Artikel Menarik

04 November 2013

Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka

Dibawah ini terdapat 4 lelaki yang akan ditarik ke neraka secara automatiknya. Jadi mari ambil ini sebagai iktibar dan meperbaiki diri terutamanya kepada semua lelaki di atas muka bumi ini yang beragama Islam.

Jangan ingin semua perkara di dunia ini remeh dan hidup hanya sementara dan akhirat kekal selamanya. Mengambil berat bukan untuk menyusahkan tetapi untuk menyenangkan. Walaupun dimarahi, tetapi untuk kebaikkan kita usaha juga untuk berubah ke arah yang lebih elok dan baik.

Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diribukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya.


Kepada semua lelaki, cubalah melaksanakan tanggungjawab anda sekalian sebaik mungkin dan juga kepada semua wanita ringankanlah beban yang akan di tanggung oleh lelaki dengan menjaga tatatertib di dunia ini. Walaupun nampak remeh tetapi penuh bermakna.

Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati?
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment