Artikel Menarik

04 November 2013

10 Tips Rahsia Gadis Kekal Ayu


Gadis ayu memang idaman setiap lelaki, tidak kiralah apapun. Setiap lelaki pasti akan melihat gadis yang ayu supaya dapat memikat hati dia.

Kepada para gadis pun tidak ketinggalan untuk memikat hati lelaki yang mereka suka dengan mengamalkan tips ini supaya kekal ayu di mata lelaki yang mereka suka.

Di bawah ini terdapat 10 tips rahsia gadis kekal ayu supaya kelihatan segak, cantik, comel, mantap dan juga sewaktu dengannya.

1) Kejelitaan
Menjaga kejelitaan semula jadi dengan tidak memakai bahan-bahan luaran (mekap) yang bersifat palsu semata-mata tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental.


2) Masa
Gunakan masa untuk perkara-perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif. Jangan banyak berangan-angan.


3) Tidur
Tidur awal setiap malam dan bangun awal pagi untuk solat subuh. Elakkan tidur siang hari.


4) Suara
Gadis yang ayu juga memerlukan penjagaan suara. Latih diri bercakap dengan lembut, tidak sengau atau suara yang terlalu kuat.

5) Berbahasa
Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuruan budi seperti ‘tolong’ dan ‘minta maaf’, serta ‘terima kasih’.

Jangan menggunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti ‘bosan’, ‘very annoying’, ‘menyampah’, ‘benci’ dan sebagainya kerana keadaan ini akan menyebabkan muka anda menjadi berkerut dan masam.


6) Kulit badan
Kebersihan perlu sentiasa dijaga. Amalkan makan ulam-ulaman dan buah-buahan segar untuk mendapatkan kulit yang cantik. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Gunakan sabun yang tidak banyak merosakkan kulit.

7) Kulit wajah
Kalau ada jerawat yang tumbuh pada muka, gunakan pencuci muka dan ubat jerawat. Ada yang cakap penggunaan sabun lebih sesuai. Tetapi aku percaya yang penggunaan pencuci muka adalah terbaik.

Penggunaan sabun akan membuatkan kulit muka kering manakala pencuci muka memang dirumuskan khas untuk wajah. Lagipun pakar kulit mengatakan kulit badan dan kulit muka adalah berbeza kombinasinya.

8) Rambut
Bersihkan rambut tetapi jangan terlalu kerap. Ketika menyikat rambut, ulangi sikat ke seluruh bahagian kepala untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Namun kalau nak buatkan rambut menjadi ikal mayang, jangan sisir rambut dengan sikat tetapi gunalah jari.

9) Cara jalan
Jangan jalan mengengkang atau jalan bersepah.. Kaki sebelah ke arah lain sebelah ke arah kanan. Jalanlah dengan tertib.

10) Cara duduk
Bersimpuhlah bila berada di bawah (lantai) dan bersila panggung atau rapatkan kaki apabila duduk di atas kerusi. Elakkan cara duduk mengangkang.

Cuba amalkan 10 tips di atas ini. Kemungkinan besar anda akan medapat gelaran gadis ayu. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment