Artikel Menarik

28 November 2013

Tiada Bantuan Jika Masuk Nombor Pin Terbalik – Bukit Aman

Bukit Aman - SEBILANGAN daripada kita tentu pernah membaca penyebaran mesej melalui SMS dan menerusi laman sosial seperti Facebook, berkenaan cara menyelamatkan diri ‘secara senyap’ jika dipaksa untuk mengeluarkan wang menerusi mesin ATM oleh penjenayah.

Kononnya, dalam keadaan darurat, jika kita memasukkan nombor pin secara terbalik – wang akan tetap dikeluarkan menerusi ATM tetapi pihak bank akan segera memaklumkan situasi cemas itu kepada pihak polis.

Ternyata perkara ini TIDAK BENAR sama sekali.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook sebentar tadi memaklumkan, pengesahan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dibuat dan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mesin ATM.

Justeru, PDRM menyeru agar rakyat Malaysia berhenti menyebarkan maklumat yang tidak sahih kandungannya ini. – Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment