Artikel Menarik

28 November 2013

Naik Gaji Adun: Anwar Tegur Khalid

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Tindakan Kerajaan Negeri Selangor menaikkan gaji Adun sehingga mencecah 300 peratus turut mendapat teguran Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan kenaikan itu terlalu tinggi dan mendadak, Anwar berkata, demikian mengulas kenaikan itu adalah tidak wajar.

"Kita setuju dengan kenaikkan tersebut pada dasarnya sebab sudah lama tidak dinaikkan. Kita kena teliti supaya jangan lebih banyak tumpu untuk kenaikan sahaja.

"Sepatutnya kita perlu utamakan bagaimana cara untuk berkhidmat. Saya fikir kenaikkan tu agak tinggi dari yang diura-urakan," katanya.

Sehubungan itu katanya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu memberikan penjelasan secara terperinci.

"Saya minta untuk dia (Khalid) beri penjelasan kepada media apa asasnya (kenaikan gaji) dan teliti semula," ujarnya.

Bagaimanapun ketika ditanya berkenaan kenaikan itu sama ada berlaku desakan daripada mana-mana pihak, Anwar berkata kenaikan itu hnaya mengambil kira kerana tempoh yang lama tidak dinaikkan gaji terhadap pimpinan negeri itu.

"Memang kenaikkan di semua negeri pernah dibangkitkan, tapi tidak ada perbincangan dengan teliti bagi mempertimbangkan dan menelitinya.

"Kalau dibandingkan dengan gaji kawasan Parlimen lain lebih rendah. Sebagai contoh, tengok pejabat Ketua Pembangkang, semua 32 pegawai ada di situ," kata beliau.

Semalam, usul kenaikan gaji Adun, Exco, Speaker, Timbalan Speaker dan Menteri Besar diluluskan menerusi Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980 yang dibacakan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang Dun.

Gaji dan elauan bulanan pimpinan Selangor itu dinaikkan antara 87 peratus hingga 373 peratus bermula Januari tahun depan.

Kali terakhir gaji dan elaun dipinda pada 2011, tetapi hanya membabitkan kenaikan Adun seanyak 46 peratus, iaitu daripada RM4,112.79 kepada RM6,000.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment