Artikel Menarik

29 July 2012

Tanda Bilik Air Perlu Dicuci

Pernahkah anda terfikir untuk mencuci bilik air anda ataupun anda fikirkan apabila anda mandi bilik air anda akan tercuci disebabkan anda sabun diri anda dan sabun itu mengalir di dalam bilik air anda dan seterusnya bilik anda menjadi bersih? Disini merupakan tanda bilik air perlu dicuci...

1) Dingding berwarna hijau yang bukannya cat tetapi lumut-lumut.

2) Jiran tetangga menghidu bau pelik dari bermuasal dari bilik air.

3) Anda terpaksa pakai penutup gas dekat hidung tiap kali hendak mandi.

4) Sejenis tumbuhan alga spesis baru ditemui dan mendapat liputan National Geographic.

5) Penyegar udara tidak dapat menyelesaikannya.

6) Segala bulu badan dan rambut menutup lubang air.

Jikalau anda tanda sebegini anda perlu cuci jugaklah bilik air anda itu kerana dikhuatiri akan menyebabkan bilik air anda itu bukan sahaja tumbuhan malah binatang pun turut serta sekali anda di dalam itu dan menyebabkan akan berlakunya perkara buruk kerana bilik air yang kotor yang tidak dicuci. Oleh itu, cucilah bilik air anda dan jaga kebersihannya. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Tempat Yang Tidak Boleh Hutang

Kalau makan dekat gerai atau blei barang dekat kedai runcit yang anda kenal pemiliknya, boleh la sesekali anda berhutang tetapi ada beberapa tempat yang anda tidak boleh berhutang langsung. Meh! Cek tempat mana yang tidak boleh nak hutang itu.

TOL
Belum pernah terima lagi mana-mana aduan dari syarikat tol yang pemandunya nak bayar tol secara hutang.

TANDAS AWAM
Cuba sesekali anda buat kelakar kepada orang yang jaga tandas awam itu. Masa dia minta duit anda cakap "Hutang boleh tak?"

PANGGUNG WAYANG
Konfrm tidak lucu kalau anda hendak beli tiket secara hutang. Budak jaga tiket itu pun menyampah lagi ada la.

HOTEL
Sudah puas anda tidur, masa nak batar anda hulur buku "tiga lima" tanda hendak hutang. Rasa-rasa kalau buku lali itu lama tidak kena kokak, sila cuba la.

TAMAN TEMA
Tidak kisah la yang manddi atau yang boleh mandi atau yang boleh main permainan sahaja tetapi kedua-dua tempat ini kalau masuk kena bayar tunai. Kalau anda berani nak kena lempang di khalayak ramai cuba la hutang.

PUSAT MEMBELI-BELAH
Adayang bayar pakai kad kredit tetapi itu bukan lagi dikategorikan sebagai hutang, sebab tiap-tiap bulan anda bayar. Yang ini anda main ambil sahaja barang lepas itu cakap dekat cashier, "Cukup bulan saya bayar."

Kalau anda kata anda jahat serta anda kaki hutang dan anda cuba berhutang dengan tempat-tempat berikut pula kalau anda hendak beli atau masuk. Jikalau anda lepas untuk berhutang kepada tempat-tempat sebegini anda memang dikategorikan sebagai seorang yang paling hebat berhutang sehingga ke akhir hayat...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

22 July 2012

Kata Ganda

Kata ganda ialah perkataan berganda yang mungkin berbunyi sama atau tidak disini aku hendak memberi beberapa contoh perkataan daripada perkataan yang boleh menjadikan kata ganda tetapi berlainan makna. Tunggu apa lagi, mari baca ayat dibawah ini dengan sempurna...

1) Penunggang motosikal diingatkan supaya menunggang motosikal dengan slogan "Tunggang, jangan tunggang-langgang"

2) Permainan sayap kanan negara S. Kunalan diarahkan oleh jurulatih, K. Rajagopal supaya melakukan hantaran lintang ke dalam kawasan kotak penalti tetapi bukan secara lintang-pukang.

3) Para pelajar dinasihatkan supaya membuat ulangkaji mata pelajaran tetapi tidak secara ulang-alik.

4) Mereka yang sedang mengalami sedu perlu meminum sedikit air bagi menghilangkannya tetapi ia tidak sesuai bagi mereka yang sedang sedu-sedan.

5) Pengguna jalan raya diminta memberikan isyarat ke kanan atau ke kiri jika ingin memasuki kawasan simpang tetapi mungkin isyarat yang lebih daripad aitu jika ianya mempunyai simpang-siur.

6) Arahan tulis nama pelawat pada buku catatan adalah prosedur biasa bagi seorang pengunjung sesuatu tempat tetapi mereka bukanlah dikehendaki melakukan perbuatan tulis-menulis seperti karangan atau cerpen.

7) Seorang budak lelaki akan mula tumbuh misai apabila memasuki usia akil baligh tetapi tidak sesekali akan bercambah seperti tumbuh-tumbuhan.

8) Seorang pelajar yang mendapat keputusan kurang memuaskan dalam peperiksaan mungkin akan turun kelas tetapi ia bukanlah disebabkan oleh faktor turun-temurun.

9) Mat rempit tersebut disaman oleh pihak polis krana ada aksi tunggang motosikalnya dilakukan secara tunggang-tonggek.

10) Seorang yang tahu dalam sesuatu perkara belum tentu tahu-menahu dalam perkara yang sama.

11) Apa yang seseorang beli di sebuah pusat beli-belah semestinya perlu dibayar tetapi tidaklah pula perlu dibelah.

12) Seorang pelanggan kedai makan yang merasakan air yang dipesannya tawar boleh meminta pelayan kedai menambahkan susu atau gula tanpa perlu tawar-menawar.

Oleh itu, kata ganda ini ada pelbagai-bagai kata yang boleh digandakan supaya nampak meriah dan kekadang pula nampak pelik kerana kata ganda ini perlu digunakan dengan betul dengan ayat baru nampak sepadan jikalau tidak sebaliknya akan berlaku.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Beza Diantara Lelaki dan Wanita

Berikut adalah perbezaan di antara orang laki dan orang puan. Anda mungkin perasaan perbezaan ini tetapi bagi sesetengah orang tidak perasan mempunyai perbezaan diantara lelaki dan perempuan / wanita ini. Oleh itu, disini hendak memberitahu serba sdikit perbezaan diantara lelaki dan perempuan / wanita yang anda perlu tahu dengan segera serta lanjut. Sila baca ayat di bawah ini untuk mengerti...

LELAKI - Risau tentang masa depan selepas berkahwin
WANITA - Risau tidak ada masa depan selagi tidak berkahwin.

LELAKI - Berkahwin dan berharap pasangannya tidak berubah tetapi berubah.
WANITA - Berkahwin dan berharap pasangannya berubah tetapi tidak berubah.

LELAKI - Sikat rambut sambil melihat cermin sebelum keluar rumah.
WANITA - Pantang jumpa cermin.

LELAKI - Melihat isteri orang, terlupa isteri sendiri.
WANITA - Melihat suami orang, teringat suami sendiri.

LELAKI - Sudah tua ganyut tetapi kahwin dengan anak dara, tidak ada sesiapa hendak mempertikaikan.
WANITA - Bila sudah tua tetapi tidak beberapa ganyut tapi berkahwin dengan anak teruna, ramai yang akan buat spekulasi.

Kalau difikirkan lagi terdapat pelbagai lagi perbezaan di antara lelaki dan wanita ini. Kalau hendak dihuraikan semua memang tidak terkeluar idea buat masa sekarang ini. Jadi cuba anda fikir-fikirkan perbezaan antara lelaki dan perempuan. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

21 July 2012

Istilah Dalam Kartun

Berikut adalah beberapa patah perkataan yang mungkin anda biasa jumpa dalam kartun ataupun komik tetapi mungkin anda tidak berapa jelas maknanya berikuatan ada di antara tidak terdapat di dalam kamus hatta kamus hidup anda sekali pun. Mesti anda biasa tertanya-tanya apakah istilah yang dimaksudkan dalam setiap perkataan dalam kartun yang dipaparkan? Disini ada jawapannya supaya anda tidak keliru lagi...

"Dusyum!"
Bunyi penumbuk atau orang kena belasah. Lebam biji mata!

"Tebabow!"
Bunyi letupan kuat contohnya mercun atau bom. Sepupu sepapat "Bang Bang Boom"

"Kapow!"
Bunyi yang kuat atau perbuatan memusnahkan sesuatu secara keseluruhan. Bukan bunyi tembakan peluru kapur ye.

"Gulp!"
Bunyi sedang menelan. Telan air liur pun dikira juga.

"Zzzz..."
Maksudnya sedang tidurzzz... lagi mahu tahu ka?

"Toing!"
Bunyi lompatan, loncatan atau lonjatan. Contohnya katak atau kodok tetapi bukan cekodok.

"Whoa!"
Bunyi orang merasa kagum atau takjub. Bukan taksub ye. Itu sudah lain.

"Grrr!"
Bunyi seseorang atau seseekor sedang marah, geram atau bengang. Grrr... mungkin bunyinya datang dari gigi grrraham (geraham).

Istilah dalam kartun ini begitu banyak sekali dan yang di atas ini merupakah salah sedikit daripada istilah perkataan ataupun ayat dalam kartun yang sering dipaparkan pada komik, kartun dalam tv, cerita kartun dan selanjut yang mengenai kartun...

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433H / 2012 M

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433H / 2012 M kepada semua rakan-rakan aku sekali dan tidak lupa kepada sesiapa sahaja umat Islam di seluruh muka bumi ini dan diharapkan sihat-sihat sejahtera.

Bulan Ramadhan Al-Mubarak telah kembali sekali lagi untuk kita kerana diberi peluang untuk menikmati bulan yang paling mulia ini iaitu bulan ramadhan kerana disini segala amalan kita lakukan amatlah besar daripada hari-hari biasa.

Oleh itu, kita sentiasalah membuat kebaikkan dan sentiasa dekatkan diri dengan ALLAH S.W.T. supaya segala amalan kita pada bulan Ramadhan ini adalah berkat dan sentiasa mendapat ganjaran yang besar iaitu pahala daripada segala apa yang kita lakukan.

Sekejap sahaja masa berlalu dan sekarang ini masuk bulan Ramadhan untuk kita berpuasa. Apakah yang dimaksudkan berpuasa? Menahan diri daripada lapar daripada terbitnya fajar dan terbenamnya matahari.

Bulan Ramadhan inilah kita dapat mengerti dan mengajar kita untuk sentiasa didalam kesusahan walhal anda seorang yang senang kerana disitulah kita sentiasa kena bersedekah kepada yang berkemampuan dan lakukan amal kebajikan supaya rezeki kita berlimpah luah selepas itu.

Tidak lupa juga, pada bulan Ramadhan ini jugalah pelbagai-bagai kemalangan yang kita dengar termasuklah di dalam surat khabar ataupun daripada perbualan dan juga sumber-sumber lain. Sentiasalah berwaspada daripada apa-apa kemalangan serta perkara-perkara lain yang boleh menyebabkan ancaman pada diri sendiri seperti bermain bunga api, mercun dan lain-lain lagi.

Semoga Ramadhan kali ini penuh bermakna buat kita semua dan InsyaAllah dan ini bukanlah Ramadhan kita yang terakhir dan sentiasa berdoa agar dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta perkara-perkara yang baik lagi. Amin...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

12 July 2012

Pendaftaran Semester Baru Politeknik

Setelah sekian lama meninggalkan Politeknik Seberang Perai (PSP) setelah menjalani Latihan Industri (L.I.) berdekatan dengan kawasan rumah / kampung sendiri dan akhirnya aku telah kembali ke Politeknik kerana hari ini merupakan hari pendaftaran pelajar senior di Politeknik untuk semua semester iaitu daripada semester 2 sehinggalah semester 6.

Kita dapat melihat pelbagai-bagai ragam manusia yang digelar pelajar di dalam politeknik ini kerana ada yang tertekan kerana perlu sambung belajar balik, malas kerana perlu bangun awal pagi, bosan kerana tidak bersedia untuk sambung belajar dan juga lain-lain lagi setelah cuti semester selama 2 bulan iaitu hanya duduk di kampung halaman masing-masing tidak melakukan pelbagai aktiviti yang perlu untuk belajar dan balik ke politeknik adalah tujuannya untuk memecahkan kepala akal fikiran untuk belajar menjadi pelajar yang cemerlang. HEHE!

Sebentar tadi pengalaman aku yang tidak boleh aku lupakan ialah aku melihat pelajar junior iaitu semester 1 kena berlari seluruh padang dan boleh dikatakan beberapa pusingan padang perlu di tempuhi oleh mereka dan itu merupakan senaman pagi buat kerana kerana minggu ini ialah Minggu Suai Kenal (MSK) bagi pelajar baru di seluruh politeknik satu malaysia jikalau tidak silap. Selepas mereka pusing padang Politeknik Seberang Perai (PSP) mereka kena lari satu politeknik kerana mengadakan Explore Race kawasan baru yang belum pernah mereka jejaki. Oleh itu, aku dapat lihat mereka bersepah di sana sini dengan memakai baju PoliBriged iaitu berwarna biru.

Sebelum itu, subjek yang perlu aku ambil pada semester ini sungguh mencabar kerana kelas terlalu padat macam tin sardin. Hari ini pagi sampai ke petang dan hanya rehat sejam sahaja kelasnya. Tetapi Penasihat Akademik (PA) aku memberitahu bahawasanya hanya ada tiga subjek sahaja untuk Peperiksaan Akhir dan selebihnya hanyalah Pembelajaran Berterusan sahaja. Kesemuanya 9 subjek dan kemungkinan akan menjadi 10 kerana satu lagi untuk tambah ialah Malaysian University English Test (MUET).

Tarikh pendaftaran MUET bagi sesi Sesi November 2012 akan dibuka pada 19 Julai 2012 untuk pelajar Politeknik Seberang Perai. Semoga aku berharap aku dapat mendaftar MUET dan segalanya berjalan dengan lancar kerana politeknik selalunya terhad untuk pelajar. Yang mana datang awal dan beratur akan diberi peluang dan datang lambat tidak mempunyai apa-apa peluang untuk daftar. Diharapkan tiada masalah apa yang berlaku ketika aku hendak pergi daftar kelak. Amin...


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

10 July 2012

Cara Menghindari Mengantuk

Pernah atau tidak anda alami mengantuk tahap gaban, sedangkan ketika itu ada benda yang penting yang anda perlu lakukan dan siapkan, seperti siapkan kerja, sedang memandu kereta, atau sedang di telefon bersama kekasih pada waktu malam dan selanjutnya. Disini aku hendak memberi beberapa tips serta cara-cara untuk menghindari mengantuk yang paling terbaik sekali. Sila baca ayat di bawah ini dengan teliti...

1) Menyanyi kuat-kuat lagu kegemaran anda walaupun anda tahu suara anda itu memang 'menyumbangkan' lagu yang anda nyanyi itu.

2) Kalau anda tengah memandu, bunyikan hon banyak kali. Bukan sahaja anda tidak mengantuk malah semua pengguna jalan raya pun turut serta tidak akan mengantuk sekali.

3) Kalau dalam mesyuarat / meeting, anda cuba menutup mulut agar tidak nampak anda menguap tetapi mulut itu hendak menguap juga banyak kali sehingga bos anda sudah jeling-jeling. Apa kata anda bangun dengan selamber badak dan ajak semua ahli mesyuarat / meeting itu melakukan senaman ringan / exercise sekali.

4) Susah apa... anda cucuk sahaja biji mata itu pasti biji mata itu akan terbuka luas kerana kesakitan.

5) Apa lagi... perlilah cuci mata. Maksudnya pergi basuh mata. Hehehe... kena air teranglah mata itu.

Anda mungkin agak mengantuk membaca entri ini dan daripada anda menguap depan komputer / laptop anda itu. Lebih baik anda lakukan cara seperti di atas ini supaya mengantuk anda itu akan hilang dengan segera tanpa sebarang masalah. Cubalah kalau berani cara menghindari mengantuk ini. Dengan penuh keyakinan anda akan terasa tidak mengantuk lagi. HEHE!


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Tidak Perlu Lepak Kalau

Selalu kita lihat situasi ini dekat kedai mamak, kedai makan, gerai tepi jalan dan selain daripad aitu ada kumpulan / group yang lepak tetapi serupa macam tidak lepak sebab apa? Sebab masa lepak masing-masing buat perkara yang tidak patut dibuat apabila melepak. Baik tidak perlu lepak kalau...

1) Masing-masin main telefon bimbit / handphone.

2) Masing-masing diamkan diri.

3) Masing-masing bawa awek pergi lepak sekali.

4) Masing-masing bergaduh pasal bola.

5) Masing-masing bertegang urat nak tegakkan pandangan sendiri.

6) Masing-masing sibuk buat kerja lain.

7) Masing-masing nak berlagak dengan gajet baru dibeli.

8) Masing-masing hendak cerita pasal bisnes baru.

9) Masing-masing memesan / order tetapi apabila bayar masing-masing diam.

10) Masing-masing ungkit pasal hutang lama.

Masing-masing buat hal segalanya dan tidak bekerjasama apabila dalam lepak. Baik tidak perlu lepak kalau macam itu kerana ada sesetengah masing-masing nak tunjuk terer, makan hati, kutuk sana sini dan bergosip bagai serta selanjutnya. Jadi mesti anda terfikir kenapakah perlu lepak? Lu fikirlah sendiri. HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

09 July 2012

Persamaan Cinta dan Kentut

Pernah ataupun tidak anda dengar mengenai persamaan dengan cinta dan kentut? Jikalau tidak pernah dengar. Aku hendak beritahu bahawa cinta dan kentut ada banyak persamaan. Sebelum anda hendak kata nampak macam mengarut sahaja pada topik ini, sila baca dekat bawah ini dan akan menyatakant entang persamaan cinta dan kentut.

1) CINTA tanpa rasa bukan cinta namanya. Begitu juga KENTUT tanpa bau bukan kentut namanya.

2) CINTA jika ditahan sengsara jiwa. Begitu juga KENTUT jika ditahan-tahan menderita dirasai.

3) CINTA dan kentut membuat orang kesal. Begitu juga cinta dan KENTUT membuat orang senang.

4) CINTA berupa membuat orang terbuai. Bahkan KENTUT juga mampu membuat orang terkulai.

5) CINTA selalu didiam-diamkan tak terungkap. Apatah lagi KENTUT menang tidak diakui terkentut.

Daripada ayat di atas anda mungkin nampak persamaan cinta dan kentut bukan? Anda jikalau hendak tahu mengenai cinta, anda perlu tahu tahu mengenai kentut dan begitu juga disebaliknya kerana mempunyai persamaan yang ketara. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Tanda-Tanda Anda Pokai

Pokai bermaksud tiada duit mahupun wang, adakah anda di kategori sebagai pokai? Tetapi selalunya apabila tiba hujung bulan ataupun terlalu boros membelanjakan wang / duit kemungkinan anda menjadi pokai sekejap. Di bawah ini ada beberapa tanda-tanda anda pokai...

1) Terpaksa bahagikan mi segera kepada dua, sekerat untuk makan tengah hari dan sekerat lagi simpan untuk makan malam.

2) Semak dan check semua duit dekat mesin ATM yang ada, sydag dapat keluarkan RM10 sudah nikmat bagi anda.

3) Pesan / order air panas sahaja dekat kedai mamak, bawa sendiri pek kopi tiga dalam satu dan selamber sahaja bancuh.

4) Harga barang yang dibeli kurang sepuluh sen dan anda cuba buat muka sepuluh sen untuk cover balik.

5) Cuba kelebet beg dompet duit berkali-kali dan menyeluk di semua poket yang ada, mana hendak tahu kot-kot terjumpa duit yang terselit.

Jikalau perkara di atas ini sama seperti anda. Memang sah anda sedang pokai sekarang ini kerana kemungkinan anda tidak bijak membelanjakan wang / duit mahupun sebaliknya. Adapun hutang terlalu banyak juga menyebabkan anda pokai. Jadi sentiasalah berhati-hati dengan duit / wang ini supaya anda tidak menjadi pokai. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Pasar Malam Waktu Hendak Tutup

Pasar malam waktu hendak tutup? Mesti ramai orang suka pergi. Bukan anda sahaja, aku dengan kawan-kawan aku pun sama jugak dua kali lima macam anda suka pergi pasar malam waktu pasar malam hendak tutup. Anda yang suka itu pasti tahu sebab dan kenapa. Untuk yang mana tidak tahu itu, mari sini aku hendak beritahu kenapa orang suka pergi pasar malam waktu hendak tutup.

1) Pasal peniaga akan jual makanan dengan harga murah. Contohnya nasi lemak seringgit tiga bungkus, padahal harganya sebungkus itu seringgit.

2) Sudah jual murah-murah itu ada pula yang hendak memberi secara percuma lagi. Kononnya hendak bersedekah, padahal makanan itu hendak dihabiskan pasal tidak laku.

3) Senang sahaja nak cari ruang tempat meletak kenderaaan ataupun parking. Kalau tidak kena letak kenderaan jauh-jauh, letih nak berjalan.

4) Dapat elak tambahkan dosa dengan memaki hamun apabila tempat meletak kenderaan / parking tidak ada.

5) Barang banyak sudah habis jadi duit pun selamat la sedikit. Nafsu yang tadi nak makan dan beli macam-macam pun dapat la dikurangkan serta mengelakkan pembaziran.

6) Lalauan dalam pasar tidak ada la sesak sangat dan tidak perlu la bergesel-gesel dengan orang lain serta pencopet yang selalu ada menunggu mangsa.

7) Tidak perlulah ikut kerenah keluarga yang hendak berjalan sampai hujung pasar pasal sudah boleh agak hujung-hujung pasti sudah bungkus barang hendak balik.

Kalau anda tidak percaya anda boleh pergi ke pasa rmalam diwaktu hendak habis ataupun hendak tutup pasti kemungkinan anda akan mendapat percuma ataupun dengan harga murah iaitu setengah harga atau sebaliknya. Kalau nasib anda malang dan selalu target hendak pergi selalu waktu hendak tutup dan kemungkinan anda berjumpa dengan kerak sahaja kerana selalunya kedai yang sedap akan habis dan yang tidak sedap akan ada disitu. HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

08 July 2012

Pekerjaan Ahli Gusti Selepas Bersara

Gusti atau dalam bahasa inggeris yakni english language ialah wrestling terdiri daripada seorang yang gagah perkasa, badan berketu-ketul dan mampu bergaduh dengan selamber dan rileks sahaja... tetapi sekuat mana pun mereka ini, pasti akan menjadi tua, anda pernah terfikir atau tidak apa pula nanti yang mereka buat selepas bersara daripada bergusti ini? Mari kita lihat pekerjaan ahli gusti selepas bersara ini...

UNDERTAKER
Seorang yang mempunyai perwatakan ganas, seram dan misteri. Pekerjaan yang sesuai lepas bersara ialah penggali kubur ataupun tauke rumah hantu dekat funfair ataupun pesta.

HULK HOGAN
Mempunyai trade mark mengoyakkan baju bila berada dalam keadaan marah. Bagi sahaja dia kerja kupas kepala, setidak-tidak pun kopek durian sahaja. Pastikan dia tengah marah, baru senang sikit dia hendak kupas.

THE ROCK
Sebelum bergusti suka sangat jerit. "The Rock cookin." Dah bersara kerja yang sesuai kat mat rock ialah tukang masak, setidak pun jadilah tauke lembu sebab ada tatto kepala lembu dekat lengan dia ataupun promoter konsert rock sebab nama dia The Rock.

STONE COLD
Mamat ini muzik permulaan atau intro dia bunyi kaca pecah sahaja. Bila bersara suruh dia buka kedai jual cawan, boleh buat party tupperware, makcik-makcik mesti suka kalau siStone Cold ini jadi jurucakap.

BIG SHOWS
Mamat bagak ini kalau sudah bersara sesuai jadi jaga. Anda banyangkan kalau si Big Show ini jadi jaga bank. Ada ke tidak orang hendak rompak bank tersebut?

Ahli gusti yang tidak dapat disenaraikan, kemungkinan mereka telah mendapat kerja lain yang lebih sesuai untuk mereka dan kemungkinan kerja yang mereka lakukan itu mereka bekerja sembunyi-sembunyi jadi aku tidak tahu sangat yang selanjutnya. HEHE! Apa-apa pun sekuat mana anda pun, seperkasa mana anda pun. Anda mungkin akan menjadi tua. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

06 July 2012

Makanan Bajet

Apa makanan kegemaran rakyat Malaysia di hujung bulan apabila melihat dua-dua belah poketnya kering kontang dan dipenuhi oleh habuk sahaja kerana tidak menyelup tangan untuk melihat duit di dalam poket setelah mengetahui gajinya makin habis... dan yang dalam erti kata lain ketika menanti dapat gaji pada hujung bulan.

MI SEGERA
Masa ini mi segeralah satu-satu makanan yang paling sedap dengan pelbagai perisa. Masa makan itu cuba banyangkan sedang namakan mi kari ke, asam laksa ke... janji kenyang.

ROTI CANAI
Walaupun roti canai dah naik harga, ada kedai mamak yang letak harga RM1 namun nilainya masih dalam bajet bagi mereka yang isi poketnya hampir kontang.

ROTI KRIM
Emmm... sebelum ini roti krim rasa kesat sahaja dekat anak tekak nak makan tetapi masa beberapa hari tunggu gaji masuk, roti krim la menjadi makanan yang paling lemak berkrim. Tidak jenama apa sekali pun, yang penting sapu jelah.

BISKUT LEMAK
Hush! Dapat makan biskut lemak cecah kopi O atau teh O memang jmenyelerakan. Kalau dekat pejabat, siapa yang ada biskut lemak pasti popular dan rmaai member mengendeng dekat.

NASI LEMAK BUNGKUS
Nasib baik restoran kat situ ada jual nasi lemak bungkus. Walaupun cipu sahaja nasinya dan hanya ada sambal dan sehiris nipis telur rebus, itu pun sudah cukup memadai untuk mengisi perut.

BURGER
Burger ini yang hanya boleh didapati di gerai burger tepi jalan. Balik kerja singgah beli burger untuk dinner, rasa macam makan burger kat restoran makanan segera. Kutip duit syiling yang ada untuk beli burger di gerai.

NASI PUTIH DENGAN KICAP DAN TELUR MATA KERBAU
Yang ini lagi jimat, masak nasi kemudian goreng telur mata kerbau. Tuang kicap, makan pun berbunyi mengecap-ngecap. Sedap!

Makanan bajet ini merupakan makanan yang paling sedap dan best sekali di dalam semesta jikalau tidak mempunyai wang mahupun duit kerana gaji yang tidak begitu banyak dan makan pun boleh tahan jugak hebatnya. Selepas itu, terpaksalah makan makanan bajet untuk bertahan sementara menunggu gaji pada hujung bulan dapat supaya dapat meliputi bajet harian balik.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Ragam Si Pembeli

Nama saya ShakRoil eWanT... Kerja aku bukan model ubat gigi mahupun model iklan sabun mandi. Walaupun aku hanya berniaga baldi tetapi aku tidak peduli, yang penting aku tahu kerja itu tidak menyalahi undang-udang mana-mana negeri. Bukan cerita aku yang hendak aku kongsi tetapi tentang ragam si pembeli.

1) Ada yang datang sampai satu keluarga tetapi yang memberi hanyalah seorang diri sahaja, yang lain mungkin menjadi joki, membawa barang yang dibeli.

2) Ada pula yang datang bukan hendak membeli tetapi sahaja tanya harga pasaran terkini. Belinya belum tentu lagi tetapi caranya tanya macam hendak beli satu lori.

3) Ada yang datang senyum terukir sendiri. Bila dengar harga terus bertukar posisi, dari duduk terus berdiri, dari berdiri dibuat-buatnya nak lari.

4) Ada juga yang terlebih jati diri. Tidak dilayan nanti takut kecil hati, semua dia hendak tanyua macam nak buat sendiri tetapi sibuk bertanya dari tadi... barang itu ini tetapi tidak juga beli-beli.

5) Ada yang mari bila ada panggilan tersendiri. Bukan barang yang diingini tetapi 'body' yang menarik hati, sentiasa melekat di sisi, tidak berkedip mata hati, tetapi barang tetap juga dia tidak membeli.

6) Ada juga perangai busuk hati. Saling membenci saling mendengki, barang yang elok dikatanya tidak boleh pakai lagi, bila diperiksa dengan teliti rupanya memang ada niat hendak tukar cara free.

Bermacam ragam si pembeli ini jikalau diperhatikan dengan lebih teliti. Dari kanan dan kiri bermacam-macam karenah yang diberi. Kadang kala kita sendiri tidak dapat melayani. Sehinggakan mereka buat kepala sendiri sehinggakan pembeli meluat akan kedai ini tetapi datang juga bila ada promosi.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

05 July 2012

Kategori Takut Ke Tandas

Sebab asbab kenapa anda, couple anda, adik anda, kakak anda, abang anda, kawan anda, adik kepada kawan anda dan kawan kepada adik anda serta sesiapa sahaja apabila ditanya kenapa takut hendak ke tandas mahupun bilik air sorang-sorang. Inilah jawapan yang anda semua bagi...

1) Takut kena sakat hantu, itu pun lepas menonton cerita hantu.

2) Takut kena marah dengan cikgu tetapi selalnya cikgu marah kalau diwaktu peperiksaan. Lima minit sekali muka anda sahaja yang ulang alik pergi ke tandas.

3) Takut kena marah dengan bos. Apa hal takut dengan bos? Pasal anda ada buat hal kan?

4) Takut kena marah dengan pemandu bas. baru lima kilometer jalan dah suruh berhenti. Bila hendak sampai pada masanya.

5) Takut kena marah dengan orang belakang semasa menonton wayang.

6) Takut kena intai, selalu jadi dekat kawasan kampung yang jambannya di luar rumah.

7) Takut lipas, cacing dan sebagai serangga. Ini jangan kata anda... aku pun takut. Hahaha...

Pelbagai-bagai lagi kategori takut ke tandas ini jikalau kita dapat lihat dan cuba anda perhatikan kawan anda kalau anda duduk asrama. Pasti malam-malam rakan anda yang hendak pergi ke tandas terpaksa kejutkan anda untuk pergi bersama. Tambahan pula anda juga takut, bunyi sedikit sudah lari lintang pukang. Haha!

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Musim Hujan Tengkujuh

Sekarang ini kerap hujan di tempat aku ini iaitu di Pulau Pinang Pulau Mutiara ataupun dikenali sebagai Penang untuk sesetengah orang untuk di bahagian Georgetown dan juga Seberang untuk di bahagian Seberang Perai tetapi sekarang ini aku bukan hendak menceritakan mengenai sejarah mahupun latar belakang wujudnya Pulau Pinang ataupun apa yang pada dahulunya berlaku di Pulau Pinang.

Cerita sekarang ini yang aku hendak kongsikan ialah sekarang ini musim hujan iaitu musim tengkujuh. Kerap hujan berlaku di kawasan aku ini sehinggakan hujan begitu lebat selagi dan begitu sejuk sekali yang menyebabkan darjah celcius iaitu degree suhu semakin berkurangan sedikit daripada suhu biasa.

Cahaya matahari kehilangan disebabkan awan yang mendung dan tebal telah menutup cahaya matahari yang sebelum ini bersinar. Oleh itu, kemungkinan banyak baju tidak begitu kering dengan cepat tetapi kesejukan ini menyebabkan aku tidur dengan lena sekali pada hari ini.

Hujan merupakan rahmat yang begitu besar kerana dapat menyegarkan tumbuh-tumbuhan dan sekalian alam. Hujan juga boleh menyebabkan banjir disesetengah tempat yang tidak mempunyai sistem saliran longkang ataupun air yang begitu sistematik dan sempurna.

Apa-apa pun sebelum aku memulakan pengajian aku di Politeknik Seberang Perai (PSP). Ini bermakna aku duduk di rumah aku ini merupakan perkara yang seronok apabila tiba waktu hujan kerana aku dapat merehatkan minda dan diri aku ini di rumah sementara hendak memecahkan kepala otak dan kederat aku sendiri untuk belajar selama setahun lagi iaitu bersamaan 2 semester di Politeknik selepas tamatnya Latihan Industri dengan menghantar laporan latihan industri pada beberapa hari yang lepas.

Aku mengharapkan hujan ini dapat memberi rahmat yang begitu besar buat kita semua dan kepada yang bekerja di luar dan basah seketika ketika membuat kerja di luar seperti posman, dispatch, kontrak jalan dan lain-lain lagi. Jangalah merungut, carilah rezeki walau apajua keadaan kerana rezeki anda itu akan berkat.

Kepada yang duduk dirumah pula anda merasai nikmat yang paling indah kerana kesejukan yang melanda membuatkan anda rasa selesa sekali.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

04 July 2012

Sebab Lelaki Sentiasa Gembira

Orang lelaki selalu ambil mudah segala hal berbanding dengan orang perempuan dan disebabkan itu mereka ini sentiasa gembira. Kalau hendak tahu sebab-sebab lelaki sentiasa gembira? Bacalah di bawah ini sehingga habis dan anda akan mengerti kenapa dan mengapa serta sebab lelaki sentiasa gembira sentiasa.

1) Boleh "membuang" di mana-mana sahaja yang patut apabila terdesak.

2) Misai berserabut, janggut macam sabut pun masih ada perempuan yang minat dan suka.

3) Walaupun idea yang dibagi terlalu ciput dan nampak sedikit sahaja tetapi pujian yang hebat belaka serta kaw-kaw diberikan daripada sesiapa yang mendengarnya.

4) Boleh pakai sepasang kasut dan sepasang stokin sampai terkoyak rabak selagi tidak menjejaskan kesihatan mereka.

5) Boleh memakai baju dan seluar untuk percutian seminggu dimana-mana sahaja.

6) Ramai orang perempuan jatuh cinta kerana rupa dan muka lelaki yang original. Bukan ada yang touchup bedak atau beraksesori bagai.

7) Tidak perlu mengandung serta mengusung perut ke hulu dan ke hilir tanpa sebarang masalah.

Selalunya kita dapat lelaki tersentiasa tersenyum dan tersengih. Walaupun kadang-kadang kita tidak dapat melihat lelaki itu gembira kerana dari segi wajahnya begitu serius tetapi hatinya sangat gembira. Daripad perkara di atas tadi terdapat pelbagai-bagai lagi disebabkan lelaki sentiasa gembira dan mungkin ini sudah cukup untuk memaparkan sedikit kenapa lelaki gembira. Hehehe...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Persediaan Jika Berlaku Kemalangan

Apa yang perlu anda lakukan jika berlaku kemalangan dekat dengan anda secara tiba-tiba? Tidak kira anda melanggar kereta orang ataupun orang telah menlanggar kereta anda. Jadi anda perlukan persediaan jikalau berlaku kemalangan supaya persediaan anda itu berjalanan dengan lancar.

1) Pastikan anda bersedia. Tarik nafas dalam-dalam, kawal semua yang menggil agar anda tidak nampak lemah dan boleh dibuli.

2) Pastikan anda ada nombor telefon samseng kampung anda untuk persediaan melawan samseng atau kaki buli jalanan, tidak pun anda melakukan persediaan sahaja nombor 999 di screen telefon agar anda boleh tekan jika ada apa-apa berlaku.

3) Kalau anda yang bersalah, buat muka yang paling sedih dan menyesal agar tidak dimarahi.

4) Turun kereta, buat-buat lupa ingatan. Anda tanya dekat orang yang kemalangan dengan anda... dekat manakah ini? Siapa nama saya ini? Apa sudah terjadi? Pasti mereka akan tergamam.

5) Anda menangislah sekuat hati walaupun tidak cedera sebab kereta anda yang cedera teruk dan poket anda pun akan turut serta cedera parah. Huhuhuhu...

Oleh itu, anda sentiasalah harus bersedia untuk menghadapi kemalangan kelak supaya jikalau anda tidak bersedia dan anda tidak salah orang itu akan menyatakan anda salah juga disebabkan anda trauma disebabkan kemalangan tersebut atau sebaliknya. Persediaan amat penting untuk jikalau berlakunya kemalangan dan kita memang mengharapkan jauhi daripada kemalangan. Semoga segala malapetaka kita dapat tempuhi dengan baik sekali.


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

03 July 2012

Penyerahan Laporan Latihan Industri

lHari ini hari penyerahan laporan latihan industri untuk semua pelajar Latihan Industri sesi Disember 2011 bersamaan dengan tarikh 19 Disember 2011 sehingga 18 Mei 2012.

Penyerahan laporan latihan industri ini seperti pelajar perlu melapor diri setelah tamat latihan industri dan perlu menulis laporan mengikut garis panduan yang diberikan daripada setiap pelajar daripada institusi masing-masing.

Sebentar tadi aku bersyukur kerana penyerahan buku laporan latihan industri aku berjalan dengan lancar dan baik-baik sahaja tanpa sebarang masalah yang dihadapi dan aku mengharapkan juga akan datang juga seperti begitu kerana sekarang ini masih belum selesai kerana perlu melakukan pembentangan slideshow daripada apa yang kita lakukan daripada Latihan Industri daripada menghantar segala laporan Latihan Industri kepada Politeknik Seberang Perai (PSP).

Semasa aku hendak lapor diri untuk penyerahan laporan latihan industri, pensyarah perlu membuat semakan dahulu kepada semua pelajar, adakah membawa semua keperluan yang cukup untuk langkah seterusnya seperti Refleksi Mingguan, Buku Laporan Harian, Laporan Akhir siap berjilid, Sijil Tamat Latihan Industri dan kemungkinan ada yang lain-lain lagi.

Selepas tamat semakan daripada pensyarah, pensyarah akan memberikan seorang yang akan melakukan semakan dan kemungkinan akan mengendalikan proses pembentangan slideshow kelak. Seorang pensyarah akan menerima sebanyak 5-4 pelajar daripada beribu-ribu pensyarah. Mengikut nasib, jikalau dapat yang baik, sempoi, rancak dan lain-lain kemungkinan anda bernasib baik dan sebaliknya.

Selepas melakukan proses semakan yang dijalankan pada pukul 8.30 pagi sehingga 12.00 tengahari dilihatkan semuanya berjalan dengan lancar dan teratur tanpa sebarang masalah yang timbul dan jikalau mempunyai masalah itu, biasalah kekadang kesilapan organisasi, kesilapan pensyarah dan juga kesilapan pensyarah dan juga kesilapan berita semasa kerana tidak begitu tepat untuk panduan-panduan baru dan selanjutnya.

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!