Artikel Menarik

04 December 2013

Borang Permohonan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014

Borang pendaftaran permohonan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 secara online. Menerusi Bajet 2014, kadar pemberian BR1M 3.0 telah dipertingkatkan dan diperluaskan. Bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah, kadar pemberian dipertingkatkan kepada RM650.

Manakala isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000 turut menerima BR1M pada kadar RM450. Bagi individu bujang yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM2000 dan kebawah, layak menerima bantuan RM300. Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan online BR1M 2014.

Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.


Syarat Kelayakan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 Tahun Keatas
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
  • Individu Bujang yang Bekerja dan Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah
Terkini: Pengumuman Terkini Permohonan BR1M 3.0

Menerusi maklum balas dari emel Bahagian Operasi BR1M, permohonan BR1M 3.0 akan dibuka pada bulan Disember 2013. Harap Maklum


Borang Permohonan BR1M 3.0 Secara Online

Borang pendaftaran BR1M 3.0 boleh didapatkan dilaman berikut:

http://www.hasil.gov.my/
http://www.treasury.gov.my/
https://ebr1m.hasil.gov.my/

Nota Penting: Permohonan BR1M 3.0 dijangka akan dibuka pada bulan Disember 2013. Pihak kami akan maklumkan disini dari masa ke semasa mengenai tarikh borang pendaftaran BR1M 3.0 secara online apabila sudah dibuka kelak.

Kadar Pemberian BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014

Pendapatan isi rumah RM3000 dan kebawah
  • RM650
  • i-BR1M: RM50
Pendapatan isi rumah RM 3,000 hingga RM4000
  • RM450
  • i-BR1M: RM50
Individu Bujang Yang Bekerja Berpendatan RM2000 kebawah
  • RM300
Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M)

i-BR1M bernilai RM50 turut diberikan kepada semua penerima kategori Isi Rumah. i-BR1M adalah caruman insuran perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.


Definisi Isi Rumah

(i) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah.
  • Berkahwin;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
(ii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah)

Definisi Individu atau Bujang

Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment