Artikel Menarik

04 April 2012

Acara Larian Yang Sudah Pupus

Sebelum terciptanya acara larian berpagar, lari berganti-ganti dan larian dalam guni, sebenarnya terdapat beberapa larian yang agak popular pada zaman mereka tetapi disebabkan terdapat beberapa masalah kritikal maka acara larian itu terpaksa dihapuskan demi keselamatan dan lain-lain lagi...

Dibawah ini terdapat beberapa acara larian yang sudah pupus dan kemungkinan ianya juga diamalkan oleh beberapa orang sahaja dan yang pasti ianya bukannya aku...

ACARA LARI DARI HUTANG
Selalunya diwakili oleh dua orang, satu penghutang dan satu lagi yang bagi hutang. Acara yang mudah dan acara yang paling ramai diceburi orang. Akan tetapi akibat sering berlaku pertumpahan darah di akhir larian, maka acara ini tidak lagi dikormersilkan.

ACARA LARI DARI MASALAH
Selalunya pemain yang masuk larian ini terdiri daripada pelbagai umur, dari budak sekolah hingga ke orang tua yang ada masalah peribadi. Acara ini akan dilakukan 3 hari 3 malam tanpa henti. Sehingga pemain lupa akan masalah mereka, barulah larian ini akan dihentikan.

ACARA LARI DARI MEMBER
Antara acara yang gah dikalangan remaja, kebanyakan yang sertai larian ini adalah semata-mata ingin melarikan diri dari member selepas dia telah membawa lari awek member dia sendiri. Oleh kerana larian ini banyak memberi impak negatif, maka larian ini sempat dibuat dua kali sahaja.

ACARA LARI DARI TUAN RUMAH
Acara larian yang paling ramai disertai oleh tuan rumah. Acara ini mirip dengan larian baton tapi baton ditukar kepada parang bagi mengejar penyewa rumah yang tak reti-reti nak bayar duit sewa dan larian ini pupus begitu sahaja tanpa sebab yang diketahui.

ACARA LARI DARI KERJA
Antara pemerhati acara ini, dah tentu-tentu terdiri daripada para bos. Mereka akan memerhatikan pekerja mereka yang suka lari dari kerja dan masuk larian kategori ini. Di penghujung pada larian ini selalunya pekerja mereka akan teruskan berlari menuju ke pejabat semula. Akibatnya sampai sekarang tiada pemenang yang diiktirafkan.

Banyak lari acara larian yang sudah pupus ini dan terbanyak sangat sampai aku tak larat nak taip untuk anda semua. Anda perlu fikirkan sendiri dan jangan ssesekali terlibat dengan acara larian yang sudah pupus ini supaya anda tidak terjebak dengan pelbagai masalah yang dihadapi supaya tidak akan ada macam-macam perkara berlaku pada masa hadapan. HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

4 comments:

  1. yg popular skrg ni budak2 lari dari umah, hukk...

    ReplyDelete
  2. tuh la pasal . da masalah sikit lari dari rumah . huhu

    ReplyDelete