Artikel Menarik

08 November 2013

Ibu Sendiri Ajar Anaknya Mencuri

AHMAD Rosul (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas, semalam.

Simunjan, 5 November : Seorang ibu sepatutnya memberikan teladan yang baik kepada anak, namun lain pula bagi seorang wanita apabila sanggup menggunakan tiga anaknya termasuk berusia dua tahun untuk mencuri pelbagai barangan dari sebuah kedai runcit di sini, baru-baru ini.

Malah, wanita berusia 36 tahun itu dikatakan sanggup memandu kira-kira 100 kilometer membawa ketiga-tiga anaknya itu dari rumah mereka di Asajaya ke daerah ini untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

Bagaimanapun, kegiatan wanita itu berakhir apabila perbuatannya berjaya dihidu pihak berkuasa yang bertindak atas maklumat awam, sekali gus menyaksikan dia ditahan selepas sepasukan polis menyerbu rumahnya, jam 1.05 tengah hari, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Simunjan Deputi Superintendan Choo Yin Kok berkata, dalam serbuan Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan diketuai Inspektor Ahmad Rosul Rashid itu, pelbagai barangan makanan dalam tin dan makanan segera serta rokok dirampas yang membabitkan nilai keseluruhan lebih RM1,000.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment