Artikel Menarik

03 April 2012

Debit Kad CIMB Islamic

Sebentar sahaja tadi aku bergegas ke CIMB Bank untuk membuat kad ATM iaitu Debid Kad CIMB Islamic (mungkin kot, aku buat tahu sangat pasal benda nih) yang telah lama begitu tertanggung semenjak aku bawah 18 tahun sehingga dah nak capai umur 20 an sudah.

Baru sahaja tadi aku duduk seorang diri dan tiba-tiba aku teringat bahawa aku mempunyai masa untuk membuat kad CIMB nih. Jadi dengan laju dan sepantas kilat aku mencapai kunci motor dan terus ke CIMB Bank yang berdekatan dengan rumah aku.

Nak buat kad ni sebenarnya senang sahaja dan tidaklah begitu susah sangat disebabkan orang tidak ramai. HAHA! dalam 5 minit sahaja aku duduk di kerusi bangku dan selepas itu nombor giliran aku naik. Selepas itu, sembang ambik MYKAD dan COP JARI semua dan staff / kakitangan tersebut menyuruh aku duduk di kerusi dahulu untuk membenarkan orang selepas aku membuat urusan bank.

Jadi, dengan itu aku sudah ada Debit Kad CIMB Islamic atau Kad ATM CIMB la senang cerita. Haa! Baru aku teringat pada mulanya staff tersebut tanya kat aku nak buat Debit Kad ke Kredit Kad dan dalam hati aku berbisik "Kredit Kad???? nak mampuis ke apa.." dan aku hanya menjawab "Debit Kad". Dan selepas itu dia cerita apa kelebihan 1% apa benda sangat aku tidak tahu tetapi akan aku cuba huraikan nanti. Kiranya nanti ada banyak kelebihan dan diskaun kot.

Buat macam aku nih aku tidak mahu untuk menyentuh Kredit Kad dan jikalau aku ada kredit kad, membuatkan aku akan menjadi gila membeli barang dan memborong. Akhir sekali, terkena dekat atas batang idung aku sendiri dan padan muka aku sendiri. HAHA!

Apa-apa pun setelah lama menunggu dan mempunyai masa untuk membuat kad CIMB Bank dan akhirnya aku berjaya melakukannya. Lega rasanya dan tidak perlu untuk memikir pasal benda itu lagi. HAHA!

Pssst : Selepas aku kuar dari CIMB Bank, tiba-tiba hujan pulak! HUHU! Kelam kabut aku dibuatnya...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment