Artikel Menarik

27 October 2012

Semester Yang Sibuk

Semester ini merupakan semester 5 iaitu tahun ke 2 aku di Politeknik Seberang Perai (PSP) yang mmepunyai pelbagai dugaan  serta memerlukan perancangan yang rapi supaya kesibukkan itu tidak menganggu sangat rutin harian hidupku ini.

Pelbagai benda kena lakukan seperti melakukan proposal projek serta ditambah dengan kuiz, tugasan, serta ujian malahan peperiksaan akhir akan timbul kelak.

Diwaktu semester ini juga aku mengambil MUET (Malaysian University English Test) dan aku telah lepas fasa Speaking dan nanti merupakan Fasa untuk Listening, Reading and Writing. Diharapakan aku mendapat keputusan MUET dengan cemerlang sekali walaupun aku rasa kekadang aku tidak mampu tetapi aku tidak akan berputus asa.

Ditambah pulak dengan kumpulan proposal projek aku telah layak untuk menyertai MyInovasi2012 iaitu berid MY-ZUT1-0923 iaitu dengan melakukan proposal yang bertajuk Mesin Pencuci Botol Kaca dan telah memang di Zon Utara dan akan berlawan di Dewan Zaa'ba, Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya pada hujung bulan November ini pada tahun 2012.

Diharapkan segala usaha dan penat lelah aku pada semester ini adalah membuahkan hasil yang lumayan dan aku berdoa tiada cacat cela akan berlaku sepanjang aku menjalan semester yang agak sibuk ini sebelum aku melangkah ke semester akhir pada semester selanjutnya iaitu semester 6 dan merupakan semester terakhir aku di Politeknik Seberang Perai (PSP) sebagai pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal.



 Lagi beberapa minggu lagi telah masuk waktu Peperiksaan Akhir bagi semester 5 aku ini dan sebanyak 4 daripada 10 subjek yang aku belajar masuk di dalam peperiksaan ini.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar... Amin...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

26 October 2012

Yang Mana Satu Depan?

Cuba anda perhati dan lihat betul-betul di antara dua bangunan yang berada di dalam gambar di bawah ini dan nyatakan pada komen di bawah bangunan manakah yang anda nampak berada di hadapan?

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

21 October 2012

Cara Menjejaki Kereta Di Tempat Parking

Masalah yang selalu terjadi apabila parking di pusat membeli belah iaitu shopping complex ialah hendak cari parking begitu susah. Apabila sudah mendapat parking dan sudah beli semasa hendak belah... cari kereta tetapi tidak jumpa-jumpa. Kadang-kadang memakan masa lagi lama dari anda bershopping dan membeli belah. Dekat siini sudah disenaraikan beberapa kaedah ataupun cara menjejaki kereta di tempat parking / letak kereta, silalah cuba ye...

1) Beli rantai atau apa sahaja yang boleh diikatkan pada kereta dan disambungkan terus pondok pengawal ataupun ke seluar anda. Lepas itu anda jalan la pergi membeli-belah. Pastikan rantai itu panjang, nanti tidak pasal-pasal tercabut pulak rantai tuh.

2) Taburkan tepung atau bedak atau apa sahaja yang boleh ditabur. Bermula daripada mula anda parking kereta sampai la masuk ke dalam bangunan mengikut jejak anda. Jangan sampai cleaner nampak, habis lah anda kena lempang sebab buat sepah nanti.

3) Parking terus dalam bangunan itu atau berhenti di depan kedai yang ingin dituju. Beli apa yang patut dan selepas itu pergi dan blah dari situ. Yang ini, kalau anda berani buat sajalah.

4) Masa parking itu siap-siapkan bunyi alarm atau buat apa-apa bunyi yang akan memudahkan anda hendak cari kereta anda itu balik.

5) Parking sahaja di rumah dan selepas itu pergi naik bas atau teksi. Tidak payah susah nak cari parking.

Begitulah cara hendak menjejaki kereta di tempat letak kereta ataupun parking dengan cara yang begitu senang tetapi kemungkinan yang paling penting anda kena ingat sendiri dimanakah tempat anda meletak kereta ataupun motorsikal anda itu...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

17 October 2012

Jika Benar Kuasa Bomoh Maka

Ramai sangat yang percayakan cakap bomoh daripad acakap mak dan ayah ataupun orang-orang alim yang lain. Kesahihan bmoh ini masih tidak nampak lagi tetapi kalaulah apa yang bomoh ini buat atau cakap semuanya jadi, mesti...

1) Tidak akan wujud agensi mencari jodoh sebab semua akan carik bomoh untuk mendapatkan pasangan tanpa susah-susah hendak mengorat.

2) Mak bapak yang punya perempuan mesti dalam ketakutkan kalau menolak pinangan sebab bimbang akan disantau atau disantet oleh pihak lelaki.

3) Budk-budak sekolah tidak payah hendak belajar susah-payah sebab bila sampai peperiksaan maka segala jawapan sudah tahu, smeuanya dnegan bantuan bomoh.

4) Piala Dunia akan didominasi oleh negara Asia kerana kebanyakkan ilmu hitam datangnya dari negara-negara Asia.

5) Tidak perlu doktor, ubat pelangsingan badan dan pihak berkuasa kerana semuanya akan terserah kepada tangan bomoh yang mampu buat apa sahaja.

6) Akan lebih banyak lagi cerita-cerita seram di wayang dan semua pelakon terdiri daripad hantu dan bomoh itu sendiri.

Jika benar kuasa bomoh itu ada maka jadi seperti perkara di atas ini. Segala benda boleh selesai dan segala benda yang dilakukan oleh bomoh dapat diubati dan disakiti kepada orang dengan senang-lenang tanpa pusaha lain iaitu hanya jumpa bomoh sahaja...

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Makanan Untuk Kecantikan

Untuk menjadi cantik, faktor pemakanan perlu diambil kira dan diambil berat. Dekat sini aku sudah menyenaraikan kuantiti yang perlu diambil sekali makan, hendak cantik kan? kan? Kena la ikut sukatan dekat bawah ini!

TIPS 1
ANda semua kenalah makan tidak kira apa sayur sekalipun tetapi lebih dari sekilo tanpa masak yer!

TIPS 2

Buah pulak tidak kira apa jenis buah sekali hadap atau makan kena habiskan wang sebanyak RM77.

TIPS 3
Kuantiti air perlu anda semua minum sekali makan satu gelen mineral water dan bukannya air lain.

TIPS 4
Ikan atau ayam yang dimasak anda semua kenalah habiskan dengan tulangnya sekali. Jangan membazir...

TIPS 5
Makanan ringan yang paling disyorkan ialah kacang 1 dozen, kerepek berkejut setengah dozen, air bergas setengah gelan untuk sekali hadap atau makan.

TIPS 6
Pengambilan nasik sebanyak empat senduk untuk satu pinggan dan ditambah lapan senduk untuk makan di round yang kedua.

Semua tips di atas ini amat berguna buat anda semua untuk menjadi cantik dengan cara pemakanan yang sempurna. Cuba, cuba, cuba anda cuba... HEHE :P
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Kategori Face di Facebook

Ada pengguna Facebook yang berkenalan melalui laman sembang sosial akhirnya keluar dari hubungan di alam maya dan bertemu di alam realiti, ketika ini mungkin ada terwujudnya beberapa kategori face yang mereka temui...

FACE TO FACE
Bersemuka atau bertentang mata dan mata, muka dan muka setelah hanya menerusi gambar di laman Facebook.

FACE OFF

Rupa orang dikenali berbeza sekali dengan gambar beliau di Facebook tetapi orangnya tetap sama.

TWO FACE
Muka sebelah kanan yang nampak sebelah sahaja seperti dekat dalam gambar Facebook nampak berbeza dengan muka yang sebelah lagi di dalam realiti.

BABY FACE
Muka yang dekat dalam Facebook memang kiut macam baby face tetapi apabila sudah jumpa kiut jugak tapi rupa macam penyanyi dan komposer R&BB berkulit hitam dari barat, Baby Face (Kenny "Baby Face" Edmonds).

FACIAL
Orang yang ditemui nampak lebih berseri daripada gambar dekat dalam Faceboo. Sebelum jumpa beliau buat facial atau rawatan muka kot.

YOU DROPPED MY WATER FACE

Ketika pertama kali berjumpa rakan sembang dalam Facebook seorang itu oleh buat hal pulak sehingga menjatuhkan air muka yang seorang lagi. Biasnaya ini kes terkujat (terkejut) tidak boleh terima hakikat diri sebenar orang yang ditemui. Mungkin indah khabar atau ayat dalam Facebook dari rupa atau lain dari yang dijangka.

Kategori yang lain pun ada tetapi tidak sempat ditulis dan yang lain-lain itu kemungkinan anda boleh fikirnya sendiri bukan? HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

12 October 2012

Tempat Yang Perlu Kuat Iman

Ini cerita tentang iman. Bukan cerita tentang orang yang bernama Iman tetapi iman yang ada di dalam dada kita. Ada sesetengah tempat yang kita perlu kuatkan iman walaupun sebenarnya di mana-mana tempat pun kita kena ada iman. Tempat yang macam mana tu?

1) DI TAMAN bunga atau taman air atau taman apa-apa taman sahajalah, asalakan namanya ialah taman. Sama ada kena kuatkan iman sebab ada ramai pasangan yang sehati sejoli atau diri sendiri yang berjoli.

2) DI PASARAYA kecil atau besar. Nafsu berbelanja memang naik menggila. Lagi-lagi kalau duit tengah ada makin mengigil tangan dibuatnya hendak merasa hulur duit ke kaunter.

3) DI JALAN raya persekututan atau persendirian atau lebuh raya atau jalan apa-apapun. Lain orang lain ragam maka lain kenderaan lain cara pemanduannya.

4) DI TEMPAT kerja, tidak kira apa kerja sekalipun. Yang pekerja selalu menyirap dengan bos. Yang bos pulak selalu berbulu dengan pekerja.

5) DI RUMAH Allah, yang dipanggil masjid ataupun surau. Mesti kena ada iman yang kuat dan bukannya masuk hanya hendak tunjuk kita ini kononya kuat beribadat.

Jikalau masuk tempat-tempat di atas ini, anda perlu kuatkan iman anda supaya anda dalam masuk di dalam itu melakukan perkara yang benar dan bukannya salah dan merapu serta suka-suka sahaja dengan mengikut nafsu yang selalu bermaharajalela.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Hobi Yang Tidak Pernah Dilihat

Dulu-dulu kalau hendak berkenalan dengan seseorang itu, kita biasanya akan menulis biodata perihal diri sendiri. Sekarang ini sudah pupus sudah pun cara macam itu. Dalam biodata itu pula biasanya ada macaam-macam perkara salah satunya ialah hobi dan tetapi rasanya tidak pernah kita lihat hobi seperti di bawah ini...

1) Makan dan gigit leher jiran sebelah.

2) Mengumpul ketiak katak.

3) Meragut rumput di padang.

4) Membaca pusat kawan-kawan.

5) Menunggang mesin basuh.

6) Menonton radio.

7) Berkenalan dengan lori angkut barang.

Bermacam-macam lagi hobi lain yang tidak pernah dilihat dan anda bagaimana?
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

06 October 2012

Hari Yang Paling Disukai

Kita melalui kehidupan sehari-hari dengan cara tersendiri. Hari juga berperananan sebagai penanda ukur bagi usia yang semakin meningkat naik. Sesudah itu tidak akan meningkat turun pulak, ye ke tidak? Tetapi ada segelintir hari yang kita melaluinya dengan perasaan suka tidak pasal-pasal. Hari apakah itu yer? Mari kita baca di bawah ini.

HARI JADI
Semua orang suka hari jadi walaupun tidak semua sambut hari jadi. Jarang kita dengan orang mengamuk masa hari jadinya sendiri kerana tidak suka disambut.

HARI CUTI
Boleh berehat dekat rumah dan tidak perlu fikir tentang kerja yang menimbun. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak perlu fikir tentang hutang-hutang yang berjoget keliling pinggang.

HARI RAYA
Disebut-sebut sebagai hari mulia atau hari suci bagi semua umat Islam dan akan disambut dengan penuh meriah walau dengan apa cara sekalipun termasuklah membuat pinjaman peribadi pada along lintah darat.

HARI NIKAH
Hari yang penuh gembira terutamanya bagi kaum hawa. Hari yang menukat status daripada bujang kepada isteri/suami orang. Tidak perlu lagi membazir duit menyewa bilik hotel murah lagi.

HARI GAJI
Hari yang dinanti-nanti dengan penuh kesabaran bagi yang bekerja makan gaji. Boleh juga jadi hari bertukar menjadi singa lapar kalau gaji yang ditunggu tidak dapat sampai tengah bulan ini.

Mungkin terdapat hari-hari lain yang menjadi kesukaan anda lagi, dan senarai di atas ini merupakan hari yang selalu disukai oleh orang ramai. Anda pun mungkin sebegitu ye atau tidak? Rasanya mesti ya kan? Itu sudah pasti kerana hari yang paling disukai memang banyak...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Bertuahnya Suami Kalau

Pernah dengar orang tua cakap; "Bertuahnya engkau dapat isteri macam tuh...'? Pernah? Pernah korang tanya betul ke tidak si suami itu rasa bertuah? Pernah? Pernah tidak kita tanya sendiri pada suami? Pernah? Bertuahnyalah suami kalau punya isteri macam di bawah ini...

1) Isteri-isteri tidak sibuk merajuk marahkan suami yang tidak berkelip mata melihat awek cun sebaliknya berusaha jadikan diri sendiri cun sentiasa supaya suami pandang kita pula.

2) Tidak ada suara membebel melekat ke telinga sebab hendak melepaskan rasa marah dan penat pada suami. Tidak semestinya suami itu diam bermakna dia tidak sakit jiwa dibuatnya.

3) Dapur mahal yang dibeli digunakan dengan hebat oleh isteri dan bukan hanya digunakan untuk masak telur goreng tiap-tiap hari.

4) Isteri keluar dengan memakai hijab dan dengan kebenaran suami sebab yang menanggung dosa adalah si suami, bukannya itik serati.

5) Suami disambut pulang dengan wajah yang berseri, bukannya dengan wajah iras-iras ikan pari.

Memang bertuah suami jikalau perkara di atas di lakukan oleh seorang isteri kepada suami tetapi sekarang ada kemungkinnan juga si isteri menjadi suami dan si suami menjadi isteri. Adakah terbalik? Atau sebaliknya? Kita sama fikir-fikirkan. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!