Artikel Menarik

19 November 2013

Kenapa Kereta Berusia Lebih 12 Tahun Tidak Selamat Di Jalan Raya

Kereta Proton Saga Keluaran tahun 1990 diuji pada kelajuan 64 kilometer per jam bagi melihat kesan momentum perlanggaran terhadap pemandu dan kenderaan itu

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa kenderaan berusia terutamanya melebihi 12 tahun dipercayai terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu.

Selain itu kemampuan kereta dalam mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan juga menurun sekali gus tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta keluaran baru

Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima hingga 12 tahun.

Bagaimanapun kajian mengenai jangka hayat kenderaan turut dipengaruhi beberapa faktor seperti reka bentuk kereta, cara pemanduan dan penyelenggaraan kenderaan.

Sebagai contoh, kenderaan seperti teksi mempunyai jangka hayat selamat yang lebih pendek iaitu lima tahun disebabkan penggunaannya melebihi 12 jam sehari berbanding kereta lain.

Kereta lama mempunyai daya menyerap tenaga perlanggaran lebih rendah berbanding kereta baharu dan daya tersebut kemudian dipindahkan kepada penumpang sehingga menyebabkan kecederaan teruk yang boleh mengundang risiko kematian.

Dalam pada itu, bagi kereta keluaran terbaru ia dilengkapi teknologi terkini melibatkan reka bentuk kereta terutama untuk menyerap tenaga perlanggaran bagi mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan.

Ujian kereta melebih 12 tahun kenapa tidak selamat digunakan.

Orang ramai turut digesa memberi perhatian terhadap jangka hayat kereta selain cara pemanduan serta penyelenggaraan yang betul bagi mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment