Artikel Menarik

06 July 2012

Makanan Bajet

Apa makanan kegemaran rakyat Malaysia di hujung bulan apabila melihat dua-dua belah poketnya kering kontang dan dipenuhi oleh habuk sahaja kerana tidak menyelup tangan untuk melihat duit di dalam poket setelah mengetahui gajinya makin habis... dan yang dalam erti kata lain ketika menanti dapat gaji pada hujung bulan.

MI SEGERA
Masa ini mi segeralah satu-satu makanan yang paling sedap dengan pelbagai perisa. Masa makan itu cuba banyangkan sedang namakan mi kari ke, asam laksa ke... janji kenyang.

ROTI CANAI
Walaupun roti canai dah naik harga, ada kedai mamak yang letak harga RM1 namun nilainya masih dalam bajet bagi mereka yang isi poketnya hampir kontang.

ROTI KRIM
Emmm... sebelum ini roti krim rasa kesat sahaja dekat anak tekak nak makan tetapi masa beberapa hari tunggu gaji masuk, roti krim la menjadi makanan yang paling lemak berkrim. Tidak jenama apa sekali pun, yang penting sapu jelah.

BISKUT LEMAK
Hush! Dapat makan biskut lemak cecah kopi O atau teh O memang jmenyelerakan. Kalau dekat pejabat, siapa yang ada biskut lemak pasti popular dan rmaai member mengendeng dekat.

NASI LEMAK BUNGKUS
Nasib baik restoran kat situ ada jual nasi lemak bungkus. Walaupun cipu sahaja nasinya dan hanya ada sambal dan sehiris nipis telur rebus, itu pun sudah cukup memadai untuk mengisi perut.

BURGER
Burger ini yang hanya boleh didapati di gerai burger tepi jalan. Balik kerja singgah beli burger untuk dinner, rasa macam makan burger kat restoran makanan segera. Kutip duit syiling yang ada untuk beli burger di gerai.

NASI PUTIH DENGAN KICAP DAN TELUR MATA KERBAU
Yang ini lagi jimat, masak nasi kemudian goreng telur mata kerbau. Tuang kicap, makan pun berbunyi mengecap-ngecap. Sedap!

Makanan bajet ini merupakan makanan yang paling sedap dan best sekali di dalam semesta jikalau tidak mempunyai wang mahupun duit kerana gaji yang tidak begitu banyak dan makan pun boleh tahan jugak hebatnya. Selepas itu, terpaksalah makan makanan bajet untuk bertahan sementara menunggu gaji pada hujung bulan dapat supaya dapat meliputi bajet harian balik.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

12 comments:

  1. save budjet, tapi sedap... paling suka megi ngan nasi putih, kicap ngan telur mata... ahakz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha . betul tuh bro ! itulah resepi terbaik kalau hendak tahu ! ahaha .

      Delete
  2. hahahha , betul2 .
    yg teya selalu makan ialahhh ... maggi dan nasi putih campur kicap dan telur mata . simple dan best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha . terlalu simple dan terbaik . duit pon jimat . lalala !

      Delete
  3. oowhh , org atas ni pun same :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha . kebanyakkan orang semuanya sama sahaja XD

      Delete
  4. paling top mee segera tu..hehehe

    ReplyDelete
  5. masa zaman study dlu aku ade gak makan nasi bujang.. stgh tmpat panggil nasi koboi. pernah makan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha . nasi bujang pernah dengar . nasi koboi belum pernah . huhu !

      Delete
  6. sbg student maggi yg plg pemes dihjg bln..huhu

    ReplyDelete