Artikel Menarik

01 December 2010

Kenapa Pelajar Tak Suka Cuti Sekolah?

Sebelum ini mengisahkan kenapa pelajar suka cuti sekolah dan sekarang kita lihat pula kenapa pelajar tak suka cuti sekolah plak.

Majoriti bebudak sekolah memang suka bila ditanya pasal cuti. Minoriti yang tak suka mesti bersebab... antara sebab-munasabab yang paling popular ialah

1) Sebab kena jaga adik. Selagi adik tak tidur terpaksa la kena tengok-tengokkan tingkah laku adik.

2) Mak asyik suruh kemas rumah. Pantang bersepah sikit mesti kena kemas.

3) Kena tolong bapak pergi menoreh. Bukan setakat itu je... berkebun, hias halaman rumah, basuh kereta atau memacam lagi kerja lelaki.

4)
Kena duduk dalam rumah je, tak boleh pergi mana-mana pasal kalau keluar takut kena culik.

5) Tak boleh jumpa pakwe dan makwe. Kalau mak bapak tau gerenti kena marah.

6) Tak dapat duit belanja sekolah sebab cuti sekolah bermakna belanja harian jugak cuti.

7) Tak dapat jumpa geng-geng kamcing sebab ramai geng yang ada kampung halaman atau korang sendiri dihantar balik kampung.

8) Kepada yang belum akil baligh dah tentu takut kena sunat.

Ada sesetengah yang suka kepada cuti sekolah dan ada yang sesetengah yang tidak suka. Itu ikut kehendak masing-masing, sebab perangai dan watak budak sekolah lain-lain.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

1 comment:

  1. bila sibuk sekolah sibuk nak cuti bila cuti sibuk nak sekolah sebab boring duduk rumah T_____T

    ReplyDelete