Artikel Menarik

30 September 2012

Kalau Manusia Tidak Pernah Tidur

Satu-satunya kehidupan dalam planet bumi ini yang tidak pernah tidur adalah semut. Cuba bayangkan kalau manusia menjadi macam semut yang tidak pernah tidur. Baru tahu agaknya nikmat tidur itu macam mana rupanya...

1) Tidak akan ada orang yang menjual baju tidur.

2) Masa bekerja mungkin akan dilanjutkan menjadi 18 jam sehari sebab bosan duduk di rumah.

3) Rumah tumpangan akan tetap beroperasi sebab orang menyewa bukan pasal hendak tidur tetapi hendak meniduri atau ditiduri.

4) Penggunaan elektrik akan naik dua tiga kali ganda sebab hendak tengok TV untuk menghilangkan bosan.

5) Blogger tegar tidak akan merasa sebarang kesan sebab mereka sendiri sudah memang tidak pernah cukup tidur.

Memang banyak perkara keajaiban akan berlaku jikalau manusia tidak pernah tidur dan kemungkinan juga perkara buruk jugak banyak berlaku kerana semua aktif 24jam.. akan bertambah sesak jalan dan tidak siapa pun akan duduk dirumah kerana kebosanan.. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Sakit Yang Perlu Dirawat Segera

Kata orang, semua sakit ada penawarnya. Yang penting kena dirawat dengan segera supaya tidak menjadi teruk. Tetapi tahu atau tidak sebebenarnya ada jenis penyakit sakit yang sudah memang teruk sejak azali lagi dan tidak pernah dirawat sampai sekarang? Ini baru betul sakit yang perlu dirawat dengan segera daripada sakit yang lain...

1) SAKIT HATI melihat jirang sebelah rumah membeli perabot atau barangan perhiasan / penggunaan rumah baru.

2) SAKIT MATA melihat rumah tangga orang lain bahagia lebih sedikit daripada diri sendiri.

3) SAKIT TELINGA dengar kawan sendiri baru mula hendak berniaga.

4) SAKIT JIWA sebab tidak dapat merampas suami orang yang berharta.

5) SAKIT DADA apabila tidak dapat mengumpat untuk satu hari.

Sakit yang dinyatakan di atas ini perlu dirawat dengan segera supaya tidak merebak suatu hari nanti dan boleh menyebabkan kesannya yang amat buruk akan berlaku kelak jikalau tidak dirawat.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

17 September 2012

Selamat Hari Malaysia

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia[2], namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Malaysia
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

15 September 2012

Aktifkan GodMode Dalam Windows 7

PERHATIAN : Berfungsi untuk Windows 7 32bit serta Vista 32bit dan kemungkinan Windows 7 64bit dan Vista 64bit mengalami sedikit masalah. Apa-apa pun anda boleh mencubanya sendiri. Sebarang kejadian yang tidak diingini ShakRoil eWanT tidak akan bertanggungjawab.

Ingin untuk mengaktifkan GodMode dalam Windows 7? Begini caranya dengan langkah yang begitu senang sekali!

Windows 7 pengguna sekarang semua sedang sibuk tentang OS dan GodMode. Jika anda tidak pernah mendengar ia, GodMode adalah ciri yang telah didedahkan oleh CNet's Microsoft Correspondent, Ina Fried. GodMode adalah folder yang membawa bersama-sama satu senarai panjang tetapan penyesuaian yang membolehkan anda untuk menukar semua tetapan anda dari satu tempat. Kemas dan senang bukan? Ia amat mudah untuk membolehkan dan sangat berguna jika anda ingin tweak perkara-perkara di sekeliling dengan banyak sekali gus.

Dibawah ini terdapat beberapa langkah yang anda perlu ikut dengan teliti.

Langkah 1 : Klik kanan pada tetikus anda.

Langkah 2 : Klik untuk mencipta folder baru (New -> Folder).

Langkah 3 : Namakan folder baru ini dengan "GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}" dan tekan Enter. (sila buang tanda quote iaitu ")

Langkah 4 : Folder akan berkelip menunjukan perubahan folder membentuk kelihatan seperti panel kawalan dan bertajuk "GodMode".

Langkah 5 : Buka folder tersebut dan anda akan melihat pelbagai kuasa sekarang di tangan anda melalui panel kawalan kuasa ini.

Senang bukan? Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Sebarang masalah ataupun informasi yang menarik boleh dikongsikan bersama di ruangan komen di bawah ini.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

06 September 2012

Majlis Konvokeysen Politeknik Seberang Perai Ke-12 Tahun 2012

Majlis Konvokeysen Politeknik Seberang Perai (PSP) Ke-12 pada tahun 2012 yang bertemakan Graduan Berinovasi Pemacu Transformasi Negara yang akan di adakan di dalam Politeknik Seberang Perai bertempat di Dewan Sri Mutiara pada 8 - 10 September 2012 ini iaitu jatuh kepada hari Sabtu, Ahad dan Isnin ini.

Dijangkakan pelbagai aktiviti menarik akan diadakan dan disediakan gerai yang menarik dan tertarik pada hari Majlis Konvokesyen tersebut di Politeknik Seberang Perai kelak.

Untuk melihat laman web Majlis Konvokesyen Politeknik Seberang Perai (PSP) Ke-12 pada tahun 2012 ini sila masuk di dalam web ini. KLIK SINI...

Sekarang ini dikhabarkan terlalu sibuk di dalam Politeknik Seberang Perai (PSP) kerana semua orang sedang sibuk dan bertungkus-lumus untuk menyiapkan pelbagai persediakan pada hari Majlis Konvokesyen nanti...

Tahniah kepada semua graduan yang telah berjaya menghabiskan pengajian yang cemerlang di Politeknik Seberang Perai. Diharap konvokesyen berjalan dengan lancar...

Untuk memasuki website Politeknik Seberang Perai sila KLIK DISINI...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

01 September 2012

Kesan Jika Tutup Komputer Tanpa Shut Down

1) Kehilangan data pada registry dimana semasa komputer dalam proses pengendalian atau masih beroperasi, komputer akan mendaftar atau registry komponen komputer yang tersedia ada atau pun applikasi yang telah digunakan, ini akan
mengakibatkan komponen atau aplikasi tidak dapat disimpan pada registry, ianya akan mengakibatkan sistem recovery tidak berfungsi sebaiknya.

2) Akan mengurang jangka hayat komponen komputer dimana semasa komputer dishutdown unit pemprosesan atau pun processor memberi arahan kepada bios untuk memberhentikan segala kerja komponen yang terdapat,ianya jugak mengawal arus keluar masuk pada komponen, jika anda mematikan komputer dengan arus tidak betul lama kelamaan komponen anda akan cepat rosak.

3) Processor akan mudah rosak dimana semasa shutdown bios akan memainkan peranan penting bagi mematikan fun cooller pada processor, jika ianya dimatikan secara mengejut maka tersentak processor.

4) Memory mudah rosak dimana semasa shutdown sistem memory atau cache akan dikosongkan, ianya akan mengakibatkan kerosakan pada memory.

5) Hard disk rosak dimana jika sistem operasi tidak ditutup secara shutdown dan betul mengikut langkah, makan berkemungkinan cakera yang terdapat pada hard disk mudah rosak, kerana bekalan arus terdapat dimatikan secara mengejut, head atau kepala hard disk akan cepat rosak.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Fakta Yang Mungkin Perlu Anda Tahu

1) 83% lelaki yang mati kerana serangan sakit jantung ketika berjimak didapati sedang curang dengan isteri masing-masing

2) 372 orang menggoogle pornografi pada setiap saat

3) Google menjana keuntungan kira-kira $700 sesaat

4) Di Samoa, ianya merupakan satu jenayah apabila terlupa hari lahir isteri anda sendiri

5) Carian kedua paling popular pada laman Yahoo ialah "Google"

6) Jika Wikipedia dikeluarkan dalam bentuk buku, ia akan mengandungi 2.25 juta mukasurat dan memerlukan lebih 123 tahun untuk dibaca

7) Kajian menunjukkan mereka yang berjaga sehingga lewat malam adalah lebih pintar berbanding mereka yang tidur awal dan bangun awal

8) Purata seekor penguin hanya menikmati keinzalan (orgasm) sekali setahun

9) Apabila seekor penguin jantan jatuh cinta dengan penguin betina, ia akan berkelana di seluruh pantai untuk mencari batu kerikil yang sempurna untuk diberikan kepada buah hatinya. Oh, so sweet.

10) Apabila anda melihat bintang, anda sebenarnya melihat masa silam kerana kebanyakan bintang yang kita lihat pada waktu malam telah mati

11) Air telah dikitar semula dengan terlalu banyak kali sehingga segelas air yang anda akan minum mungkin telah diminum oleh orang lain

12) Ejakulasi normal mewakili pemindahan data sebanyak 1587GB dalam masa kira-kira 3 saat

13) Pada zaman Rom kuno, lelaki yang didapati bersalah merogol akan dihukum dengan testikel mereka akan dihancurkan di antara dua batu. Ouch!

14) Ia akan mengambil masa seseorang selama 1700 tahun untuk menonton setiap video yang terdapat di Youtube

15) Jika anda terkentut secara berterusan selama 6 tahun 9 bulan, gas yang dihasilkan cukup untuk menghasilkan tenaga menyamai bom atom

16) Jika anda mempunyai RM1 billion dan membelanjakan RM1000 sehari, ianya akan mengambil masa selama 2740 tahun untuk dihabiskan

17) Brazil tidak mampu untuk menghantar atlet ke Los Angeles pada Sukan Olimpik 1932, penyelesaiannya Brazil memasukkan mereka ke dalam kapal yang penuh dengan kopi dan mengarahkan mereka menjualnya di sepanjang perjalanan

18) Apabila ditanya tentang permintaan terakhir sebelum ditembak mati oleh skuad penembak, pembunuh bernama James W. Rodgers yang disabitkan kesalahan membunuh meminta sehelai jaket kalis peluru.

19) Terdapat satu minit dengan 61 saat setiap dua kali dalam setahun

20) Firaun Tutankhamun mempunyai seorang pengorek hidung sendiri yang dibeli dengan tiga ekor lembu, makanan dan penginapan.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!