan kaki chat di Facebook dan jadi aku rasa benda ini agak kurang berguna bagi aku. HEHE!

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

04 April 2012

Duit Daripada Nuffnang

Aku sehingga kini menanti duit daripada Nuffnang iaitu mencukupi sehingga jumlah yang aku ingin cashout. Jumlah sekarang di dalam Nuffnang hanyalah sebanyak RM200 lebih sahaja dan aku rasakan aku tidak perlu lagi untuk cashout lagi kerana aku ingin mengumpul sehingga RM500. Barulah terasa sedikit duit itu tetapi sampai bila?

Adakah pengaruh pengunjung mampu menaikkan duit daripada Nuffnang? Ya! aku rasa sebegitu juga.

Mungkin ada beberapa tips yang menarik untuk menaikkan duit Nuffnang ini? Kalau ada tolong kongsikan sekali kerana ilmu itu sangat berguna untuk semua. Tak kurang langsung jikalau anda berkongsi ilmu. Jadi, tunggu apa lagi? Ada tips? Mari berkongsi sedikit bersama aku disini yer!

Sebelum itu aku ceritakan sedikit perjalanan aku untuk mendapat RM200 ini. Begitu lama sekali sehinggakan tersenguk-senguk aku menanti duit aku naik cepat daripada Nuffnang ini. Aku tidak mahukan cara kotor untuk menaikkan duit Nuffnang aku ini kerana tidak berkat langsung. Duit itu digunakan untuk semua perkara disekeliling kita walaupun kita tidak makan menggunakan duit itu.

Kemungkinan kita perlu bermain teknik SEO yang sepadan dan menarik untuk membuatkan blog kita senang di cari oleh pengunjung yang datang daripada pakcik Google? Aku rasakan begitu juga iaitu dengan menggunakan KEYWORDS ataupun kata kunci yang penting dan terhangat.

Blogwalking pun ok jugak ker? Aku rasa blogwalking merupakan salah satu untuk tarik orang masuk sahaja di dalam sini sahaja kemudian balas balik di dalam Shoutbox ataupun Kotak Jerit dan kemudian kita pergi yang baru. Kemungkinan untuk menaikkan pengunjung sahaja kot. Aku bukannya tahu sangat! HUHU!

Apa-apa pun mari kita sama-sama usahakan duit daripada Nuffnang ini erk! dan pastikan jalan yang kita mencari duit daripada Nuffnang ini adalah jalan yang terbaik dan tidak menipu orang! HAHA!

Semoga berjaya unuk mendapat duit daripada Nuffnang ini! termasuk aku jugak. HEHE!

Psst : Best ooo! kalau dapat cashout banyak-banyak daripada Nuffnang ini.

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Acara Larian Yang Sudah Pupus

Sebelum terciptanya acara larian berpagar, lari berganti-ganti dan larian dalam guni, sebenarnya terdapat beberapa larian yang agak popular pada zaman mereka tetapi disebabkan terdapat beberapa masalah kritikal maka acara larian itu terpaksa dihapuskan demi keselamatan dan lain-lain lagi...

Dibawah ini terdapat beberapa acara larian yang sudah pupus dan kemungkinan ianya juga diamalkan oleh beberapa orang sahaja dan yang pasti ianya bukannya aku...

ACARA LARI DARI HUTANG
Selalunya diwakili oleh dua orang, satu penghutang dan satu lagi yang bagi hutang. Acara yang mudah dan acara yang paling ramai diceburi orang. Akan tetapi akibat sering berlaku pertumpahan darah di akhir larian, maka acara ini tidak lagi dikormersilkan.

ACARA LARI DARI MASALAH
Selalunya pemain yang masuk larian ini terdiri daripada pelbagai umur, dari budak sekolah hingga ke orang tua yang ada masalah peribadi. Acara ini akan dilakukan 3 hari 3 malam tanpa henti. Sehingga pemain lupa akan masalah mereka, barulah larian ini akan dihentikan.

ACARA LARI DARI MEMBER
Antara acara yang gah dikalangan remaja, kebanyakan yang sertai larian ini adalah semata-mata ingin melarikan diri dari member selepas dia telah membawa lari awek member dia sendiri. Oleh kerana larian ini banyak memberi impak negatif, maka larian ini sempat dibuat dua kali sahaja.

ACARA LARI DARI TUAN RUMAH
Acara larian yang paling ramai disertai oleh tuan rumah. Acara ini mirip dengan larian baton tapi baton ditukar kepada parang bagi mengejar penyewa rumah yang tak reti-reti nak bayar duit sewa dan larian ini pupus begitu sahaja tanpa sebab yang diketahui.

ACARA LARI DARI KERJA
Antara pemerhati acara ini, dah tentu-tentu terdiri daripada para bos. Mereka akan memerhatikan pekerja mereka yang suka lari dari kerja dan masuk larian kategori ini. Di penghujung pada larian ini selalunya pekerja mereka akan teruskan berlari menuju ke pejabat semula. Akibatnya sampai sekarang tiada pemenang yang diiktirafkan.

Banyak lari acara larian yang sudah pupus ini dan terbanyak sangat sampai aku tak larat nak taip untuk anda semua. Anda perlu fikirkan sendiri dan jangan ssesekali terlibat dengan acara larian yang sudah pupus ini supaya anda tidak terjebak dengan pelbagai masalah yang dihadapi supaya tidak akan ada macam-macam perkara berlaku pada masa hadapan. HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

03 April 2012

PING BUSUK.ORG

Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada website BUSUK.ORG kerana menyebabkan website itulah blog aku ini mendapat sambutan hangat daripada pengunjung dari hari ke hari tanpa henti disebabkan disitulah blog aku boleh melakukan PING post terbaru disitu.

PING BUSUK : Ping Aggregator Untuk Rakyat Malaysia amat sesuai tagline ataupun description website tersebut kerana website tidaklah terlalu padat dan kemas malahan pulak tempoh untuk memasuki ke dalam website tersebut adalah singkat dan laju sepantas kilat.

Selama ini aku belum dengar lagi apa masalah yang muncul daripada PING BUSUK ini dan semuanya berjalan dengan lancar. Memang pandai sungguh orang yang membuat coding di dalam website BUSUK.ORG ini.

Apa-apa pun sama-samalah kita gunakan manfaat website ini untuk kebaikkan dan meningkatkkan trafik atau pengunjung di dalam website kita ini dengan lancarnya tanpa sebarnag gangguan dan masalah.

Jadi tunggu apa lagi, walaupun aku tidak kenal owner website tersebut tetapi mari kita support website tersebut supaya berjaya dan kita-kita dapat manfaat daripada ping aggregator yang dihasilkan daripada post / entri kita serta dapat meningkatkan trafik di dalam blog kita ini dengan begitu ramai sekali pengunjung dan pelawat.

Jadi jom kita PING ramai-ramai di dalam laman ping ini!

Pssst : Walaupun PING BUSUK ini berbau busuk tetapi di dalamnya tetap wangi kerana semua orang gunakannya! HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Debit Kad CIMB Islamic

Sebentar sahaja tadi aku bergegas ke CIMB Bank untuk membuat kad ATM iaitu Debid Kad CIMB Islamic (mungkin kot, aku buat tahu sangat pasal benda nih) yang telah lama begitu tertanggung semenjak aku bawah 18 tahun sehingga dah nak capai umur 20 an sudah.

Baru sahaja tadi aku duduk seorang diri dan tiba-tiba aku teringat bahawa aku mempunyai masa untuk membuat kad CIMB nih. Jadi dengan laju dan sepantas kilat aku mencapai kunci motor dan terus ke CIMB Bank yang berdekatan dengan rumah aku.

Nak buat kad ni sebenarnya senang sahaja dan tidaklah begitu susah sangat disebabkan orang tidak ramai. HAHA! dalam 5 minit sahaja aku duduk di kerusi bangku dan selepas itu nombor giliran aku naik. Selepas itu, sembang ambik MYKAD dan COP JARI semua dan staff / kakitangan tersebut menyuruh aku duduk di kerusi dahulu untuk membenarkan orang selepas aku membuat urusan bank.

Jadi, dengan itu aku sudah ada Debit Kad CIMB Islamic atau Kad ATM CIMB la senang cerita. Haa! Baru aku teringat pada mulanya staff tersebut tanya kat aku nak buat Debit Kad ke Kredit Kad dan dalam hati aku berbisik "Kredit Kad???? nak mampuis ke apa.." dan aku hanya menjawab "Debit Kad". Dan selepas itu dia cerita apa kelebihan 1% apa benda sangat aku tidak tahu tetapi akan aku cuba huraikan nanti. Kiranya nanti ada banyak kelebihan dan diskaun kot.

Buat macam aku nih aku tidak mahu untuk menyentuh Kredit Kad dan jikalau aku ada kredit kad, membuatkan aku akan menjadi gila membeli barang dan memborong. Akhir sekali, terkena dekat atas batang idung aku sendiri dan padan muka aku sendiri. HAHA!

Apa-apa pun setelah lama menunggu dan mempunyai masa untuk membuat kad CIMB Bank dan akhirnya aku berjaya melakukannya. Lega rasanya dan tidak perlu untuk memikir pasal benda itu lagi. HAHA!

Pssst : Selepas aku kuar dari CIMB Bank, tiba-tiba hujan pulak! HUHU! Kelam kabut aku dibuatnya...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Rumah Kena Pecah Masuk

Pada 2/4/2012 iaitu bersamaan dengan semalam, rumah aku di Taiping, Perak di pecah masuk oleh pemecah rumah, pencuri, orang yang tidak bertanggungjawab atau lain-lain yang sama dengannya. Pada waktu kejadian, aku dan keluarga aku tidak berada di dalam rumah dan mungkin pencuri tersebut sudah memperhatikan rumah itu kosong dan ini merupakan punca utama mereka untuk memberanikan diri untuk memecah masuk ke dalam rumah aku ini. Aku terima panggilan itu daripada Makteh aku sendiri kerana dia kerap ronda di kawasan tersebut apabila hendak pergi ke tempat kerja. Jadi, aku dengan keluarga aku kelam kabut balik ke rumah terebut untuk melihat apa yang terjadi.

Pada mula teramat geram sangat ketika itu kerana ada juga orang sebegini di atas muka bumi ini. Kalau aku dapat orang sebegitu, aku paling kuat aku nak jadikan sate hidangan makan malam sahaja! HAHA! serius aku tengah geram.

Cara-cara taktik yang digunakan oleh pencuri tersebut masuk di dalam rumah aku ini ialah :
1) Menaikki tangga untuk pergi ke bumbung rumah dan apa-apa sahaja janji boleh sampai di atas bumbung rumah
2) Membuka atap rumah yang di susun seperti atap batu sehingga dapat memasuki seluruh anggota badan
3) Memasuki rumah melalui ruang siling rumah yang berbentuk petak-petak kerana terdapat diantara semua siling petak-petak tersebut mempunyai satu siling yang boleh masuk ke atas untuk pergi ke tangki air di atas rumah
4) Berjaya memasuki rumah melalui bumbung dan siling tersebut
5) Geledah semua barang yang ada di dalam rumah
6) Tidak sempat mengambil barang yang besar-besar kerana mungkin sikap tamak sehingga tidak mampu untuk mengangkat semua barang
7) Keluar melalui pintu depan rumah dengan memecah manga ataupun pengunci pintu dengan mematahkannya
8) Berjaya melarikan diri dengan sedikit barang yang tidaklah berharga sangat tetapi boleh tahan.

Rumah aku dimasukki air ibarat banjir berlaku di dalam rumah kerana kemungkinan mereka lakukan kerja tersebut pada waktu hujan dan pencuri tersebut memasuki melalui bumbung yang berada di atas bilik aku dan jadinya air yang masuk memalui bumbung yang tiada penutup jadi air tersebut pergi ke atas siling dan memasuki ke ruangan bilik aku. Habis banjir dan mampu untuk berenang-renang di situ! HAHA!

Jadi, aku nasihatkan kepada anda semua yang mempunyai ruangan rumah seperti Rumah Teras supaya tidak meletakkan tangga di luar rumah atau kalau nak letak pun pastikan ianya berkunci dan jangan terlalu menonjol sangat tangga tersebut pada khalayak ramai yang lalu di sekeliling rumah.

Selepas itu, pastikan siling yang berbentuk petak yang mampu dibuka untuk pergi ke tangki air atas bumbung di pasang gril rumah supaya pencuri tersebut terbantut di situ kerana tidak mampu buka andai kata pencuri tersebut memasuki rumah melalui bumbung.

Jangan sangka anda sudah membubuh gril pada tingkap dan pintu rumah, rumah anda akan selamat dan sebelum tinggalkan rumah itu pastikan anda membaca beberapa doa-doa yang penting supaya terjauh daripada segala bencana yang tidak diingini dan jauhi daripada segala malapetaka dan selamatkan harta-harta kita daripada bahaya.

Pssst : Nasib baik di rumah tersebut tidak mempunyai banyak barang berharga dan aku nasihatkan anda semua pastikan berhati-hati

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!