Artikel Menarik

21 October 2012

Cara Menjejaki Kereta Di Tempat Parking

Masalah yang selalu terjadi apabila parking di pusat membeli belah iaitu shopping complex ialah hendak cari parking begitu susah. Apabila sudah mendapat parking dan sudah beli semasa hendak belah... cari kereta tetapi tidak jumpa-jumpa. Kadang-kadang memakan masa lagi lama dari anda bershopping dan membeli belah. Dekat siini sudah disenaraikan beberapa kaedah ataupun cara menjejaki kereta di tempat parking / letak kereta, silalah cuba ye...

1) Beli rantai atau apa sahaja yang boleh diikatkan pada kereta dan disambungkan terus pondok pengawal ataupun ke seluar anda. Lepas itu anda jalan la pergi membeli-belah. Pastikan rantai itu panjang, nanti tidak pasal-pasal tercabut pulak rantai tuh.

2) Taburkan tepung atau bedak atau apa sahaja yang boleh ditabur. Bermula daripada mula anda parking kereta sampai la masuk ke dalam bangunan mengikut jejak anda. Jangan sampai cleaner nampak, habis lah anda kena lempang sebab buat sepah nanti.

3) Parking terus dalam bangunan itu atau berhenti di depan kedai yang ingin dituju. Beli apa yang patut dan selepas itu pergi dan blah dari situ. Yang ini, kalau anda berani buat sajalah.

4) Masa parking itu siap-siapkan bunyi alarm atau buat apa-apa bunyi yang akan memudahkan anda hendak cari kereta anda itu balik.

5) Parking sahaja di rumah dan selepas itu pergi naik bas atau teksi. Tidak payah susah nak cari parking.

Begitulah cara hendak menjejaki kereta di tempat letak kereta ataupun parking dengan cara yang begitu senang tetapi kemungkinan yang paling penting anda kena ingat sendiri dimanakah tempat anda meletak kereta ataupun motorsikal anda itu...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment