Artikel Menarik

06 March 2010

Hot FM Big Jam @ Padang Kota Lama Pulau Pinang

Kedengaran kawan-kawan ku mengajak untuk pergi ke Hot FM Big Jam yang akan di langsungkan di negeri aku iaitu Pulau Pinang pada hari ini dan ajakkan itu sudah lama kedengaran cuma sekarang baru hendak di beritahu.

Aku tengok dia punya poster pun banyak hangat serta rancak sahaja, tetapi aku tidak pergi lagi kerana kawan-kawan aku mengajak selepas asar dan kemalasan melanda untuk pergi lebih awal daripada itu. Biasalah, kalau pergi awal-awal tiada apa sangat.

Ada sesetengah orang mengatakan Hot FM Big Jam ni lebih kurang macam Sure Heboh sahaja yang di anjurkan oleh TV3 Media Prima tetapi aku pun kurang pasti sebab aku baru minggu lepas tahu tentang Hot FM Big Jam ini, jikalau kawan-kawan tidak mengajak. SUMPAH! aku haram tak tahu apa. Hahahahah!~

Artis yang aku lihat di laman web Hot FM sendiri iaitu di bigjam2010 berkumpulan ialah seperti bunkface, hujan, modread, meet uncle hussein, axl, photograft dan artis solo ialah seperti misha omar, stacy, mila, akim, nubhan, mawi serta ramai lagi yang bakal mengegarkan Padang Kota Lama Pulau Pinang!

Jangan yang mana dok dekat itu, jom kita pi usha dan datang ramai-ramai ke Hot FM Big Jam 2010! Jangan dok umah ja, buat apa. Mai sini kita wat ramai! hahaha!~
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment