Artikel Menarik

04 October 2013

TM Akan Menamatkan Perkihdmatan Email

tamat email tm
Telekom Malaysia (TM) akan menamatkan perkhidmatan emailnya berkuatkuasa pada 15 November 2013 dan selepas tarikh itu semua email yang berdaftar atas nama Telekom Malaysia akan di tidak di aktifkan lagi.

Telekom Malaysia menasihatkan pelanggan-pelanggan TM untuk mengosongkan semua e-mel anda dan menyimpan semua dokumen-dokumen penting anda sebelum tamat tempoh akaun E-mel TM anda untuk mengelakkan sebarang kesulitan. TM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan data akibat tamat akaun E-mel TM anda selepas tarikh tersebut di atas.
Kesemua email daripada @tm.net.my @streamyx.com @iris.net.my @coperateroaming.com @tem.net.my @exel-kul.com.my @hsbb.com.my ini akan tiada lagi.

Selepas ini juga tiada lagi pendaftaran untuk email @streamyx.com @tm.net.my @hsbb.com.my @bluehyppo.com and @unifi.com apabila anda melanggan memana pakej yang sebelum ini menawat email tersebut kepada anda semua.

Anda juga disarankan supaya hubungi pihak Telekom Malaysia (TM) jikalau terdapat sebarang keraguan atau sebaliknya.

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari DISCONTINUATION OF TM E-MAIL SERVICES.

**Selepas ini tiada lagi wujudnya email daripada Telekom Malaysia (TM) ataupun mempunyai projek baru yang lebih menarik serta membawa keuntungan. Manalah hendak tahu. Biasalah jikalau bisnes.


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment