Artikel Menarik

23 November 2013

Pemuda Hilang Bersama Kereta Ditemui

SHAH ALAM – Pemuda yang dilaporkan hilang bersama kereta jenis Subaru XV yang dinaiki bersama ibu bapanya di sebuah stesen minyak selepas Plaza Tol Bukit Jelutong, di sini malam tadi ditemui dalam keadaan selamat.

Bagaimanapun, Iskandar Zulkarnain Borhan,25, tidak dapat menceritakan semula detik dia dilaporkan ‘hilang’, dipercayai akibat dipukau.

Dalam kejadian pukul 7 malam tadi, mangsa dikatakan sedang tidur di bahagian belakang kereta jenis Subaru XV itu apabila ibu bapanya, Abdul Malik Abdul Latiff dan Roswati Rahmat keluar untuk pergi ke tandas stesen minyak berkenaan.

Menurut abang ipar mangsa, Muhd. Hanifi Muhd. Bazil, 29, kereta Subaru mentuanya di temui di rumah nenek mereka di Subang Jaya kira-kira pukul 12 tengah hari tadi, menurut sumber Utusan.

Iskandar yang ditemui di rumah neneknyadilaporkan memandu kenderaan pacuan empat roda, SSangyong Rexton milik mentuanya yang sebelum itu dikatakan berada di kediaman keluarga mereka di Sungai Buloh
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment