Artikel Menarik

28 November 2013

Syarat Kelayakan Baucar Buku 1Malaysia BB1M 2014

Syarat kelayakan menerima Baucar Buku 1Malaysia BB1M 2014. Menerusi pembentangan bajet 2014, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 mulai awal tahun 2014. Kesemua pelajar di IPTA dan IPTS termasuk pra universiti seperti program Matrikulasi dan Tingkatan 6 turut menerima inisiatif tersebut. Jumlah adalah kekal iaitu sebanyak RM250 dan pelajar akan menerima 5 Keping Baucar Buku bernilai RM50 bagi setiap individu.


Tujuan Program Baucar Buku 1Malaysia BB1M 2014

Nilai Bantuan Baucar Buku 1Malaysia iaitu RM250 kepada setiap pelajar adalah untuk mengurangkan bebanan pelajar membeli buku dan peralatan alat tulis ketika di universiti.

Nilai Bantuan BB1M 2014

RM250

Syarat Kelayakan Baucar Buku 1Malaysia BB1M 2014

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar dan sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Pelajar dan sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  • Mengikuti program Pra universiti (Program Matrikulasi dan Tingkatan 6)

Cara Pemberian/ Pengagihan Baucar Buku 1Malaysia 2014

1. Anda tidak perlu mendaftar untuk mendapatkan BB1M 2014

2. Pihak institusi atau kolej/ universiti akan menguruskan segala pemberian BB1M mulai awal tahun 2014

3. Pihak Kolej/ Universiti akan umumkan tarikh pemberian BR1M di Kolej masing-masing.

4. Tarikh pemberian BB1M adalah berbeza mengikut institusi masing-masing.

5. Pelajar boleh menggunakan baucar tersebut dimana-mana kedai buku yang terpapar atau tertera menerima Baucar Buku 1Malaysia.

Tarikh Pemberian BB1M 2014

Dijangka mula diagihkan mulai awal tahun 2014 secara berperingkat. Baucar Buku tidak boleh ditunaikan atau dijual mahupun ditukar hak milik.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment