Artikel Menarik

26 October 2013

Petua Untuk Menghalau Lalat Di Dapur

lalat di dapur
Lalat merupakan sejenis serangga yang sering nampak di dalam rumah kurang terutamanya kawasan yang tidak bersih dan kotor kerana lalat suka berada di tempat berkenaan.

Di bawah ini aku hendak kongsikan sedikit petua untuk menghalau lalat di dapur supaya lalat ini tidak ingat langsung berada di dapur anda ketika anda memasak serta menjamu selera ataupun melakukan apa-apa aktiviti di dapur.

Petuanya untuk menghalau lalat di dapur ialah...

Pilihan 1:
Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.

Pilihan 2:
Ambil ​secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.

Pilihan 3:

Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.

Pilihan 4:
Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak atau tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.

Pilihan 5:
Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.

Selepas anda menggunakan salah satu taktik / petua di atas ini saya yakin bahawa lalat tidak akan mengerumi kawasan dapur anda untuk di jadikan tempat tinggal yang sempurna buat lalat-lalat tersebut. Jangan lupa juga untuk bersihkan kawasan tempat anda untuk menghindari daripada lalat yang kotor ini.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment