Artikel Menarik

13 November 2013

Siti Nurhaliza Kritik Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin semalam membuat teguran secara terbuka terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar kecil) menerusi laman Twitter peribadi miliknya.

Siti Nurhaliza, 34, memberitahu, dia terpanggil untuk membuat teguran itu setelah membaca laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Khairy Jamaluddin yang membidas bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir supaya tidak campur tangan dalam kemelut menteri itu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Teguran saya itu dibuat secara ikhlas tanpa ada kepentingan apa-apa.

"Apabila saya membaca kenyataan beliau dalam akhbar, sebagai orang biasa, saya terpanggil untuk membuat teguran," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo!.

Semalam, Siti Nurhaliza menerusi laman Twitter miliknya, @CTNurhaliza11 mengkritik Khairy Jamaluddin dengan berkata: "Sebagai menteri muda & being look up (menjadi perhatian), rasanya @Khairykj perlu menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. Lantang tak perlu **a*** dengan yang lebih tua."

Penyanyi itu bagaimanapun, menyatakan tegurannya menerusi Twitter terhadap Khairy Jamaluddin itu adalah sekadar teguran ikhlas.

"Kalau boleh, saya enggan perkara ini menjadi kontroversi disebabkan saya ini seorang artis.

"Saya meletakkan diri sama seperti rakyat biasa dan percaya mesti ada orang lain yang turut memberi teguran sama," jelasnya yang merupakan penyokong tegar pasukan bola sepak Pahang.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Deepavali yang dianjurkan oleh Timbalannya, Datuk M. Saravanan di sini semalam, bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu tersebut.

Kemelut antara Khairy Jamaluddin dan FAM tercetus apabila beliau lantang mengkritik badan induk bola sepak negara itu, antaranya berhubung isu jualan tiket final Piala Malaysia dan kemuncaknya, teguran terhadap Jawatankuasa Keselamatan FAM susulan penemuan pistol di Stadium Shah Alam pada 3 November lalu.

Menteri itu kemudiannya menyatakan persetujuan untuk bersemuka dengan FAM bagi menyelesaikan kemelut antara kedua-dua pihak. - Kosmo
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment