1) Ada yang datang sampai satu keluarga tetapi yang memberi hanyalah seorang diri sahaja, yang lain mungkin menjadi joki, membawa barang yang dibeli.
2) Ada pula yang datang bukan hendak membeli tetapi sahaja tanya harga pasaran terkini. Belinya belum tentu lagi tetapi caranya tanya macam hendak beli satu lori.
3) Ada yang datang senyum terukir sendiri. Bila dengar harga terus bertukar posisi, dari duduk terus berdiri, dari berdiri dibuat-buatnya nak lari.
4) Ada juga yang terlebih jati diri. Tidak dilayan nanti takut kecil hati, semua dia hendak tanyua macam nak buat sendiri tetapi sibuk bertanya dari tadi... barang itu ini tetapi tidak juga beli-beli.
5) Ada yang mari bila ada panggilan tersendiri. Bukan barang yang diingini tetapi 'body' yang menarik hati, sentiasa melekat di sisi, tidak berkedip mata hati, tetapi barang tetap juga dia tidak membeli.
6) Ada juga perangai busuk hati. Saling membenci saling mendengki, barang yang elok dikatanya tidak boleh pakai lagi, bila diperiksa dengan teliti rupanya memang ada niat hendak tukar cara free.
Bermacam ragam si pembeli ini jikalau diperhatikan dengan lebih teliti. Dari kanan dan kiri bermacam-macam karenah yang diberi. Kadang kala kita sendiri tidak dapat melayani. Sehinggakan mereka buat kepala sendiri sehinggakan pembeli meluat akan kedai ini tetapi datang juga bila ada promosi.
makin banyak orang kita jmpa, makin banyak la ragam yang kita nampak... makin banyak garam kita makan, makin la cepat daranh tinggi... ahakz...
ReplyDeletehaha . betul itu bro . banyak ragam . banyak garam . jadi macam-macam perangai kita jumpa !
Deletehahaha.. betul2.. den pun kadang2 ada jgak jadi mcam yang disebut kat atas tu..heheehehe
ReplyDeletehaha . sesiapa sama sahaja XD
Delete