Artikel Menarik

13 October 2013

Maut Jatuh Kondominium Tingkat 14

Aku agak terkejut juga selepas membaca status facebook beberapa orang mengatakan ada orang terjun bangunan tingkat 14 Kondominium belakang Politeknik Seberang Perai dan aku pernah sewa rumah di kawasan itu ketika aku masih belajar di Politeknik Seberang Perai dan pelajar merupakan pelajar UITM Pulau Pinang ataupun Politeknik Seberang Perai tidak dapat dipastikan lagi. Kondominium Mutiara Bandar Perda itulah tempat pemuda itu jatuh daripada tingkat 14.

Daripada berita yang aku ambil daripada UTUSAN MALAYSIA mengatakan :
BUKIT MERTAJAM 12 Oktober - Seorang pemuda ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 14 Kondominium Mutiara di Bandar Perda di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11 malam itu, Mohd. Danial Iqbal Irwanshah, 21, ditemui terlentang di tingkat bawah berhampiran tempat letak kereta kondominium tersebut.

Pemuda itu yang meninggal dunia di tempat kejadian mengalami kecederaan parah di badan dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai bergaduh dengan rakan serumahnya mengenai duit bayaran sewa rumah sebelum ditemui terjatuh dari tingkat 14 kondominium.

Beliau berkata, pemuda itu dikatakan memukul rakan serumahnya dan kemudian mengurungkan diri di dalam bilik sebelum terjatuh menerusi tingkap di bilik itu.

"Rakan serumahnya yang cedera dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya dihubungi hari ini.

Mohd. Nasir berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebatan.

Sementara itu, adik mangsa, Ien Barsyah, 17, berkata, dia terkilan kerana tidak terus datang ketika arwah abang menghubunginya meminta bantuan kira-kira pukul 9 malam.

Katanya, abangnya menghubunginya dan meminta bantuan kerana mendakwa dia diserang oleh sekumpulan lelaki.

Ien Barsyah tidak dapat datang kerana mempunyai urusan lain sebelum berasa tidak sedap hati dan membuat keputusan untuk pergi ke rumah sewa abangnya.

Sebaik sahaja tiba, dia mendapati pintu berkunci sebelum didatangi jiran yang memberitahu terdengar berlaku pergaduhan di dalam rumah selain memberitahu salah seorang jatuh dari tingkat itu, katanya ketika ditemui di HSJ.

Menurutnya, dia bergegas ke bawah dan terkejut setelah melihat abangnya sudah tidak bernyawa manakala rakan serumahnya yang cedera sudah dibawa ke hospital.

Berikut adalah maklumat kejadian mengenai pemuda maut

1. Simati nama Muhammad Daniel Iqbal b Erwansyah KP 92101807 dan mangsa nama Muhammad Akbar Irshad b Thalib KP 91062302 yg dapat ( irsyad ) di hospital adalah rakan serumah. Simati telah pukul mangsa dibahagian kepala menggunakan besi.

2. Saksi2 dgr bunyi bising dan telah pergi kealamat D-14-11, nampak mangsa dan simati di bahagian depan rumah. Kemudian simati masuk kedalam rumah dan kuncikan diri dalam bilik.

3. Beberapa saksi pergi ketuk pintu bilik tetapi tiada jawapan. Kemudian terima makluman dari orang bawah kondo beritahu simati dijumpai terlentang di bahagian bawah kondo dipercayai terjun.

Jikalau beliau membunuh diri, aku tidak berani cakap apa-apa. Jikalau sebaliknya, aku doakan simati diampunkan dosa-dosa yang lama dan semoga aman disana. Amin.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

3 comments:

  1. no .. arwah takan bunuh diri .. i know him well .. dia bukan student uitm or poli kat situ ..n please dia bukan bunuh diri !

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, anda kawan dia.sesunguhnya, anda lebih kenal

      Delete