Artikel Menarik

17 December 2010

Fakta Menarik

Di bawah ini terdapat sedikit fakta-fakta yang agak menarik dan sedikit lucu untuk dibaca oleh semua pembaca! Dan fakta-fakta ini bukanlah rekaan semata-mata tetapi adalah benar daripada hasil-hasil dan sumber-sumber lain.

1) Bau buah limau gedang boleh membuatkan wanita-wanita di pertengahan usia akan kelihatan muda 6 tahun daripada usia sebenar di persepsi pihak lelaki. Namun tiada apa-apa kesen bau buah tersebut boleh terjadi kepada lelaki.

2) Semakin sejuk kita tidur dalam sesebuah bilik maka kemungkinan untuk kita mendapat mimpi yang buruk adalah semakin tinggi.

3) Kawasan badan yang paling sering digigit oleh serangga ialah di bahagian kaki.

4) Orang-orang yang mempunyai jumlah tahi lalat yang lebih banyak di tubuh mereka dikatakan mempunyai jangkahayat yang lebih panjang berbanding orang-orang yang mempunyai kurang jumlah tahi lalat.

5) Secara puratanya, setiap pengguna komputer akan mengejipkan matanya sebanyak 7 kali bagi setiap minit atau kurang separuh daripada keadaan normal mata yang mengejip iaitu 20 kali bagi setiap minit.


6) Remaja berusia 21 tahun secara puratanya akan menghabiskan masa sebanyak 5000 jam untuk bermain permainan video, bertukar-tukar email dan mesej sebanyak 250000 jam dan menghabiskan 10000 jam di telefon bimbit.

7) Setiap seorang daripada tiga orang mangsa yang dipatuk oleh ular biasanya ialah orang yang mabuk.

8) jangkahayat hidup kita, secara puratanya hampir tiga tahun daripadanya akan dihabiskan di dalam tandas.

9) Tiket saman kerana memandu laju pertama kali dikeluarkan di Hampshire pada tahun 1895 kerana seorang lelaki memandu pada kelajuan 6 batu sejam.

10) Bagi setiap buah kereta yang ada di dunia, ia akan menyumbang sebanyak satu paun pencemaran bagi setiap 23 batu kereta itu bergerak.

11) Jam penggera pertama yang dicipta oleh manusia hanya boleh berbunyi pada pukul 4 pagi sahaja.

12) Kepulauan Pasifik Nauru memperoleh pendapatan negaranya kebanyakkannya darpada hasil tahi-tahi burung.

13) Layang-layang yang paling panjang di dunia ialah sepanjang 1034 meter.

14) Layang-layang paling kecil di dunia boleh terbang setingggi 5 milimiter.

15) Ikan lumba-lumba yang paling terkenal ialah dari jenis "bottlenose" dan biasanya kita boleh saksikan mereka dalam siri-siri TV, filem dan pelbagai pertunjukan akuatik. Ikan lumba-lumba jenis ini biasanya boleh membesar sehingga ke 2.5 dan 2.8 meter panjang.

16) Ladang-ladang di Amerika Syarikat secara puratanya mempunyai keluasan sebanyak 467 ekar manakala di Jepun pula hanyalah sekitar 3 ekar.

17) Negara Mexico mempunyai lebih ramai rakyat Amerika berbanding mana-amana negara di dunia kecuali di Amerika Syarikat sendiri.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

1 comment:

  1. tertarik dgn point no 2 tu...ada betulnya juga...semalam sy mimpi yg bukan2..mmg time tu tgh sejuk..


    jom ke APA KATA HATI pulak,
    DI KALA HUJAN

    ReplyDelete