Artikel Menarik

23 March 2013

Kembali Beraksi Lagi

Bermula pada minggu dan hari hingga saat ini, aku akan kembali beraksi kembali untuk menulis blog ini secara bertubi-tubi (ayat nak power sahaja! haha..)

Aku tahu blog aku ini bukanlah yang terbaik sangat, sekurang-kurangnya aku dapat mengenang balik kisam silam yang telah aku lakarkan dan tuliskan di dalam blog aku ini.

Kemungkinan terdapat entri yang pelik, seram, lawak, sedih, gembira, informasi, teknologi, terkini dan bermacam-macam lagi entri yang aku tulis di dalam blog ini. Terutamanya, aku ingin meminta maaf jikalau terdapat entri yang menyakitkan hati anda semua para pembaca.

Blog ini ada menjalani proses update sedikit demi sedikit sehingga tidak larat dan tidak mampu untuk update kembali. HUHU!

Apa-apa pun terima kasih kerana kekadang melawat jugak blog yang tidak seberapa ini.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

22 March 2013

Tanda Anda Tidur Sangat Lama

Tidur ini memang penting, sehari kita kena tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari, baru kita bersemangat hendak buat kerja tetapi terlebih tidur pun tidka boleh jugak. Tidak bagus untuk kesihatan, Ada ebebrapa tanda yang menunjukkan anda terlebih tidur ataupun anda sudah sangat lama tidur.

TANDA 1
Bila bapak / ayah anda datang simbah air pada anda dengan sebaldi air.

TANDA 2
Bila mak / ibu anda sudah mula membebel dekat dapur sorang-sorang.

TANDA 3
Bila tren komuter yang anda patut turun dekat Nilai sudah sampai stesen Seremban.

TANDA 4
Bila orang sekarang sudah guna komputer tetapi anda masih lagi menggunakan typewriter.

TANDA 5
Bila orang yang pergi kerja sudah balik kerja tetapi anda baru sahaja hendak masuk bilik air untuk cuci muka.

TANDA 6
Bila habis lapan DVD anda tonton sorang-sorang pasal tidak dapat tidur malamnya pulak.

Jikalau anda tanda sebegini pada diri anda. Memang sah anda tidur sangat lama sehinggakan tanda-tanda di atas kena pada anda. Jadi tidak kisahlah jikalau anda tidur sangat lama benda macam ini akan berlaku pada diri anda kelak. Jadi rancanglah perancangan tidur anda supaya tidak akan apa-apa berlaku pada diri anda. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!