Artikel Menarik

08 July 2012

Pekerjaan Ahli Gusti Selepas Bersara

Gusti atau dalam bahasa inggeris yakni english language ialah wrestling terdiri daripada seorang yang gagah perkasa, badan berketu-ketul dan mampu bergaduh dengan selamber dan rileks sahaja... tetapi sekuat mana pun mereka ini, pasti akan menjadi tua, anda pernah terfikir atau tidak apa pula nanti yang mereka buat selepas bersara daripada bergusti ini? Mari kita lihat pekerjaan ahli gusti selepas bersara ini...

UNDERTAKER
Seorang yang mempunyai perwatakan ganas, seram dan misteri. Pekerjaan yang sesuai lepas bersara ialah penggali kubur ataupun tauke rumah hantu dekat funfair ataupun pesta.

HULK HOGAN
Mempunyai trade mark mengoyakkan baju bila berada dalam keadaan marah. Bagi sahaja dia kerja kupas kepala, setidak-tidak pun kopek durian sahaja. Pastikan dia tengah marah, baru senang sikit dia hendak kupas.

THE ROCK
Sebelum bergusti suka sangat jerit. "The Rock cookin." Dah bersara kerja yang sesuai kat mat rock ialah tukang masak, setidak pun jadilah tauke lembu sebab ada tatto kepala lembu dekat lengan dia ataupun promoter konsert rock sebab nama dia The Rock.

STONE COLD
Mamat ini muzik permulaan atau intro dia bunyi kaca pecah sahaja. Bila bersara suruh dia buka kedai jual cawan, boleh buat party tupperware, makcik-makcik mesti suka kalau siStone Cold ini jadi jurucakap.

BIG SHOWS
Mamat bagak ini kalau sudah bersara sesuai jadi jaga. Anda banyangkan kalau si Big Show ini jadi jaga bank. Ada ke tidak orang hendak rompak bank tersebut?

Ahli gusti yang tidak dapat disenaraikan, kemungkinan mereka telah mendapat kerja lain yang lebih sesuai untuk mereka dan kemungkinan kerja yang mereka lakukan itu mereka bekerja sembunyi-sembunyi jadi aku tidak tahu sangat yang selanjutnya. HEHE! Apa-apa pun sekuat mana anda pun, seperkasa mana anda pun. Anda mungkin akan menjadi tua. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

11 comments:

  1. byk2 kat ats tu plg tak suka dgn big show. berlagak gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu . berlagak sebab ape pulak babycomel ?

      Delete
  2. haha tokwan sy suka sgt tgk gusti...the rock hensem-,- heee;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ! dasyat tokwan miss fluffy ! minat kat the rock ae ? hehe

      Delete
  3. terima kasih singgah sini :D

    ReplyDelete
  4. haha ingtkan betol2 td..aihh laaa..
    hehe Cendol suke undertaker !! suke josinar jugak dia ade rantai besar..paling tak suka Rikishi..dia tu pnah tenyeh muka lawan dia ngan bontot diaaa..eee geli tengoknye!!
    haha kalo Big show tu nampak mcm tak kuat langsung..lemak je lebih hahahakk :p
    nice entry..follow u here :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha . rikishi memang terbaik ! haha :P terima kasih follow !

      Delete
  5. hehehehhehhe.....
    aku ingatkan betul2 jugak tadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada yang betul melainkan betul-betul :P

      Delete