Artikel Menarik

03 November 2013

Itik Gergasi Akhirnya Kempis Dan Meletup

Gambar itik gergasi sebelum kempis dan meletup

Itik Gergasi Akhirnya Kempis Dan Meletup - ITIK getah gergasi berwarna kuning yang terkenal di seluruh dunia menjadi mangsa gempa bumi di Taiwan apabila kempis ketika gempa bumi melanda negara itu, Khamis lepas.

Patung itu kemudian meletup apabila petugas pameran cuba mengembangkannya semula, menurut sumber rasmi kelmarin.

Patung itik setinggi 18 meter itu dipamerkan di utara daerah Taoyuan kempis apabila pam udaranya berhenti beroperasi ketika bekalan elektrik terputus ekoran gegaran gempa sekuat 6.3 magnitud pada skala Richter.

Gempa bummi itu menggegarkan banyak bangunan di bandar Taipei dan juga sebahagian besar Taiwan terlibat dalam bencana alam itu.

Bagaimanapun, penganjur pameran terpaksa memberhentikan pameran itik berkenaan yang diilhamkan oleh artis pelukis Florentijn Hofman ekoran angin kuat telah menyebabkan bahagian belakang itik itu meletup.

Menurut sumber rasmi, kerosakan pada itik gergasi itu sukar untuk diperbaiki dan mereka merancang untuk mendapatkan seekor lagi itik getah yang direka Hofman yang berukuran lebih kecil.

Pameran itik getah itu di Taiwan itu menarik kira-kira empat juta pelawat selepas ia berada di sana kira-kira sebulan.

Sejak 2007, itik yang dihasilkan oleh Hofman telah pun mengembara ke 13 buah bandar di sembilan negara termasuk Brazil dan Australia. – Kosmo
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

4 comments:

  1. kempis jgk akhirnya itik nih .

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhirnya memang kempis.. tak tahan lama mana..

      Delete
  2. Replies
    1. alamak.. takdak la pulak.. nak kena cari macam nih..

      Delete