Artikel Menarik

03 November 2013

Final Piala Malaysia 2013 (Kelantan vs Pahang)

Pertembungan menarik Final Piala Malaysia 2013 antara pasukan Kelantan melawan Pahang di Stadium Shah Alam pada malam ini bagi menentukan siapa Juara Piala Malaysia edisi ke-87 iaitu pada 3 November 2013 bersamaan hari Ahad.

Mampukah Kelantan mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun 2010 dan 2012 tersebut ataupun Pahang berjaya merampas kejuaraan dari Kelantan setelah menanti selama 21 tahun untuk bergelar Juara Piala Malaysia yang dimenangi kali terakhir pada tahun 1992.

Aksi perlawanan Kelantan vs Pahang akan disiarkan secara langsung menerusi stesen penyiaran awam RTM TV1 dan juga Astro Arena saluran 801 pada jam 8.40 malam.

Berikut adalah keputusan semasa Final Watson Piala Malaysia - Kelantan vs Pahang 3 November 2013 yang akan dikemaskini selepas habis perlawanan pada artikel yang akan datang.

Tuan rumah pada kali ini ialah Kelantan dan Pelawat ialah pasukan Pahang yang akan di adakan di Stadium Shah Alam ataupun jikalau anda mempunyai televisyen sila lihat di Astro Arena 801 ataupun di RTM TV1.

Anda boleh saksikan secara Live Streaming Final Piala Malaysia Kelantan vs Pahang (3 November 2013) di dalam blog ini jikalau anda tidak mempunyai televisyen di rumah. Pastikan internet anda juga laju supaya tiada sangkut ataupun buffering semasa tonton secara online.

SILA KLIK UNTUK TONTON ONLINE SECARA LIVE STREAMING FINAL PIALA MALAYSIA WATSON KELANTAN VS PAHANG 3 NOVEMBER 2013

*sumber daripada RTM TV1

Anda sokong siapa? Mari update bagi memeriahkan majlis bola malam ini. Walaupun aku bukan orang pantai timur. Aku sokong... YEAH!

KEPUTUSAN AKHIR PERLAWANAN
PAHANG 1 - KELANTAN 0


Dengan ini diumumkan Pahang muncul juara Piala Malaysia selepas menundukkan Kelantan dengan jaringan 1-0 hasil jaringan Matias Conti pada minit ke-59.

Kemenangan itu mengakhiri penantian Pahang selama 21 tahun bagi membawa pulang piala berprestij negara tercapai.

Jangan lupa like Facebook Pages yer!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment