Artikel Menarik

08 November 2013

Bapa Lan Pet Pet Meninggal Dunia

Gambar Lan Pet Pet begitu sedih semasa kebumian ayahnya

SHAH ALAM – Bapa kepada pelakon dan pelawak terkenal, Lan Pet Pet, Ahmad Mahmood, 87, meninggal dunia di rumahnya di Lorong Panglima, Alor Star petang tadi.

Menurut abang kepada Lan atau nama sebenarnya Mazlan, Allahyarham yang merupakan pesara Telekom Malaysia Berhad tidak menghadapi sebarang penyakit dan meninggal dunia akibat sakit tua pukul 2.25 petang.

“Arwah hanya sakit tua dan tidak mengalami sebarang demam cuma tidak lalu makan sejak beberapa hari lalu.

“Selasa lalu kami adik-beradik termasuklah Mazlan sempat berkumpul dan bersembang dengan arwah,” katanya dipetik sebuah portal.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Asma Abdullah, 86, dan sembilan orang anak serta 36 cucu.

Menurut Mahadzir (abang Lan), jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Derga, Langgar di sini kira-kira pukul 11 pagi esok.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment