Artikel Menarik

31 August 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 buat semua warga Malaysia. Negara ini telah mencapai kemerdekaan yang ke-55. Segala kemajuan telah dicapai sedikit demi sedikit dan diharapkan negara Malaysia ini maju dengan pesat sekali setanding dengan negara lain.

Tema atau slogan lagu ini ialah 1Malaysia "Janji Ditepati".

Untuk mengetahui dan membaca informasi yang lebih menarik anda boleh masuk ke dalam website Kerajaan iaitu Malaysia Merdeka. Di dalam itu terdapat pelbagai informasi tentang kemerdekaan negara kita ini iaitu negara Malaysia.

Semoga kemerdekaan ini dapat dikekalkan sampai bila-bila kelak dan diharapkan juga tiada anasir luar yang jahat untuk menjatuhkan negara Malaysia ini. Amin...

*Malam kemerdekaan ingatkan ingin menyambut Hari Kemerdekaan di luar akhirnya aku menyambut kemerdekaan di dalam mimpi kerana keletihan di siang hari... huhu...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Kasut Kasual Alaf Baru

Kasut kasual alaf baru ini dan kemungkinan nampak menarik dan sungguh tertarik..

Kasut baru berbentuk kaki yang agak menyeramkan juga...

Kalau anda diberikan kasut sebegini apakah pendapat anda? HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

29 August 2012

Hanif Idrus Segmen Menerjah

"Hanif Idrus Segemen Menerjah" merupakan tajuk yang agak gempak buat masa kini di dalam blog ini. HEHE! Hanya gurauan semata-mata.

Sebentar tadi aku dikejutkan oleh seseorang yang menghantar komen untuk menyertai Segmen yang telah dibuat oleh beliau iaitu blog Hanif Idrus melalui entri / post yang dibuat oleh beliau di sini...

Sempena mempunyai masa kepalangan ini aku telah menyertai Hanif Idrus Segmen Menerjah dengan sukahati dan gembiranya. Terima kasih juga kepada beliau kerana memwujudkan segmen seperti ini.

Menurut beliau segmen ini dapat menambahkan rakan/follower dan mengukuhkan pemahaman kita tentang dunia blogging dan selain itu segmen ini jugak membantu untuk meningkatkan traffic blog anda.

Jadi tunggu apa lagi, mari sertainya sekali di samping anda berblogging dengan entri / post yang lain.

Disini aku ingin tagged kepada rakan-rakan blogger yang lain iaitu:
Cik Miemy
dan sesiapa sahaja rakan saya yang telah membaca post ini.

Apa-apa pun memang terbaik segmen ini...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

25 August 2012

Cuti Raya Sudah Habis

Cuti raya lagi sehari setengah lagi untuk diriku ini dan lusa bermulalah balik pengajian aku di Politeknik Seberang Perai (PSP) untuk menuntut ilmu dan mengejar kejayaan di duniawi ini di samping itu mengumpul ilmu untuk akhirat juga.

Raya tahun ini hendak dikatakan terlampau gembira tidaklah juga dan nak dikatakan terlampau tidak gembira bukan juga. Aku raya dnegan bersederhana sahaja dan segala pakaian dan peralatan raya tidaklah terlalu semuanya baru. Gunalah selagi mana yang ada dan mampu. Jikalau tidak mampu kita faham-fahamlah sendiri dan jangan terlampau ingin semuanya baru.

Sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini aku telah kehilangan seorang rakan sekelas aku di Politeknik Seberang Perai kerana berlakukan eksiden di atas highway semasa arwah ingin pulang ke kampungnya Bruas, Perak. Arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya di atas jalan raya atas sedikit daripada Perhentian Alor Pongsu. Al-fatihah untuk arwah Izwan Kamal Bin Osmaniah.. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang yang beriman. Amin..

Pada hari ini pula selepas subuh aku dikejutkan pula bahawa abang aku kemalangan di jalan raya Seremban semasa ingin pulang balik ke Johor selepas beraya bersama keluarga aku di Pulau Pinang dan juga Taiping. Nasib baik dia tidak apa-apa dan semuanya selamat. Kemungkinan masih trauma dan sebagainya. Semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku lagi. Amin...

Semoga kepada semua yang ingin balik ke tempat masing-masing yang ingin memulakan pekerjaan, pengajian dan sebagainya. Diharapkan pulangkan dengan selamat dan jangan tertekan kerana cuti raya sudah habis. Apa-apa pun yang dimana memandu di jalan raya, jikalau mengantuk, slalah rehat di perhentian dan dapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalan anda itu. Dan dimana menunggang motorsikal, sila berhati-hati dijalan raya dan janganlah berlumba dan menghambat masa. Perlahan-lahan janji sampai dan jangan tergopoh-gapah...

Diharap semua selamat sampai hendaknya... Amin..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

23 August 2012

Di Sebalik Kuih Raya

Bila tiba hari raya... antara juadah yang wajib dihidangkan ialah kuih raya... Dari dahulu sampai sekarang ini, tidak pernah ketandusan kuih raya malah indeks di pasaran kuih raya semakin meningkat. Apa rahsia kehebatan yang boleh dirungkai dari benda yang bernama kuih raya ini? Mari sama-sama kita saksikan...

1) Tidak percaya apabila dikatakan bahawa kuih raya boleh dijadikan sebagai bahan ukuran? Zaman sekarang, mana-mana rumah yang ada banyak kuih raya maka automatik ia akan dilabel kaya. Maka konformlah dan pastilah kuih raya juga boleh dijadikan sebagai kayu pengukur.

2) Antara beban yang paling berat hendak difikirkan di Hari raya ialah masalah kuih raya. Masalah ini lebih spesifik jika jiran depan rumah lebih banyak kuih rayanya...

3) Kuih raya juga boleh menguji tahap kreativiti seseorang di mana kemampuan untuk membuat beberapa bentuk kuih yang beza dari segi rupa paras, warna dan bentuk tetapi rasanya tetap sama.

4) Satu keistimewaan yang terdapat pada kuih raya adalah nama kuih itu sendiri. Dari mana datangnya nama kuih sarang semut dan kuih batang buruk pun tidak tahu la tetapi itulah kehebatan kuih raya berbanding kuih-muih yang terjual di kantin sekolah.

5) Menjadi satu pertanyaan kepada budak yang datang beraya. "Nak makan kuih raya ke atau nak duit raya?" Jawapannya anda sendiri la jawab sebab anda sendiri yang buat.

6) Salah satu kenangan yang tidak akan dapat dijual beli dengan wang ringgit bila terkenangkan zaman dulu yang mana semua kuih dibuat sendiri. Zaman sekarang kuih raya bole dijual beli terutamanya di malam raya... konform dan pastinya murah.

Kuih raya ini satu kewajipan ketika beraya dan jikalau tiada kuih raya memang tidak sah kerana kuih raya inilah menjadi hidangan ketika ada tetamu atau pelawat datang ingin beraya di rumah anda dan menjadi hidangan ketika rumah terbuka selain daripada laksa, mee dan lain-lain lagi...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Terkenang Raya Dahulu

Raya dahulu dengan raya sekarang ini ada bezanya walaupun tidaklah banyak sangat, bila dikenang-kenang balik terasa macam sudah jauh perjalanan. Cuma kenangan yang ini mengikut pengalaman aku sahaja. Kalau yang lebih tua itu mungkin ada banyak lagi yang berlainan...

1) Tidak boleh hendak tidur malam sampailah ke pagi raya sebab terlampau teruja hendak pergi solat raya. Bukannya hendak solat sangat pun, sebenarnya hendak jumpa dengan kawan-kawan.

2) Rasa serono habis bila dapat baju Melayu baru dan tidak sabar-sabar hendak tayang dengan rakan sebaya. Tambah hendak lagi apabila pakaian baru itu didatangkan dengan kasut baru.

3) Datang ke masjid dengan niat hendak pekena orang-orang datang solat. Ikat selipar dia orang dengan mercun tarik. Sampai melompat mencarut pun ada apaila meletup.

4) Sanggup berbasikal ramai-ramai ke kampung berdekatan sebab hendak kumpul duit raya. Tidak ada basikal, jalan kaki pun jadilah. Askar-askar yang digeruni orang bila tiba raya.

5) Tiap-tiap pagi raya mesti ada rancangan sarkas dekat TV. Tengok sekejap-sekejap sahaja sebab bila kawan ajak beraya, terus ghaib sampai malam.

6) Rasa janggal bila tengok mak ayah bersalam sambil menangis sakan. Selalunya mak yang menangis, ayah "cool" sahaja. Tidak faham apa sebab diorang menangis.

Kenangan raya begitu banyak dan serupa seperti pengalaman yang sentiasa mengajar kita melihat sesuatu yang baru apabila kita dihadapan kelak dan kenangan itulah yang membuatkan kita tersenyum seorang diri dan kita tidak akan mungkin akan berpatah balik...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Selamat ke Hari Raya?

Kita selalu ucap selamat hari raya tetapi betul ke kita selamat tiba hari raya? Kalau ada salah satu benda yang kita buat macam di bawah ini, selamat ke hari raya kita?

1) Main mercun buatan sendiri sampai "terletup: putus tangan putus kaki. Macam mana hendak beraya lepas itu?

2) Merempit dengan kawan apabila kebenaran bawak motor abah sebab hendak tunjuk handal pada awek sampai eksiden patah-riuk sana sini. Belum sebut pasal mati lagi.

3) Pandai-pandai pergi pinjam ceri haram sebab tidak sanggup beraya ala kadar dan takut diejek jiran. Cukup masa nanti terpaksa belajar ilmu mengghaibkan diri sebab takut dikejar ceti.

4) Ikut pakwe pergi beraya sana sini naik motor naik kereta. Dibuatnya dibawa "kenduri" raya dalam hutan dengan kawan-kawan dia, selamat sangatlah hari raya anda.

5) Tiba-tiba jadi fobia dengan suara orang bagi salam hendak-hendak suaranya halus-halus. Teringat dompet yang kian susut sebab banyak beli persiapan ryaa. Kali ini menghadap serangan budak bertandang pulak. Kehkehkehkeh!!!

Jadi anda perlu berfikir sejenak, adakah selamat ke hari raya anda itu jikalau anda tidak melakukan perkara yang boleh menghabiskan model duit dan diri untuk raya dan diri sendiri sehingga membazir dan lain-lain lagi...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Fesyen Di Hari Raya

Sebut pasal raya, antara yang jadi perhatian sudah tentulah pakaian. Ada yang bertema, ada yang berkonsep, ada yang itu, ada yang ini... tetapi kalau anda hendak cuba pakaian yang aku cadangkan macam kat bawah ini, dipersilakan...

1) Bagi yag tidak suka dengan kehadiran budak-budak meminta duit raya, anda boleh memakai baju maskot gorila. Konform dan pasti mereka tidak akan datang untuk meminta duit sebab gorila tidka ada duit.

2) Dengan memakai sari, anda tidak perlu risaukan orang datang ke rumah untuk berhari raya. Cuma pastikan yang anda adalah wanita disebabkan kalau anda jantan pakai sari, memang hendak kena kaki.

3) Untuk yang hendak memeriahkan suasana hari raya pulak, dicadangkan supaya anda memakai baju badut sarkas supaya mood dan feel kelakar maut dalam diri anda timbul. Itupun kalau kelakarlah!

4) Anda jenis yang suka warna-warna ceria? Apakata anda letak TV LCD di sekeliling tubuh anda. Macam-macam warna ada dan sentiasa berubah-ubah.

5) Jikalau anda sukakan satu warna sahaja, cuba guna warna putih sebab putih itu suci macam hari raya yang suci. Jangan guna kain kapan sebab itu tandanya anda sudah mati.

Bermacam-macam lagi fesyen di hari raya ini kalau hendak dikaji dan diteliti dan anda sendiri pun boleh perasan ketika anda balik raya. Anda boleh lihat pelbagai-bagai fesyen yang ada di waktu raya ini. Ada yang pelik, ada yang segak, ada yang kemas, ada yang huduh dan sebagainya...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

17 August 2012

Anggota Tubun Badan dan Puasa

Puasa bukan sahaja bererti setakat menahan lapar dan dahaja tetapi anggota tubuh badan juga wajib berpuasa yakni dari kepala hingga ke kaki...

KEPALA
Dalam kepala ada otak... jadi pastikan otak itu berfikir tentang hal-hal positif sahaja, yang negatik jangan sesekali ye.

MATA
Dari kepala turun ke mata... tolong jangan pandang dan jeling yang bukan-bukan terutama kategori seksi, nanti seksa jadinya.

TELINGA
Tolong jgan pasang telinga dari mendengar umpatan, kutukan atau kejian dan sebagainya sebab orang yang mendengar itu sama sahaj dosanya dengan tukang cakap itu.

MULUT
Bukan jaga mulut dari makan dan minum tapi jugak menjaga dari mengumpat atau menceritakan keburukan orang. Adalah lagi bagus dan best kalau layan baca al-Quran.

TANGAN
Jangan panjangkan tangin ambil hak orang lain tanpa izin atau menggatal sentuh yang bukan muhrim... haram. Kawal juga jari di tangan dari menggali lubang-lubang di tubuh badan.

KAKI
Kawal kaki dari melangkah ke tempat-tempat maksiat. Kan lebih baik diperbanyakkan menapak ke surau atau masjid.

Jadi jagalah anggota tubuh badan pada bulan puasa dan ramadhan ini supaya puas anda menjadi begitu sempurna tanpa diselit dengan dosa-dosa kecil dan sebagainya... amin...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Keajaiban Di Bulan Puasa

Jika perkara-perkara di bawah ini berlaku sepanjang bulan pausa tahun ini maka akan terjadilah satu keajaiban yang luar biasa berbanding dengan bulan-buan puasa tahun sebelumnya. Keajaiban apakah itu? Jeng... jeng... jeng... cer baca, cer baca...

1) Bazar-bazar ramadhan kelihatan lengang. Peniaga dan pembeli boleh dikira.

2) Majsid-masjid sentiasa penuh semasa solat tarawih. Makin nak raya makin penuh.

3) M.C. dan surat akaun gastrik tidak menjadi rebutan.

4) Dalam semak, dalam stor tidak kelihatan lagi orang memonteng puasa.

5) Kedai kain, tukang jahit dan kedai jual kuih raya tidak mendapat sambutan.

6) Kurma dan bubur lambok tidak laku.

7) Berita dan surat khabar tiada laporan mengenai putus anggota badan gara-gara main mercun.

8) Juadah semasa berbuka hanyalah air kosong sahaja.

9) Tiada lagi alasan apabila diajukan soalan tentang qiamullail dan sahur serta jawapan "miss" diberikan.

10) Para perokok tegar meninggalkan terus tabiat merokok selepas bulan puasa.

11) Yang paling ajaib.. tiada iklan mengiurkan yang ditayangkan di TV mahupun di hotel-hotel. Bulan tidak puasa tidak pulak diorang buat iklan-iklan macam ini!!!

Keajaiban ini dapat dilihat pada bulan puasa dan ramadhan sahaja tanpa perlu dilihat pada hari-hari lain. Dan keajaiban ini lagi menyerlah jikalau benda-benda di atas ini semuanya tidak berlaku. Jadi fikir-fikirkanlah sendiri...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

12 August 2012

Pantun Puasa

Selamat berpuasa pada anda semua, selamat berniaga pada peniaga, selamat bermal kepada umat Islam. Puasa-puasa juga, amalan lain jangan lupa buat. Puasa penuh sembahyang longgar pun tidak guna juga. Sementara menunggu waktu berbuka cuba anda main berbalas pantun dengan adik anda, mesti best...

Dua tiga kucing berlari,
Gunung Daik bercabang tiga,
Waktu baru masuk tengah hari,
Bazaar Ramadhan sudah nampak muka dia.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Tinggi-tinggi si matahari,
Sebut puasa terus mengah,
Dengar azan terus berlari.

Pisang emas dibawa belayar,
Nasi lemak buah bicara,
Hutang puasa sudah habis bayar,
Zakat jangan buat-buat lupa.

Tanam pinang rapat-rapat,
Papan di Jawa saya dirikan,
Bersahur itu adanya berkat,
Kalau pukul sepenuh sudah jadi sarapan,

Buah cempedak di luar pagar,
Tuai padi antara masak,
Kalau puasa memanglah lapar,
Tahanlah sikit kan sudah jadi bapak budak.

Pantun puasa ini sungguh sesuai jikalau anda jadikan untuk bermain lawan-lawan pantun bersama rakan-rakan atau sesiapa sahaja jikalau mempunyai masa lapang dan tidak tahu hendak membuat apa...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Di Sebalik Puasa

Kenapakah perut lapar? Kenapakah tidak boleh minum pula? Kenapakah tidak boleh mengumpar, melihat benda yang bukan-bukan? Kenapakah tidak boleh pulak??? Ooo... bulan pasa laaa... patut la magik betul bulan puasa, semua jadi baik. Ada juga perkara-perkara misteri di sebalik puasa. Sementara anda menunggu waktu berbuka, mari baa serba sedikit perkara-perkara di sebalik puasa.

1) Antara kelebihan puasa ialah dapat mengubah perasaan seseorang... ada yang gembira, terharu, bersyukur kerana dipanjangkan umur dan ada juga yang mula resah serta risau takut dipendekkan umur hanya kerana tidak dapat makan di siang hari.

2)
Klinik antara destinasi yang mendapat tempat di kalangan masyarakat yang mempunyai masalah sistem perut. Surat akuan penyakit gastrik menjadi lesen besar untuk membeli nasi di siang hari. Ingat, dekat akhirat surat itu tidak laku yer!

3) Mula mencari-cari kembali kopiah dan al-Quran yang sudah berhabuk serta alamat terkini masjid yang berdekatan. Secara automatik dapat menghafal penuh waktu maghrib dan subuh.

4) Kelihatan kanak-kanak lebih menghargai jari-jemari kerana dalam bulan puasa juga jari jemari mereka akan menjadi korban tertinggi kerana tersalah bakar mercun berpakej dengan jari.

5) Timbulnya kebolehan berniaga di kalangan makcik di pejabat untuk menjadi taikun kuih raya. Bagi penjuak kuih sedia ada erba sedikit dapat mengkreatifkan bakat yang ada. Sebagai contoh satu adunan kuih mampu menghasilkan lima jenis kuih berbeza nama dan rupa tetapi rasanya sama.

6) Para perokok mampu tidak merokok di siang hari tanpa ada sebagai iklan, sebarang ubat dan sebarang ugutan. Akan tetapi bila kedengaran sahaj azan tangan mula menggeletar macam nampak malaikat maut dekat depan batang hidung.

Di sebalik puasa ada pebagai-bagai benda di dalamnya dan pelbagai-bagai ragam di dalamnya serta lain-lain lagi. Di bulan puasa ini kita dapat melihat pelbagai-bagai berita yang baik dan tidak baik. Diharapkan yang baik berkekalan yang tidak baik dijauhi...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Puasa Ke Adat?

Anda rasa gembira apabila bulan puasa datang lagi? Terperciknya kegembiraan apabila menjelang bulan Ramadhan al-Mubarak sebab ada yang mengambil peluang hendak mengerjakan dan menambahkan amal ibadah di bulan puasa dengan sempurna dan ada jugak yang sekadar menganggapnya adat...

PERTAMA
Bangun sahur memang mengikut sunnah tetapi apa maknanya kalau melantak dua tiga pinggan mengisi tangki sampai penuh. Itu pun kalau ada selera, kalau tidak lebih baik membuta sampau subur lebur entah ke mana.

KEDUA
Banyak PARAM (Pasar Ramadhan) yang bersepah-sepah untuk memenuhi nafsu makan anda. Ini adalah acara kemuncak setiap hari di bulan puasa sehingga tahap kena sambung meja untuk letak makanan.

KETIGA
Dapat balik kerja awal dari bulan-bulan puasa. Masa itu apa lagi tidurlah sementara hendak menunggu waktu berbuka.

KEEMPAT
Dapat tukar-tukar juadah berbuka puasa dengan jiran. Memanglah dapat pahala tetapi lepas makan perut sudah kenyang siap kututk jiran punya lauk. Burp!!!

KELIMA
Pergi tarawih sebab kedatangannya setahun sekali dan hendak tunjuk muka sahaja. Dua tiga hari je rajin ke surau dan selepas itu tidak nampak batang hidung pun.

KEENAM
Kalau tidak tahu hendak makan apa, nak masak apa, nak beli apa sebab hari-hari menu yang sama atau pun nak jimat bajet sebab nak beli baju galamour yang ditempah... berbukalah di masjid, dapat makan free lagi.

Puasa ataupun adat? Anda yang menentukan sendiri...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Niat Seorang Yang Tersembunyi

Niat seorang seseorang memang macam-macam dan ianya bersembunyi dan tidak siapa yang tahu dan boleh melihat kalau orang itu tidak bagi tahu kecuali dia sahaja yang tahu. Berniat seorang tetapi tidak lakukan bila berpeluang itulah sebaiknya. Kalau anda ada terlintas niat serong, fikir la lapan belas kali sebelum laksanakannya... awas!!!

BAKAL AKAUNTAN
"Bila aku menjadi akauntan nanti aku songlap duit, pasti pepandai la aku balancekan akaun itu... nama pun akauntan kan."

BAKAL PEMAIN BOLA SEPAK
"Bila sudah menjadi pemain professional esok aku main ala kadar sahaja sudah la... main bagus pun gaji sama sahaja dengan pemain lain."

BAKAL SUAMI
"Bila khawin dengan dia nanti... lepas habis duit dia aku kebas, harta dia bertukar nama, aku ceraikan la. Aku bukan nak dia tapi harta dia sahaja."

BAKAL MENANTU
"Bila sudah kahwin nanti tahu la aku hasut suami aku itu supaya hantar mak dia ke rumah orang-orang tua. TIdak sanggup aku hendak menjaganya."

BAKAL KETUA KAMPUNG
"BIla aku sudah menjadi ketua kampung nanti lantak la mereka... yang penting aku dapat elaun dengan projek."

BAKAL DREBAR BOS
"Bila dapat kereta mewah bos nanti boleh la aku berlagak macam harta sendiri dekat orang kampung, mereka bukan tahu pun."

BAKAL BERPUASA
"Bila sudah bermula bulan puasa nanti aku hendak jumpa doktor minta surat sakit gastrik. Sakit gastrik kan tidak boleh berlapar."

BAKAL PENULIS BLOG
"Walaupun sudah berpunya, bila menjadi penulis blogger yang paling glamour sudah tentu ramai awek minat... maka aku cakap la belum kahwin lagi supaya lebih ramai awek suka masuk baca blog aku."

Terdapat pelbagai-bagai lagi niat seorang yang boleh anda lihat dan kaji sendiri tanpa perlu diberitahu kerana niat serong ini kemungkinan berlaku kerana kekadang kita ternampak benda yang menarik dan menyebabkan niat menjadi seorang seketika...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Puasa Yang Bukan Puasa

Bukanlah aku yang berhak menentukan kesahihan puasa tetapi jika dilihat memang ada banyak jenis puasa yang boleh dianggap sebagai tidak berpuasa sebenarnya. Puasa tetapi bukan puasa, macam mana tu?

1) Puasa tetapi pukul lapan pagi sudah menghadap sarapan.

2) Puasa tetapi pakai baju ketat sana sini bagi yang perempuan.

3) Puasa tetapi asyik sibuk berkumpul mengumpat sakan.

4) Puasa tetapi tidak bersolat untuk tebalkan iman.

5) Puasa tetapi banyak habiskan masa dengan rancangan hiburan dan bukannya ingat Tuhan.

Nampak sahaja berpuasa padahal tidak dan perkara ini anda yang menentukan sendiri kerana anda tahu dan orang lain tak tahu. Itu urusan diri anda dengan yang Maha Esa dan setiap manusia lain hanya menegur dan mecegah anda jikalau ternampak... Apa-apa pun banyakkan beribadat ketika di bulan puasa ini...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

11 August 2012

Alasan Tidak Berpuasa

Tidak payah dan perlu hendak cakap banyak kalau payah dan perlu hendak tulis kata-kata aluan yang berjela-jela, anda baca sahajalah alasan-alasan tidak puasa di bawah ini sahaja, semoga kita semua tidak menjadi macam mereka ini...

1) "Saya ada penyakit gastrik... Kalau tidak percaya, tengok surat pengesahan doktor yang saya baru beli minggu lepas ini."

2) "Saya ingat ini bulan Muharam, rupanya bulan Ramadhan! Patutlah ada orang sebut "dan-dan" dekat saya tadi. Ingatkan mereka sebut nama saya pasal nama saya Hamdan."

3) "Saya dah banyak puasa sunat bulan Rejab, kira ganti untuk bulan Ramadhanlah itu. Tidak boleh ke saya buat macam itu?"

4) "Saya nampak banyak makanan terbiar di atas meja lepas sahur malam tadi. Saya pun makanlah sebab tidak hendak membazir. Membazir itukan amalan syaitan?"

5) "Jadi saya berdarah tadi sebab terpotong dengan kertas. Terus batal puasa saya. Orang perempuan keluar darah itu tidak puasa, boleh pulak? Ini satu diskriminasi" (Wak luuu!!!)

Bermacam-macam lagi alasan orang yang tidak berpuasa ini dan pelbagai-bagai lagi perkara-perkara yang boleh dijadikan sebab mereka untuk tidak berpuasa dan ini merupakan taktik dan muslihat yang dicakapkan dan dilakukan untuk menyelamatkan diri dariapda tertangkap dan selanjutnya...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Misteri Bulan Puasa

Walaupun di bulan puasa, tidak semestinya anda tidak boleh berjumpa perkara misteri ini. Berikut disenarikan benda-benda misteri yang selalu kita jumpa apabila tiba pada bulan puasa iaitu bulan ramadhan...

1) Pekerja-pekerja lelaki yang tidak sepatutnya duduk dekat pejabat, asyik hilang-hilang macam biskut. Alasannya solat sunat padahal sebelum ini solat pun tidak pernah.

2) Terdengar bunyi pinggan berlaga dan kipas berpusing dengan sendirinya dalam kedai yang tertutup. Siap ada bau megi goreng lagi!

3) Para wanita yang pandai buat silap mata iaitu dengan membuka aurat sebelum berpuasa, menututp aurat semasa berpuasa dari membuka aurat balik lepas puasa. Misteri sungguh!

4) Rumah sebelah selalu dikunjungi oleh budak-budak. Siap ada modus operandi lagi! Budak ini datang pagi, budak itu datang tengah hari dan budak lepas itu datang petang.

5) Pekerja yang seama ini tidak pernah bawa beg ke tempat kerja, tiba-tiba usung beg ke sana ke mari serupa jurujual langsung.

Banyak sungguh misteri di bulan puasa ini sebenarnya dan memang sungguh banyak sehinggakan yang misteri ini pun kita tidak tahu ianya misteri ataupun tidak kerana agak pelik sedikit ada misteri di bulan puasa ini sedangkan syaitan semua sudah diikat...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Perihal Puasa

Walaupun kebanyakan dari kita sudah diajar sejak kecil tentang puasa, masih ada lagi yang masih belum faham ataupun buat-buat tidak faham mengenai puasa. Mari kita selongkar sedikit perihal puasa ini...

1) Mesti kena niat berpuasa sebelum siang. Bukannya sudah petang-petang baru hendak pasang niat berpuasa padahal sebelum itu anda makan macam tidak ada jadi apa-apa.

2) Bukan setakat tahan lapar dan dahaga sahaja. Mata, kaki, tangan semua kena tahan jugak. Tahan daripada buat maksiat.

3) Puasa itu puasa juga tetapi kalau tidak solat apa gunanya. Haaa... kan!

4) Tunggu sampai waktu berbuka, baru boleh beruka. Jaangan panda-pandai ikut waktu berbuka sabah dan Sarawak sedangkan anda duduk dekat negeri Utara.

5) Berbuka dengan ala kadar sahaja. Sekadar mengalas perut pun sudah cukup. Bukannya berbuka dengan satu lori air sirap dan empat tan metrik karipap.

Jadi pastikan anda tahu tentang berpuasa dahulu sebelum anda berpuasa takut lain pula jadinya kerana kemungkinan anda tidak niat untuk berpuasa dan anda berpuasa dan itu bukannya berpuasa dan juga pada bulan puasa ini anda melakukan perkara yang dilarang pada bulan ramadhan ini. Dan akan sudah batal puasa...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Perokok Tegar

Begitu tegar pemilik kereta ini menghisap rokok sehinggakan sebegini jadinya keadaan di dalam kereta perokok tersebut. Di dalam hal ini perokok terlampau tegar dan setegar-tegarnya sehinggakan jadi sebegini. Kemungkinan juga kemalasan si perokok di dalam gambar ini untuk membuka tingkap dan ingin menghisap rokok di dalam kereta dengan mengunakan penghawa dingin kereta tersebut sehinggakan memetikan abu rokok dan membuang puntung di dalam kereta juga. HEHE!

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Cara Mengaktifkan Bluetooth

Cara hendak mengaktifkan bluetooth begitu senang sahaja kerana blue bermaksud "biru" dan tooth ialah "gigi" dan apabila dicampurkan akan menjadi "gigibiru" iaitu "bluetooth". HEHE!

Tetapi perkara di bawah ini salah kerana dia bukan menggunakan teknologi Bluetooth tetapi spraykan giginya menjadi biru. HUHU!

BLUETOOTH : you're doing it wrong... (yang anda lakukan itu salah).

Dan di bawah ini adalah menunjukkan perkara sebenar apakah itu bluetooth.
Bluetooth adalah spesifikasi industri untuk jaringan kawasan peribadi (personal area networks atau PAN) tanpa kabel. Bluetooth menghubungkan dan dapat dipakai untuk melakukan tukar-menukar informasi di antara peralatan-peralatan.

Jadi anda jangan tersilap mengaktifkan bluetooth dengan cara di dalam gambar tersebut. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

05 August 2012

Orang Yang Bakal Miskin

Kalau ada ciri-ciri seperti di bawah ini dalam diri sendiri, anda mungkin bakal miskin dan papa kedana. Aku tidak tipu, kalau tidak percaya cubalah amalkan dan nescaya anda tapik spring dengan aku ini... hoho...

1) Dapat sahaja gaji, dalam kepala otak anda mesti akan mula berfikir tentang hendak joli sana sini.

2) Anda pecah kepala memikirkan macam manakah duit anda yang banyak sangat dalam poket hendak dihabiskan dalam masa limat minit sahaja.

3) Anda sanggup meminjam duit hanya kerana nak jaga status anda di depan orang ramai sebagai orang paling kaya dan berada.

4) Tidak sanggup nak tangguh hari gembira anda. ila sudah bersuka ria anda tidak teragak-agak untuk guna semua duit yang anda ada.

5) Rela membeli barang-barang yang mahal, padahal abarang itu tidak perlu buat anda.

6) Berkawan dengan orang yang tidak mempunyai masa depan, lepak sini sana tidak kira waktu.

7) Berkawan atau berpasangan dengan yang dimana mata duitan dan mempercepatkan lagi menghabiskan duit anda itu.

8) Orang yang tidak ada ilmu. Jadi nak buat apa pun dia tidak boleh. Bak kata kumpulan Jambu, apa pun tak boleh!

Orang yang bakal miskin itu adakah anda? Jikalau tidak mahu berlaku pada anda, pastikan anda mempunyai perancangan kewangan yang bagus dan baik dan jangan terlampau boros dengan wang yang ada supaya tidak akan apa-apa yang berlaku dan efek balik kepad anda. Jadi berjimat cermatlah selagi mampu...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Kuiz Menguji Tahap Kemalasan Diri Sendiri

Hentak tahu anda malas atau tidak, cuba la membuat sedikit kaji selidik ini tentang diri sendiri tetpai kalau malas nak buat memanglah pasti, muktamad anda memang seorang pemalas tahap gaban.

Anda diberikan cuti selama tiga hari, apakah yang anda akan buat?
A) Pergi bercuti
B) Bermalas-malasan di rumah

Siaran TV langsung tidak best, nak tukar remote TV rosak. Apakah anda buat?
A) Bangun, dan tukar siaran lain.
B) Tidur dan biarkan TV terpasang.

Anda berjanji untuk masak pada hari jadi isteri anda. Apakah yang anda masak?
A) Tidak masak, bawa isteri makan di luar.
B) Anda buat lawak, masak air sahaja.

Anda kehabisan seluar dalam, apakah anda buat?
A) Beli yang lain.
B) Ambil pakai seluar dalam kawan (pinjam).

Tempat yang praktikal untuk bershopping (membeli-belah)?
A) Tempat membeli-belah (Shopping Complex)
B) Beli secara atas talian (Online)

Nyamuk kenyang atas tangan isteri, apa yang anda akan buat?
A) Cepat-cepat tampar.
B) Biarkan sahaja.

KEPUTUSAN : Jika jawapan anda keseluruhannya A, kadar kemalasan anda tidak la terlalu melampau dan masih boleh diperbaiki. Sebaliknya, jika semua dijawab B, kemungkinan anda ini memang seorang pemalas dan balogh liat yang teramat sangat sehinggakan sudah tahap cipanzi dan tahap bagan yang paling teruk di alam semesta dan seangkatan dengannya.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Cara Menyembunyikan Selulit

Selulit... Sapa yang dengar perkataan ini pasti akan menjadi gerun, lagi-lagi kaum hawa yang bernama perempuan dan wanita. Selalu kelihatan di bahagian betis kaki, peha, lengan. Sapa yang kena selulit ini, pasti tidak sanggup nak berselulit ini! Tetapi jangan risau, aku ada beberapa tips dan cara bagaimana untuk menyembunyikan selulit...

TIPS 1
Kalau orang tanya atau kata banyaknya selulit anda, anda semua jawablah... ini bukannya selulit, ini sejak lahir sudah ada.

TIPS 2
Anda semua tampal sahaja pakai tampal plaster dan bila orang tanya kenapa dengan anda dan anda perlu jawab aku ada luka kecil tempat ini.

TIPS 3
Pakai la seluar panjang, baju kurung, t-shirt lengan panjang dan semua panjang dan labuh. Malah, aurat pun terjaga.

TIPS 4
Sembunyikan diri anda semua daripada pandangan mata orang ramai.

TIPS 5
Jangan cerita pada orang yang anda semua ada selulit.

TIPS 6
Kerap kali main permainan sembunyi-sembunyi nanti selulit akan berkurangan macam masa kita kecil-kecil dulu.

Bukan tips dan cara ini sahaja kita dapat lakukan malah pelbagai-bagai cara lagi yang sesuai ntuk menyembunyikan selulit anda itu dan yang paling penting anda perlu berusahanya sendiri tanpa bantuan orang lain dan selanjutnya...


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

04 August 2012

Kenali Kegemaran Keluarga Ultraman

Ramai yang mengenali super hero dari Japan (Jepun) yakni otromen ataupun Ultraman. Aku mula kenal dengan Ultraman sejak Ultraman dengan heronya yang bernama Hayata lagi tetapi ramai yang masih belum mengenali sanak sedara mara Ultraman ini. Jom aku belanja! Eh, jom aku kenalkan ultraman punya sedara selain utraman yang biasa ini.

ULTRA SEVEN
Suka beli Slurpee dan suka pergi ke kedai serbaneka 24jam 7-Eleven.

ULTRAMAN JACK
Minat penggusti Jake "The Snake" Rober tetapi tidak minat ularnya.

ULTRAMAN ACE
Suka main tennis dan buat servis ace dan servis S (servis Sidek).

ULTRAMAN TARO
Suka makan makanan ringan Tora (Tora datang lagi) sebab ada mainan percuma.

ULTRAMAN LEO
Suka dekat leonardo di Caprio, lonel Messi dan Leonard Tan (penyanyi Cina Malaysia) dan Datuk Seri Leo Michael Toyad. Biarpun berbintang Leo beliau tidak suka ralaman horoskop, tipu katanya.

ULTRAMAN JONIAS (JOE)
Suka penyanyi omputih, kumpulan Jonas Brother dan penyanyi dedulu, Fazidah Joned dan Joe Flizzow (Too Phat).

ULTRAMAN 80
Beliau akan ambil pencen piihan pada usia 80 tahun nanti dan dilahirkan pada tahun 1980.

ULTRAMAN GREAT
Minat Alexander The Great dan minat ahli Greg "The Hammer" Valentine.

ULTRAMAN POWERED
Suka minum Power Root (saya memang motor!) dan pakai kasut Power.

ULTRAMAN NEOS
Suka kereta Satria Neo tetapi tidak ada lesen pasal tidak ada masa nak pergi dengar ceramah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

ULTRAMAN DYNA
Minat dekat penyanyi Dina, pengacara Wardina, Pelakon Dynaz dan juga kumpulan Dinamik serta penggusti Dynamite Kid.

ULTRAMAN ZEARTH
Ultraman ini suka atau kuat berahsia.

ULTRAMAN TIGA
Suka menonton TV3 tetapi tidak sempat lawan Bintang Tiga (komunis zaman Malaya) sebab diorang bukan spesies raksasa.

ULTRAMAN GAIA
Meminting gaya, mutu dan keunggulan. Suka lagu Gaia, Zainal Abidan dan lagu lama-lama nyanyian Gaya Zakri, contohnya Asrama.

ULTRAMAN AGUL
Ultraman yang suka bersedih dan nampak sugul tetapi suka tengok gol dalam permainan bola.

ULTRAMAN MEBIUS
Suka pakai ubat bius masa sakit sebelum lawan raksasa.

Kemungkinan terdapat beberapa lagi ultrama yang tidak tersenarai dan semuanya ialah keluarga Ultraman dan terdapat begitu ramai dan banyak ahli keluarga Ultraman ini dan oleh itu pelbagai kegemaran kita dapat lihat daripada nama yang diberikan. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Cara Hendak Memutihkan Gigi

Gigi kuning dan sudah berkarat? Eee... jangan risau atau gundah-gulana lagi, kerana kini aku telah berjaya mencipta cara-cara bagaimanakah hendak memutih gigi yang karat dan agak kekuningan itu secara sempurna. Disini ada cara hendak memutihkan gigi yang perlu anda ikut suapaya gigi anda putih bersih sendiri hendaknya...

NOMBOR ENAM
Biasanya anda akan gunakan ubat gigi sedikit pada berus gigi pada setiap hari tetapi kesan pemutihannya lambat. Apa kata anda bubuh kapur kasut unutk mempercepatkan proses pemutihan gigi.

NOMBOR LIMA
Biasanya orang selalu berkumur dengan bahan pengkumur mulut tetapi kesan yang lebih cepat akan anda perolehi jika berkumur dengan cecair peluntur warna.

NOMBOR EMPAT
Anda jugak boleh memutihkan gigi dengan cara mengecat tetap dinasihatkan jangan menggunakan cat air.

NOMBOR TIGA
Liquid paper juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi seperti yang korang tahu ia boleh memadamkan kesan hitam atau kotoran pada kertas.

NOMBOR DUA

Chewing gum ataupun gula-gula getah selain sedap dikunyah, ia boleh jugak ditepek pada gigi korang yang berkarat itu.

NOMBOR SATU
Kalau payah sangat, anda cabut semua gigi. Selepas itu, anda gantikan dengan gigi palsu, habis cerita. Mudah kan? Hahahaha....

Beritu perkara di atas ini cara paling berkesan untuk memutihkan gigi bak kata orang ialah petua yang amat mujarab tetapi kemungkinan terdapat kesan sampingan. HEHE! Jadi hati-hatilah jikalau menggunakan petua, cara, tips di atas ini supaya untuk mmenjadi lebih selamat...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Aktiviti Sebagai Seorang Pelajar

Sudah tiga minggu aku telah masuk Semester 5 di Politeknik Seberang Perai. Begitu banyak lagi tugasan / assignment ataupun kerja-kerja yang aku perlu lakukan untuk Semester 5 ini dan aku merasakan kebanyakkan aktiviti Semester 5 ini lebih kepada membuat laporan / report serta membuat pembentangan / slideshow kerana sudah tiga minggu ini banyak juga kerja yang aku perolehi daripada pensyarah subjek aku ini.

Memang terasa sangat bebal hendak membuat semua ini kerana sebelum ini aku telah menjalani Latihan Industri dan tidak memperlukan aku memerah otak sangat untuk belajar selama 6 bulan dan hanya yang perlu aku buat ialah Laporan Latihan Industri dan itu memang wajib untuk pelajar Latihan Industri.

Kini aku telah kembali ke Politeknik Seberang Perai untuk menyambung pelajaran balik untuk mendapat Diploma Kejuruteraan Mekanikal yang aku idamkan selama ini. Hanya tinggal lagi 2 semester untuk aku tempuhi sebagai seorang pelajar Diploma dan aku kena usaha lebih sedikit untuk mendapatkan Diploma.

Jikalau ada rezeki lebih aku hendak sambung pengajian aku ke peringkat lebih tinggi kerana aku ini bukanlah terlampau genius dan aku tidaklah terlampau bodoh sangat tetapi aku cuba berusaha yang terbaik untuk diri aku sendiri supaya aku dapat membahagikan masa dengan sempurna dan segala cita-cita aku tercapai.

Akhir sekali, aktiviti sebagai pelajar ini perlulah menuntut ilmu dengan ikhlas daripada hati untuk membantu diri sendiri dan segala benda yang ada disekeliling. Ayat yang sebelum ini bermaksud ilmu itu bukan untuk kita sahaja tetapi untuk semua kerana kemungkinan anda mempunyai ilmu yang luar biasa dan jangan kedekut untuk berkongsikan bersama-sama kerana Sharing Is Caring.

Apa-apa pun aktiviti sebagai seorang pelajar teramat menarik kerana disitulah kita belajar erti kehidupan susah dan senang serta tabah menghadapi cabaran hidup terutamanya yang merantau jauh ke negeri orang untuk belajar..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!