Artikel Menarik

29 November 2013

Ibu Johan Tidak Restu Hubungan Johan As'ari Dengan Lana Nordin?

Kisah percintaan Johan As’ari dan Lana Nordin yang merupakan "calon suri rumah seperti yang didoakannya di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah" (RUJUK SINI) pastinya menerima reaksi berbeza daripada para peminat. Ada yang pelik kenapa ini pilihan Johan As’ari sedangkan beliau berkawan rapat dengan Shila Amzah.

Namun reaksi ibu Johan As’ari, Datin Firdaus melalui Instagram beliau turut mendapat perhatian terutama sekali apabila ada komen negatif dan positif yang ditinggalkan oleh peminat dan dari Shila Amzah sendiri.

Melalui gambar terbaru yang di muatnaik, Datin Firdaus menulis,

“A sad face under the shades — Allah menduga setakat yang kita mampu. Setiap dugaan ada hikmah di sebaliknya”

Shila Amzah melalui akaun Instagram beliau turut memuatnaik sekeping gambar beliau bersama ibu Johan As’ari dan menulis,

“Please be strong aunty sayang. We love you, no matter what. Allah knows better, we are here for you”




Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment