Artikel Menarik

12 August 2012

Pantun Puasa

Selamat berpuasa pada anda semua, selamat berniaga pada peniaga, selamat bermal kepada umat Islam. Puasa-puasa juga, amalan lain jangan lupa buat. Puasa penuh sembahyang longgar pun tidak guna juga. Sementara menunggu waktu berbuka cuba anda main berbalas pantun dengan adik anda, mesti best...

Dua tiga kucing berlari,
Gunung Daik bercabang tiga,
Waktu baru masuk tengah hari,
Bazaar Ramadhan sudah nampak muka dia.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Tinggi-tinggi si matahari,
Sebut puasa terus mengah,
Dengar azan terus berlari.

Pisang emas dibawa belayar,
Nasi lemak buah bicara,
Hutang puasa sudah habis bayar,
Zakat jangan buat-buat lupa.

Tanam pinang rapat-rapat,
Papan di Jawa saya dirikan,
Bersahur itu adanya berkat,
Kalau pukul sepenuh sudah jadi sarapan,

Buah cempedak di luar pagar,
Tuai padi antara masak,
Kalau puasa memanglah lapar,
Tahanlah sikit kan sudah jadi bapak budak.

Pantun puasa ini sungguh sesuai jikalau anda jadikan untuk bermain lawan-lawan pantun bersama rakan-rakan atau sesiapa sahaja jikalau mempunyai masa lapang dan tidak tahu hendak membuat apa...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment