Artikel Menarik

15 November 2013

Restoran "Nasi Ganja" Ipoh Diarah Tutup

Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia Perak melalui Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Unit Keselamatan Dan Kualiti Makanan telah mengeluarkan notis Printah Tutup Premis Makanan selama 14 hari mulai hari ini kepada Restoran Nasi Kandar yang paling tersohor di Ipoh, Restoran Nasi Kandar Ayam Merah @ Restoran Vangge @ Restoran Nasi Ganja yang terletak di Yang Kalsom, Ipoh Perak.

Alasan di berikan ialah menyediakan makanan yang tidak bersih sehingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.

Jika berkunjung ke Ipoh, Perak, tidak sah rasanya kalau tidak singgah makan nasi kandar di sebuah gerai yang terletak di sebuah restoran Cina lama, Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom.

Gerai tersebut dibuka sejak tahun 1960 seusia dengan kedai kopi itu sendiri, mungkin bukan sahaja yang tertua di ibu negeri Perak ini, malah yang paling popular di kalangan penggemar nasi kandar.

Walaupun nama asal masakan popular Pulau Pinang itu ialah nasi kandar ayam merah, kebanyakan orang menggelarkannya 'nasi ganja' kerana keenakannya. Malah, ia juga mampu membuatkan ramai yang ketagih.


Warga Lembah Kinta yang pernah mencuba nasi itu pasti menjadi pelanggan setia masakan tersebut. Manakala, orang luar pula tidak lupa singgah makan di situ setiap kali berkunjung ke bandar raya Ipoh.

Sekiranya datang ke restoran ini pada waktu tengah hari, anda bukan sahaja terpaksa beratur panjang, malah sukar untuk mendapat tempat duduk.


Namun penggemar nasi ini sanggup beratur panjang.
Ia semata-mata untuk menghilangkan rasa ketagihan terhadap 'nasi ganja'. Uniknya, pelanggan terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Melayu dan India walaupun ia merupakan sebuah kedai kopi Cina.

'Vangge, vangge, vangge', panggilan dalam bahasa Tamil yang bermaksud 'Marilah, marilah, marilah' pasti menjadi santapan telinga setiap kali lalu di depan restoran berkenaan.

Sama seperti pengasas Kedai Kopi Yong Suan, pengusaha asal nasi kandar tersebut, Kamal Naseer Abdul Rahman, sudah meninggal dunia. Tradisi perniagaan tersebut diteruskan oleh ahli keluarganya.

Adik ipar Kamal, Nihmatullah Syed Mustafa, 44, berkata, keistimewaan nasi ganja terletak pada ayam merahnya yang dimasak menggunakan sambal kelapa. Hidangan ini dikatakan tidak boleh didapati di restoran lain di seluruh negara.

"Nasi kandar ini turut menggunakan resipi rahsia. Kami juga menggunakan pelbagai rempah ratus yang digiling secara tradisional dan dibeli khas dari Pulau Pinang," katanya.


Menurut Nihmatullah, sejak dibuka 49 tahun lepas, nasi ganja semakin hari semakin mendapat sambutan daripada orang ramai termasuklah pelancong asing dari Singapura, Thailand dan juga Australia.

"Dulu, tempat ini menjadi tumpuan orang ramai kerana ia terletak di hadapan Stesen Bas Tanjung Rambutan. Walaupun stesen bas itu telah ditutup sejak 15 tahun lepas, sambutan tidak pernah pudar," katanya.

"Biasanya, kami boleh menjual tidak kurang daripada 1,000 pinggan nasi kandar setiap hari. Jumlah ini mungkin akan meningkat pada hujung minggu dan hari kelepasan am," cerita Nihmatullah.

Sementara itu, pemilik kedai kopi, Yang Yong Suan, 58, berkata, sambutan orang ramai terhadap nasi kandar itu turut melariskan jualan di kedai yang diwarisi daripada mendiang ayahnya.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment