Pada hari tersebut aku perlu lapor diri di politeknik setelah selama 6 bulan iaitu bersamaan dengan 1 semester menjalani latihan industri. Ada kemungkinan sesetengah orang mesti tertanya-tanya apakah latihan industri bukan? Ianya ialah seperti juga praktikal dan di politeknik sahaja (kemungkinan) yang panggil latihan industri dan bukannya praktikal. Aku tidak pasti ianya betul ataupun tidak.
Berbalik kepada cerita tadi balik, semasa aku membuat laporan latihan industri ini pelbagai-bagai masalah dilalui kerana sekarang ini kod Latihan Industri bagi politeknik sudah bertukar kepada AT401 dan sebelum ini guna kod modul apa aku tidak pasti.
Jadi oleh itu, format dan panduan semua telah bertukar dan sekarang garis panduan latihan industri yang paling latest ialah pada tahun 2011 dan pelbagai-bagai format didalamnya telah bertukar berbanding dengan sebelum ini pada tahun 2008.
Dari segi susunan bab, ruang untuk menulis, format langkau tulisan, jarak, perenggan serta lain-lain lagi. Memang terbeliak biji mata aku nak baca satu-satu kerana kemungkinan pada batch kami ini format baru digunakan.
Selain itu, ditambah pula dengan masalah apabila menelefon pengawai latihan industri iaitu pensyarah / lecterur latihan industri dia kata sebegini dan apabila menelefon seorang lagi dia katakan sebegini pula. Kiranya seperti bercanggah pendapat seperti salah satunya contohnya ialah membuat kulit keras (hard cover) untuk muka depan dan juga ring / comb binding serta lain-lain lagi.
Apa-apa pun doakan aku supaya tamat latihan industri ini dengan jayanya tanpa sebarang masalah dan menjadi pointer yang cemerlang. Amin....













